Bab 50: Perang Lvanians-Demons

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SELEPAS kejatuhan pemerintahan Tralgar atau Raja Kegelapan Tralgar pada 8000 tahun dahulu, Sylvania hidup aman damai tanpa sebarang kekacauan berlaku disebabkan Demons. Namun, di sebalik kejatuhan pemerintahan Tralgar sisa-sisa kegelapan masih berbaki di Sylvania yang terletak di Wasteland iaitu kerajaan Tralgar dahulu. Daripada sisa kegelapan yang tinggal, perlahan-lahan bangkit kegelapan yang telah lama terkubur.

Nemesis, orang suruhan Tralgar yang dibangkitkan pada 8000 tahun dahulu masih terselamat dalam Perang Lvanians-Demons I. Dia menyembunyikan diri di Istana Tralgar yang telah runtuh dikambus oleh tanah. Dengan sisa kegelapan yang ada, perlahan-lahan dia bangkitkan Demons ditambah lagi Ancient Beast yang dipengaruhi oleh Demonic Spirit menjadi sumber kekuatannya. Sepanjang 8000 tahun, dia bersarang di bawah tanah untuk mengambil masa yang sesuai untuk menawan Sylvania kembali yang akan dipersembahkan oleh Keres, tuan asalnya.

Perang yang pernah berlaku berulang kembali dengan angkatan Demons yang lebih ramai daripada dulu. Strategi yang lebih baik daripada dulu diatur untuk menawan Bandar Diraja Sylvania. Namun, kemunculan pengguna kuasa cahaya sebenar dari keturunan Fryswellendine membimbangkannya. Bukan mudah ntuk menghapuskan pengguna kuasa cahaya sebenar kerana ia dilindungi oleh naga. Tambahan lagi, dia memerlukan darah pengguna kuasa cahaya untuk bangkitkan Keres.

“Master, Lvanians will win in this war,” kata Demon.

“We let them taste a bit of victory. But then... No more cheering, laughing and smiling,” balas orang misteri.

Malam mula melabuhkan tirainya menggantikan matahari untuk melakukan tugas. Perang yang tercetus masih berlangsung tetapi sudah menunjukkan kemenangan berpihak kepada Lvanians apabila musuh mula berkurangan. Dengan semangat juang yang berkobar-kobar untuk menuntut keamanan yang kedua, bilangan Demons semakin lama semakin sedikit.

Musuh terakhir yang dibunuh oleh Raja Kflon. Apabila rebahnya Demon, maka bersoraklah angkatan tentera Lvanians. Mereka tidak putus-putus melaungkan kata-kata ‘Long Live King Kflon’.

Senyuman gembira terlukis di wajah masing-masing. Mereka terbayang wajah ahli keluarga di ruang mata kerana rindu yang mencengkam. Selepas ini, mereka boleh hidup dengan aman kembali.

“Kita menang!” Eidan berlari memeluk Annabella dengan erat. Satu senyuman gembira terlakar di wajahnya.

“Ya, tapi kemenangan ini hanya sementara,” ujar Annabella.

“Apa yang kau maksudkan? Musuh telah tewas, Anna. Kita menang.”

“I know... This is just beginning. Later, there will be fearsome creature that we never see. The Ancient Demon which is a myth to us will appear soon.”

“Apa yang kau merepek ni?” soal Eidan.

“Nemesis tidak akan berdiam diri menerima kekalahannya. He will throw his best card to win, to conquer The Royal City of Sylvania. Kita tidak boleh bergembira!”

“Retreat! We win the battle!” arah General Orwell. Angkat an tentera mula berbaris dalam satu pasukan untuk pulang ke rumah kembali.

“Jom, Anna. Kita bincang kemudian nanti,” kata Eidan.

“Tidak, Eidan. Ini belum berakhir lagi. Aku tidak akan berganjak dari sini. Kalau kau mahu pergi, pergilah. Aku tetap akan berada di sini.” Annabella bertegas mahu berada di situ.

“Anna, semuanya telah berakhir.”

“Masih belum berakhir lagi, Eidan. Percayalah pada aku. Kalau kau mahu pergi, kau pergilah. Aku tidak akan halang. Mungkin ini yang terbaik untuk kita.”

“Anna, aku tidak akan tinggalkan kau seorang diri. Aku akan lindungi kau. Kalau kau tidak mahu pergi, aku akan bersama kau.” Eidan mengalah dan mengambil keputusan untuk bersama Annabella.

“Ia milik ayah aku. Kau pakailah. Mungkin aku dapat rasa yang kau dan ayah aku sama-sama lindungi aku.” Annabella menanggalkan bangle yang selalu dipakainya. Dia serahkan bangle itu kepada Eidan.

“Aku akan jaganya dengan baik,” kata Eidan sambil memakainya di lengannya.

“Hey, lovebirds. We should go now!” laung Lenhil.

“Kami tidak akan pergi dari sini!” balas Eidan. Kata-katanya menarik perhatian semua orang termasuk ayahandanya sendiri.

Tiba-tiba tanah yang dipijak bergegar seakan-akan berlaku gempa bumi yang dahsyat memaksa mereka mencari tempat perlindungan. Namun, kawasan Wasteland yang tandus dan tidak mempunyai apa-apa membuatkan mereka terjatuh. Kuda yang ditunggang lari bertempiaran meninggalkan tuannya. Bunyi bising seperti ngauman raksasa bergema di seluruh Sylvania membuatkan penduduk Sylvania panik dan lari menyelamatkan diri.

Tanah yang bergegar tiba-tiba sahaja merekah. Angkatan tentera yang tidak sempat menyelamatkan diri terjatuh dalam rekahan yang dalam dan curam dan ada sesetengah askar dapat menyelamatkan diri. Ada juga yang terpinga-pinga atas apa yang terjadi waktu itu. Kebimbangan Annabella kini bertambah apabila kejadian tersebut bagai diulang tayang seperti mimpi yang dialaminya.

The real war is begin, Anna.” Pierce bersuara melalui minda Annabella.

“I never summon you, Pierce,” tekad gadis itu.

“You have to, Anna. Kau tidak boleh mengelak takdir yang telah ditentukan.”

“I’m scared.” Annabella melihat tangan yang berada dalam genggaman Eidan. Dia memandang Eidan dengan perasaan yang bercampur baur.

“Aku ada. Ayah kau ada bersama kau.” Eidan menenangkan hati Annabella.

Hembusan api yang dahsyat mengejutkan semua orang. Masing-masing menggunakan medan pelindung tetapi ada yang tidak sempat melindungi diri rentung akibat hembusan api yang bagaikan ribut. Pelbagai bunyi ngauman raksasa kedengaran sehingga membingitkan telinga. Walaupun sudah menutup telinga, bunyi ngauman tersebut tidak dapat diusir.

Auum!!!

Roarr!!!

Gargh!!!

Mereka kaku melihat apa yang terhidang di ruang mata. Tertarik nafas mereka melihat raksasa yang sedang berdiri di hadapan mata. Apa yang boleh menggambarkan tentang raksasa-raksasa tersebut hanya satu perkataan iaitu menakutkan. Biarpun pernah melihatnya dalam buku mitos tentang Ancient Demon, mereka masih lagi tergamam melihat rupa sebenar raksasa-raksasa tersebut. Kini bukan lagi sekadar mitos.

“Into your position! Don't let your guard down! Prepare to attack!” laung Andrew memberi arahan.

Apabila mendengar arahan dari Kesatria Elit Sylvania yang sangat dipercayai oleh Raja Kflon, semua angkatan tentera yang tinggal bersiap-sedia bertempur dengan empat ekor raksasa.

“Kenapa ia besar? Sedangkan dalam buku kecil je?” soal Hariel. Entah berada kali dia menelan air liur.

“Don’t be a stupid!” marah Serena.
Annabella mengeratkan genggaman Eidan untuk menghilangkan rasa takut. Hanya nasib sahaja yang mampu diharapkan oleh mereka. Tapi ada sesuatu yang bermain di dalam fikirannya. Mana Chimera?

Tanpa melengahkan masa, mereka mula menyerang raksasa-raksasa tersebut dengan kuasa mereka. Namun, sikit pun tidak mampu merebahkan dan mencederakan raksasa-raksasa tersebut malah ada yang terkorban sehingga terputus badan dan hancur badan akibat diserang oleh raksasa-raksasa itu.
Apabila melihat keadaan yang bertambah teruk malah angka tentera mereka yang terkorban meningkat, harapan mereka untuk bertemu keluarga tersayang terkubur. Mereka harus berjuang demi menjaga keamanan dunia Sylvania.

“Tuanku! Tuanku harus pergi menyelamatkan diri! Biar patik dan tentera yang lain menghadapi raksasa-raksasa ini,” kata Andrew.

“Aku tidak akan berundur dari medan perang, Andrew! Aku tidak akan membiarkan kawan aku dan tentera yang lain berjuang mati-matian demi Sylvania tetapi aku hanya berdiam diri melihat satu-persatu mereka mati! Tidak! Kita berjuang sama-sama, Andrew!” tegas Kflon tanpa menggunakan bahasa istana.

“In war, the position you hold is no longer important! We all same! The most important is, your friend, your life and your family who is waiting for you to come home!” sambungnya lagi.

“Let win this battle!” ucap Andrew dengan bersemangat.

Mereka menyerang serentak dengan menggunakan kuasa yang ada untuk mencederakan raksasa-raksasa yang sedang mengganas menyerang mereka dan angkatan tentera. Namun, serangan mereka sedikit pun tidak memberi kesan ke atas raksasa-raksasa tersebut. Angkatan tentera semakin ramai terkorban, satu raksasa pun mereka tidak boleh kalahkan. Jika berterusan begini, Sylvania akan berada di dalam kegelapan sekali lagi.

Roar!!!

Satu ngauman yang kuat menggegarkan tanah mengejutkan mereka semua. Bunyi kibasan sayap yang menghasilkan angin kencang memaksa mereka mendongak ke langit. Masih lagi terkejut dengan kemunculan Ancient Demons, mereka dikejutkan lagi dengan Ancient Beast kedua terkuat selepas naga iaitu Chimera yang telah dipengaruhi oleh Demonic Spirit.

“Itu Chimera,” gumam Kflon. Dia agak terkejut melihat familiar keturunannya yang telah berubah.
Bulu keemasan yang dimiliki sang singa berubah hitam.

Keinginannya untuk mendekati Ancient Beast tersebut bertambah apabila Chimera terbang mendekatinya. Kflon fikir mungkin Chimera mengenalinya sebagai pewaris yang seterusnya. Namun, tanggapannya silap apabila haiwan itu menyerangnya tanpa belas kasihan.

Api yang dihembuskan oleh kepala singa sempat dia lindungi menggunakan medan pelindung tetapi tidak dapat bertahan lama. Badannya terhumban di atas tanah. Belum sempat dia mengelak, kepala kambing pula menanduk tubuhnya sehingga dia terpelanting jauh. Kflon mengerang kesakitan akibat serangan Chimera. Kesakitan yang dialami menjalar di seluruh badan sehingga tidak mampu bergerak.

“Your Majesty!” jerit Karyle yang berada berdekatan dengan raja muda tersebut.

Dia terus memberikan bantuan segera untuk menyembuhkan luka Raja Sylvania tersebut tetapi kuasa penyembuhannya terbatas. Kuasa penyembuh yang dimilikinya hanya boleh dilakukan pada luka kecil sahaja. Untuk luka parah, hanya Healer pengguna lima kuasa air, tanah, angin, semangat dan cahaya yang mampu mempunyai menyembuhkan segala kecederaan.

“Tuanku Kflon! Apa yang telah terjadi?” tanya Andrew.

“Tuanku Kflon diserang Chimera. Tuanku perlu rawatan segera jika tidak... Kecederaan dialami Tuanku Kflon akan lebih parah,” beritahu Karyle. Dia memeriksa nadi Kflon. Masih berdenyut.

“Kamu berdua! Selamatkan Tuanku Kflon segera! Bawa Tuanku ke unit rawatan di sempadan negara kita! Cepat!” arah Andrew kepada dua orang tentera. Dia hanya mampu memandang Kflon dibawa pergi untuk diselamatkan.

“About the upcoming war. There are a lot of dead bodies of Lvanians everywhere. Just a few of us alive. King Kflon itself terribly wounded.”
Andrew kembali teringat kata-kata Annabella yang diucapkan kepadanya. Apa yang dimimpikan oleh adiknya benar-benar terjadi.

“Eidan! Kau dan Heroic Knight yang lain perlu alihkan perhatian Ancient Demons! Aku perlu kembalikan Chimera yang asal!” jerit Annabella.

“Biar aku tolong kau!” balas Eidan.

“Tidak! Biar aku yang melakukannya. Kau dan yang lain uruskan Ancient Demons,” tegah Annabella.

Dia terus berlari ke kawasan yang agak lapang. Satu medan magik yang besar mempunyai lambang Chimera muncul. Satu titik darah dititiskan pada medan tersebut. Dia hanya perlu membuat Chimera berada di dalam medan magik yang dilakukannya seperti Cerberus dan Hydra. Cemeti cahaya emas dimunculkan. Dia melibas ke arah Chimera yang cuba menyerang tentera yang masih hidup untuk mengalihkan perhatian raksasa itu.

Chimera menghembuskan api ke arahnya, Annabella melindungi diri dengan memunculkan perisai yang diperbuat daripada cahaya emas. Dia melibaskan lagi cemeti ke arah Chimera dan berjaya melilit kepala singa. Cemeti yang melilit di kepala singa ditukarkan menjadi rantai cahaya emas. Namun, tindakannya menyebabkan Chimera lebih mengganas. Annabella tidak dapat bertahan dengan lebih lama kerana Ancient Beast itu sangat kuat. Kakinya tidak lagi mencecah tanah apabila Chimera mula terbang menyebabkan Annabella terhuyung-hayang sambil berpaut pada rantai cahaya tersebut.

“Ianya nampak menyeronokkan bila tengok dari bawah,” ujar Haziel. Dia agak cemburu apabila melihat keadaan Annabella di udara.

“Focus! You idiot!” marah Serena.

“Who you call idiot?” marah Haziel.

“Well done, my love!” jerit Hariel.

“Both of you are idiot!” kata Serena.

Dalam masa yang sama, Annabella bersusah-payah menghayunkan badannya supaya dapat naik di atas badan Chimera. Pada tiga kali cubaan, dia berjaya menghayunkan badan ke belakang Chimera. Namun, tidak mudah baginya kerana kepala ular bersedia mahu mematuk dan menyemburkan bisa. Perisai cahaya yang dimunculkan oleh Annabella membantu dan melindungi dirinya daripada diserang kepala ular dan bisa ular tersebut.

Satu lagi rantai cahaya dimunculkan. Dengan sekali cubaan sahaja, rantai itu membelit tiga kepala milik Ancient Beast itu. Walaupun Chimera memberontak, dia berjaya mengawal Chimera terbang ke arah medan magik yang dihasilkan. Sebaik sahaja berada di bawah medan magik tersebut, dia terus memunculkan rantai cahaya emas dari dalam tanah untuk menarik Chimera ke tengah-tengah medan magik. Rancangannya membuahkan hasil.

Ancient Beast yang dirasuk itu berjaya diperangkap di dalam medan magik. Annabella meletakkan tapak tangan kanannya di atas kepala singa. Tapak tangannya dan Chimera bercahaya emas terang sehingga menyilaukan mata. Akibat daripada itu, satu kabus hitam keluar dari badan Chimera lalu hilang. Cahaya tadi mula menghilang. Tanda permata pada dahi tiga kepala Chimera muncul dan bercahaya terang.

Thank you, Golden Princess for saving us,” ujar kepala singa.

Apa yang boleh kami bantu?” tanya kelapa ular pula.

“Help me against the Ancient Demons,” pinta Annabella.

It’s our pleasure.” Chimera yang telah kembali seperti dahulu menolong mereka mengalahkan Ancient Demons.

“Sepupu aku tu!” kata Lenhil dengan bangga.

“She will be my bride soon, Lenhil!” balas Eidan dengan senyuman.

Lenhil dan yang lain tergamam. Bukan tergamam mendengar kata-kata Eidan tapi tergamam melihat Eidan yang senyum. Sepanjang mereka kenal Eidan, secalit senyuman pun susah diukir menyebabkan Eidan digelar Putera Dingin sangat tidak sesuai dengan kuasa yang dimiliki Eidan. Tapi untuk kali pertama mereka lihat Eidan senyum.

“Adakah aku dah mati lihat Eidan senyum?” jerit Hariel. Dia dan kembarnya merupakan rakan sepermainan Eidan sejak kecil kerana ayahnya merupakan General Astland. Jadi, adalah satu keajaiban melihat Eidan senyum.

“Tak perlu melampaulah!” ujar Serena. Dia agak menyampah dengan reaksi Hariel.

“Melampau tidak melampau! Ayah aku mana? Ayah kamu semua mana? Dari tadi aku tak nampak! Waaa.... Aku tidak mahu jadi anak yatim piatu!” jerit Haziel pula. Kalau sudah kembar, tidak melampau memang tidak sah.

Eidan, Clara, dan Frielan sudah mencari tempat lain untuk berlawan sambil berkata, “Bukan kawan aku... Bukan kawan aku... Bukan kawan aku...”

“Aku terajang juga kamu berdua ni! Tadi Lord Andrew arah tentera yang ada selamatkan raja-raja dan orang yang tercedera teruk termasuklah Lord Erlen tadi,” terang Freya.

“Fuh! Nasib baik...” kata si kembar serentak.

Annabella mendekati mereka semua bersama Andrew di sisi.

“Okay, guys! Time to serious!”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro