[M] TRUTH 35 DARE 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Request from jbabybunny3
.

.

.

.

.

.

"Korang!" Author yang sedang menuju ke rumah Elemental Brothers, memanggil ketujuh-tujuh Elemental Brothers itu.

"Author?" soal mereka bertujuh.

"Ada dare dan truth untuk korang.." ujar Author.

"Aku harap bukan untuk aku.." ujar Halilintar yang sedang bermain telefon bimbit.

"Malangnya, ada untuk kau.." Kata-kata Author membuatkan Halilintar membulat matanya. "Hah?!"

"Dan dare kau adalah kau perlu dikurung di tempat yang ada banyak belon.." - Author

"APE???!!!!!"

"Shush!! Bisinglah!!" marah Gempa.

"Entahnye.." marah Blaze dan Ais pula.

Taufan, Thorn dan Solar hanya mengangguk. "Kau buat jelah Hali.. Aku nak tidur pun susah.." ujar Ais malas. Seraya itu, dia baring di atas sofa lalu tidur.

"Ish, aku tak kira! Aku tak akan buat!" tegas Halilintar.

Author tersenyum sinis. "Ooh, tak nak buat ye.." Dia memetik jarinya lalu, secara magik, dia dan Halilintar berada di satu bilik asing yang mempunyai banyak belon. Halilintar yang melihat meneguk air liur.

"K-kau serius ke Author?" soal Halilintar gagap.

Author mengangguk. "Memandangkan orang yang beri request ni takde bagitahu berapa lama kau kena terkurung dalam ni, biar Author tentukan.. Kau akan dikurung sehingga habis request dia yang lain.."

Halilintar memandang tidak percaya ke arah Author. "Kau biar betul?!"

Author memandang datar ke arah Halilintar. "Ye, dahlah, bye! Nanti kita jumpa! Sayonara!" Author memetik jarinya lalu dia pun berada di ruang tamu rumah BoBoiBoy.

"Aik, Author dari mana ni?" soal Thorn sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menggosok matanya untuk memastikan apa yang dilihatnya itu adalah betul.

"Adalah.." Author tersenyum. "Taufan mana?"

"Kat sini!!" Sergah Taufan dari belakang lalu mendapat pukulan daripada Author. "Sakitlah!!"

"Siapa suruh kejutkan orang.." balas Author selamba.

"Baiklah, ada dare untuk korang berdua.." ujar Author.

Taufan dan Thorn memandang antara satu sama lain sebelum memandang semula ke arah Author. "Ape dia?"

"Taufan kena jadi pendiam selama dua hari dan Thorn kena tukar sifat dengan Halilintar.." Membuntang mata Taufan dan Thorn mendengarnya.

"Alahh... Malaslah Author.." cemberut wajah Taufan dan Thorn.

"Buat jelah.. Nanti Author belanja aiskrim.." Mata Taufan dan Thorn terus sahaja bersinar-sinar apabila mendengar perkataan 'aiskrim'. "Okey!!"

Waktu tengah hari...

"Thorn, kau boleh tolong aku kejap?" pinta Gempa yang sedang memasak di dapur.

Thorn yang lalu di dapur memandang dingin ke arah Gempa seraya menghampirinya. "Tolong ape?" soalnya dingin.

Berkerut dahi Gempa apabila mendengar nada suara Thorn yang berbeza. "Kau okey ke?" Dia memegang dahi Thorn untuk memastikan adik bendulnya itu tidak sakit.

"Aku okey.." Dia menepis perlahan tangan Gempa yang menyentuh dahinya.

"Hmm.. Kau tolong aku basuh sayur-sayur ni.. Lepastu, tolong aku masak nasi.." arah Gempa lalu mendapat anggukan daripada Thorn.

Thorn terus melakukan kerja yang disuruh oleh abang sulungnya itu. Blaze dan Ais telah pergi ke taman sebab nak bermain, tu pun Blaze yang ajak. Taufan dah terperuk dalam bilik selepas Author bagitahu dare yang perlu dia lakukan. Solar pula pergi bermain bola sepak bersama Gopal. Halilintar pula, err, korang tahu-tahulah yang dia dikurung dalam bilik yang ada banyak belon. Kesian dia.

Waktu makan tengah hari, Gempa menjerit memanggil Taufan yang terperuk dalam bilik. Selain tingkah laku Thorn, tingkah laku Taufan juga nampak pelik. Tidak lama selepas itu, Blaze, Ais dan Solar dah balik ke rumah. Mereka bertiga pantas sahaja menyerbu masuk ke dalam dapur yang mempunyai aroma bau masakan yang sedap.

"Kejap, mana Halilintar?" soal Gempa saat dia perasan kelibat adik dinginnya itu tidak kelihatan.

"Dia ada dare.." jawab Thorn dingin.

Gempa hany mengangguk. Seketika itu, mereka berenam menjamu selera bersama.

Sementara itu, Author muncul semula di bilik yang Halilintar dikurung. "Erm, ni makanan untuk kau.." Author memberi sepinggan makanan dan segelas air sirap kepada Halilintar yang sedang duduk melutut sambil bergerak ke hadapan dan ke belakang.

"Hmm.." sahut Halilintar. Matanya terbuka luas. Satu per satu ditatapnya belon yang terdapat dalam bilik itu.

"Okey, Author kena pergi dulu.." Dengan magik, Author menghilang, meninggalkan Halilintar seorang diri di dalam bilik itu.

Di rumah, mereka telah pun habis menjamu selera. Ais menawarkan diri untuk membantu Gempa memandangkan dia bosan. Gempa hanya membiarkan sahaja lagipun, jarang adiknya yang kuat tidur itu menolongnya selagi tidak disuruh.

Habis sahaja makan, Blaze dan Solar pantas sahaja menonton televisyen yang menayangkan cerita 'KL Special Force'. Thorn hanya mengikuti mereka. Dia hanya menonton tanpa reaksi.

Setelah selesai menolong Gempa, Ais duduk di sebelah Blaze lalu tertidur. Gempa pula menyapu ruang dapur itu.

"Psstt.. Blaze!" bisik Solar yang duduk di sebelah Blaze. Dia duduk di kanan Blaze manakala Ais duduk di kiri Blaze.

"Ape?" soalnya dengan mata masih melekat pada skrin televisyen.

"Kau perasan tak perubahan si Thorn?" soalnya dalam nada berbisik, takut didengari oleh Thorn yang hanya duduk bertentangan dengannya pada sofa yang lain.

"Perasan.. Tapi, aku rasa tu mesti sebab dare.. Kau jangan risaulah.." balas Blaze untuk menenangkan adiknya yang kelihatan risau.

Solar menghela nafas lega. Sekurangnya abang bendulnya itu tidak dirasuk oleh apa-apa makhluk atau benda. Dia menyambung semula menonton televisyen.

Keesokan harinya...

"Taufan! Tolong aku potong sayur-sayur ni!" arah Gempa dari ruang dapur.

Taufan yang baru sahaja menuruni anak tangga segera pergi ke dapur. Dia menghampiri sayur-sayur yang telah dibasuh oleh Gempa lalu memotongnya.

Gempa mengerutkan dahinya. Dari kelmarin lagi Taufan tak bercakap apa-apa. Hanya diam membisu sahaja. "Kau okey ke tak ni?" soalnya risau.

Taufan hanya membalas dengan anggukan tanpa menoleh ke arah Gempa. Dia dengan cepat memotong kesemua sayur itu. Gempa yang melihat hanya menghela nafas sebelum menyambung semula memasak.

Di bilik kurungan Halilintar, Author datang sekali lagi untuk menjenguknya. Terkejut Author tatkala melihat Halilintar yang sudah terbaring lemah sambil memeluk lutut. Giginya menggeletar tanda dia kesejukan. "Halilintar!" Dia segera menghampiri Halilintar.

Author menggetap bibirnya. "K-kau okey ke ni??!" soalnya cemas. Melihat tiada balasan daripada lelaki bertopi merah itu, Author pantas mengapungkan tubuh badan Halilintar lalu memetik jarinya. Dengan pantas, dia dan Halilintar sudah berada di hospital.

"Kak!! Kak!! Tolong kawan saya!!" panggil Author kepada salah seorang jururawat yang berambut pendek paras bahu.

Jururawat itu segera mengambil katil pesakit lalu Author meletakkan tubuh badan Halilintar di atas katil itu. Jururawat itu kemudian memasukkan Halilintar ke dalam wad kecemasan.

Author mula berjalan mundar-mandir. Dia perlu beritahu hal ini kepada Gempa. Telefon yang setia terletak pada poket skirtnya segera dikeluarkan. Tangan ligat mencari nama Gempa lalu didailnya.

Kring! Kring!

Kring! Kring!

"Hello?" ujar Gempa dalam talian.

"Gempa! Kau kena datang ke hospital sekarang!" - Author

"Hah?! Kenapa?! Siapa sakit?!" soal Gempa bercampur perasaan sedih dan risau.

"Halilintar! Dia masuk hospital!" - Author

"HAHH?!!! Okey okey! Aku datang!!" Panggilan dimatikan oleh Gempa.

Seorang doktor lelaki datang menghampiri Author. "Kamu kawan kepada budak bernama Halilintar?"

"Ye! Macam mana dengan dia?!" - Author

"Jangan risau.. Dia cuma mengalami demam panas kerana terlalu takut dengan traumanya.. Boleh saya tahu apa trauma yang dia hadapi?" soal doktor itu.

"Errr" Author kehilangan kata.

"Takpelah.. Asalkan biarkan dia berehat dan jangan lupa bagi dia makan ubat.. Satu lagi, jangan bagi dia main terlalu lama dengan trauma dia.. Kamu dah boleh lawat dia.." ujar doktor itu dengan senyuman.

Author hanya mengangguk faham. Doktor itu telah beredar. Pada masa yang sama, Gempa dan adik-adiknya telah tiba. "Author!!!"

Author menoleh. "Macam mana dengan Hali?!" soal Gempa risau.

"Dia cuma demam panas.. Doktor kata korang boleh jumpa dia.." - Author

"Ni semua salah Author!!" marah Blaze seraya menunjuk ke arah Author. Matanya mula berapi dan hendak menyerang Author namun sempat dihalang oleh Taufan dan Ais.

Author menggetap bibirnya. Dia memetik jarinya lalu menghilangkan diri. Malas nak bergaduh.

"Kenapa kau cakap macam tu? Kau tahu kan ni bukannya salah dia.." ujar Taufan.

"Dah dah! Jom masuk!" sampuk Gempa sebelum berlaku apa-apa. Mereka berenam masuk ke dalam bilik yang menempatkan Halilintar.

Kelihatan Halilintar tengah tidur lena pada katil milik hospital itu. Mereka berenam yang melihat berasa sedih dan kasihan dengan keadaan Halilintar.

Malam itu, tangan Halilintar perlahan-lahan bergerak. Matanya juga mula terbuka. Dia menoleh ke sisi kirinya. Kelihatan Gempa dan Taufan tertidur di situ. Dia tersenyum senget. Dia menoleh pula ke arah dua sofa yang terletak dalam bilik itu. Blaze, Ais, Thorn dan Solar juga tertidur.

Pintu bilik itu perlahan-lahan dibuka oleh Author. Halilintar yang melihat tersentak. Berkerut dahinya. "Apa yang Author buat kat sini?"

Author menghampiri Halilintar. Dia menghela nafas panjang. "Maaf sebab buatkan kau masuk hospital.."

Halilintar menghela nafas pendek. "Takde apelah.. Bukan salah Author.."

Author ingin mengatakan sesuatu tetapi wajahnya resah dan takut. Dia memandang ragu-ragu kepada Halilintar. Halilintar yang perasan itu berdehem menyebabkan Author terkejut. "Kau ada apa-apa nak bagitahu ke?"

"Errr, sebenarnya, kau truth.. Tapi, takpelah, lepas kau sembuh baru aku bagitahu.." Author menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Halilintar berpeluk tubuh. "Ape dia? Cakap jelah.."

Author pada awalnya ragu-ragu tapi dia terpaksa bagitahu juga memandangkan lelaki itu nak sangat. "Siapa yang selalu dekat dengan kau antara mereka berenam?"

Halilintar mendiamkan diri seketika sebelum menjawab. "Pada aku, mereka semua aku rapat.. Cuma aku dah terbiasa dengan Gempa dan Taufan.."

Author hanya mengangguk faham. "Ada satu lagi.. Gempa sorang je ke yang pandai masak?"

Halilintar berfikir seketika sebelum membuka mulut. "Tak.. Aku, Taufan dan Ais pandai.. Cuma kadang Taufan tu cuai, tu yang Gempa tak bagi dia masak.."

"Ohhh.." Author terangguk-angguk.

"Ugh" Suara Gempa telah menyentakkan Author dan Halilintar. Mereka berdua berpandangan. "Okey, bye!" Author memetik jarinya lalu hilang.

Halilintar yang melihat hanya menggeleng. "Kau dah sedar Hali?" soal Gempa yang baru sedar dari tidur sambil menggosok matanya.

Halilintar sekadar tersenyum nipis.





















Maaf lambat update! Author takde idea huhu, maaf tak best😫 Harap korang suka!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro