[M] TRUTH 36 DARE 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Request by Damien1Salazar

.

.

.

.

.

.

.

"Hai korang!" Author merempuh masuk ke dalam rumah Elemental Brother. Kesian pintu yang tidak bersalah itu.

"Woi! Agak-agaklah! Bagilah salam! Kesian pintu tu!" marah Halilintar. Dia yang sedang menonton televisyen bukan main terkejut lagi.

Author tersengih. "Maaf.. Assalamualaikum warahmatullahuallahiwabarokatu Halilintar.." ujarnya dengan senyuman pada wajah.

Halilintar hanya memandang datar. "Hm, Waalaikumsalam.. Hah, kenapa kau ada kat sini?"

"Ada dare untuk Thorn dan Solar.. Mana diorang?" Author tercari-cari keberadaan dua kembar fotosintesis itu.

"Diorang ada kat bilik.. Thorn!! Solar!!" panggil Halilintar.

Thorn dan Solar yang mendengar jeritan Halilintar segera turun ke tingkat bawah. "Ye Hali?"

"Ni hah.. Ada dare untuk korang.." balas Halilintar.

"Haih.. Dare lagi.. Aku nak baca buku pun tak senang.." rungut Solar sambil berpeluk tubuh. Dia dan Thorn mendekati Author.

"Dare ape tu Author?" soal Thorn dengan menyengetkan kepalanya.

"Thorn kena hancurkan telefon Solar di depan muka Solar sendiri.." - Author

Thorn ternganga. "Tak beranilah nak buat.."

"Buat je.." balas Author selamba.

Thorn menghembus nafas pendek. Dia pantas sahaja mengambil telefon Solar yang terletak pada poket seluarnya. Solar terkejut namun tidak dapat menghalangnya. "Wei! Bagi balik!"

Thorn yang sudah mendapatkan telefon milik Solar, dia segera mengambil sebuah penukul yang entah macam mana boleh ada kat lantai tu. Dia ambil penukul itu lalu memukul telefon Solar sehingga hancur berkecai.

"Noooo!!!! Telefon aku!!! Huhu!!" Solar sudah menangis teresak-esak kerana telefonnya yang sudah rosak.

"M-maaf...Solar... Aku terpaksa.." ujar Thorn perlahan.

"Dah, tak payah sedih sangat.. Nanti Author belikan baru.." Mata Solar bersinar-sinar mendengar apa yang dikatakan oleh Author. "Erk!"

"Tapi! Kau kena buat dulu dare ni!" Solar hanya mengangguk setuju dengan arahan Author.

"Solar kena duduk dalam gelap sehari dan abang-abang kau boleh takutkan kau.." - Author

"D-dalam gelap?" Solar menelan air liurnya.

"Hah?! Takutkan dia?! Nak nak!! Hehe!" sergah Taufan dan Blaze secara tiba-tiba.

"Waghh!!! Ish! Taufan! Blaze!" Muka Solar cemberut. Taufan dan Blaze hanya tersengih.

"Jadi, Solar kena duduk kat mane?" soal Thorn.

"Guna je rumah lama Fang tu.. Pertama kali masuk rumah dia tu, memang seram.. Dahlah takde lampu.." cadang Halilintar yang sedari tadi khusyuk menonton televisyen cerita 'Iron Man 3'.

"Hmm, betul jugak tu.. Jom!" Author memetik jarinya lalu dia, Solar, Taufan, Blaze dan Thorn sudah berada di rumah lama Fang.

"Whoah, hebatnye Author!" Thorn menepuk tangannya tanda kagum.

Author hanya buat muka tak kisah. "Dah dah.. Solar duduk kat sini.. Taufan, Blaze dan Thorn.. Jaga dia kat luar rumah.. Atau korang nak takutkan dia pun takpe.." Author memetik jarinya lalu dia menghilang.

Blaze membisik sesuatu kepada Taufan dan Thorn. Taufan dan Thorn yang mendengar tertawa jahat. Solar pula memandang tidak puas hati ke arah mereka bertiga. Adalah tu mereka nak rancang.

~~~

3 jam berada di rumah itu, Solar hanya khusyuk membaca buku yang dia pegang sejak dari rumah lagi. Ketiga-tiga Trio Trouble Maker tu dah keluar dari rumah tu.

"Uuu~" Pada awalnya, Solar hanya menganggap bunyi itu adalah bunyi angin sahaja.

"Solar~~" Meremang bulu roma Solar. "Taufan! Blaze! Thorn! J-janganlah main-main!!"

"Tak~ Hihi~" Solar mula cuak. Dia sudah tidak keruan apabila melihat sebuah kerusi terjatuh dengan sendirinya. "Taufan!! Kau yang buat kan?!" soalnya ketakutan.

"Baa!!!" Satu lembaga berambut panjang hitam menyergah Solar secara tiba-tiba.

"AGHHHHHH!!!!!" Solar yang terkejut terus pengsan di tempat kejadian.

"Hehehe..." Blaze membuka kostum yang dipakainya. Dia menepuk tangan kepada Taufan dan Thorn yang bersembunyi di sebalik baju putih yang dipakainya.

Akhirnya, Solar dimasukkan hospital akibat terkejut secara mengejut. Kesian Solar. Gempa yang mendapat tahu punca Solar begitu, memarahi Taufan, Blaze dan Thorn kerana mereka bertiga tidak sepatutnya berbuat begitu. Mereka bertiga hanya mampu menundukkan kepala sambil mendengar ceramah dari Gempa.

Halilintar yang duduk di sofa, melihat mereka diceramah hanya berpeluk tubuh. Ais pula tertidur di sebelah Halilintar. Pada awalnya Halilintar nak je renjat Ais tapi melihat tatapan tajam daripada Gempa menyebabkan dia membiarkan sahaja Ais tidur di bahunya.

Selepas 1 jam tidak sedarkan diri, Solar akhirnya bangun. Taufan, Blaze dan Thorn pula meminta maaf kepada Solar dan berjanji kepada Solar yang mereka takkan buat lagi, ni pun atas permintaan Gempa.

Solar yang merajuk hanya mengabaikan mereka. Hah, pandai-pandailah korang bertiga pujuk dia. Siapa suruh😒😂














Maaf lambat update! Harap suka!^^




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro