28- Bahagia

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"AFRA macam mana? Dah sihat sikit? Doktor cakap apa, sayang? Mama risau sebenarnya ni". Soalan demi soalan dilontarkan oleh Puan Aliyah. Dia begitu risau sejurus sahaja mendapat berita yang menantunya yang seorang ini dimasukkan ke hospital. Niatnya ingin datang melawat malam tadi tetapi ditegah oleh Encik Hayat. Katanya, Afra perlukan rehat yang cukup. Akhirnya, Puan Aliyah akur dan sampai di hospital pada pukul 8.00 pagi tadi.

"Macam ni la, ma. Afra daripada semalam, makan lepastu tidur. Lepastu makan balik then tidur balik. Afra bosan la, mama". Afra memegang tangan Puan Aliyah yang sedang duduk di sisinya itu. Encik Hayat kelihatan sedang duduk di atas sofa yang terletak berdekatan dengan tingkap bilik tersebut.

"Ish, duduk hospital memang la bosan. Siapa suruh Afra nakal sangat". Puan Aliyah berseloroh seraya ketawa kecil.

"Afra nak balik dengan mama and papa nanti boleh?". Pujuk Afra. Dia nak balik cepat-cepat walhal tarikh keluarnya adalah pada esok hari. Bosan lah katakan. Dekat hospital, boleh buat ape je kan?

"Eh, mana boleh Kak Afra. Nanti Abang Ed marah la". Eka tampil melarang kerana tadinya sebelum Jibril keluar untuk menyelesaikan hal kolejnya, dia sudah berpesan kepada keluarganya agar tidak membawa Afra keluar daripada wad itu. Dalam erti kata lain, tak boleh balik awal.

"Ala... Boleh lah. Abang Ed marah sikit je kan? Kan Ekal kan?". Kalini Afra cuba untuk mendapat sokongan Ekal pula. Remaja lelaki itu kelihatan sedang berkerut-kerut dahinya. Entah mahu bersetuju ataupun tidak dengan kata-kata kakak iparnya itu.

"No, no, no. Nanti kalau akak sakit lagi, Ekal yang kena marah. Ala, Kak Afra duduk jela dalam wad ni. Lagi sehariiiii je. Lepastu kita balik rumah mama. Baru lah boleh akak spend time dengan Ekal. Kan mama kan?". Lengan Puan Aliyah dipeluk oleh remaja lelaki itu.

" Betul lah tu apa yang Ekal cakap, Afra. Kamu tu belum sihat sepenuhnya lagi. Nanti Ed marah dekat kitorang semua sebab culik isteri dia". Puan Aliyah ketawa lagi. Tangannya setia mengusap lembut tangan kiri Afra. Wanita itu perlukan kasih sayangnya.

"Ala mama ni... Taknak backup Afra langsung kan?". Afra mencebik. Tubuhnya dipeluk. Acah-acah nak merajuk lah tu.

"Lain kali mama backup Afra. Kalini tak boleh, mama takut Ed marah. Jangan lah merajuk dengan mama ye, sayang?". Puan Aliyah mencubit lembut pipi Afra yang menggemaskan itu. Geram dengan menantunya yang terlebih comel ini!

"Yela yela, Afra tak merajuk. Tapi Afra ada permintaan untuk mama, papa, Eka dan Ekal tunaikan hehehehe". Afra tersenyum 'jahat'.

"Aik, papa sekali kena?". Encik Hayat yang sedari tadi hanya menjadi pendengar itu, lantas bersuara mempertahankan dirinya yang dianggap tidak bersalah itu.

"Yela, papa sekali".

"Permintaan apetu, akak?". Tanya Eka bersemangat.

"Afra nak.... makan kimchi stew boleh? Dah lama Afra rasa nak makan... Eka masakkan untuk akak boleh?".

"Kak, setakat kimchi stew tu... Bermangkuk-mangkuk lah Eka boleh masak. No hal lah kak. Nanti ni Eka balik, Eka suruh papa singgah pasaraya kejap, lepastu mama kena teman Eka beli barang...". Jarinya ditundingkan ke arah Puan Aliyah.

"Yelah, sayang".

"Aku... Aku kena buat apa?". Soal Ekal seolah tidak puas hati. Dia juga ingin contribute dalam 'aktiviti' menunaikan permintaan kakak iparnya ini.

"Kau tolong pegang bakul nanti, boleh?".

"Hm, boleh lah daripada takde kerja kan?". Berserah sahaja Ekal dibuatnya. Mana taknya, kerja pegang bakul tu ialah kerja paling senang baginya. Macam tak buat apa-apa pun ada.

"Okay, lepastu Eka balik, Eka masakkan untuk Kak Afra ya? Nanti petang or tengahari sikit Eka datang balik, okay?".

"Hehe, terima kasih Eka. Ni akak sayang ni". Afra memeluk lengan Eka sambil menutup matanya. Sungguh dia bersyukur dikurniai keluarga mentua yang sangat menyayanginya.

"Aih, Eka je. Yang lain Afra tak sayang ke?". Soal Puan Aliyah dalam nada rajuknya yang dibuat-buat.

"Sayang juga. Afra sayang semua la". Pelukan besar dibuat-buat menggunakan kedua belah tangannya sambil dia ketawa mengekek. Bahagia betul Afra pada saat ini.

"Assalamualaikum". Suaru garau yang baru muncul di bilik itu membuatkan tawa mereka terhenti buat seketika. Suara itu juga membuatkan Puan Aliyah cepat-cepat bangun dan memeluk figura yang baru sampai itu.

"Waalaikumussalam!". Dengan penuh keterujaan Puan Aliyah menjawab salam lelaki itu. Begitu juga dengan Eka, Ekal dan Encik Hayat. Hanya Afra sahaja yang terpinga-pinga di katilnya.

"Bila sampai?". Tanya Puan Aliyah.

"Semalam. Bergegas juga balik bila dengar Ed cakap yang isteri dia masuk hospital. Nasib baik Emiir cuti". Jelas lelaki yang dipercayai namanya 'Emiir' itu.

"Siapa tu papa?". Encik Hayat yang berada tidak jauh daripada katil Afra itu menjadi 'mangsa' bisikan pertanyaan itu.

"Lah, kesian budak ni. Afra tak kenal?".

Afra hanya sekadar menggeleng dengan wajah berkerutnya.

"Nama dia Emiir Malique. Anak sulong papa. Abang Elicia, Ed, Eka dan Ekal. Emiir ni bekerja di Perlis. Itu yang jarang sekali balik tu. Ini pun kira rare lah ni dia balik. Betul Afra tak pernah nampak dia?". Soal Encik Hayat sambil tersenyum lebar.

"Tak pernah, pa".

"Mungkin sebab Emiir tak datang majlis haritu kut. Jap papa kenalkan. Emiir, sini jap". Panggil Encik Hayat membuatkan lelaki yang sedang rancak bersembang dengan adik-adiknya tadi menapak ke arah Encik Hayat dan Afra.

"Ye, pa?".

"Ni Afra tak kenal lagi kamu ni".

"Ouch! Seriously? Afra Naila Qhadija tak kenal Emiir Malique? Ni mesti Ed tak pernah cerita ni kan? Jaga dia, aku kerjakan nanti". Emiir bergurau sambil melipat-lipatkan lengan kemeja yang dipakainya je siku.

"Nama Afra tahu. Cuma muka Abang Emiir Afra tak pernah tengok". Afra menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Takpela, sekarang dah dapat tengok kan? Nice to meet you, sis. Sorry haritu tak dapat datang. Banyak kerja dekat Perlis sana. But don't worry, I heard lots about you daripada budak cerewet tu". Usah ditanya, sudah tahu siapakah 'budak cerewet' yang dimaksudkan. See? Bahkan keluarga dia pun anggap Jibril ni cerewet.

"Ngumpat Afra lah tu kan?". Afra memincingkan matanya.

"Mana ad--".

"Tabah lah Kak Afra. Abang Emiir dengan Abang Ed memang pakcik bawang. Dah tua-tua pun suka mengumpat lagi". Memang Eka taknak kasi chance langsung Emiir membela dirinya. Kesian lelaki bujang itu.

Bujang?

Ya, Emiir Malique masih lagi bujang ya anak-anak walaupun usianya sudah melonjak 31 tahun. Anak teruna tua lah katakan. Entah kenapa dia masih bujang, tiada siapa yang tahu. Mungkin sahaja taste lelaki itu terlalu tinggi atau mungkin dia sedang menunggu seseorang.

"Eka! Cuba lah sebelahkan Abang Emiir ni". Emiir berpeluk tubuh sambil memalingkan wajahnya ke arah Eka.

"Takpe bang, Ekal ada bang". Ekal pula sibuk menepuk-nepuk bahu abang sulongnya itu.

"Nasib baik ada Ekal". Terus sahaja kepala anak kedua terakhir itu dimasukkan ke celah ketiaknya laku dirosakkan rambut remaja itu.

"Abang!!!". Ekal pun apa lagi, teriak la. Habis semua manusia di dalam wad itu ketawa sampai sakit perut. Kalau Emiir dan Ed serasi macam belangkas, Emiir dengan Ekal lain pula ceritanya. Yang berdua tu, pantang duduk bersama. Mesti gaduh!

"Maap, bang. Ha mama, Elicia tak balik ke?". Soal Emiir selepas menghabiskan sisa tawanya.

"Elicia kirim salam je. Nanti raya, Insyaallah dia balik".

"Oh...".

"Kenapa? Dah rindu ke dengan adik kamu tu?". Tanya Encik Hayat, ingin tahu.

"Rindu la pa. Rindu nak kacau dia buat kerja". Jawab Emiir selamba.

"Ha pastu kena marah, padan muka kau". Sambung Eka pula.

"Thats the best part".

Elicia Farhanis merupakan satu-satunya manusia yang berbeza di kalangan 5 beradik itu. Elicia merupakan anak yang pendiam, tak serupa dengan 4 orang lagi yang dah macam penjaga zoo itu. Perempuan yang jaraknya umur nya hanya muda setahun daripada Emiir itu juga tidak suka jika ada yang mengangguk kerjanya. Tapi, makin dia tak suka, makin ada yang mengacau. Siapa lagi kalau bukan abang sulong bertuah mereka tu, Emiir. Emiir ni merupakan orang yang paling hyper active dalam keluarga Encik Hayat.

Sambung...

Elicia telah berkahwin dengan seorang rakan sekerjanya di United Kingdom yang bernama Anthonio Giordano atau nama Islamnya, Muhammad Nuh bin Abdullah yang merupakan warga Itali. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki comel yang diberi nama William Giordano atau nama betulnya, Muhammad Adam bin Muhammad Nuh.

"Pandai la kamu. Lepas kena marah tu, mula lah nak berkepit bawah ketiak Ed. Macam kamu tu pula yang adik nya". Gelak tawa semua orang sekali lagi mengisi ruangan wad itu apabila mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Puan Aliyah.

🐛

Here's your update sayang-sayang ku!
Say hi to Emiir!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro