27- Sunflower

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"AWAK buat apa kat sini?". Soal Imran kepada figura yang sudah berdiri selama lebih daripada 3 minit di sampingnya itu. Pelik juga dia, macam mana perempuan ni boleh muncul secara tiba-tiba dekat tepi dia ni. Dah la dia sedang berada di hospital menemani Jibril yang sekarang ini sedang melawat Afra di dalam wad sana. Macam mana perempuan ni tahu yang dia sedang berada di sini?

"Saya risaukan awak". Perlahan sahaja wanita itu menjawab. Tertunduk kepalanya. Malu + malu + takut dengan Imran.

"Bercakap tu kalau tengok saya boleh tak? Suara awak dah la perlahan". Tegur Imran, lembut. Tak boleh kasar-kasar. Buah hatinya ini suka merajuk + menangis. Perempuan kan hati tisu. Betul tak? Eh jap, buah hati?

"Saya cuma risaukan awak. Saya tengok status WhatsApp awak tadi. Awak ada dekat hospital. Saya cepat-cepat la datang ke sini. Saya ingatkan awak sakit". Terang wanita itu panjang tanpa gagap sedikitpun. Wajahnya diangkat sedikit untuk bertentang mata dengan Imran.

"It is currently 3 am and you're driving alone, Mariam? Sekalipun awak risaukan saya, fikir lah keselamatan awak dulu". Suara Imran semakin tegas. Dia bukan marah, dia cuma nak nasihatkan Mariam. Dia tak nak wanita itu bahayakan diri sendiri hanya kerana dia.

"Lagipun awak buat apa tak tidur lagi?".

"Saya... Saya tak boleh tidur. Awak jangan lah marah saya, Imran. Saya datang dengan adik lelaki saya la". Matanya menahan daripada mengalirkan airnya. Kan dah kata, Mariam ni manja. Pantang di marah sedikit. Anak perempuan bongsu lah katakan.

"Selalu nangis". Ucap Imran dengan wajah mendatarnya. Sehelai tisu dihulurkan buat gadis kesayangan.

"Saya tak apa-apa la. Awak tak payah risau. Saya teman Ed je. Isteri dia masuk hospital".

Cemas Mariam dibuatnya apabila kata-kata Imran itu menyapa gegendang telinga.

"Afra masuk hospital? Kenapa dengan dia?". Soal, Mariam. Cukup merisaui wanita yang baru sahaja menjadi kawannya beberapa hari atau minggu lepas itu.

Soalan itu tidak dijawab malah Imran tetap berdiam diri sehingga berkerut dahi Mariam. Yela, orang tanya elok-elok, taknak jawab. Orang tengah risau ni tau! Boleh pula dia buat tak tahu pula. Hempuk kepala ni kang. Nasib baik lah sayang.

"Orang tanya, taknak jawab pula". Mariam mengomel perlahan. Berharap agar Imran tidak dengar tapi dalam masa yang sama dengar. Ha, faham tak? Complicated kan perempuan ni? Memang pun.

"Awak balik ya, Mariam? Nanti keluarga awak risau". Ujar Imran secara tiba-tiba. Ini bukan keluarga dia je yang risau ni, Imran pun risau hehehe. Takut juga dia jikalau terjadi apa-apa kepada anak dara orang ni. Dah la wanita itu datang ke hospital yang agak jauh daripada rumahnya ini kerana lelaki itu.

"Awak taknak saya teman awak?".

"Takpe".

"Betul ni?". Soal Mariam lagi untuk kepastian terakhirnya.

"Iya, Mariam. Awak balik dulu. Nanti tengahari sikit boleh datang lagi, melawat Afra. Nanti keluarga Jibril nak datang pula". Jelas Imran. Bukan niatnya ingin menghalau.

"Okay lah kalau macam tu. Awak pun nanti balik tau. Jumpa awak tengahari nanti". Mariam tersenyum manis segaris untuk lelaki itu.

"Hm".

"Assalamualaikum, Imran".

"Waalaikumussalam".

Imran kemudiannya menghantar pemergian wanita itu dengan ekor matanya sahaja. Dalam hati sudah seperti mahu melompat-lompat apabila melihat betapa cantiknya buat hatinya itu. Pukul 3 pagi pun boleh cantik macam tu. Haih... Hati seorang Ali Imran sesungguhnya tidak kuat!

🐛

MATA Afra dikelipkan beberapa kali seraya tangan kanannya yang dicucuk wayar IV itu memicit-micit kepalanya yang agak berdenyut. Dia juga seakan tersedar yang suhu badannya terasa agak panas. Mungkin sahaja dia sedang demam?

Matanya pula sibuk melilau ke persekitaran wad itu. Dia tahu, dia sedang ditempatkan di hospital. Tetapi atas sebab apa? Langsung dia tak ingat. Sumpah. Tengok punya tengok, pandangannya terhenti pada sesosok tubuh yang sedang tertidur di samping katilnya.

Apabila dijenguk dengan lebih dekat, figura itu hanya mengenakan sehelai kain pelikat berona hijau biru dan sehelai hoodie hitam tebal. Mujur sahaja dia pakai pakaian tebal itu, kalau tak mati kesejukan la lelaki itu dibuatnya dek kerana hujan yang agak lebat mencurah-curah di luar ketika itu.

Tangan kirinya naik menggosok perlahan rambut hitam milik lelaki itu.

Tiba-tiba sahaja Afra mencebir. Matanya mulai bertakung.

"Naila minta maaf...". Kat maaf itu ditutur perlahan. Dia sungguh merasa bersalah terhadap suaminya dan semua orang kerana telah menyusahkan mereka semua dengan idea bodohnya untuk mencuba untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri beberapa jam yang lepas.

" Naila... Naila jahat. Naila jahat dengan diri sendiri. Dengan abang...". Suaranya yang semakin sebak itu berjaya mengejutkan Jibril yang sedang tertidur lena itu. Badan lelaki itu tampak bergerak-gerak. Tulang temulangnya diperbetulkan dek kerana penat tidur secara menduduk di atas kerusi di samping katil, tempat tidur isterinya itu.

"Hey, sayang... Dah bangun? Nak air ke?". Jibril mengusap-usap matanya sambil menguap; sekali. Masih mengantuk. Daripada tadi dia berjaga, menunggu Afra sedar. Alih-alih dia yang tertidur sekali. Penat sangat tu.

Afra menggeleng.

"Dahtu pretty princess abang ni nak apa?". Jibril tersenyum segaris. Matanya yang masih belum terbuka sepenuhnya itu kelihatan seakan-akan tertutup apabila dia tersenyum. Comel sangat! Siapa kata si Jibril ni tak comel? Dia ni comel tau. Cuma comel untuk Afra sahaja.

" Nak hug". Rengek Afra manja. Memang sekarang ni musim-musim dia bermanja. Mana taknya, ada kala tu, kena marah sikit dah nangis. Entah bila musim ini nak tamat.

"Abang busuk la. Kena air hujan tadi". Tak disangka pula yang Jibril akan menolak. Ini lebih kepada nak mengusik ni. Percaya lah.

"Nak la...". Afra mencebik. Mulut dah macam itik nak menangis!

"Ye, sini la peluk. Abang gurau je la. Manja betul". Badan Afra ditarik lembut ke dalam pelukannya. Bahagian belakang wanita itu diusap penuh kasih. Sayang sungguh dia dengan isteri kecilnya ini. Rasa macam nak masukkan dalam poket!

"Naila minta maaf...".

"It's okay, abang faham. Naila tertekan kan? Abang pun nak minta maaf. Abang minta maaf sebab tak jujur dengan pihak atas semalam pasal perkahwinan kita. Abang cuma takut abang dipindahkan kolej then I couldn't protect you lagi dah. Naila faham kan?".

Afra mengangguk perlahan.

" Tapi abang merayu sangat dengan Naila...". Kata-kata Jibril terhenti buat seketika.

" Hm?". Afra melepaskan pelukannya untuk memandang wajah Jibril.

" Abang harap, Naila dah tak cuba untuk sakiti diri Naila lagi. I don't want you to make any 'attempt' again. No more barcodes. No more overdose. Doktor ada cakap tadi, Naila ada few fresh barcodes on your right arm. Kan abang dah cakap, jangan buat lagi. Naila nak kena cubit dengan abang ya?". Jibril mencubit geram pipi gebu Afra. Kedua-dua belah daripadanya.

"Naila minta maaf...". Wanita itu tertunduk. Lengannya yang hanya separuh ditutupi oleh lengan baju itu dijeling sekilas. Jelas kelihatan banyak garisan yang masih 'segar'. Dia...

... kecewa dengan diri sendiri.

"Janji ya, no more after this? Naila nak tahu sesuatu tak?". Jibril mendekatkan mulutnya dengan telinga Afra.

"Abang yakin, Amir tak suka kalau dia dapat tahu yang kakak dia ni, buat macam ni dekat diri sendiri. Sayang nak ke Amir kecewa?".

Laju sahaja Afra menggeleng.

"Naila... Naila janji, Naila tak buat lagi lepas ni".

"Goodgirl. Naila sayang abang kan?".

Afra mengangguk tetapi kemudian wajahnya mulai berkerut lagi.

"Hm?". Tertanya-tanya Jibril dibuatnya.

"Abang sayang Naila?".

"If I were the sunflower, I would've lived facing you rather than the sun. Because I know, you shine brighter than the sun itself and I would've choose you in anyway even within the best choices". Jibril mengukir senyuman kecil kepada Afra.

Indeed, he is in love with his little wife.

🐛

Hehe shomel kan diorang?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro