Bab 11: Lawan jadi Kawan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TASIK yang cantik terbentang luas di hadapan matanya. Airnya berwarna biru sebiru matanya. Annabella mendekati tasik tersebut untuk membasuh mukanya. Tindakannya terhenti apabila melihat air tasik yang tenang beralun membentuk ombak kecil. Dia mengecilkan mata apabila ternampak sesuatu di dalam air. Tiba-tiba sepasang mata merenung tajam ke arahnya...

"Arghh!!!" Annabella tersedar dari lena. Tangannya meraup wajahnya. Degupan jantungnya laju. Mimpi itu menghantuinya lagi. Sepasang mata tajam yang pasti bukan milik manusia. Ia menyerupai sepasang mata seperti seekor ular tetapi lebih besar.

"Kamu sudah sedar?" tegur seorang wanita yang berambut hijau pucuk pisang. Senyuman tidak lengkang dari bibirnya.

"Saya berada di mana?" tanya Annabella.

"House of Healing. Jika di Bumi, mungkin dipanggil hospital."

"Apa yang telah terjadi pada saya?"

"Kamu tidak ingat?" soal wanita itu kembali. Dia mendekati Annabella, luka pada badan Annabella diperiksa. Sudah hampir sembuh.

"Saya ingat yang saya masih berlawan... Eh? Saya menang atau kalah? Bagaimana perlawanan tu?" tanya Annabella cemas. Kalau kalah, dia akan dihukum mati. Dia tidak mahu mati muda!

"Luka kamu akan sembuh dalam dua hari lagi," beritahu wanita itu.

"Oh... Terima kasih, Cik..."

"Ricia. Panggil Ricia." Ricia memperkenalkan dirinya.

"Terima kasih, Ricia sudi merawat budak ni." Andrew bersuara apabila melangkah masuk ke bilik pesakit bersama Erena.

"Sama-sama. Dia tidak seteruk seperti kamu dulu," ucap Ricia dengan senyuman.

"Apa yang jadi pada dia dulu?" tanya Annabella dengan penuh minat.

"Pertarungan pertamanya... Badannya penuh dengan lebam dan luka-luka. Teruk!" jawab Erena dengan ketawa kecil.

"Saya pergi dulu." Ricia berlalu meminta diri untuk keluar.

KUK!

"Aduh!" jerit Annabella. Kepalanya digosok kerana sakit diketuk dengan sarung pedang Andrew.

"Apa ni? Buat salah kena ketuk, tak buat salah kena ketuk. Ingat kepala saya tong dram ke?"

"Kamu sudah menipu saya." Andrew geram.

"Bila saya menipu awak?" Remaja perempuan itu kelihatan bingung.

"Pretending that you don't know how to fight."

"Ayah tidak benarkan saya menggunakan kelebihan saya mencederakan orang. Dia tidak mahu saya terjebak dalam keganasan. Dia juga tidak mahu saya bermain dengan benda tajam."

"Masa berlawan tadi tu apa?" soal Andrew.

"Ayah cakap bila tiba masanya saya boleh gunakannya. Ia masa yang tepat untuk menggunakannya. If not, that big girl gonna burn my ass." Annabella mempertahankan dirinya yang tidak bersalah.

"Eh, budak ni!" Andrew ketap gigi geram.

"How did you learn that move?" tanya Erena.

"Ayah yang ajar."

"Sejak bila?"

"Saya mahir menggunakan senjata dan semua teknik pertahankan diri semasa umur tujuh tahun. Saya seorang yang cepat belajar," balas Annabella.

Erena dan Andrew kaku sebentar mendengar pengakuan jujur Annabella.

"Ayah kamu kerja apa?" tanya Erena lagi.

"Polis. Kerja dia menangkap orang jahat."

"Bagaimana kamu dapat menguasainya?"

"Masa saya umur 13 tahun, ayah buat patung orang-orang di belakang rumah. Saya selalu berlatih dengan patung tersebut. Saya juga selalu berlatih dengan ayah apabila dia tidak bekerja."

"No wonder you look like a good swordmanship," puji Erena.

Annabella sengih. Malu bila dipuji.
"Bagaimana dengan perlawanan itu?"

"Kamu tidak ingat?"

Annabella menggeleng kepala sebagai balasan.

"Kamu hampir bunuh Wilda Fermos," beritahu Erena.

"Apa? Saya bunuh dia? Tidak!!! Saya tidak mahu jadi pembunuh!" jerit Annabella.

KUKK!

"Apa salah kepala saya, hah?" jerit Annabella kerana geram kepalanya selalu menjadi mangsa pedang Andrew.

"Erena cakap... Kamu hampir membunuhnya." Andrew tekan perkataan 'hampir'.

"Dia sudah mati?" Wajah Annabella kelihatan sangat takut. Dia takut dia telah jadi pembunuh.

"Dia masih hidup. Kamu jatuhkan pedang dia membuatkan pedangnya terpelanting jauh. Peluang tu kamu ambil dengan melukakan sedikit kakinya sehingga dia terjatuh. Kamu baling pedang kamu ke arahnya. Pedang tu terpacak di atas tanah dua inci dari atas kepala dia. Tidak lama kemudian, kamu pengsan." Andrew menceritakan perkara yang sebenar berlaku.

"Oo..." Annabella garu kepala yang tidak gatal. Itu rupanya yang terjadi. Tangannya masih suci tidak membunuh orang. Nasib baik.

"Minggu depan, kamu boleh masuk kelas."

Annabella mengeluh perlahan. Bunyi seperti tidak menyeronokkan langsung dan akan ada masalah yang bakal dihadapinya selepas ini.

PETA yang berada di tangan direnung. Kepala yang tidak gatal digaru. Sudah banyak kali dia terbalikkan peta tersebut tetapi masih mengelirukannya. Menyusahkan betul! Ada peta pun tidak berguna. Peta yang dilukis tangan oleh Andrew sendiri. Tidak ada bakat seni langsung! Ianya lebih kepada contengan garisan di atas kertas. Budak darjah satu lukis lebih cantik dari dia.

Sepuluh minit dia berdiri di pintu keluar dorm pelajar perempuan Akademi Seraglio, arah yang hendak dituju masih tidak diputuskan lagi. Peta dilihat kembali. Bermula di sini. Ambil kanan. Jalan lurus. Okey, baiklah! Percaya saja pada peta yang dilukis oleh Lord Andrew Cranel.

Langkah diatur. Matanya tidak duduk diam kerana asyik melihat suasana akademi yang mengalahkan istana. Kalau akademi begini, istana lebih lagi. Pelajar akademi memandangnya sambil berbisik-bisik antara satu sama lain. Annabella buat-buat tidak dengar. Annabella sabarkan hati mendengar bisikan pelajar akademi tersebut.

"Is that human girl from Earth?"

"How did she get here?"

"She win the battle just because of luck."

"She just weak human girl and doesn't has power like us."

"May be she cheating during the match. Who's know?"

Annabela sudah kehilangan arah. Dia kembali melihat peta. Sudah terkeluar dari peta. Apa yang patut dia buat? Annabella berjalan mengikut langkah kakinya yang diatur. Perasaan kagum menyelubungi diri apabila melihat kawasan akademi.

Dia terjumpa kafe. Sempat juga Annabella makan untuk mengisi perut yang kosong. Makanan yang disediakan adalah percuma. Tidak perlu bayar. Selesai makan, dia kembali meneruskan mencari kelas.

Kali ini Annabella jumpa perpustakaan. Rahangnya hampir jatuh. Rak buku sangat tinggi memerlukannya mendongak ke atas. Dia ternampak perpustakawan mengambil buku yang paling atas dengan menggunakan kuasa angin.
Pintu yang tertutup rapat dibuka. Matanya tidak berkelip memandang isi di dalamnya. Penuh dengan senjata. Dia tutup pintu setelah puas bermain dengan senjata. Kemudian, dia meneruskan lagi misi mencari kelasnya.
Buk!

"Aduh!" Annabella jatuh terduduk apabila terlanggar sesuatu yang keras tetapi yang pasti bukan dinding. Dia bangun dan merenung orang yang melanggarnya.

"Kau tidak ada mata ke?"

"Kau tu yang tidak ada mata," balas Eidan.

"Kau yang langgar aku!" kata Annabella geram.

"Mata kau letak di tapak kaki."

"Apa kau kata?"

"Grumpy!"

"Kau mahu cari gaduh dengan aku?" Annabella sudah meradang.

"Aku sudah lama tidak tumbuk orang. Kau mahu rasa?"

"Sewel," kutuk Eidan selamba.

"Bangang!" balas Annabella. Dia tidak mahu mengalah.

"Senget!"

"Bongok!"

"Sengal!"

"Bengong!"

"Kau panggil aku apa?" Eidan marah.

"White-headed!" kutuk Annabella dengan muka tak bersalah.

"Air-headed!"

"Menyampah aku tengok muka kau!" Annabella terus meninggal si jejaka yang sudah mahu meletup. Dia terus melangkah dengan hati yang membara terhadap lelaki itu.

Kali ini Annabella berada di luar akademi sambil melihat pelajar yang sedang berlatih menggunakan kuasa masing-masing. Selain itu, ada juga sedang berlatih menggunakan senjata. Dia kembali masuk ke dalam akademi. Sekarang ini, dia sudah hilang hala tuju. Annabella ternampak bangku lalu duduk untuk menghilangkan rasa lenguh di kaki. Apalah nasib dia hari ni? Dia mengangkat wajahnya apabila bahunya ditepuk oleh seseorang.

"Err..." Annabella mati kata.

"Jom ke kelas!" ajaknya.

Annabella mengikuti langkah orang itu. Apa dia mahu cakap? Rasa bersalah masih menghantuinya.

"Wilda..."

"Aku maafkan kau. Terus-terang aku cakap aku memang seronok bertarung dengan kau. Kau memang pandai bermain pedang walaupun kau hanya penduduk Bumi."

"Luka tu..."

"Aku tidak apa-apa. Kau ajar aku sesuatu."

"Eh? Apa?" tanya Annabella.

"Kuasa bukan segalanya. Tidak menggunakan kuasa juga boleh menang. Semangat yang penting. Kau ada semangat yang tinggi dan tidak pernah kenal erti putus asa. Sebab itu kau menang."

"Ayah aku yang ajar. Dalam peperangan, pedang adalah satu-satunya kawan yang kau ada. Kau cuma perlu percaya, rasa dan yakin pada dia."

"Kata-kata yang memberangsangkan. Sudah tentu ayah kau seorang wira yang hebat."

"Dia wira aku."

"Aku, Wilda Fermos. Kau?" Wilda memperkenalkan diri walaupun mereka sudah kenal semasa perlawanan minggu lepas.

"Annabella Valiant. Kau panggil aku Anna. Boleh kita kawan? Kau pun tahu aku ni manusia biasa. Pelajar akademi di sini seperti tidak sudi berkawan aku."

"Kau orang pertama yang ajak aku berkawan."

"Kau tidak ada kawan?" soal Annabella hairan.

"Soalan itu sangat sensitif. Kau tengoklah aku ni macam mana."

"Tapi kau comel apa," puji Anna ikhlas. Pada pandangan matanya, Wilda sangat comel. Rambutnya berwarna merah garang sesuai dengannya yang mempunyai kuasa api. Matanya pula juga berwarna merah. Pipinya pula nampak putih kemerahan. Comel sangat.

"Kau mahu rasa buku lima?"

"Aku seriuslah." Annabella bersungguh meyakinkan gadis itu bahawa dia ikhlas memuji.

MATA pelajaran pertama pada pagi ini adalah Sejarah Sylvania. Annabella sudah tersenguk-senguk. Sesekali Wilda menyengolnya tetapi dia tersedar untuk seketika kemudian dia kembali tersengguk.

"Annabella!" jerit Professor Lordes, pengajar mata pelajaran Sejarah.

"Saya tahu kamu seorang manusia. Tapi saya layan semua orang sama rata. Sekarang bagitahu saya nama pemerintah Sylvania yang pertama."
Annabella yang sudah berdiri menelan air liur. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Err... Raja... Raja..."

"Kalau tidak tahu, cakap saja tidak tahu," ejek salah seorang rakan kelasnya.

"Raja Rowan de la Dragwellestyn," kata Annabella.

"Kenapa dia ditabalkan menjadi raja?"

"Sebab Raja Rowan merupakan satu-satunya Lvanian pertama mempunyai ke semua kuasa yang ada. Raja Rowan juga dianggap sebagai lambang penyatuan kesemua kerajaan. Oh, ya! Saya yakin naga itu wujud. Kalau tak, kenapa logo akademi ni ada simbol naga?"

Semua mata memandangnya tidak berkelip. Salah ke apa yang dia cakap? Tangannya ditarik oleh Wilda untuk memaksanya duduk.

"Aku cakap benda yang salah ke?" bisiknya kepada Wilda.

"Prof, betul ke Raja Rowan ada kaitan dengan naga? Naga itu wujud ke?" tanya salah seorang pelajar.

"Ianya hanya mitos. Naga hanya satu simbol kuasa yang hebat. Ia tidak wujud. Annabella, berfikir dahulu sebelum bercakap. Kita sambung..." balas Professor Lordes.

"SALAH ke apa yang aku cakap tadi?" tanya Annabella. Dia masih tidak puas hati tentang kelas Sejarah tadi.

"Memang salah pun. Naga tidak wujud," balas Wilda. Dia sudah terbaring di atas katil. Bilik stor sudah rasmi jadi bilik Annabella.

"Mana boleh tidak wujud! Semua filem fantasi aku tengok naga tu wujud. That fire-breathing creatuse must exist!" Annabella teguh dengan pendapatnya.

"Itu di dunia kau. Tapi di Sylvania tidak wujud," ujar Wilda.

"Kenapa logo akademi ada lambang naga?"

"Hanya kebetulan."

"Tidak mungkin kebetulan sebab Prof. Lordes kata... Naga hanya satu simbol kuasa yang sangat hebat. Kau tidak rasa pelik ke bila enam negara senang hati tabalkan Raja Rowan sebagai Raja Sylvania? Pasti ada sebab." Annabella masih percaya dengan teorinya bahawa naga itu wujud.

"Sebab dia orang yang pertama dilahirkan mempunyai enam kuasa," kata Wilda.

"Okey, masuk akal. Tapi bagaimana Raja Rowan dapat kalahkan Raja Kejahatan Tralgar?"

"Dia menggunakan Rapturous Sword yang ditempa oleh raja bunian iaitu King Frystan, pemerintah Eatherland yang pertama," jawab Wilda kepada persoalan kawannya itu.

"Aku tahulah! Tapi yang menjadi tanda tanya aku... Bagaimana raksasa yang menyerang pada ketika itu mudah dikalahkan?"

"Kau banyak sangat fikir. Buku cakap naga hanya makhluk mitos. Kalau naga itu wujud, mana buktinya? Tidak ada, kan?"

Annabella mengeluh. Betul juga cakap Wilda. Kalau naga tu wujud, mesti ada bukti. Contohnya, rangka tulang naga sebagai bukti yang naga itu memang wujud.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro