16- Hurt & Love

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ED taknak tinggalkan Afra dekat sini ke? Buat teman mama. Mama sunyi la". Pinta Puan Aliyah tatkala mereka berdua sedang bersantai di ruang tamu rumah orang tua Jibril itu.

"Bukan Ed taknak mama. Satu, Afra dah nak masuk universiti balik minggu depan. Yela, dah nak dekat 3 minggu Afra miss kelas sebab penyakit dia kan. Kedua, Afra taknak duduk rumah mama. Mama jangan ingat Afra tak sudi pula, menantu mama tu takut mama tak selesa". Panjang lebar Jibril menerangkan perkara itu kepada ibu kandungnya itu.

"Tak selesa apanya Ed? Mama lagi suka adalah kalau Afra duduk sini. Mama bukan apa, mama kesiankan dia. Ed faham kan?". Puan Aliyah menepuk perlahan bahu Jibril. Dia nak Jibril faham, dia betul-betul nak Afra tinggal bersamanya.

"Dia takut takde orang boleh handle dia kalau dia buat sesuatu yang luar jangkaan. Dia takut penyakit dia susahkan mama. At least kalau dia duduk dekat rumah sendiri, dia susahkan diri dia je. Lepas Ed balik, Ed boleh terus uruskan dia. Lagipun, rumah Ed lagi dekat dengan kolej. Lagi cepat Ed boleh balik. Ed--".

" Ed tak percaya kan mama?". Potong Puan Aliyah.

" Bukan macam tu ma, tapi Afra. After what has been happened throughout this 3 weeks, she seems to trust noone who said that will give her so much love kecuali Ed. Orang lain tak nampak tapi Ed rasa yang Afra takut kalau-kalau orang sekeliling dia kecewakan dia, hina dia, salahkan dia, again, just like her family did to her. Afra trauma". Jibril perjelaskan keadaan Afra dengan lebih terperinci. Dia bimbang jikalau Puan Aliyah salah faham. Kang tak pasal-pasal mereka dicop anak menantu derhaka nanti.

"Hm, yela... Mama faham. Tapi kalau nanti Afra setuju, tinggalkanlah dia dekat sini tau, Ed. Mama sayang sangat dengan dia tu".

"Okay, mama. Eh, ni Ed naik dulu ya? Takut Afra terjaga, cari Ed nanti". Jibril menamatkan perbualan mereka anak beranak yang sudah agak lama berlangsung dengan meminta izin untuk menjenguk Afra yang sedang tertidur lena di tingkat atas.

"Yela, Ed. Sayang sangat dengan bini dia tu". Mama tersenyum senget. Mama pun nampak Jibril yang kau suka dekat Afra, kau je taknak mengaku. Heh!

"Mama...". Ni mesti kes malu diusik ibu sendiri ni.

Puan Aliyah tergelak kecil sebelum mulai berpesan sesuatu yang hampir sahaja dia lupa sebentar tadi,

"Eh, lupa mama nak tanya".

"Ya, mama. Nak tanya apa?".

"Masih takde lagi ke perasaan cinta untuk Afra tu dalam hati Ed?". Puan Aliyah tersenyum kecil.

Soalan itu membuatkan Jibril terdiam.

"It has been almost 2 months Edirne Jibril. Takkan takde langsung? Mama tengok pun Ed dah better dengan Afra semenjak pemergian arwah Amir ni. Don't you develop any feeling towards your wife other than pity?". Soal Puan Aliyah terus terang. Dia tak suka belok-belok ni.

" Ed tak tahu mama. Ed tak tahu. I couldn't describe my real feeling towards her. Sayang tu ada. Cinta? Ed belum pasti". Tertunduk Jibril menjawab.

Puan Aliyah bangun dan berjalan mendekati Jibril. Tangan kasar lelaki itu diambil dan diusap perlahan.

"Its okay, Ed. Learn to love her. Kalau suatu hari nanti, Ed dah cintakan dia dan dia dah cintakan Ed... mama nak pesan, don't hurt her like the others had done to her because you have given Afra her new world masatu. Boleh janji dengan mama?". Inilah pesan yang ingin disampaikan. Tertangguh dengan banyak soalan pula tadi.

" I promise, mama".

🐛

"NAILA...". Rambut wanita yang sedang tertidur itu diusapnya.

Afra kelihatan sungguh menawan ketika tidur. Wajahnya polos. Tidurnya selalu meringkuk, memeluk lutut. Comel! Tapi ini tadilah.

Sekarang, Jibril pelik. Sebab figura yang sedang tidur membelakanginya itu kini diselubungi dengan selimut tebal itu secara keseluruhannya. Hanya tampak beberapa helaian rambut sahaja.

"Sayang... bangun? Solat asar dulu dengan abang". Jibril cuba untuk mengejutkan figura itu. Masih tidak bergerak.

Jibril cuba untuk membuka selimut atau duvet tebal yang menutupi badan itu, namun gagal. Seolah-olah ada yang sedang memegang kemas daripada dalam. Sekaligus membuatkan Jibril tersenyum kecil.

Afra dah bangun.

"Sayang dah bangun ni kan? Come on, solat dengan abang".

"I tak boleh solat". Perlahan Afra menjawab di balik selimut. Suaranya juga kedengaran teresak-esak. Afra menangis ke?

Dan yang paling membuatkan Jibril mengerutkan dahinya, nama panggilan yang sudah bertukar yang digunakan oleh Afra.

"Naila, sayang kenapa ni? Abang ada buat salah ke? Abang minta maa--".

"You sama je kan dengan semua orang? You tak sayangkan I pun kan? You cuma jaga I sebab you kesiankan I kan?". Selimut dibuka dan mata berair memandang tajam mata biru milik Jibril.

"Sayang cakap apa ni? Abang tak faham".

"I dah dengar semua la, Jibril. I dengar perbualan you dengan mama. You tak cintakan I kan? You jaga I sebab kesian je kan?". Apa yang Afra mengarut ni? Ini 360° berbeza dengan apa yang Jibril bualkan dengan Puan Aliyah tadi. Ini mungkin kesan daripada fikirannya yang sentiasa merisaukan benda yang tak akan pernah terjadi. Lalu dia luahkan melalui perkataan. Macam sekarang. It is part of her mental illness.

"Astagfirullahalazim. Ya Allah, sayang dah salah faham ni".

"NO! I HEARD EVERYTHING! YOU DON'T LOVE ME". Dia duduk bersandarkan kepala katil sambil memeluk kedua lututnya lalu tangannya naik menyerabutkan rambut sendiri. Kepalanya diketuk berkali-kali. Jikalau dilihat, mesti orang menganggap bahawa Afra sudah gila. Tidak. Afra masih waras.

"YOU ARE CRUEL! SAMA MACAM IBU DENGAN AYAH! YOU DON'T LOVE ME! YOU DON'T LOVE ME!". Kepalanya diketuk berkali-kali. Jibril buntu. Air matanya menitis.

He cried for her. Told you before, his weakness is seeing his wife in this kind of state. Panggil lah dia lelaki lemah, dia cuma sakit melihat isterinya dalam keadaan begini sehingga air matanya mengalir.

"Shh, shh... Sayang abang, Naila...". Jibril hanya mampu untuk memeluk figura yang sedang mengamuk itu. Itu sahaja yang dia mampu buat untuk menenangkan Afra.

"Don't hurt youself, please". Pelukan dilepaskan dan kedua tangan Afra dicapai.

"Tengok abang, Naila". Jibril mencari retina yang sedang mengalirkan air mata lebat itu.

"Afra Naila Qhadija, tengok abang sekejap sayang". Apabila nama panjang diseru, terus sahaja Afra menyabungkan matanya dengan mata Jibril. Sisa tangis masih banyak. Tersedu-sedan dibuatnya.

"Abang sayang Naila. Cuma abang masih keliru dengan perasaan abang sendiri. Abang nak Naila tahu yang abang sayang Naila. Please don't hurt yourself, sayang. Kalau Naila marah, try to punish me and not yourself. Abang tak tahu nak terangkan macam mana tapi abang memang sayangkan Naila tapi kalau nak disebutkan tentang cinta? Abang belum pasti. Maafkan abang ya, sayang? Dan abang bukan jaga Naila hanya sebab rasa kesian. Naila kena ingat tu". Jibril mengakhiri kata-katanya dengan mencium pangkal hidung, kedua mata basah dan dahi Afra.

Gadis itu masih terdiam.

"Sayang faham?". Soal Jibril hanya mendapat anggukan kecil daripada Afra.

Mereka berdua berjeda seketika sebelum Jibril mulai berkata-kata lagi,

"Jangan lah nangis. Tak comel nanti. Naila sambung tidur, abang nak solat. Nanti abang temankan Naila tidur ya?".

Afra angguk lagi.

He did all of those love language he got to do that time.
Words of affirmation.
Physical touch.

Whats left to proof that hes actually in love with her?

🐛

One word: Poyo.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro