10- Hersey Kisses

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

JIBRIL terbangun daripada tidurnya tatkala merasakan ada sesuatu yang memeluk bahagian pinggangnya dan ada satu kepala manusia yang tidur di atas dadanya. Buka sahaja mata, pemandangan isterinya yang sedang tidur bersamanya di atas lantai sejuk itu cukup mengejutkannya.

"Hey, sayang. Bangun". Dia menggoncangkan sedikit tubuh Afra yang sedang lena di alam mimpi itu.

"Hmm...".

"Kenapa you tidur dekat lantai ni?". Jibril bangun daripada pembaringannya dan cuba untuk membetulkan pinggangnya yang berasa teramat sakit itu. Kepala Afra perlahan-lahan diangkat dan diletakkan ke atas ribanya.

"Naila tak larat nak angkat abang semalam".

"Huh?".

Flashback...

Buka sahaja pintu...

Gedebuk!

Agak kuat bunyi tubuh badan Jibril yang sedang bersandar di pintu bilik itu, jatuh ke lantai. Terkejut Afra dibuatnya. Nasib baik kepala Jibril mendarat di atas kaki Afra. Kalau tidak, pecah la jawabnya, terhantuk di lantai mosaic itu. Cepat-cepat Afra duduk di hadapan suaminya itu dan meletakkan kepala Jibril ke atas ribanya.

"Kenapa la dia ni tidur kat sini?". Afra mengusap lembut rambut dan dahi Jibril yang sedang tertidur tenang itu. Dahi lelaki berhidung mancung itu dicium lembut.

"Naila minta maaf sebab buat abang tunggu Naila macam ni. Mesti badan abang sakit kan? Mesti abang marahkan Naila kan? Naila minta maaf sangat-sangat, abang". Hingus yang hampir menitis ke muka Jibril itu disedut kuat. Air mata yang membasahi pipi, di'alihkan' oleh kedua tangannya. Afra menangis disebabkan oleh rasa bersalah yang teramat sangat terhadap suaminya. Disebabkan perasaan bodoh dia semalam, suaminya terpaksa berada di keadaan yang sebegini rupa.

"Naila minta maaf... Naila manja sangat dengan abang sekarang...". Tangisannya tak kuat, namun begitu sayu. Seolah-olah dia sudah membuat kesalahan yang begitu besar.

"Kejap...". Afra mengesat sisa air matanya menggunakan lengan pijama yang dipakai lalu cuba untuk mengeheret badan Jibril yang sudah tidur mampus itu. Kenapa dia tak angkat? Sebab dia dah tahu yang mesti takkan larat punya. Ingatkan heret ni larat lah, rupanya tak jugak. Haih... Kesian Afra. Badannya kecil. Apa lah nasib.

"Macam mana ni....?". Makin lebat pula tangisan Afra.

Beberapa ketika kemudian, Afra datang semula ke arah Jibril dengan membawa sehelai selimut tebal berwarna merah jambu miliknya. Badan Jibril yang agak 'panjang' disebabkan oleh ketinggiannya yang melebihi 185 cm itu diselimutkan menggunakan selimut tersebut.

Afra turut masuk ke dalam selimut tersebut dengan berbantalkan lengan sendiri. Agak tidak selesa, sudah semestinya namun apakan daya. Nak tidur di samping suami, kena lah berkorban sikit.

Tak sampai beberapa minit lepastu, Jibril yang mungkin sedang beralih keadaan tidur itu mengangkat kepala Afra yang berada di sisinya itu lalu meletakkannya secara perlahan ke atas dadanya. Tindakan luar alam sedar. Kepala Afra ditepuk perlahan. Afra tersenyum buat pertama kalinya selepas 7 hari kematian adiknya, Amir. Tindakan luar alam sedar Jibril ini tersangatlah comel baginya.

"Dalam tak sedar pun, kisahkan keadaan Naila lagi. Terima kasih abang". Kedua tangan kecil Naila dililitkan ke pinggang Jibril. Maka, mereka berdua pun tertidur di atas lantai di hadapan pintu bilik yang terbuka luas itu.

End flashback...

"Lah... Kenapa tak kejut abang?". Jibril menepuk dahinya dan tergelak besar di situ. Mana taknya, sanggup betul Afra tidur di atas lantai sejuk itu berbanding mengejutkan suaminya.

"Abang marah?". Afra bertanya.

"Tak, abang tak marah. Dah pukul berapa ni, Naila?". Jibril mengusap-usap matanya sambil bertanyakan soalan itu. Ikutkan harini, dia perlu pergi bekerja. Sebenarnya, Jibril sudah mulai kembali bekerja 4 hari yang lepas. Afra pula masih belum bersedia untuk masuk ke kelas. Ditinggalkan lah oleh Jibril, isterinya itu di rumah Puan Aliyah dan Encik Hayat.

Afra yang masih mengantuk itu mengangkat 6 daripada 10 jarinya.

"Kalau macam tu, kita solat dulu okay? Kita breakfast sama-sama. Lepastu abang hantar Naila pergi library. Boleh?". Ini salah satu cara Jibril cadangkan kepada Afra untuk menghilangkan bosannya.

Afra mengangguk.

"Nak abang mintakan Eka teman sayang tak?".

Kalini, Afra geleng. Dia betul-betul perlukan masa untuk bersendiri buat masa sekarang. Dia perlukan tenangkan diri dia dan cuba untuk melupakan segala kisah pahit yang terjadi lebih kurang 8 hari lepas. Dia akan pastikan yang hidupnya tak akan dibelenggu rasa bersalah lagi.

Tapi...

"Okay, sayang. Come, kita solat berjemaah".

🐛

"NANTI lepas habis kelas, abang datang ambil ya?". Jibril bertanya sejurus sahaja tangannya disalami oleh Afra. Soalan berbalas diaman. Memang, Afra lebih banyak berdiam diri semenjak dua menjak ini. Mungkin masih terkejut dengan segala yang terjadi.

"Jangan diam macam ni, sayang". Jibril menyelitkan rambut Afra yang terjuntai ke celah telinga isteri kecilnya itu.

"Kenapa abang berubah?". Afra tiba-tiba sahaja bertanya.

"Hm? Abang tak faham apa yang Naila cuba sampaikan ni. Mind to elaborate?". Cukup keliru Jibril dibuatnya. Yela, tiba-tiba sahaja Afra mengajukan soalan ini. Soalan yang cukup sukar untuk dijawab.

"Kenapa abang tukar nama panggilan kita? Kenapa abang tiba-tiba baik dengan Naila? Kenapa abang tiba-tiba ambil berat dekat Naila? Sebulan lepas, abang bukan macam ni. Sebulan lepas, abang suka kutuk Naila. Abang cerewet. Abang jarang buat benda-benda sweet dekat Naila. Abang tak suka physical touch, sekarang abang yang buat dekat Naila. Sebulan lepas, abang tak suka Naila". Ayat terakhir itu dilafazkan dengan suara yang paling perlahan.

Namun, ayat itu lah yang paling jelas kedengaran di cuping telinga Jibril membuatkan lelaki itu tersenyum manis.

"Siapa cakap abang tak suka Naila ni? Cakap dekat abang. Hm?".

"Ibu".

Berkerut dahi Jibril. Niatnya, soalan tadi diajukan hanya secara bersahaja. Tak tahu la pula memang ada jawapannya.

"Ibu? Ibu cakap apa?".

Flashback...

"Kau tu tak payah la nak berharap sangat. Jibril tu bukannya suka dekat kau pun. Dia kahwin dengan kau sebab terpaksa kan? Cliché dan menyedihkan betul kisah hidup kau kan?". Kata-kata di corong telefon itu jelas kedengaran di telinga Afra.

"Kalau kau nak tahu, kau yang patut lemas haritu. Bukan anak aku, Amir". Terus gagang diletak.

Sampai saat ini, kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Afra. Dia ingat setiap bait bicara, kata cacian ibu kandungnya terhadap dirinya.

End flashback...

"I promise, it won't happen again okay? Maafkan abang sebab takde dekat sisi Naila masatu. Untuk menjawab soalan Naila, abang buat semua ni tanpa sebab. Ya, dulu memang abang suka buli Naila. Nak tahu tak sebab apa?". Tersenyum sendiri Jibril mendengar soalan miliknya itu.

Afra mengangkat kening.

" Sebab isteri abang ni comel sangat! Dah la degil. Mana abang tak rasa macam nak buli, nak cubit-cubit. Dah la suka ikat rambut tocang dua. Macam budak-budak". Terus wanita itu menyentuh kedua belah tocangnya diikat oleh Jibril itu.

"Sekarang, abang cuma rasa nak lindungi Naila. Selepas je Amir pergi, abang tahu abang lah yang kena jaga Naila. Abang lah tempat Naila bermanja. Abang tahu, singkat je kan masa yang abang perlukan? Tapi abang tak tahu, abang cuma rasa yang abang perlukan lakukan semua tu. Do you understand, pretty princess?". Hidung isterinya itu dicubit perlahan.

"Mhm-hmm". Terangguk-angguk Afra dibuatnya. Hampir sahaja dia menangis lagi tadi. Dia tahu, Jibril ikhlas mengucapkan semua itu.

"Good. Hmm... cantiknya isteri abang harini". Jibril tiba-tiba sahaja memuji pemakaian isterinya itu.

Afra memakai sehelai blouse paras peha berwarna sage green yang dihiasi dengan corak bungaan kecil berwarna merah jambu dan putih. Dipadankan pula dengan baggy jeans putih.

"Macam budak-budak". Pipi wanita itu dicubit geram oleh Jibril. Sungguh isterinya terlihat seperti budak belasan tahun sekarang ni. Comel betul! Rasa macam nak cubit-cubit je.

"Sakit la abang...". Afra menggosok-gosok lembut pipinya.

"Alamak, sorry sorry. Sakit kat mana?". Jibril bertukar menjadi prihatin.

Jari telunjuk Afra menyentuh pipi kanannya sendiri. Memang sakit betul woo! Walaupun Jibril hanya cubit main-main je, sakitnya bukan kepalang. Tapi takdela sampai lebam.

"Hehe, im sorry. Isteri abang ni comel sangat. Tutup mata, abang nak sapu ubat".

"Kenapa kena tutup mata?". Afra yang naif itu, bertanya.

"Tutup aje".

"Okay". Menurut sahaja permintaan suaminya itu, kedua belah matanya lalu ditutup rapat sebelum...

... Afra merasakan ada sesuatu yang lembut mendarat di bibirnya. Huh? Apebende tu? Lintah ke? Astagfirullahalazim, apa yang aku mengarut ni. Maap maap.

Setelah tersedar apa yang lembut di bibirnya itu, dia berteriak.

"Abang!". Mata dibuka dan dada bidang suaminya itu ditepuk-tepuk.

"Hey, hey. Kenapa ni? Bukan Naila suka ke kiss abang dulu?". Jibril tergelak besar. Suka betul dia usik isterinya itu. Bukan apa, dia nak juga buat isterinya bergelak ketawa.

"Bukan dekat situ la! Habis la first kiss Naila!". Masih lagi memukul lembut dada Jibril, tindakan Afra tiba-tiba diberhentikan oleh Jibril apabila lelaki itu mengunci pergerakan Afra dengan memegang kedua-dua belah tangan isterinya itu.

Terus terpaku Afra. Mata Jibril redup merenungi anak mata Afra. Anak mata yang tadinya seperti nak mengeluarkan api itu, kini sudah tenang. Seakan terpukau dengan lautan biru yang ada di mata Jibril. Mata biru Jibril.

Diciumnya bibir Afra sekali lagi.

Wanita itu masih terpatung.

Dan sekali lagi.

Afra masih lagi terdiam. Tak tahu nak buat apa.

Dan yang terakhir.

Afra masih lagi terdiam, terpaku, terpatung, semua ter- lah. Ini merupakan kali pertama Jibril menciumnya. Sungguh di luar jangkaan.

"Sayang?".

"Jangan lah buat macam tu lagi. Naila malu". Bibir munggilnya dipegang-pegang. Pandangannya dihalakan ke arah lain.

Tindakannya hanya mengundang tawa oleh Jibril.

"Ish! Jangan lah gelak". Baru sahaja dia ingin memukul Jibril lagi, tangannya ditahan.

"Kalau sayang rasa nak kisses banyak-banyak, pukul lah abang lagi". Siap bagi warning kau!

"Dah la, Naila pergi dulu. Assalamualaikum".

Afra seterusnya melompat keluar daripada kereta itu. Masih malu dengan tindakan luar jangkaan Jibril itu.

"Thank you for the kisses, Naila". Jibril tersenyum sendiri.

🐛

Awal sikit cuz why not hehe?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro