Bab 26: Kehilangan Anna

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ANNABELLA menekup telinganya kerana bunyi bingit angkara raungan raksasa yang diserang oleh tujuh orang Heroic Knight. Dia dapat melihat serangan Heroic Knight secara serentak ke atas raksasa air tersebut. Dia keluar dari pelindung tanah untuk melihat keadaan yang sebenar. Asap kelabu menyelubungi raksasa tersebut. Tujuh orang Heroic Knight berdiri megah sangat mengagumkannya.

“Yeah! We did it!” jerit si kembar manakala yang lain-lain hanya menarik nafas lega apabila raksasa air dapat dikalahkan akhirnya.

Annabella mengukir senyuman. Tanpanya, mereka melakukannya dengan baik. Dia rasa seperti tidak berguna dalam Heroic Knight kerana tidak dapat menolong rakan yang lain. Namun, perasaan itu ditepis.

“Good job, everyone!” jerit Annabella dengan nada yang sangat gembira.

Tetapi jeritannya tidak didengari oleh mereka. Dia nampak ahli Heroic Knight yang lain sedang bergembira tanpa kehadirannya. Bergelak tawa tanpa dia. Patutlah mereka tidak pernah memberi peluang kepadanya untuk menolong mereka. Rupa-rupanya dia hanya satu sebab kepada mereka semua dengan kehadirannya.

“Untuk mengenali siapa kamu, Annabella. Pergilah mencari dirimu yang sebenarnya. Kelak kamu akan mengetahui segalanya...” Kata-kata Lady Nythana terngiang-ngiang di telinganya.

Kalau dia pergi, dia akan tahu siapa diri dia yang sebenar. Kebenaran yang dia inginkan selama ini akan diperolehi. The Circle of Heroic Knight bukan tempatnya. Dia tidak layak berada tempat itu. Dirinya juga tidak pernah diterima dalam kalangan mereka. Langkah diatur meninggalkan Heroic Knights yang lain.

GARGHH!!!

Dalam sekelip matanya sahaja perut Annabella ditusuk dengan duri raksasa air yang masih hidup. Darah merah terpercik keluar. Gadis itu jatuh melutut pada tanah. Dia memuntahkan sejumlah darah yang banyak. Badannya sudah tidak mampu bergerak lagi. Nafasnya tersekat-sekat. Sakit yang ditanggung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana ditusuk oleh duri yang tajam dan beracun. Racun sudah menyerap di setiap uratnya dan memakan nyawanya sedikit demi sedikit. Matanya mula kabur.

Tubuhnya yang tidak bermaya dibelit dengan sesungut. Annabella dapat merasa tulang rusuknya berlaga antara satu sama lain. Tulang belakangnya terasa patah. Sejumlah darah yang banyak dimuntahkan untuk sekian kali. Annabella dapat lihat pusaran air yang berada di bawah kakinya. Sempat dia melihat Heroic Knight yang hanya memandang dirinya yang akan menemui ajal. Annabella memejamkan mata. Dia menerima segala apa yang berlaku terhadap dirinya. Dalam sekelip mata sahaja, dia dan raksasa air tersebut tenggelam dalam pusaran air yang mengganas.

“Anna!” jerit Eidan.

“Eidan! Kalau kau pergi, kau juga akan terbunuh!” kata Freya.

“Aku tak peduli! Aku tidak boleh biarkan raksasa itu bunuh Anna. Aku akan selamatkan dia!”

Eidan terus berlari ke arah raksasa air yang melilit tubuh Annabella yang berlumuran dengan darah. Dia cuba menyerang raksasa tersebut dengan bebola api dan panahan petir tetapi tidak berkesan. Hembusan nafas berapi juga tidak berkesan.
Segala-galanya sudah terlambat apabila pusaran air yang mengganas itu menelan raksasa air dan Annabella mula menghilang. Dia terjun ke dalam air dan kembali timbul. Eidan masih tidak berputus asa mencari Annabella dengan menyelam ke dalam air. Beberapa kali dia melakukan perkara yang sama tetapi tidak menjumpai tubuh Annabella.

“Tak guna!!!” jerit Eidan.

BAJU yang basah telah mula mengering. Badannya disandarkan pada batang pokok di mana Annabella pernah bersandar untuk tidur sebelum mereka diserang oleh raksasa air. Pandangannya lurus ke arah air yang mengalir.

Dia tidak mampu menerimanya dengan mudah setelah apa yang terjadi terhadapa Annabella. Tubuh Annabella yang ditusuk dengan duri terbayang di ruang mata. Salah dirinya kerana tidak menjaga gadis itu dengan baik.

“Eidan... Kita patut teruskan perjalanan,” ujar Karyle.

“Apa yang berlaku ni, Karyle... Kau rasa boleh hidup tenang ke selepas ini?”

Karyle mendiamkan diri.

“Kau rasa dia mati sebab apa? Dibunuh raksasa? Tidak... Kita yang bunuh dia, Karyle. Kita biarkan dia dibunuh oleh raksasa itu. Kita hanya melihatnya diseksa sebelum pergi buat selamanya.”

Semua orang yang mendengar kata-kata Eidan menundukkan kepala. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana tidak pernah terdetik di hati mereka mahu menolong Annabella yang sedang bertarung nyawa.

“Kita tidak pernah menganggap dia salah seorang daripada kita. Kita anggap dia lemah dan menyusahkan. Hanya diguna apabila diperlukan. Dia tidak akan maafkan kita sampai bila-bila,” ujar Eidan. Kata-katanya menambahkan lagi kekesalan di hati semua orang.

Dia bangun menuju ke arah kuda Annabella yang pernah ditunggang oleh gadis itu. Kuda itu tidak diapa-apakan kerana agak jauh dari tempat mereka berehat semalam. Tali yang diikat pada batang pokok dileraikan. Dia menoleh pada pokok tersebut sebelum melompat naik ke atas belakang kuda. Pergerakannya terhenti apabila ternampak sesuatu di situ.

Mereka kembali meneruskan perjalanan tanpa Annabella. Sepanjang perjalanan mereka ke akademi, hanya kesunyian yang menemani. Tiada lagi usikan, ketawa.. Yang ada hanya rasa bersalah dalam diri, kekesalan, dan juga kesilapan yang dilakukan pada Annabella. Sungguh berat hati mereka menerima kenyataan bahawa Annabella sudah tiada. Hati dihimpit rasa penyesalan kerana tidak dapat memohon maaf kepada Annabella.

Setelah tiga hari, barulah mereka sampai di Akademi Seraglio dengan wajah yang muram. Tiada senyuman yang menghiasi wajah mereka. Tiada usikan yang menceriakan suasana. Tiada ketawa yang membangkitkan suasana mesra. Semua itu pergi bersama pemergian Annabella. Sepanjang tiga hari juga, mereka tidak mampu melupakan peristiwa yang terjadi pada Annabella. Mereka akan ingat sampai ke akhir hayat bersama rasa bersalah.

“Selamat pulang!” sapa Pengetua Erald tetapi tidak dibalas oleh sesiapa. Dia mengerutkan dahi apabila melihat wajah muram anak-anak muda di hadapannya.

“Eh, mana Annabella?” Dia menyedari gadis yang terkenal dengan sikap degil tidak bersama mereka.

Apabila mendengar soalan tersebut, masing-masing melangkah masuk ke dalam bilik masing-masing yang tinggal hanya Karyle dengan senyuman hambar dan Frielan.

“Apa yang telah berlaku?” tanya Pengetua Erald. Dia dapat merasai ada sesuatu terjadi.

“Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang perjalanan kami” ujar Karyle. Senyumannya kini tidak seperti sebelum ni. Senyuman hambar dan penuh kekesalan.

“Beritahu saya apa yang telah terjadi? Mana Anna? Sepatutnya dia bersama kamu semua.”

“Ianya sangat sukar untuk kami beritahu.”

“Saya pergi buat air,” kata Frielan lalu berlalu ke dapur.

“Kami diserang oleh Charybdis di Hutan Bernyawa,” ujar Karyle.

“Bagaimana Ancient Demon boleh berada di situ?” tanya Pengetua Erald terkejut.

“Saya tidak tahu. Annabella terkorban semasa Charybdis menyerang. Kami tidak dapat membantu.”

“Tidak. Kami hanya melihat Anna dibunuh oleh raksasa air itu,” sampuk Eidan.

“Betul ke, Karyle?” Pengetua Erald memandang wajah Karyle yang sayu.

“Kami lebih mementingkan diri sendiri. Kami takut mati untuk menyelamatkan Annabella. Sebab itu kami biarkan dia ditelan oleh pusaran air,” sambung Eidan. Setelah itu dia melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Kami rasa sangat bersalah. Sebab kami, Anna...”

“Apa yang terjadi telah pun terjadi. Kalau kamu selamatkan Anna, dia tetap akan pergi. Keadaan masih tetap sama. Kita tetap kehilangan Anna. Bukan salah kamu semua.” Pengetua Erald menenangkan Karyle.

EIDAN merebahkan badannya ke atas tilam empuk setelah penat berlatih. Hari ni genap seminggu Annabella pergi. Dia masih tidak percaya yang gadis itu akan pergi untuk selama-lamanya. Rasa seperti baru semalam dia berjumpa dan bergaduh dengan Annabella. Teman gaduhnya sudah tiada. Tidak akan ada orang yang mampu menggantikan tempat gadis itu.

Kenangannya bersama gadis itu berlegar-legar di ruang mata.

“Eidan! Kau memang tak guna!”

“Eidan! Kaulah makhluk paling menjengkelkan di Sylvania ni!”

“Eidan, si putera katak!”

“Eidan! Rambut kau putih, ini bermakna kau sudah tua! Hahaha...”

“Cari putera raja patik yang hilang...”

“Biarpun berjarak, patik dapat rasa kehangatan tubuh tuanku. Oh, lupa! Tuanku mempunyai kuasa api dan kilat sudah tentu bahang itu patik dapat rasa sekali. Sungguh hangat sehingga menenangkan hati patik.”

“Oh, Putera Eidan... Kenapa jantung tuanku berdegup laju? Kuat betul bunyinya. Kenapa muka tuanku nampak merah?”

Kau tenanglah di sana. Bila tiba masa nanti kita akan bertemu di sana kelak. Aku harap kau tidak akan kembali lagi. Sebab kau hanya menambah rasa sakit di hati aku dan rasa bersalah pada yang lain.

BERITA tentang kematian Annabella juga telah diketahui oleh semua orang di dalam akademi. Kawan Annabella iaitu Wilda juga tidak dapat menerima hakikat tersebut. Dia menyalahkan Heroic Knight kerana tidak dapat menyelamatkan Annabella.

Bukan itu sahaja, Andrew juga tidak dapat menerima hakikat sebenar bahawa Annabella sudah pergi meninggalkan dirinya. Dia sudah menganggap Annabella seperti adiknya sendiri. Apabila mendengar berita tersebut, dia rasa seperti kehilangan ahli keluarganya sendiri.

“Budak tu degil.”

“Aku tahu,” balas Erena yang juga sedih atas kehilangan Annabella.

“Budak panas baran.”

“Dan keras kepala macam kau,” ujar Erena.

Andrew tersenyum hambar.

“Andrew... Aku pasti Anna pasti gembira di sana sebab dia tahu kau sayangkan dia seperti adik sendiri.”

“Walaupun dia sudah tidak ada... Aku tetap akan mencari maklumat tentang siapa diri dia yang sebenar,” tekad Andrew.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro