11- Unexpected

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUKU yang ada di tangan, tenang sahaja dibaca oleh Afra. Headphone merah jambunya sedang memainkan lagu kegemarannya Perfect nyanyian Ed Sheeran. Afra betul-betul sedang menenangkan diri sekarang ni. Sampai tak sedar yang jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang. Patutnya, dia sudah pulang 40 minit yang lepas.

Ralit betul membaca sampaikan dia tak sedar yang telefonnya dimasuki beberapa mesej daripada Jibril.

Buku keempat yang dia baca pada hari itu, ditutup dan dia mulai berjalan ke rak buku yang berdekatan untuk mencari buku baharu untuk dibaca dan mungkin untuk dipinjam. Fun fact about Afra, dia ialah seorang ulat buku. Semua buku dia suka baca terutama sekali, buku yang ber-genre romance. Dia sangat suka berada di dalam dunia fantasinya sendiri apabila dia membaca. Baginya, hal itu adalah sangat menenangkan.

Setiap buku yang ada di rak itu dibeleknya. Kebanyakannya telah berhabuk kerana sudah lama tidak disentuh oleh mana-mana pengunjung perpustakaan. Yela, orang zaman sekarang kan lebih menggemari skrin berbentuk segi empat itu.

Tapi satu perkara yang Afra suka tentang buku lama ini ialah baunya. Afra suka bau buku. Nanti dia nak ajak Jibril cari perfume yang baunya persis seperti bau buku lama.

Afra's Wishlist
1. Find a perfume with old book aroma with Jibril.

Tangannya terus memegang-megang buku-buku yang ada di situ. Namun, sepertinya dia sudah kehabisan buku yang diminati. Mana taknya, dia sudah menghabiskan masa selama 5 jam membaca 4 buah buku. Kalau aku jadi mata Afra, mesti dah mengadu penat.

"Mana ni...?". Dia berbicara sendiri.

Dagu diketuk-ketuk dengan hujung jari telunjuknya.

"Ha, ni!". Matanya bersinar-sinar apabila buku yang diminati sudah dijumpai. Tajuknya,

What Am I Thinking About?

Spine buku itu cukup menarik perhatian Afra membuatkannya ingin mengambil buku itu keluar daripada rak berwarna coklat itu. Tapi...

"Eh asal tak boleh ni?". Seumpama ada tangan lain yang cuba untuk menarik buku itu di sebalik almari itu.

"Encik atau Puan atau Cik, boleh lepaskan buku ni? Saya jumpa buku ni dulu. Saya ambil ya?". Afra memberanikan dirinya untuk berkata-kata dengan manusia yang ada di sebelah sana.

Sekali lagi dia cuba untuk menarik buku itu dan kalini dia berjaya.

"Terima kasih". Afra mengucapkan kata itu sambil kepalanya tertunduk, membaca sinopsis buku yang berupa sebuah novel yang agak tebal itu.

"Sama-sama, pretty princess". Eh?

Terus kepalanya diangkat dan melalui celahan buku-buku yang ada disitu, dia cuba untuk melihat gerangan manakah yang bersuara itu.

"Abang?". Lah, Jibril rupanya.

"Ya, saya".

"Abang buat apa kat sini? Kelas dah habis ke?". Bertubi-tubi Afra bertanya. Curiga juga dia. Bukankah dia baru sahaja sampai ke perpustakaan ini sebentar tadi? Tak terasa pula masa berlalu kan?

"Datang ambil sayang la. Lama abang tunggu sayang. Dah la tak balas mesej, abang telefon pun sayang tak angkat. Tahu-tahu ada dekat sini ha tengah cari buku". Afra dan Jibril sama-sama berjalan dan bertemu di penghujung rak buku itu.

"Sorry, Naila tak perasan. Phone silent. Naila fokus membaca tadi". Afra mendongakkan sedikit kepalanya untuk bercakap dengan Jibril. Tinggi punya manusia! Masa kecil dulu makan apa la si Jibril ni.

"It's okay. Jom balik? Abang lapar". Tangan Jibril mengusap-usap sendiri perutnya.

Afra hanya sekadar mengangguk.

"Sayang lapar tak? Lama juga abang tinggal tadi".

"Lapar. Naila nak makan asam pedas boleh?". Afra meminta dan permintaan ini sangat menggembirakan Jibril. Sudah berhari-hari Afra dipaksa untuk makan dan harini, dia sendiri yang meminta untuk makan makanan yang diingininya. Sungguh, Jibril sangat-sangat bersyukur.

" Boleh, sayang. Nak mama masak atau nak pergi kedai?".

"Nak abang yang masak. Boleh?". Afra intertwined her fingers with Jibril's while walking out of the library after putting her stuffs in her cute little backpack.

"Abang masak?".

"Mhm-hmm. Boleh tak?".

"Sure! Tapi Naila kena teman abang beli barang dapur dan kita kena balik rumah kita, okay? Abang taknak sepahkan dapur mama". Eleh, padahal dia memang tak selesa memasak di dapur Puan Aliyah. Baginya, payah dan rumit. Gula entah ke mana, garam entah ke mana. Susah nak cari. Jibril tak suka benda-benda rumit walaupun dia itu sendiri dah rumit. Yela, cerewet kan?

"Okay".

🐛

"NAILA nak tolong boleh?". Pinta Naila sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke dapur itu. Bau aroma menumis itu menusuk ke hidung walaupun Afra tak tahu pun apa yang ditumis oleh Jibril dan untuk apa.

"Dah nak siap dah ni, sayang. Naila tunggu kat depan ajela ya?". Sedikit pun tidak berpaling, betapa fokusnya dia yang sedang memasak itu.

"Ala... boleh lah abang". Afra berjalan semakin menghampiri suaminya yang sudah seumpama cef berkelas tinggi itu. Satu aje yang kurang, baju kerjanya masih lagi tidak bertukar.

"Sayang... ni sikit je lagi ni. Sayang pergi tengok tv kat depan sana tu. Nanti dah siap, abang panggil".

"Naila nak potong bawangggggg je.... Boleh?". Pinggang Jibril dipeluk olehnya daripada belakang dan kepala dilentokkan ke arah kiri badan itu. Terpaku sekejap Jibril dibuatnya.

"Sayang... jangan macam ni. Abang cubit karang". Periuk yang mengandungi asam pedas yang telah siap dimasak itu ditutup sebentar dan badannnya dipusingkan untuk melihat wajah Afra. And that's when Jibril started to mengucap panjang.

"Astagfirullahalazim sayang! Kenapa pakai macam ni". Jibril cepat-cepat menutup mata. Bukan tak suka, cuma malu. Jibril pemalu orangnya setiap kali dia melihat isterinya memakai pakaian seperti ini.

Apa yang Afra pakai?

Baju tidur satin bertali halus paras pusat dan seluar pendek yang berona dan bermaterial sama dengan bajunya itu.

"Kenapa?".

"Abang tak suka la. A-abang malu". Sampai gagap Jibril bersuara. Takut digoda oleh isteri sendiri. Mata pun belum dibuka.

"Nak suruh Naila tukar ke?". Polos sahaja wanita itu bertanya.

'Ya Allah. Kau kuatkanlah iman aku, Ya Allah'. Dah nak menangis Jibril di situ. Betul, di saat ini dia sangat 'takut' akan isteri kecilnya itu.

Betul lah kata orang, lelaki pun sudah tidak selamat pada zaman sekarang.

"Tak tahu. Abang tak tahu".

"Malas la. Naila panas. Abang tak marah kan?".

"T-tak".

"Kalau tak, buka lah mata tu". Afra cuba untuk membuka tangan yang menutupi wajah Jibril itu.

Satu, dua, tiga!

Terpampang jelaslah tubuh genit Afra dihadapannya. Perit ya Jibril menelan air liur.

"Naila cantik tak?".

"Cantik, sayang. Can-cantik".

Gulp!

"Terima kasih, abang".

"Sama-sama. Dah la, abang nak... nak goreng telur ha. Naila pergi duduk sekejap ya?". Bukannya dia pergi ambil telur, sebaliknya Jibril menuangkan air untuk diminum, menenangkan dirinya.

"Abang, do you wanna make a baby right now?".

PURFFF!

Tersembur air yang diminum oleh Jibril dibuatnya. Soalan yang paling tidak disangka yang akan keluar daripada mulut Afra.

🐛

An update a day keeps the doctor away hehe!
Heres your today's update.
Enjoy!

Also ada features baru for my stories, Insyaallah.
Which is the chat. Ha nampak tak chat Jibril dengan Afra tu?
Hehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro