24- Relationship

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KEBANYAKAN pasang mata di situ sedang memerhatikan setiap gerak langkah Afra, Ana dan Alia. Entah apa yang menarik sangat tentang mereka bertiga harini. Lain macam punya pandang. Tahu lah famous, tak perlu lah pandang macam nak terkam aje.

"Kenapa diorang tengok kita macam tu?". Soal Afra sambil menggosok kedua lengannya. Sebenarnya dia makin tidak selesa dengan pandangan orang terhadap mereka bertiga atau lebih tepat lagi...

"Tengok kau, Afra. Tengok kau". Tegas Alia.

"Ha, kenapa pulak tengok aku?".

"Cuba kau dengar orang sekeliling kau tengah bercakap tentang apa?". Kalini Ana pula yang beriak serius. Pelik Afra dibuatnya. Tadi mereka berdua ni okay sahaja, tiba-tiba pula wajah berubah jadi serius pulak ni. Dah kenapa?

"Ha?". Afra cukup clueless tika ini.

"Cuba dengar Afra Naila Qhadija". Alia sekali lagi bersuara dengan suara tegasnya.

"Betul ke wey?".
"Entah. Aku baca daripada groupchat".
"Aku rasa betul lah".

Makin didengar, makin pening Afra. Apa yang betul? Groupchat apa? DIORANG CAKAP PASAL APENI? TAK FAHAM LAA!

"Tak faham, Lia. Aku tak faham". Afra memberhentikan langkahnya. Kepalanya tergeleng-geleng. Dahinya hampir sahaja terlihat seperti dahi nenek si bongkok tiga. Berkedut habis!

"Kau baca tak groupchat Pinny Peach tu semalam?". Apa punya nama groupchat lah tu. Dalam banyak-banyak nama dalam dunia ni, nama itu juga yang dipilih oleh yang tukang cipta group itu.

"Aku left group tu. Kenapa?".

"Ish kau ni! Ini ha". Terus Ana menghulurkan telefon pintarnya kepada Afra agar gadis itu dapat melihat apa tertera pada skrin telefon yang boleh dilipat itu. #samsunggalaxyzflip.

Hampir sahaja kedua mata Afra melorot keluar tatkala dia membaca hampir semua perbualan mereka di dalam groupchat itu. Semuanya berkaitan tentang dirinya. Setiap satu daripada mesej mereka berkaitan dengan dirinya dan...

"Aku rasa kau patut panik sikit sekarang". Alia berkata selamba.

"Lia!". Tangan Ana naik mencubit halus lengan gadis bermulut tempayan itu.

... Jibril.

Ya, isi group sembang itu dipenuhi dengan topik berkaitan dirinya dan Jibril sahaja. Tiada satu pun nama orang lain selain daripada nama mereka dalam sembang itu. Ini membuatkan Afra menjadi semakin risau. Hampir sahaja dia menggigit kukunya dek kerana terlalu risau. Oh she shouldn't be actually. Takut nanti serangan panik dia datang.

"Macam mana diorang--". Terketar-ketar suara Afra. Sungguh dia takut dan risau sekarang ni.

"Melia. Kau percaya cakap aku, mesti dia yang sebar berita tak berapa nak palsu ni". Ana sudah berdiri bercekak pinggang di situ. Perempuan tu lah kan! Memang nak kena dengan Ana! Dah la semalam menggedik, harini sebar berita yang sepatutnya menjadi rahsia, ni pula! Problematic betul!

"Ana, tak baik tuduh". Kalini Alia pula yang bersuara.

"Aku tak tuduh. She's really such a bit--".

"Perhatian, perhatian kepada Afra Naila Qhadija daripada fakulti kejuruteraan kimia, sila hadir ke pejabat sekarang bersama-sama dengan barangan anda".

"Ulang suara, perhatian kepada Afra Naila Qhadija daripada fakulti kejuruteraan kimia, sila hadir ke pejabat sekarabg bersama-sana dengan barangan anda. Sekian terima kasih".

"Alamak. Apa aku dah buat ni? Aku nak jawab apa nanti?". Afra sudah habis gelabah di situ. Sampai tak hiraukan mata orang ramai yang semakin terarah kepadanya dan mulut yang semakin rancak berbicara atau lebih kepada mengumpat.

"Tenang sikit, Ra. Nanti kau kena panic attack la". Ana menggosok-gosok bahagian belakang badan Afra. Risau juga dia terhadap wanita itu. Dah la kondisi mentalnya tak berapa nak elok. Berdepan pula masalah sebesar ini.

"Aku takut...".

"You will be okay. Kitorang tunggu kau dekat kafe. Tak kisah la setakat ponteng sekali sehari". Ehem, ehem. Mentang-mentang kafe tu dekat dengan pejabat. Ambil kesempatan erh dua orang ni. Takpe takpe.

"Tunggu eh?".

"Iyeee. Dah pergi. Nanti mengamuk pula orang yang memanggil tu". Alia menggesa Afra untuk pergi kerana satu, dia taknak semua orang terus melihat ke arah Afra. Dua, dia takut Afra terlambat pula nanti.

"Okay, okay. Bye!". Dan mereka hanya menghantar pemergian Afra dengan pandangan mata sahaja.

"Korang nak tengok apa lagi? Tumbuk satgi baru tau". Alia menunjukkan penumbuknya ke arah mata-mata yang masih tak puas melihat ke arah mereka bertiga. Penyibuk!

🐛

TOK, TOK, TOK...

"Masuk".

Afra menelan air liur kelat sebelum membuka pintu kaca itu dan mulai melangkah masuk ke dalam bilik berpenghawa dingin yang sekarang ni bagi dia, agak menyeramkan.

Di dalam bilik itu terdapat Dr Ahmad, canselor atau presiden kolej itu dan ada Jibril yang sedang duduk berhadapan dengan Dr Ahmad. Kerusi di sebelah Jibril masih kosong, dipercayai untuk diduduki oleh Afra. Perlahan-lahan Afra melangkah ke arah kerusi di samping Jibril itu. Sempat dia jenguk sekejap wajah lelaki itu, kelihatan tenang seperti tiada apa yang terjadi langsung. Dia tahu ke tak ni?

"Silakan duduk, Cik Afra".

"Terima kasih". Balas Afra perlahan sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Jibril.

Selepas mereka bertiga berjeda buat seketika... Dr Ahmad mulai bersuara memecah kesunyian,

"Im not gonna waste anytime anymore and Im gonna go straight to my main question. Apa hubungan sebenar antara Edirne dan Cik Afra? Are you guys married?". Soal Dr Ahmad tanpa berlapik lagi. Dia mahukan hal ini diselesaikan dengan secepat mungkin.

Diam. Mereka berdua masih berdiam diri.

" You guys already know that it will be complicated if the lecturer has a special relationship with the student. It's either husband, father or even brother. So would guys mind answering my question? Saya taknak buang masa lagi sebab semua orang dalam kolej ni dah bercakap tentang kamu berdua. Saya taknak timbul kontroversi lain lagi". Kalini Dr Ahmad kedengaran sedikit tegas.

"Say--". Baru sahaja Afra ingin membuka mulut...

"No, Im not married to anyone. Im not married to her. Im not her relatives or what. Semua yang Dr Ahmad dengar ialah rumor semata-mata. Hubungan saya dan Afra hanyalah seorang pensyarah dan pelajar. Tak lebih daripada itu". Jibril tersenyum manis seraya menjelaskan perkara yang sudah semestinya suatu pembohongan itu. Tercengang Afra dibuatnya.

"Betul ni?".

"Betul". Jawab Jibril lagi. Sekali lagi memotong bicara Afra yang ingin berkata jujur tentang status sebenar mereka.

"Afra? Anything to say?". Tanya Dr Ahmad membuatkan Jibril berpaling ke arah isteri kecilnya dengan senyuman yang sudah melorot. Dia tahu, Afra pasti kecewa dengannya.

"Nothing. Semua yang Sir Ed cakap tu betul". Afra mengukir senyuman kelat buat Dr Ahmad.

"Okay, kalau macam tu, kamu berdua boleh keluar. Nanti saya minta newspaper club untuk bersihkan balik nama kamu berdua. Thank you for the cooperation". Dr Ahmad tersenyum dan menghulurkan tangannya kepada Jibril lalu disambut oleh lelaki itu. Afra sudah mulai cepat-cepat hendak keluar daripada bilik itu.

Dia sedih.

Dia sedih kerana Jibril langsung tak jujur.

🐛

"SAYANG...". Panggil Jibril apabila melihat isterinya yang hanya duduk termenung di tepi katil itu. Berpakaian pijama tidur satin berwarna soft pink dan rambut yang dibiarkan terlepas begitu sahaja.

"Sayang Naila, dah makan ubat ke?". Jibril duduk di samping Afra dan cuba untuk memegang tangan wanita itu tetapi ditepis perlahan. Yup, Jibril tahu dia sedang berada dalam masalah sekarang. Dia tahu Afra sedang berkecil hati dengannya.

"Dah".

"Nak tidur sekarang or nak tengok movie?". Jibril mencuba lagi untuk menyentuh Afra dengan menyelitkan rambut perempuan itu ke celahan telinganya, namun sekali lagi ditepis oleh Afra. Kalini dengan agak kasar. Sampai terkejut Jibril dibuatnya.

"Tepi sikit Jibril, saya nak tidur". Nama panggilannya terhadap Jibril juga sudah bertukar.

And that's when Jibril knew, he fcked up.

"Abang temankan Naila ya?".

"Boleh awak tidur luar tak harini? Saya nak bersendiri". Pinta Afra secara tiba-tiba. Walaupun dia memang takut dan tak boleh nak tidur sorang-sorang, namun tetap sahaja dia masih terasa dengan Jibril dan dia perlukan masa untuk bersendiri. Dia nak menangis sebenarnya.

"Sayang, kenapa ni?". Lelaki itu cuba untuk memegang isterinya yang sudah masuk ke dalam selimut itu.

"Jibril. Out, now". Arah Afra dengan lebih tegas.

Jibril mengeluh berat sebelum berkata,

"Okay, sayang. Abang ada dekat my office room kalau sayang cari ya? Selamat malam". Telinga Afra dicium sekilas sebelum lelaki itu perlahan-lahan turun daripada katil.

Dia tahu, Afra perlukan masa.

🐛

Hello!
Sorry lambat sikit harini hehe.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro