Bab 49: Perang Darah Muda

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

WARNA pekat darah ada di mana-mana sahaja. Bau tengik darah memenuhi ruang udara. Tubuh yang tidak bernyawa bergelimpangan di merata-rata tempat. Ada yang masih sempurna sifatnya, ada yang tiada kepala, kaki, tangan malah separuh badan lenyap. Ngauman raksasa bergema di setiap ruang. Tentera yang tinggal masih berjuang menentang musuh tetapi tetap berakhir dengan kematian. Heroic Knight tetap teguh berdiri menentang musuh. Mereka menggunakan kekuatan yang ada untuk menewaskan beberapa raksasa.

Ancient Beast menentang Ancient Demon. Satu persatu Ancient Beast kalah yang tinggal hanya seekor naga melawan semua Ancient Demon. Namun, nasib tidak menyebelahi sang naga itu apabila seekor raksasa menikam badan sang naga dengan ekornya yang tajam bagai mata pedang yang baru diasah. Sang naga yang gagah itu akhirnya rebah menyembah tanah.

“Pierce!!!”  jerit Annabella. Dia terjaga akibat mimpi tadi. Nafasnya kencang dan jantungnya berdegup laju. Peluh membasahi dahinya dikesat menggunakan belakang tapak tangan.

Dia bangun dengan berhati-hati agar tidak mengejutkan Serena dan Freya yang tidur dengannya akibat kekurangan khemah manakala Clara tidur di khemah negaranya. Dia menyarung baju yang agak tebal. Pedang yang tersandar pada tiang khemah disisipkan pada pinggang. Dia melangkah keluar dari khemah untuk mengambil angin malam. Mimpi tadi menghantuinya. Tidak mungkin itu yang akan terjadi. Ini kali pertama dia mengalami mimpi sengeri itu. Mimpi hanya mainan tidur. Namun, setiap mimpi yang dia alami betul-betul terjadi.

“Anna? Apa yang kamu buat tengah-tengah malam begini?” tegur seseorang.

Annabella menoleh ke belakang apabila ditegur oleh seseorang.

“Terjaga dari tidur dan tidak boleh melelapkan mata.”

“Mimpi buruk?” teka Andrew.

“Lebih kurang.”

“Jom kita berborak sambil minum kopi. Malam ini abang bertugas jadi abang perlukan kawan untuk berbual.”

Mereka duduk di atas pangkin yang dibina berhampiran dengan menara pemerhati. Satu muk kopi berada di tangan masing-masing. Mereka juga menyajikan kopi untuk tentera yang bertugas pada malam ini.

“Kamu mimpikan apa?” tanya Andrew.

“Everything. Future and past.”

“You can share with me if you want.”

“Masa depan atau masa lampau?”

“Masa depan?”

“Congratulation! You gonna be a father soon and I’m gonna be an aunt,” beritahu Annabella dengan senyuman.

Purrr!!!

Andrew yang sedang menghirup kopi panas tersembur kerana erkejut dengan kata-kata Annabella tadi.
“Betul ke? Abang akan jadi ayah?”

“Berdasarkan mimpi saya, Erena sudah mengandung dua bulan sekarang ini.”

“Apa? Sudah dua bulan? Kenapa Erena tidak bagitahu abang?”

“Dia pun tidak tahu lagi... Selepas peperangan ini, jaga Erena dengan baik ya?”

“Mestilah!” kata Andrew dengan gembira. Nasib baik dia tidak izinkan Erena sertai peperangan ini. Kalau dia benarkan, entah apalah yang terjadi pada anak mereka.

“Apa lagi yang kamu mimpikan?”

“About the upcoming war. There are a lot of dead bodies of Lvanians. Just a few of us alive. King Kflon itself terribly wound. And... Pierce...”

“Apa yang terjadi pada Pierce?"

“Saya nampak dia terbaring lemah. Badannya dilumuri dengan darah. Kalau Pierce mati, bagaimana dengan masa depan?”

“Ianya hanya mimpi. Jangan terlalu fikirkannya,” nasihat Andrew.

“Mimpi akan jadi kenyataan. Tindakan Anna ke Wasteland dulu disebabkan mimpi. Anna pernah mimpi ayah mati dan keesokan harinya ayah mati. Sebelum Anna berada di Sylvania, Anna sudah bermimpikan tentang Sylvania. Sejak kecil lagi, Anna mimpi tentang dunia ini, apa yang terjadi tentang dunia ini. Apa yang Anna mampu lakukan hanya lukiskan atas kertas. Ayah sendiri tidak tahu apa yang Anna alami sejak kecil,” luah Annabella.

“Terlalu banyak beban yang kamu tanggung.” Andrew berasa kasihan melihat adiknya menanggung beban seorang diri.

“Anna takut,” kata Annabella.

“Abang ada jaga kamu. Jangan risau,” ujar Andrew. Dia mengusap kepala adiknya.

Annabella senyum. Dia lega mempunyai seorang abang yang penyayang. Sekurang-kurangnya dia ada abang untuk meluahkan perasaan dan masalah yang dia hadapi. Air kopi di tangannya direnung. Air yang tenang tiba-tiba beralun sedikit. Dahinya berkerut. Angin? Dari mana datangnya angin? Setahunya tiada langsung angin pada malam ini. Annabella bangun.

“Kenapa, Anna?” tanya Andrew. Dia memandang wajah resah adiknya.

Annabella tidak membalas soalan Andrew. Dia terus memanjat naik menara memerhati. Seorang tentera sedang tidur tidak sedar akan kehadirannya. Matanya dikecilkan untuk melihat dalam kepekatan malam. Satu lagi hembusan angin melalui di wajahnya. Dia rasa tidak sedap hati.

“Bersedia untuk berperang!” jeritnya.

“Anna! Apa yang telah terjadi?” tanya Andrew.

“Musuh menyerang hendap kita! Kejutkan semua orang! Bersedia untuk berperang pada malam ini!” Annabella bersuara cemas.

“Kamu semua dengar? Bunyikan loceng! Kejutkan semua orang!” arah Andrew kepada semua tentera yang berada berdekatan dengannya.

Dalam sekelip mata sahaja, tapak perkhemahan yang tenang menjadi hingar-bingar dengan bunyi loceng kecemasan tanda musuh telah menyerang. Semua orang bangun dari tidur. Tanpa melengahkan masa lagi, mereka terus bersiap sedia untuk berperang. Segala kelengkapan dipastikan sudah tersedia.

Beribu-ribu orang tentera berbaris kemas dan tersusun rapi mengikut susunan yang telah ditetapkan. Tentera pemegang perisai berada di baris hadapan sekali untuk melindungi tentera pemanah yang berada di barisan kedua. Barisan ketiga pula tentera berkuda. Barisan seterusnya tentera yang akan berlawan dengan musuh.

“No matter what happen, Sylvania have to gain the peace once again! Not for us! But for our next generation!” laung Kflon sebagai kata-kata terakhir. Ucapannya tadi menaikkan lagi semangat angkatan tentera.

“Long live King Kflon! Long live King Kflon!” Sorakan gemuruh dari beribu-ribu angkatan yang tidak henti-henti.

“Andrew? Kau ada nampak Lenhil?” Erlen mendekati sahabatnya yang telah menjadi adik iparnya.

“Tak ada. Kenapa?” tanya Andrew.

“Pelik... Aku tidak nampak Lenhil dan Heroic Knight yang lain sedari tadi lagi.”

Mereka memandang antara satu sama lain. Rasanya mereka tahu apa yang bermain di fikiran masing-masing. Mereka tahu apa yang Heroic Knight dan yang lain sedang lakukan. Darah muda.

SEMBILAN orang anak muda termasuklah Annabella, Lenhil dan Heroic Knight kecuali Karyle sedang berada dalam posisi bulatan supaya senang untuk menjaga belakang masing-masing. Mereka akan mempertahankan dan melindungi antara satu sama lain. Senjata mereka sudah berada di tangan masing-masing. Sudah tidak sabar mahu memenggal kepala musuh.

“Ingat! Siapa yang paling banyak... Dia orang yang paling kuat!” kata Haziel.

“Siapa lantik kau jadi ketua?” kata Hariel dengan rasa tak puas hati.

“Aku sendiri yang lantik diri sendiri jadi ketua. Kau dengki?”

“Sudahlah kamu berdua! Ini medan perang bukan padang permainan seriuslah sikit!” marah Serena.

“Bila mahu mulakan? Aku sudah tidak sabar mahu memenggal Minotaur!” jerit Lenhil.

“Frielan! Kau kira berapa Demon yang berjaya kami kalahkan!” kata Haziel.

“Anna sudah bunuh 21 Minotaur, Eidan pula 20 manakala Clara sudah 15,” balas Frielan sambil menolak cermin matanya.

Rahang mereka jatuh! Mereka belum beraksi lagi, Annabella, Eidan dan Clara sudah jumpa mangsa. Sejak bila mereka bertiga bertindak?

“Sejak kamu semua bergaduh tadi lagi mereka sudah berlawan,” tambah Frielan. Dia mencatit sesuatu dalam Ipad. Dia mengemaskini bilangan Demons yang Annabella, Eidan dan Clara tumpaskan.

“Ini tidak boleh dibiarkan!
Hiyarghh!” jerit si kembar.

Mereka terus melawan Demons yang menyerang mereka. Frielan tetap meneruskan tugasnya untuk mengira. Dia juga termasuk dalam senarai dalam menyertai pertandingan yang si kembar cadangkan tadi.
Musuh mereka dalam pelbagai bentuk dan pelbagai rupa. Demons yang mereka lawan berbeza kekuatannya tetapi dapat dikalahkan oleh sembilan orang anak muda dengan berbekalkan kerjasama dan saling melindungi antara satu sama lain. Satu Demon tumbang, satu lagi datang menyerang. Musuh tidak putus-putus menyerang mereka.

Walaupun musuh banyak menyerang, mereka tetap menggunakan senjata sahaja. Kuasa yang ada disimpan untuk berperang dengan raksasa yang lebih besar dan kuat. Di samping itu, mereka mahu menjimatkan tenaga dan kuasa yang ada. Latihan demi latihan yang dilakukan oleh mereka menyebabkan stamina mereka menjadi lebih kuat.

“27, 28, 29, 30! Oh, yeah!” jerit Hariel. Dia menikam kepala Demons dengan pisau yang bercabang tiga di kedua-dua belah tangannya.

“Frielan! Kau catat tu!” jeritnya sambil menikam Demon yang ke-31.

“Belagak! Tengok apa yang aku dapat!” kata Haziel. Dia bangga dapat menumbangkan Demon yang sangat besar badannya dengan menggunakan pemanah kecil yang dipasangkan pada tangannya.

“Ia tetap dikira satu!” Hariel mencebik.

Bang!

Bunyi satu tembakan pistol kedengaran di tepi telinga Hariel membuatkan dirinya tergamam. Berdesing telinganya akibat bunyi tembakan yang betul-betul di tepi telinganya. Minotaur tumbang di sebelahnya.

“40,” kata Serena. Dia meniup hujung pistolnya yang masih berasap.

“Serena... Sayang juga kau dekat aku ye?” kata Hariel yang mula mahu menggatal.

“Diam! Kalau tidak, kepala kau yang tembus dulu!” ujar Serena geram.
Dalam masa yang sama...

“Ke tepilah Lenhil! Kau sibuk mahu lindungi aku kenapa?” marah Freya. Dia geram sebab Lenhil selalu mengambil kesempatan membunuh Demon yang menjadi sasarannya.

“Sorry, my dear... I didn't want any scar on your beautiful skin,” kata Lenhil.

Freya menjulingkan mata. Kenapa dengan Lenhil? Sekejap pedulikan dirinya, sekejap buat dirinya seperti halimunan siap menggatal dengan perempuan lain. Dia ingat aku ni patung ke apa? Semua lelaki memang macam tu ke? Tidak cukup dengan satu.

“50 Demons, Anna,” ujar Eidan sambil menikam tubuh Demon.

Annabella senyum. Dia mengklonkan pedangnya menjadi dua. Dengan sekelip mata menggunakan kepantasan yang ada, Demons yang ada berdekatan dengannya tumbang satu-persatu. Senyuman dilemparkan ke arah Eidan.

“64, 65, 66, 67, 68 dan...” Pedang yang berada di tangan dihunus ke belakang. Dua Demon rebah di sisi kanan dan kiri.

“69, 70,” kata Annabella dengan bangga.

“70? Aku sudah 74,” kata Clara. Sempat dia menikam mata Demon dan menikam jantungnya. “75.”

“We can’t let her win, Eidan,” ujar Anna.

“Kau berkerjasama?” tanya Clara.

“Takkan terjadi. Kalau kami buat begitu, tiada siapa yang tahu siapa lebih kuat antara kami,” balas Annabella.

“So, let win this battle,” sahut Clara.

Mereka kembali serius bertarung dengan musuh. Kiraan tetap berjalan tetapi nyawa diri sendiri dan rakan-rakan lebih utama daripada pertandingan yang tiada faedah itu. Ianya hanya mahu mengurangkan tekanan yang ada. Mereka mahu melupakan yang ini adalah perang yang sebenar. Di samping itu, untuk mengurangkan ketakutan yang bersarang dalam lubuk hati masing-masing.

Tanpa mereka sangka, musuh semakin lama semakin ramai sehingga tidak menang tangan untuk menentang. Mereka kembali berkumpul dalam satu bulatan. Masing-masing melindungi belakang masing-masing. Demons yang tidak putus menyerang makin lama makin kuat.

“Bagaimana ni, Anna?” tanya Haziel.

“Kenapa kau tanya aku? Kaukan ketua,” balas Annabella.

“Aku sudah meletak jawatan sepuluh saat yang lalu,” balas Haziel.

“Anna, I think we shall use our power. Demons become stronger when we defeat them,” ujar Eidan.

“Just hold on. This is just a beginning,” kata Annabella.

“What did you mean this is a beginning?” tanya Clara.

Later... There will be Ancient Demons that you never see,” balas Annabella.

“But, Anna... We’re outnumber. There are too many of them. We can defeat them by using weapon only,” ujar Lenhil.

“Jangan risau. Bantuan sudah sampai,” kata Annabella. Dia melihat hujan anak panah di udara.

Demons yang tidak dapat mempertahankan diri mati disebabkan terkena anak panah yang dilepaskan oleh angkatan tentera pemanah Lvanians. Annabella mengaktifkan pelindung cahaya untuk melindungi dirinya dan kawan-kawannya daripada terkena hujan anak panah tersebut. Selang beberapa minit, gelombang hujan anak panah kedua dinyalakan api. Jalan yang cepat untuk mengalahkan pihak musuh.

“Bantuan dah sampai. Kita serang kembali!” kata si kembar serentak dengan bersemangat.

“Sebelum itu, kita perlu berpecah,” kata Freya.

“Kenapa pulak, sayang?” tanya Lenhil.

“Kau boleh tak jangan menggatal dalam keadaan macam ni? Ayah kita nampak marah! Selepas perang, kita akan dibakar hidup-hidup!” kata Freya.

“Haziel! Kita perlu lari! Ayah nampak marah! Habislah kita! Cari posisi lain! Berpecah!” kata Hariel cemas.

“Ini tidak bagus! Aku tidak mahu digantung terbalik selepas ini. Bubarkan formasi kita! Jom, Hariel! Kita cari tempat jauh dengan ayah!” kata Haziel. Dia menarik kembarnya sekali supaya jauh dari tempat ayah mereka bertarung.

“Dengan ayah sendiri pun takut,” keluh Serena.

Mereka mula berpecah apabila melihat angkatan tentera sudah ramai datang membantu mereka. Masing-masing bertarung jauh dari ayah masing-masing kerana takut dimarahi sekali lagi. Hanya Annabella dan Eidan sahaja yang masih kekal di tempat yang sama.

“Eidan... Kau tidak mahu melarikan diri ke?” tanya Annabella. Walaupun sibuk bertarung, mereka tetap dapat bercakap biarpun sementara.

“Untuk apa? Selepas perang, tentu kami akan didenda. Tidak ada perbezaan pun,” balas Eidan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro