Bab 25: Serangan di Hutan Bernyawa

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana di Gaeth Lenora pada waktu malam sangat cantik. Bunga yang mempunyai kristal mengeluarkan cahaya. Kunang-kunang yang bercahaya terbang sekali sekala menyinari malam. Satu cahaya biru terapung di udara mengindahkan lagi pemandangan Gaeth Lenora pada waktu malam.

Anna termenung di tepi jendela teringatkan kembali imej yang bermain di fikirannya. Imej tersebut mengelirukannya. Identitinya makin bercelaru. Dia hanya mahu tahu siapa ayahnya. Siapa dirinya... Dan ibunya... Sama ada benar atau tak... Dia tak pasti. Dia perlukan bukti kukuh.

Keluhan dilepaskan. Dia memejamkan mata seketika dan kembali membukanya. Dia ternampak Lady Nythana. Gerak hatinya menyuruhnya mengikut Lady Nythana. Langkahnya hanya mengikuti Lady Nythana pergi. Tiba di Nytve Unarith. Air terjun, air mata dewi. Lady Nythana sedang berdiri di depan air tersebut.

"Annabella... Ianya sudah ditakdirkan untukmu. Usah takut menghadapinya. Dia akan bersama kamu. Kekuatanmu ada padanya. Kekuatannya ada padamu," ujar Lady Nythana. Dia memunculkan sesuatu di hadapannya.

"Itu kan..."

Kotak panjang yang terapung dimunculkan oleh Lady Nythana bergerak di hadapannya.

"Macam mana ada dengan Lady Nythana?"

"Ia datang pada saya untuk beritahu pada kamu, Anna..."

"Apa yang ditulis pada kotak itu?" tanya Anna dengan rasa ingin tahu.

"Eerwïarïs taïduuar dïekïm chïjï
Eerwïarïs vïnjïuun ai phïnjïkaït
Ai phëphïs dïari arïntïi cïhïwhï."

"Maksudnya?"

“Kamu tidak faham?”

Annabella berdehem kecil.

"Pewaris tidur dalam jaga,
Pewaris bangun ia bangkit,
Ia bebas dari rantai cahaya."

"Apa maksudnya?" Anna masih tidak faham.

"Hulurkan tangan kamu."

Anna menghulurkan tangannya seperti dikatakan oleh Lady Nythana. Tiba-tiba dia rasa jarinya sakit dihiris sesuatu yang tajam. Darah yang mengalir keluar menitis pada kotak panjang tersebut. Titisan darah tersebut kemudiannya mengalir di setiap ukiran dan ayat yang terdapat di kotak tersebut. Apabila darah yang mengalir itu kembali bertemu pada tempat yang sama.

Tiba-tiba kotak tersebut bercahaya terang sehingga menyilaukan mata. Anna menutup matanya kerana tidak tahan dengan cahaya yang memancar.

"Untuk mengenali dirimu, Annabella... Pergilah mencari dirimu yang sebenarnya. Kelak kamu akan mengenali dirimu..."

LAPAN orang Heroic Knights meneruskan perjalanan mereka untuk pulang ke Seraglio Academy setelah tiga hari dua malam berada di negara Eatherland. Mereka meneruskan perjalanan pulang ke akademi dengan menunggang kuda yang dihadiahkan sendiri oleh Lady Nythana.

Medan magik teleportasi tidak boleh digunakan lagi lagi kerana teleportasi merentas sempadan negara atau jarak jauh hanya boleh digunakan sekali sahaja sebab itu mereka menggunakan jalan darat.

Sepanjang perjalanan mereka, hanya tumbuhan hijau sahaja yang tumbuh melata kerana Eatherland adalah sebuah negara yang separuh kawasannya adalah kawasan hutan.

Pelbagai gelagat yang ditunjukkan oleh ahli Heroic Knight terutama si kembar yang nakal yang suka mengusik Serena. Freya yang tak habis-habis mengacau Frielan. Karyle tetap dengan senyumannya. Eidan dengan wajah takde perasaan manakala Anna diam membisu seperti sebelum ini.

Eidan yang menyedari perubahan Anna hanya membiarkan gadis itu berada di dunianya sendiri. Jika dia mengacau, tercetus pula pergaduhan mereka. Perbalahan mereka sebelum ni pun masih belum selesai. Tapi sejak bila mereka tak pernah bergaduh? Hari-hari mereka bergaduh.

Dia mendekati Frielan dan Karyle untuk mengetahui kedudukan mereka sekarang.

"Kita kat mana sekarang?"

"Masih dalam sempadan Nadegda Mihailova. Untuk memendekkan masa, jalan yang paling dekat adalah Hutan Bernyawa."

"Jalan lain?"

"Hutan Siren," balas Frielan sambil membetulkan cermin matanya.

Karyle berfikir sejenak. Kedua-dua jalan tersebut sangat berbahaya kerana sebelum ni mereka pernah melalui kedua-dua hutan tersebut.

Hutan Bernyawa merupakan hutan yang agak berbahaya kerana kebanyakkan haiwan di situ telah dipengaruhi oleh Demonic Spirit. Bukan itu sahaja ia tempat tinggal Shadow Hunter. Sejenis makhluk yang hidup dengan makan bayang manusia.

Manakala Hutan Siren merupakan hutan paling berbahaya. Makhluk Pemakan jiwa lelaki. Ia akan menggoda lelaki dengan rupa parasnya dan apabila mangsa jatuh ke dalam perangkapnya ia akan menyedut jiwa lelaki itu.

"Macam mana, Karyle?"

"Kita tanya mereka. Kamu semua nak lalu Hutan Bernyawa atau Hutan Siren?"

"Hutan Bernyawa! Aku dah penat nak sedarkan korang dari digoda oleh Siren," rungut Freya apabila teringat mereka pernah melalui hutan tersebut.

"Ye, betul tu! Menyusahkan tahu tak!" sokong Serena.

"Okey, jugak kita lalu Hutan Bernyawa boleh tingkatkan skill berlawan kita dengan Shadow Hunter!" sahut Hariel. "Jangan risau, Serena. Aku akan jaga kau."

"Kau, diam!"

"Garangnya, cik adik!" usik Hariel lagi.

Serena mendengus. Akar pokok yang dikuasai menggunakan kuasanya. Akar tersebut membelit kaki kuda yang ditunggang oleh Hariel. Kuda tersebut mengangkat kedua belah kaki hadapannya kerana terkejut apabila kaki belakangnya dibelit sesuatu menyebabkan Hariel jatuh terduduk ke tanah.

Haziel galak mentertawakan kembarnya. "Haha... Serius muka kau kelakar gila bila jatuh tadi. Hahaha..."

Hariel mengetap gigi geram. Ada kembar pun tak guna. Bukan nak tolong angkat tapi tolong gelak adalah. Dia terus menghembuskan nafas berapi ke arah Haziel tetapi kembarnya itu cekap menunggang kuda melarikan diri sambil ketawa.

"Karyle! Boleh tak kau tenangkan kuda aku?" pinta Hariel apabila melihat kudanya tak bertenang.

"Rasanya tak perlu kot..." ujar Karyle apabila melihat Anna menggosok kepala kuda milik Hariel sambil bersenandung.

Senandung Anna dapat menenangkan kuda tersebut. Perlahan-lahan kuda tersebut semakin tenang.

"Karyle, kau tahu senandung tu?" tanya Eidan melalui minda Karyle.

"Its Ancient Humming of Elf. A hum that sew by an elf. Ianya diguna untuk menenangkan jiwa yang resah," balas Frielan.

"Betul tu... Ianya hanya diguna oleh bunian sahaja. Tapi Lvanians boleh pelajarinya tetapi memerlukan kuasa semangat, angin dan air. Tiga kuasa tersebut merupakan simbol ketenangan. Jika tiada salah satu kuasa tersebut, ia akan memakan diri sendiri. Dalam erti kata lain, hanya bunian dan pengguna tiga kuasa tersebut." ujar Karyle.

Anna memandang ke arah Heroic Knight yang sedang memandang ke arahnya. "What?"

"How did you know Ancient Humming of Elf?" tanya Hariel yang nampak terkejut.

"It just slip in my mind. Something wrong with that?"

Semua orang menggelengkan kepala dan meneruskan perjalanan mereka ke Hutan Bernyawa.

SEPI, sunyi dan senyap. Mungkin itu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan keadaan Hutan Bernyawa yang mereka lalui sekarang. Disebabkan keadaan yang sepi ia menimbulkan suasana menyeramkan. Pokok yang tumbuh seakan-akan tiada seri kerana warnanya yang pudar. Daun kering koko kehitaman bertaburan di atas tanah. Pokok yang mati kekal mati tiada sehelai daun yang ada. Hanya batang pokok yang berdiri teguh.

Hari yang semakin senja menambahkan lagi suasana seram keadaan hutan tersebut. Ia sepatutnya digelar Hutan Mati bukan Hutan Bernyawa. Hutan ini masih bernyawa kerana ada 'penduduk' yang masih tinggal di sini.

Mereka berhenti rehat di tepi air terjun. Di tambah lagi mereka terpaksa bermalam di situ kerana hari sudah malam. Mereka perlukan rehat untuk meneruskan perjalanan esok.

Anna mengikat kudanya pada pokok agar tidak terlepas. Ada sesuatu yang mengganggu perasaannya kali ini. Rasa seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Air yang mengalir tenang buat dirinya rasa curiga. Air yang masih jernih dan bersih. Tidak dicemari apa-apa. Dia mendekati Karyle.

"We need to move now!" beritahu Anna.

"Jangan risau Anna. Shadow Hunter takkan keluar pada waktu malam kerana bayang kita tidak muncul pada waktu malam. Sebelum matahari terbit kita akan beredar."

"Its not about Shadow Hunter. I feel something not right."

"About what?"

"I don't know. Ianya hanya firasat saya. Kita kena teruskan perjalanan."

"Tapi yang lain sudah letih, Anna. Kalau kita tak berehat, kita tak dapat nak teruskan perjalanan esok," kata Karyle dengan lembut. "Jangan risau. Everything is okay."

Anna mengangguk walaupun perasaan tidak sedap hati semakin menhimpit jiwanya. Dia menyandarkan tubuhnya pada sebatang pokok disebelah Serena yang telah lena tidur. Unggun api yang dibuat oleh Hariel dapat mengusir kesejukan malam yang menggigit kulitnya. Perlahan-lahan kelopak matanya mulai menutup.

Gargggghhh!!!!

Booom!!!!!

Krakk!!!

Dammm!!!!

Garghhhh!!!!

"Anna! Anna! Bukalah mata kau! Kau okay tak? Wei, senget! Bangunlah!" jerit Eidan untuk mengejutkan Anna yang berada di dalam pelukannya.

Anna membuka matanya. Badannya terasa sengal mungkin kerana terjatuh dari tempat tinggi. "Kepala aku sakit... Apa dah jadi?"

"Kita diserang Demon," beritahu Eidan sambil merungkaikan pelukannya. Dia membantu Anna untuk berdiri.

Gargggghhhhh!

Anna tergamam melihat apa yang terjadi hadapan matanya kita. Seekor raksasa yang berada di dalam air sedang menyerang Heroic Knights yang lain. Mempunyai satu mata dengan mulutnya yang terbuka luas menampakkan giginya yang tajam. Sesungutnya yang panjang dan mengeluarkan duri yang panjang tak berhenti menyerang Heroic Knights yang lain. Pokok-pokok turut tumbang dan terbakar.

"Eidan!!!" Anna menolak tubuh Eidan apabila sesungut raksasa tersebut mahu menghentam tubuh lelaki itu. Badannya kembali sakit apabila terhentak pada tanah yang keras.

"Kamu berdua, okay?" tanya Karyle. Di tangannya memegang sebilah sabit panjang yang melengkung tajam.

Anna dan Eidan mengangguk.

"Kita patut beredar dari sini," ujar Frielan apabila mendarat di atas tanah dengan air yang sudah dikeraskan.

"Tapi..."

Mereka berempat memandang Freya, Serena, Hariel dan Haziel yang nampak seronok bertarung dengan raksasa air tersebut. Bukan main lincah mereka menyerang raksasa tersebut dengan kuasa api dan petir. Sempat mereka memotong sesungut raksasa tersebut tetapi sesungut tersebut bercantum kembali.

"Damn it! Kenapa kau tak nak mampus? Muka kau dah la hodoh! Kau tak patut hidup!" jerit Hariel.

"Karyle! Makhluk hodoh ni takkan benarkan kita keluar dari sini hidup-hidup! Hiyarghhhh!" jerit Haziel pula.

Frielan membetulkan cermin matanya. "Betul cakap Haziel. Charybdis takkan benarkan kita hidup. Ia tak senang muncul pada waktu macam ni melainkan ada yang menghantarnya ke mari untuk menghapuskan kita."

"Nampaknya pengikut Tralgar dapat mengesan kita," ujar Karyle.

"Hati-hati!" jerit Serena apabila ternampak hujan duri tajam menuju ke arah mereka. Dia cekap menggunakan kuasa tanahnya membentuk dinding tanah untuk melindungi yang lain.

"Korang semua tak apa-apa ke?" tanya Serena melalui minda masing-masing.

"Oh, babe! I owe you!" balas Hariel dengan nada romantik.

"Lepas ni, siaplah kau! Hariel!" balas Serena.

Anna tersandar pada dinding tanah yang dibuat oleh Serena. Kepalanya sangat sakit ketika itu manakala dadanya pula terasa bagai ditusuk. Tangannya ditekap pada dadanya. Dia melutut di atas tanah. Tangannya mencengkam tanah. Rasa seperti dia tidak dapat menahan perasaan diri sendiri.

"Anna, kau okey?" tanya Eidan yang nampak agak risau melihat keadaan gadis itu.

"Aku rasa..."

"Apa yang kau rasa?"

"Aku rasa sakit kau pijak kaki aku. Tepilah!" marah Anna. Dia menolak tubuh Eidan.

Karyle ketawa manakala Frielan hanya menolak cermin matanya.

"Apa kita nak buat sekarang ni, Karyle? Raksasa ni susah nak mampus!" ujar Freya melalui perhubungan minda.

"Kita serang dia secara serentak dengan kuasa kita," ujar Frielan.

"Okay! Kita serang raksasa hodoh ni secara serentak. Dia belum kenal lagi siapa Heroic Knight!" sahut Haziel dengan suara yang bersemangat.

"Anna, kamu patut berlindung di sini," kata Karyle.

"Tapi saya nak tolong jugak," bentak Anna.

"Kalau kau tolong kami, bukan menyenangkan kami tapi menyusahkan kami adalah. Kalau jadi apa-apa kat kau, siapa yang susah? Kami semua tahu? Dah kau duduk diam-diam je kat sini," kata Eidan.

Anna berpeluk tubuh. Dia akur. Ada benar kata Eidan tadi. Kalau dia diserang, dia tak dapat nak pertahankan diri kerana dia tak memiliki sebarang kuasa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro