15- Futsal

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AFRA menongkat dagu, tanda bosan sembari menunggu suaminya yang bersungguh-sungguh bermaim futsal itu. Kata friendly match, itu yang main macam piala dunia tu kenapa? Dengan mukanya yang serius semacam. Seriau pula Afra tengok. Dan kalau dia tahu menunggu orang bermain futsal sebosan ini, dia pasti tidak akan ikut. Dah la takde sorang pun perempuan dekat sini!

"Hai...".

Eh, ada lah! Syukur!

Afra berpaling ke arah seorang perempuan yang berdiri di sampingnya itu. Pakaiannya lebih kurang pakaian Afra sahaja. Cuma bezanya, perempuan itu bertudung. Afra pula hanya mengikat tocang satu rambutnya.

"Hai!". Afra menyapa mesra wanita itu. Sekurang-kurangnya, ada lah dia kawan baru kan?

"Saya Mariam. Awak mesti bosan kan duduk dekat sini?". Mariam menghulurkan tangannya.

"Saya, Afra. Haah, saya bosan sangat. Like, sangat-sangat! Saya tunggu suami saya main futsal sebenarnya, awak?". Afra menepuk-nepuk bahagian bangku di sebelahnya supaya Mariam boleh duduk sambil dia cuba untuk beramah mesra dengan wanita itu. Go, Afra go!

" Saya... Hm... Saya nak tengok kawan saya. More to crush actually". Huh! Ini yang Afra suka. Afra sangat suka mendengar tentang crush orang lain. Semenjak daripada sekolah menengah lagi!

"Serius? Yang mana satu?". Bersinar-sinar mata Afra. Dia begitu suka dengan topik ini. Tambahan pula, dia dah ada kawan baru!

"Yang tu". Jari perempuan itu lurus menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang bersungguh-sungguh cuba untuk merebut bola daripada pasukan lawan dan berbaju jersey hitam yang menyerlahkan warna kulit putihnya itu.

"Imran?".

Gadis itu tertunduk malu. Ohhh, Mariam sukakan Imran rupanya.

"Awak suka Imran?". Tanya Afra lalu gadis itu mengangguk.

"Saya datang ni dia tak tahu. Saya nak kirim ni dekat dia. Nanti awak tolong bagi boleh? Tapi jangan cakap saya yang kasi. Saya takut dia marah". Aww, persis seperti remaja-remaja zaman sekolah yang menyuruh rakannya untuk pass-kan hadiah dekat cinta hati masing-masing.

Mariam menghulurkan sebuah plastik yang berisikan sebotol air mineral, sebotol air 100 Plus dan sebungkus roti coklat. Afra tak tunggu-tunggu lagi, terus dia capai plastik itu lalu mengangguk.

"Terima kasih, Afra. Saya pergi dulu tau. Ni phone number saya". Mariam menghulurkan sekeping name card lalu melambai Afra dan berjalan pergi daripada situ.

Mariam Marleen
016-XXXXXXX
Your Dream Interior Designer

"Lah, kerja dia sama dengan Imran? Satu workplace lah kut ni". Afra mengetuk-ngetuk dagunya menggunakan kad itu sebelum dia mengeluarkan telefon pintarnya untuk menyimpan nombor itu.

"Mariam...". Tuturnya sebaik sahaja dia meletakkan nama untuk nombor telefon wanita itu.

Pittt!!!

Tiba-tiba sahaja tiupan wisil itu berbunyi menandakan yang permainan sudah tamat. Fuh! Akhirnya.

Sedang ralit Afra menekan-nekan skrin telefonnya...

"Sayang, nak air boleh?". Terkejut Afra dibuatnya di saat telinga disapa oleh suara yang sedang termengah-mengah itu. Kepala diangkat dan terlihat lah pemandangan yang begitu indah sekali untuk tatapan retinanya. Jibril yang berpeluh hampir satu badan sampaikan basah rambutnya.

"Eh, sorry abang. Nah". Air masak yang dibawa daripada rumah dikeluarkan daripada beg berkelahnya lalu dibuka penutupnya dan dihulurkan kepada Jibril yang sudah semacam 18 tahun tak minum air itu. Pucat semacam aje mukanya.

"Itulah abang. Main futsal dengan kawan-kawan je pun. Tak payah la bersungguh sangat. Kan dah penat". Afra bangun sambil di tangannya terpegang sehelai tuala kecil. Tuala itu lalu digunakan untuk mengelap peluh di dahi dan sekitar leher suaminya. Mulut tak henti membebel kecil.

"Nanti Naila juga yang susah. Tengok ni, dah kena lap peluh abang". Tak susah pun, Afra makin suka ada lah. Boleh sentuh Jibril lebih-lebih sikit hehehehe. Saja je Afra berkata begitu, gurauan lah katakan.

"Kenapa? Sayang tak suka ke?".

"Abang suka ke kalau Naila suruh abang lap peluh Naila?". Sengaja Afra bertanya balik kerana dia tahu, Jibril tak suka buat kerja-kerja pelik macam tu. Bagi Encik Cerewet tu, itu adalah sangat menggelikan. Nanti habis melekit tangan dia.

"Tak...". Jibril menjawab perlahan sambil tangannya menyambar tangan Afra yang masih sedang mengelap peluh itu.

"Huh?". Berkerut dahi Afra dibuatnya.

"Kenapa?". Tanya isteri kecil itu.

"Sayang geli ya? Nanti tangan sayang melekit. Tak payah la buat, biar abang buat sendiri". Tuala itu cuba untuk diambil daripada tangan Afra tapi Afra berkeras untuk tidak melepaskannya. Tetap sahaja tangan itu mengelap peluh yang masih tersisa di kawasan collarbone lelaki itu. Seksi!

"Naila gura ajela. Abang nak merajuk ke ni? Jangan lah merajuk, Naila tak reti pujuk". Afra cebir bibir. Dah macam itik jadinya. Harap dekat public je, kalau tak dah lama Jibril ciu--.

Sementara itu...

"Haih, bila lah aku nak macam tu kan?". Danish melepaskan keluhan kecil. Daripada tadi lagi dia menyaksikan drama cinta di hadapannya itu.

"Itulah...". Begitu juga dengan Zhariff.

Cuma Imran sahaja yang terlihat sedang mencari sesuatu atau... seseorang....

Danish yang terperasan dengan kelakuan kawannya itu, terus bertanya,

"Cari siapa, Im?".

"Entahnya, Im. Macam mak ayam hilang anak je gayanya kau ni. Kau cari Mariam erh?" Zhariff mulai mengusik Imran. Bukannya dia tak tahu yang Imran secara dalam diam sukakan Mariam cuma dia tak berani nak bagitahu. Kan dah cakap, dia lebih gemar untuk memendam perasaanya.

" Takdela cuma tadi... masa tengah game... aku macam nampak kelibat dia". Imran menjawab pertanyaan rakan-rakannya itu sambil mata masih cuba untuk mencari Mariam. Mana tahu, gadis itu belum pulang kan?

"Ha, Imran! Lupa nak bagitahu". Tiba-tiba sahaja suara Afra menyapa pendengaran lelaki berkaca mata itu.

"Ha?". Imran si blur.

"Ni, ambil lah". Afra menghulurkan plastik yang dikirim oleh Mariam sebentar tadi. Laju sahaja disambut oleh lelaki itu. Senyum manisnya cuba untuk disembunyikan. Hello, crush bagi kut!

"Terima kasih, Afra". Ucap Imran.

"Eh tapi bukan saya yang bagi tau. Ada orang suruh saya pass dekat you tadi".

"I know". Perlahan sahaja Imran berkata. Kulitnya yang putih melepak itu mulai memerah serupa macam kulit epal Snow White. Dia malu!

🐛

IMRAN merebahkan badannya ke atas katil setelah penat seharian bermain futsal bersama Jibril, Danish dan Zhariff. Jadi, niatnya harini nak tidur sahaja. Taknak buat aktiviti lain dah. Esok pagi dah nak masuk kerja.

Tapi sebelum itu...

Nombor seseorang di dail.

Tut...
Tut...
Tut...

"Hello. Imran?". Suara yang sudah sedia ada lemah lembut itu menyapa dari hujung talian.

"Terima kasih".

"Untuk apa?".

"Apa yang awak suruh isteri Jibril bagi tadi. I appreciate it". Ucap Imran, ikhlas.

"Erk... sama-sama. Awak ada nak cakap apa-apa lagi, kalau tak, saya dah nak tutup ni. Saya kena tidur awal. Esok ada meeting dengan client". Tipu wanita itu. Padahal dia sedang malu sekarang ni. Macam mana Imran boleh tahu yang pemberiannya itu adalah daripada.

"Kenapa awak tak tunggu tadi?". Setelah berjeda selama 15 saat, Imran akhirnya bertanya juga.

"Saya... Saya nak cepat".

"Kalau nak cepat, kenapa datang jugak?". Tanya Imran lagi. Dia tahu wanita itu sedang menipu. Menipu sebab tengah malu gila gila sekarang.

"Imran, saya letak dulu ya? Saya kena tidur sekarang. Selamat malam. Assalamualaikum". Terus sahaja gagang diletak tanpa menunggu salamnya dijawab.

"Waalaikumussalam, Mariam".

Dan betul. Si dipanggil itu ialah Mariam. Cinta hatinya Imran.

🐛

Ini update untuk korang hehe.
Saya minta maaf sebab makin jarang update bcuz im starting to feel like shit in writing actually.
Sorry tau...
Korang enjoy je dulu chapter ni, nanti saya sambung tulis cerita ni, Insyaallah sampai habis.
Sayang korang <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro