Bab 10: D-day! Annabella vs Wilda

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

“BAGAIMANA?” tanya Erena.

“Nasib dia tidak baik. Lawan dia adalah pengguna kuasa api,” balas Andrew.  Dia sudah senarai perlawanan hari ini. Nama Annabella tercatat pada perlawanan seterusnya.

“Apa yang kau mahu lakukan sekarang ini?”

“Bergantung pada Anna. Kalaulah dia fokus apa yang aku ajar, sekurang-kurangnya dia boleh mempertahankan diri. Degil betul budak tu,” keluh Andrew.

“Bertenanglah, Andrew... Kenapa pula kau yang gelabah? Anna yang akan berlawan sekejap lagi boleh tidur dengan bahagia,” kata Erena. Dia melihat Annabella yang  nyenyak tidur tanpa mempedulikan suasana bising di colosseum.

“Apa? Boleh budak ni tidur dengan aman makmur dalam keadaan begini?” Dia mendekati Annabella yang sedang tidur di bangku sambil menunggu gilirannya.

“Anna, bangun!” kejutnya.

“Jangan kacaulah orang nak tidur,” marah Annabella dengan mata terpejam.

“Bangun, Anna! Hari ini merupakan hari perlawanan! Bukankah saya sudah menyuruh kamu tidur awal semalam?” marah Andrew yang bercampur gementar.

“Saya tidak boleh tidur sebab dorm perempuan semalam terlalu bising! Jangan kacau saya nak tidur!”

Disebabkan terlalu geram, pedang yang berada di pinggang diambil lalu diketuk pada kepala Annabella.

“Apa ni? Sakitlah!” marah Annabella. Mata yang mengantuk sudah terbuka luas dek kesakitan akibat diketuk oleh pedang Andrew yang bersarung cantik.

“Bangun pun!”

“Orang mahu tidur pun tidak boleh. Nak berlawan perlukan tidur yang cukup,” rungut Annabella dalam keadaan mamai.

“Dia betul, Andrew,” sampuk Erena.

“Nampak? Erena pun sokong saya,” kata Annabella. Dia menggosok mata untuk menghilangkan rasa mengantuk.

“Kamu akan berlawan dengan pengguna kuasa api.”

“She’s gonna burn my ass,” kata Annabella dengan selamba.

“Jika terjadi apa-apa, jangan takut! Jangan gementar! Apa yang penting pastikan yang dia tidak ada peluang mahu cederakan kamu. Faham?” nasihat Andrew.

“Faham...” balas Annabella dengan nada malas.

“Mana pedang kamu?”

“Ni...” Annabella angkat pedangnya.

“Your shield?”

“Ni...” Annabella tunjuk perisai besinya.

“Kenapa dia nampak gementar?” bisik Annabella kepada Erena.

“May be he worry that your opponent really gonna burn your ass,” kata.

“Your turn after this. Don't let your guard down,” pesan Andrew  buat kali terakhir. Dia terdengar pengumuman perlawanan yang keempat pada hari ini telah tamat. Sudah tiba giliran Annabella berhadapan dengan lawannya.

“Baiklah!”

“Jom, Andrew! Kita tengok di kerusi penonton. Kami akan lihat kamu dari tempat penonton di barisan kerusi yang pertama. Kamu akan dapat lihat kami dengan mudah.”

Erena dan Andrew berlalu dari tempat persediaan peserta. Mereka duduk di kerusi barisan hadapan supaya senang untuk melihat Annabella dengan lebih jelas. Kerusi di sebelah Andrew dipenuhi oleh seseorang.

“Saya minta maaf, Lord Astal. Saya tidak perasan kehadiran...”

“Tidak mengapa, Andrew. Saya datang sebagai penonton. Rasa rugi kalau tidak melihat perlawanan ini,” kata Lord Astal sambil ketawa halus.

“Perlawanan seterusnya di antara Wilda Fermos dan Annabella Valiant. Peserta dipersilakan keluar,” beritahu jurucakap pada perlawanan tersebut. Pengumumannya mengundang sorakan penonton yang terdiri daripada pelajar akademi dan ibu bapa peserta.

Tidak lama kemudian, tampil dua orang gadis di tempat perlawanan. Annabella yang berambut pendek keemasan dengan muka mengantuk dan seorang gadis bertubuh gempal dengan muka tanpa secalit senyuman.

Matanya dicelik seluas-luasnya untuk menghilangkan rasa mengantuk. Dia menggeliat kecil untuk menghilangkan rasa malas. Hampir ternganga mulut Annabella apabila melihat colosseum yang besar. Rasa kecil dirinya apatah lagi berhadapan dengan lawan yang bertubuh dua kali ganda besar darinya. Dia ternampak Andrew dan Erena di kerusi penonton. Tangannya dilambaikan ke arah meraka.

Andrew menekup muka dengan gelagat Annabella manakala Erena hanya mengukir senyuman kepada Annabella yang sedang melambai ke arah mereka.

“Kamu semua nampak budak perempuan berambut emas tu? Wajahnya kelihatan tenang apabila berdepan dengan lawannya.”

“Kalau dia menang, itu memang nasib dia.”

“Siapa peduli? Dia nampak sangat comel. Betul tak, Haziel?" Dia bertanya pendapat kembarnya.

“Budak gempal tu?” balas kembarnya.

“Mata kau letak di mana? Budak berambut emas tulah.”

“My golden princess!” jerit pasangan kembar itu.

“Aku tidak sabar melihat kuasa apa dia miliki,” kata seorang lelaki bersama senyuman manis.

“She’s a human girl from Earth,” balas lelaki bercermin mata. Jarinya menolak sedikit cermin mata yang dipakai.

“Apa?” Semua yang berada di situ terkejut dengan kenyataan seorang lelaki yang bercermin mata dengan buku di tangan.

“Tidak terkejut apabila Frielan mengetahui tentang itu. Oh, Eidan! Apa yang kau buat di sini?” tanya lelaki yang suka senyum itu.

“Bosan berada di dalam bilik,” balas Eidan.

“Mungkin Eidan mahu melihat anak murid Lord Andrew yang baru bertarung hari ini,” teka lelaki bercermin mata.

“Bagaimana kau tahu, Frielan?” tanya seorang gadis yang berada di situ.

“Aku tahu segala-galanya.”

Semua mata menumpukan perhatian pada perlawanan yang bakal berlangsung.

Annabella melemparkan senyuman kepada lawannya agar lawannya itu berlembut hati tidak akan mencederakan dirinya tetapi  hanya sia-sia saja. Lawannya itu tetap dengan muka tidak ada gula. Tidak tahu ke senyum itu mengelakkan kedutan di muka? Patutlah muka nampak berumur sikit rupanya susah senyum.

“Perlawanan dimulakan sekarang!” umum jurucakap.

“Hai, nama saya Annabella. Boleh panggil Anna. Sebenarnya, saya tidak sukakan keganasan. Jadi, lebih baik kita selesaikan dengan cara baik boleh?” Annabella cuba berunding.

Wilda tidak mengendahkan kata-kata Annabella malah dia terus menyerang Annabella dengan menggunakan bebola api yang muncul dari tapak tangannya. Annabella mempertahankan dirinya dengan menggunakan perisai besi daripada terkena bebola api yang bertalu-talu.
Namun, perisai yang dia guna semakin lama semakin panas menyebabkan tangan yang memegang perisai itu terasa panas.

Kemudian, Wilda menyerangnya dengan menggunakan pedang. Annabella bertahan dengan perisai yang ada. Serangan bertalu-talu dari Wilda menyebabkan Annabella kehilangan keseimbangan badan tetapi dia bertahan dengan bantuan pedang yang berada di tangan kirinya. Wilda kembali menjarakkan dirinya dari Annabella.

Eh? Sudah berhenti ke? Annabella mengintai di sebalik perisainya. Alangkah terkejutnya apabila lawannya menghembuskan nafas api ke arahnya. Dia melangkah setapak ke kanan. Sipi-sipi nafas berapi itu hampir terkena bahunya. Bahang api yang panas dapat dirasai oleh Annabella. Kalau aku tidak mengelak tadi, mungkin aku sudah menjadi daging bakar.

Setiap kali diserang oleh Wilda, Annabella bertahan dengan perisai dan menangkis dengan pedangnya. Dia juga mengelak dan bertahan apabila serangan bertalu-talu yang diterima oleh lawannya. Bebola api yang menyerangnya menyebabkan perisai besi yang dipegang semakin panas. Oleh sebab tidak tahan dengan kepanasan tersebut, dia melemparkan perisainya ke tanah.

“Wanna me burn your ass?” ujar Wilda. Tangannya diselubungi api.

“I hope you can do that but I can’t allow you to do it,” balas Annabella.
Wilda menyerangnya dengan bebola api tetapi dapat dielak oleh Annabella dengan langkah yang mudah. Andrew yang melihat perlawanan tersebut agak terkejut dengan tindakan Annabella yang tidak menggunakan perisai. Dalam masa yang sama dia juga terkejut, gadis muda itu mengelak bebola api dengan senang.

“She’s dancing?” ujar Lord Astal.

“I don't know,” balas Andrew.
Wilda meningkatkan lagi jumlah bebola apinya untuk menyerang Annabella tetapi lawannya dapat mengelak dengan senang.

“You're good throwing your fireball... Tapi kepakaran saya adalah mengelak dari bebola api awak,” kata Annabella sambil mengelak serangan pihak lawan.

“Try this!” Wilda terus menghembuskan nafas api ke arah Annabella dengan bertalu-talu menyebabkan Annabella tidak dapat mengelak.

Annabella terpelanting jauh dari tempatnya berdiri. Badannya terhempas pada dinding colosseum. Bahang api menyelubunyi baju perisainya. Pandangannya sudah kabur. Begini ke cara aku mati? Dia memejamkan mata.

“Anna, my sweetheart! Come here, honey!” panggil ayahnya.

“Ya, ayah!” jerit Annabella teruja.

“Kenapa Anna pukul rakan sekelas Anna?” tanya si ayah.

“He wanna eat my hair!” kata Annabella yang berumur sepuluh tahun. Matanya sengaja dibesarkan agar nampak lebih comel untuk mengelak ayah memarahinya.

“Oh, dear! You should not do that, Anna,” ujar si ayah dengan ketawa kecil.

“Ayah marah Anna?" Matanya yang sudah bulat semakin dibulatkan.

“Ayah tidak boleh marah, Anna. My cupcake is so cute!” Tubuh Annabella digeletek.

“Geli la, ayah...” Annabella menggeliat kegelian.

“Listen to me, my sweet honey. Anna tidak boleh pukul kawan Anna,” nasihat ayahnya.

“What if they wanna eat my hair?”

“Just don't hit them, okay? Tidak baik bergaduh. Walau apa pun yang terjadi, jangan guna apa yang ayah ajar pada Anna ke atas orang lain. Bila tiba masanya, Anna boleh gunakannya. Tapi buat masa ini... Jangan sesekali gunakannya, okey?” Jari kelingking disua ke arah anaknya.

“Pinky swear!” Jari kelingking sudah bersatu dengan jari kelingking ayahnya.

Kenangan bersama ayahnya berlegar di ruang mata. Pesanan ayahnya terngiang-ngiang di telinganya. Sudah tiba ke masa untuk Anna guna ilmu pertahankan diri yang ayah ajar pada Anna sejak kecil dulu? Tolong Anna, ayah... Annabella bangun berdiri dengan bantuan pedang. Badannya disandar pada dinding dengan menjadikan pedang sebagai tempat untuk berpaut.

“Tiada istilah putus asa dalam diri keturunan Valiant, Anna!” Dia meniup semangat dalam dirinya.

“When you're facing your enemy, don't show them you're afraid. You're born to win.”

Nasihat dari ayahnya terngiang-ngiang ditelinga menjadi pembakar semangat untuk jadi lebih kuat saat dia berlatih dengan ayahnya.

Anna terpaksa melanggar janji Anna, ayah. Maafkan Anna.

Baju perisai yang dipakainya ditanggalkan kerana menyusahkan dirinya untuk bergerak dengan pantas. Dia kini hanya memakai baju t-shirt, seluar dan but. Annabella berasa lega apabila menanggalkan baju perisai yang melemaskannya. Dia menggeliat kecil. Rasa sengal pada badannya sudah hilang.

“Lets make a deal!”

“What?” Wilda mengerutkan dahi.

“You know... I’m just a human girl with no freaking power like you. So, to be fair... Fight me with your bare hand. I mean with a sword. With bare hand is okay for me. Deal?” Annabella cuba berunding sekali lagi.

“Oh, come on! Seronok ke lawan orang yang lemah tidak ada kuasa? Ketiak pun tidak berpeluh. Setuju? Kita beradu tenaga. Siapa lebih kuat, nak?” sambungnya.

“If you insist, I have no choice. We use sword.” Wilda bersetuju. Dia menarik keluar pedangnya yang tersisip di pinggang.

“Macam itulah!” Annabella mengambil pedang yang  terdampar di atas tanah.

“Anna... Kenapa kamu tanggalkan baju perisai tu?” Satu suara terjah masuk ke dalam mindanya. Anna tercari-cari suara yang bermain dalam fikirannya. Macam suara...

“Ya, Anna! Ini saya, Andrew. Saya boleh baca fikiran kamu,” kata Andrew.

“Telepati! Hebat! Saya tanggalkannya sebab ianya menyusahkan saya untuk bergerak bebas. Benda tu berat. Jangan ganggu konsentrasi saya,” terang Annabella.

Dia mendekati Wilda yang berada di tengah-tengah tempat berlawanan. Langkahnya nampak menyakinkan. Masa inilah dia boleh berlatih semula apa yang diajar oleh ayahnya. Dia memang tidak suka bertarung. Sejak ayahnya meninggal, setiap malam apabila dia tidak boleh tidur, dia akan keluar berlatih di belakang rumahnya.

“In battle, your sword is the only friend you have. Trust it, feel it and believe on it.”

Nasihat ayahnya yang selalu terngiang-ngiang di telinga.
Baiklah, sang pedang! Aku percaya pada kau. Kita akan memenangi perlawanan ini. Annabella terus membuka langkah menyerang Wilda tetapi dapat dihalang oleh lawannya dengan pedang. Bunyi pedang berlaga dan sorakan penonton bercampur-baur.

Di tempat penonton, Andrew terpaku seketika kerana melihat kelincahan Annabella menyerang dan bertahan dengan menggunakan pedang seolah-olah telah lama berlatih menggunakan senjata tersebut. Serangan dari lawannya itu dapat dielak dan ditangkis dengan mudah tanpa masalah. Dia dapat melihat Annabella sempat beralih tangan menggunakan pedang. Sekejap di kiri, sekejap di kanan apabila gadis itu dalam bahaya. Sangkanya gadis itu tidak tahu menggunakan pedang tetapi tanggapannya salah. Gadis itu sudah dilatih bermain pedang.

“Interesting... A human girl like her can handle a sword very well. Her swordmanship is like an elite knight. Her movement is impressive. She not just ordinary human girl from Earth,” ujar lelaki bercermin mata.

“Who’s care? Attack her, big girl! Yeah!” sorak gadis berambut merah jambu.

“Tch! Sesiapa sahaja boleh melakukannya,” dengus seorang gadis berambut biru.

“Base on what I see, she look like dancing with the sword,” kata lelaki bercermin mata

“Frielan, berhenti dengan teori kau.”

“Sudah terbiasa,” balas Frielan. Dia menolak cermin matanya sedikit.
Pada masa yang sama, Annabella berhenti menyerang Wilda apabila melihat lawannya sudah megah mengelak dari serangannya.

“Saya baru panaskan badan,” kata Annabella tenang.

“Oh, ya?" Wilda kembali menyerangnya tetapi dapat dielak oleh Annabella.

“Untuk pengetahuan kau, aku selalu berlatih dengan patung orang-orang yang ayah aku buat daripada besi. Inilah kali pertama aku bertarung dengan lawan yang sebenar. Perasaannya lebih seronok.”

Senyuman terukir di wajah Annabella. Sinis tidak, manis pun tidak. Lebih kepada senyuman yang sukar ditafsirkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro