23- The Punca & The 'Ceremony'

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HEY, jom balik? Dah lewat ni". Entah buat kali ke berapa malam tu, Jibril datang menerjah ruangan kecil Afra itu. Nasib baik sahaja masanya selalu tepat; tatkala tiada pelanggan Afra yang ingin mendapatkan khidmat makeover nya.

"Shh! Sir, boleh diam sikit tak. Saya risau takut orang dengar". Hampir-hampir sahaja dia menutup mulut si Jibril itu menggunakan telapak tangan kanannya.

"Okay, okay. Im sorry. But I'm telling you the truth pretty princess, dah lewat ni. Dah pukul 10.30. Shouldn't you be at home right now and taking your medicine?". Jibril mencekak pinggangnya di hadapannya Afra. Keningnya diangkat-angkat. Gayanya sudah seperti ayah yang sedang menyuruh anaknya untuk tidur. Itu tandanya dia sedang serius.

" Ye, saya tahu. Tapi saya kena tolong Alia dengan Ana kemas booth ni dulu. Simpan semua benda. Esok nak berniaga lagi. Awak tunggu kejap boleh?". Afra membuat muka comelnya. Dia sebenarnya tidak tergamak untuk meninggalkan dua ekor kera tu kemas booth mereka bertiga ni sendiri. Selain daripada kesian, dia juga takut kedua-dua manusia itu membuat disaster.

" Sayang, they will be fine. Diorang faham keadaan Naila. Balik sekarang ya?". Kalini Jibril taknak kalah walaupun dengan pujukan mata coklat comel macam mata kucing dalam Puss In Boots tu.

"Tapi...".

"Sayang... ini arahan daripada seorang pensyarah yang merisaukan keadaan pelajarnya dan seorang suami yang sayang akan isteri dia. Ikut cakap abang kalini ya? Kata taknak jadi isteri degil". Jibril menarik lembut pucuk hidung Afra.

Dia bukannya nak tegas sangat. Cuma, dia kesian tengok isteri kecilnya ini. Sedari tadi, tak berhenti bekerja. Ada saja orang yang datang untuk khidmatnya. Lelah juga wanita itu.

"Oka--".

"Afra!". Tiba-tiba sahaja ada seorang wanita, sedikit memekik memanggil nama Afra lalu menerjah ruangan kecil berlangsir yang hanya mampu memuatkan 3 orang dalam satu-satu masa itu.

Afra, Jibril dan gadis itu berpandangan antara satu sama lain. Terjeda seketika pergerakan mahu pun percakapan mereka bertiga di situ.

"Eh, Sir pun ada dekat sini? Buat apa?". Tanya gadis muda itu, mulai curiga. Matanya dipincingkan.

"Im just looking around. Dah nak balik dah pun". Jibril membela diri.

"Tapi tadi saya dengar--". Belum sempat gadis itu habis berkata-kata, Afra memotongnya laju,

"Melia. Nak apa datang sini? Nak aku cat muka kau jugak?". Afra tertawa riang. Nampak sangat ketawa yang dibuat-buat. Makin suspen lah Melia dibuatnya. Melia dah la ratu gosip a.k.a geng-geng hot kolej ni. Kalau sampai rahsia Afra dan Jibril terbongkar dekat dia, CONFIRM! CONFIRM, satu kolej akan tahu.

" Eh takdela. Saja nak datang jenguk. Yela, aku kan calon MPP. Nak la beramah mesra dengan pelajar-pelajar dekat sini. Eh tapi kan-". Melia mengambil tempat duduk di kerusi yang ada. Manakala Afra cepat-cepat membuat signal mata supaya Jibril berambus daripada situ dan menunggunya di luar.

'Okay sayang'. Ujarnya dengan hanya gerakan mulut.

"- setiap fakulti kan ada calonnya kan? Macam kalau fakulti fashion, aku la. How about chemical engineering faculty? Siapa wakil fakulti korang?". Tanya Melia, tiba-tiba sahaja. Ada lah tu muslihat dia. Ish! Tak baik buruk sangka.

"Alia. Dia je yang layak. Sebabnya fakulti aku banyak lelaki, diorang semua tu pemalas, tak bertanggungjawab dan sebagainya. Jadi, tak layak. Kami then sebulat suara, pilih Alia Natalia. Kenapa tanya?".

"Saja lah, nak tengok siapa pesaing aku".

Afra pandang Melia atas bawah, atas bawah. Aku dah cakap, Melia ni ada muslihat!

🐛

"ANA...".

Ignored.

"Sayang... tengok lah saya ni". Cuba teka suara siapa ni.

Ignored.

"Baby...".

"Awak nak apa ni, Ariq? Saya tak suka la awak ganggu saya macam ni". Panggilan kali ketiga, barulah Ana berpaling. Orang sibuk nak kemas booth, dia sibuk nak memanggil.

"Kena panggil 'baby' dulu rupanya". Ternaik hujung bibir Ariq dibuatnya. Haih, cute betul ex girlfriend aku ni!

"Ariq! Elok-elok la. Saya banyak kerja tau ni. Kalau awak tak reti nak diam, elok awak balik lah. Saya ni kena kemas semua ni sorang-sorang tau. Afra tu saya tak kisah sangat la sebab saya faham keadaan dia, tak berapa nak sihat tu. Makhluk hujung sana tu duk sibuk terbongkang. Awak ni pulak? Nak kacau saya?". Ana bercekak pinggang di hadapannya. Sungguh, dia marah betul dengan lelaki ini tika ini.

Ariq pula sibuk tersenyum-senyum. Baginya Ana (bila dia sedang marah) ialah orang paling comel dalam dunia. Mukanya akan memerah bak tomato dan keningnya akan bertaut.

"Yang awak tenung saya lepastu tersenyum-senyum tu dah kenapa?". Marah Ana lagi.

"Saya tolong awak nak?".

"Taknak!".

"Baby, saya tolong awak ya?". Soal dia sekali lagi. Dia tahu. Dia yakin. Ana suka apabila dia panggil gadis itu dengan nama panggilan itu.

"Suka hati la!". See? Betul kan?

Beberapa minit berlalu, sampailah...

"Ariq...". Ada satu suara lembut memanggil Ariq yang sedang sibuk membantu Ana mengemas dulang-dulang kek dan pastri gadis itu. Dan tidak. Itu bukan suara Ana melainkan...

Melia.

Ya, Melia yang tadi tu datang balik.

Untuk Ariq.

Terhenti sekejap kerja-kerja mengemas Ana dibuatnya. Gadis itu tidak berpaling namun dia tahu yang hadir itu ialah 'punca' kepada segalanya.

Ariq pula hanya buat tidak tahu sahaja. Sempat dia melepaskan keluhan berat buat seketika sebelum menyambung semula kerjanya tanpa menghiraukan Melia yang sedang mahu menempel dengannya itu.

"Ariq, I panggil you ni... Dengar tak?". Melia merengek manja. Naik meluat Ana dibuatnya. Rasa nak baling aje tempat letak duit syiling ni atas kepala di Melia tu. Biar rasa. Siapa suruh mengada-ngada dekat pakwe orang--eh.

"Apedia, Melia?". Soal Ariq. Annoyed.

"Nak balik dengan you. Papa tak boleh datang ambil. Jom balik?".

Ana mengeluh entah buat kali ke berapa saat itu. Rapat sangatkah Melia dengan Ariq sampai Melia boleh membuat permintaan sebegitu? Apa hubungan sebenar mereka?

"Melia-".

"Just go, Ariq. This is why I ended our relationship, is thats the answer that you want from me earlier". Terus sahaja Ana menanggalkan apronnya dan berjalan mendekati Alia yang baru sahaja bangun itu.

Buat seketika, kawasan booth mereka sunyi. Alia yang masih mamai itu terpinga-pinga melihat Ana yang sedang menuju ke arahnya.

"Lia, kau sambung kemas. Aku nak pergi ambil angin jap". Kata Ana sambil menahan sebak.

"Ha, okay okay".

🐛

"BABY?". Ariq cuba untuk mendekati gadis yang sedang menangis perlahan yang duduk di bangku di tepi tasik kolej itu.

"Ana?". Dia kemudiannya duduk melutut di hadapan Ana yang sedang duduk dan menundukkan kepalanya itu. Habis bahagian seluar di kedua lututnya kotor kerana tindakan itu.

"Saya tak faham maksud awak. Apa yang awak cuba cakap dekat booth tadi?". Tanya Ariq tanpa belok-belok lagi.

"Haritu awak ada tanya kan, kenapa saya minta putus?". Ana mulai bersuara dengan keadaannya yang masih menangis perlahan itu.

"Yes, I did".

"Semua sebab perempuan tu. She wants you and I want you too. But this one time, awak utamakan dia. Awak selalu utamakan dia. You picked her up to send her to the mall rather than wishing me a simple 'happy birthday' at my home. Awak lebihkan dia. Bukan tu je, banyak lagi yang awak buat tapi awak ketepikan saya. Saya terasa. I want you for myself. Saya taknak berkongsi tapi awak... Awak... senang-senang aje offer diri awak untuk dia. Siapa dia dan siapa saya dalam hidup awak sebenarnya, Ariq? Penting sangat ke dia tu? We have been together for 3 years and you just got to know her in within 8 months. Yet you still choose her over me?".

Terus Ariq terdiam mendengar luahan isi hati Ana yang selama ini sudah terpendam lama. Sangat lama.

" Saya sayang awak, Ariq. And I still am. Tapi kalau saya tengok awak dengan dia, saya rasa yang saya ni tengah bertepuk sebelah tangan je. Dumb kan saya ni?". Ana mengangkat wajahnya dan tersenyum pahit.

Dia ingatkan Ariq nak ikut menangis sama tapi...

" Comel la baby saya ni bila cemburu. Nak je saya cubit pipi merah awak tu". Ariq tersenyum lebar sambil ketawa kecil.

"Ahmad Ariq Affandi bin Eusoff. Saya Anastasia Erica sesungguhnya sedang serius ni. Boleh tak awak ikut serta serius sekali?". Terus berkerut dahi Ana dibuatnya.

"Rindu nak dengar awak panggil nama panjang saya. Terima kasih, rindu dah terubat".

"Fandi! Serius sikit boleh tak sebelum saya selam muka awak tu dalam air tasik hijau tu". Sikit lagi Ana nak meletup ni.

"And that nickname too. Anastasia Erica, will you marry me?". Tanpa disangka-sangka, Ariq tiba-tiba melutut dan mengeluarkan sebentuk cincin yang diperbuat sendiri olehnya menggunakan sekuntum bunga kecil.

"I left the ring at home with mommy. Esok family saya datang rumah awak buat proper majlis merisik. Buat masa ni, pakai lah yang ni dulu okay?". Ariq tersenyum manis lagi! Manis sangat sampai meleleh jantung hati yang namanya Anastasia Erica itu.

"Fandi... awak main-main ke ni? Kalau main-main, langsung tak kelakar. Baik awak pergi hantar makwe--".

"Shes my cousin, silly. Nak kahwin dengan saya tak ni?".

🐛

An early update cuz why not?
Enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro