26- Help

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MEREKA berdua serta-merta berpaling ke arah depan apabila mendengar pintu kereta yang ditutup dengan agak kasar itu. Mengamuk ke mamat tu? Pandang je sekilas gerangan yang seolah sedang berserabut yang baru sahaja keluar daripada kereta itu, terus Afra memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Naila...". Seru lelaki itu lemah. Dia telah memandu selama 2 jam untuk mencari di mana kedudukan wanita itu dan Imran menelefonnya 5 minit lepas yang menyatakan Afra sedang berada di atas jambatan bersama seorang bermuda.

"Cik Afra, suami Cik Afra dah sampai". Aidan memanggil lembut nama wanita yang seolah-olah sedang berselindung di balik bahunya yang agak lebar itu.

"Saya takut. Plus, saya masih marahkan dia". Bisik Afra kembali. Tidak mahu suaminya yang sedang bercekak pinggang di hadapan Aidan itu untuk mendengari bicaranya bersama lelaki itu.

"Why don't you talk to him first? Dia tunggu Cik Afra ni. Kesian dia, malam ni sejuk tau". Pujuk Aidan lagi membuatkan Afra mengangkat mukanya, memandang wajah Jibril dalam kegelapan malam itu. Jelas kelihatan wajah lelaki itu seperti sedang merisauinya separuh mati. Mukanya memerah. Matanya hampir sahaja berair.

"Naila sayang, Naila buat apa kat sini".

"Naila nak mati". Terus sahaja Afra menjawab tanpa bertapis.

"Kalau sebab siang tadi buatkan sayang fikir macam ni--".

"No! It is not about siang tadi! Tapi Naila penat. Abang faham tak, Naila penat! Naila sangat penat bila semua orang salahkan Naila atas kematian Amir. Naila penat setiap kali Naila fikir yang takde orang ikhlas sayangkan Naila. Naila penat bila ibu ayah asyik mesej dan kutuk-kutuk Naila. Abang ingat Naila tak penat ke ha?! NAILA PENAT! NAILA PENAT!". Afra menjerit histeris secara tiba-tiba seraya berdiri berhadapan dengan Jibril. Aidan yang masih duduk di tepi jalan itu hanya mampu untuk berdiri dan mulai menghampiri motosikalnya.

Diam. Beberapa minit mereka berdiam diri setelah mendengar luahan hati Afra itu. Tiada apa yang mampu diucapkan. Hanya esakan kecil Afra yang kedengaran.

" Abang minta maaf, sayang. Abang minta maaf". Jibril jatuh melutut di hadapan isterinya. Kepalanya didongakkan untuk memandang wajah Afra yang hanya disinari cahaya lampu jalan yang malap itu.

"I wanna end all of this. Ibu ayah dah tak mengaku Naila ni anak diorang. Dan abang... Abang... Siang tadi... Abang pun taknak mengaku kan yang Naila ni isteri abang? Teruk sangat ke Naila ni di mata semua orang? Naila bukan penyebab Amir mati! Bukan Naila! BUKAN NAILA! BUKAN!". Kedua tangan Afra naik menggenggam telinganya sendiri. Sempat juga dia memukul-mukul bahagian tepi kepalanya itu. Agak kuat sehingga terteleng kepalanya ke tepi.

" Naila tolong jangan... Jangan buat macam ni sayang". Jibril cuba untuk menghalang. Namun, makin kuat pula hentakan Afra ke atas dirinya itu. Rambutnya juga ditarik-tarik menyebabkan beberapa helai daripada tercabut habis.

Aidan hanya mampu menjadi pemerhati. Dia tak tahu apa yang dilalui dan dialami oleh mereka berdua. Jadi, dia taknak masuk campur.

Helmetnya dipakai dan dia naik ke atas motosikal birunya itu untuk pergi tetapi sempat tindakannya itu ditahan oleh Imran yang tiba-tiba sahaja muncul di situ. Di sisinya.

"Tunggu. Her husband wanna have a talk with you later". Arah Imran. Suaranya mendatar.

"Tapi...".

"Stay".

"Bukan salah aku! Bukan aku! Bukan aku yang bunuh Amir!". Afra terus terusan menjerit di jalan yang sunyi itu. Perlahan-lahan Jibril menghampirinya dan memeluk kemas badan itu.

"Lepas! Lepas lah Jibril! Le... Pas...". Afra meronta-ronta di dalam pelukan suaminya itu.

"Jibril... Lepas...". Dada Jibril dipukul kuat oleh Afra. Makin lama makin kuat sehingga dia sendiri terpaksa berhenti dek kerana keletihan.

Suaranya semakin lama, semakin tenggelam. Dan akhirnya dia menyerah sahaja. Dia biarkan sahaja tubuhnya dipeluk oleh lelaki yang bergelar suaminya itu. Afra menangis dengan kencang dalam pelukan itu.

"Kenapa... Kenapa Amir pergi?".

'Aku rindu kau, Mir. Kenapa awal sangat kau pergi? Aku sakit tanpa kau, Amir. Aku sakit'. Bicara hati Afra. Dia begitu merindui pemergian satu-satunya adik lelakinya itu.

Beberapa saat kemudian, suara tangis Afra sudah mulai berhenti membuatkan dahi Jibril berkerut. Mukanya semakin terpapar riak kerisauan.

"Naila?".

Tiada respon.

"Sayang? Naila?".

Masih tiada respon.

"Ed, theres blood coming out of her nose!". Mendengar sahaja teriakan panik Imran itu membuatkan Jibril terus melepaskan pelukannya. Dia terduduk di samping jalan raya itu bersama Afra yang sudah tidak sedarkan diri di pangkuannya.

"Naila, bangun sayang. Naila jangan buat abang macam ni. Jangan tinggalkan abang sayang". Jibril menepuk-nepuk pipi Afra; ingin menyedarkan dirinya tetapi usahanya jelas tidak membuahkan hasil kerana Afra masih lagi tidak bergerak malahan lebih banyak darah yang keluar daripada kedua-dua lubang hidung wanita itu.

"You should take her to the hospital, Encik Ed". Aidan yang sedari tadi hanya menutup mulutnya, kini bersuara.

"Get my car ready, Im! Dan kau, kau ikut aku". Jarinya ditunding ke arah Aidan. Matanya tajam menikam mata yang jelas-jelas tidak tahu apa-apa itu.

🐛

"KAU siapa? Macam mana kau boleh ada dengan isteri aku?". Soal Jibril kepada Aidan sementara menunggu Afra untuk menyedarkan diri di ruangan menunggu itu. Mereka berdua termasuk Imran sedang duduk di situ.

"Aidan. Aidan Hakimi".

"Aidan? Kau bukan ke...".

"He's one of the Velkovace members that was announced dead 5 years ago. Dia Aidan Hakimi. Bekerja di bawah Caden Velkov Gilbert. The Russian Mafia". Jelas Imran daripada kejauhan. Takla jauh sangat. Like, 2 seats away from Jibril.

"Maaf ya, Encik Imran. Tapi, pernah. Pernah bekerja. Dan saya masih hidup apparently. So, the term 'dead' doesn't really suit to be used right now". Aidan yang berada di sisi kiri Jibril mencuba untuk memperbetulkan pernyataan Imran itu. Terasa juga dirinya apabila masih dianggap 'sudah mati'.

"Apa-apa jela". Balas Imran.

"Macam mana kau boleh ada dekat situ? Dekat jambatan tu?". Soal Jibril lagi. Kalini dengan riak wajah yang lebih serius.

"Saya baru balik daripada tempat bekerja dan lalu dekat jalan berjambatan tu and suddenly I saw someone on the edge of the bridge. Duduk dekat hujung tu sambil hayun kaki. Ingatkan hantu tadi. Yela, dah dekat pukul 1 pagi masatu kan? Turned out to be your wife". Jelas Aidan panjang lebar. Dia taknak Jibril salah faham. Kang ada dituduhnya menjadi pasangan curang Afra kang, tak ke melencong jauh pula ceritanya nanti. Jadi, baik dia cegah awal-awal.

"Naila...".

"Shes trying to commit suic*de, Encik Ed. I happened to be there, telling her my story making her tak jadi nak terjun". Hampir sahaja Jibril ternganga mendengar pernyataan yang keluar daripada mulut Aidan itu.

"Kenapa kau tolong dia?". Soalan bodoh jenis apa ni, Jibril?

"Sebagai seorang manusia yang prihatin terhadap manusia lain dan...". Aidan berjeda. Kepalanya ditundukkan.

'Jangan nangis. Jangan nangis, Aidan. Ni kalau Lee tahu ni, confirm dia luku kepala kau'. Bicara Aidan sendiri cuba untuk menahan air matanya daripada jatuh kerana fikirannya mulai sudah teringatkan arwah Puan Mudanya lagi.

"Dan?". Membuak-buak perasaan ingin tahu Jibril.

"Cik Afra mengingatkan saya kepada Puan Muda saya. Isteri majikan saya. Kawan baik saya". Aidan tersenyum segaris.

Terdiam Jibril dibuatnya.

Dia kenal semua orang yang disebutkan Aidan itu. Siapa je tak kenal dengan kumpulan mafia terbesar di Rusia itu. Pernah menggegarkan Malaysia dengan insiden tembak menembak di salah sebuah hotel terkenal di ibu negara.

'Puan Muda' yang disebutkan Aidan ialah Jasmine Nazia dan 'majikan' itu pula ialah Caden Gilbert. Dengar nama sahaja sudah terketar-ketar lutut. Gerun!

"Enough with my sad story! Now, Encik Ed dah kenal saya. Dah tahu saya buat apa dan macam mana saya boleh ada dengan Cik Afra, boleh saya pergi? Saya nak kena balik, esok nak jumpa bekas majikan saya tu. Thanks to Cik Afra because she had given me courage to do so after 5 years and I wish her a speedy recovery. Kalau ada apa-apa, Encik Ed telefon lah saya". Aidan kemudiannya menghulurkan kad namanya kepada Jibril.

019-XXXXXXX
It's your boy, Aidan Hakimi!
Your professional photographer!

"Tunggu, Aidan...". Baru sahaja Aidan ingin berlalu pergi, bahunya dipegang oleh Jibril.

"Hm?".

"Thanks". Ucap Jibril, ikhlas.

"Terima kasih sebab dah halang isteri aku". Sambungnya lagi.

"Not a problem".

"Kau taknak tunggu dia sedar dulu?". Soal Jibril lagi. Secara rawak ye teman-teman.

"Im good. Saya balik dulu". Aidan menundukkan sedikit kepalanya dan berlalu pergi.

🐛

Aidan masih lagi comel seperti dulu :(
Malah, bertambah comel!

Hehe, sorry tau update lewat <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro