30- Pinky Promise

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SENYAP sunyi kawasan ruang tamu di rumah mereka itu. Tiada seorang pun antara mereka berdua mahu memulakan percakapan. Seorang tengah menatap kosong skrin televisyen yang sedang menyiarkan filem aksi itu, seorang lain tengah tatap skrin telefon. Bukannya tidak mahu berbicara, tapi masing-masing terasa sedikit janggal. Entah kenapa.

Mata lelaki itu dialihkan daripada skrin telefon pada akhirnya dan difokuskan kepada isterinya yang kelihatan seperti sedang termenung itu.

"Sayang?".

"Hm?". Afra menjawab perlahan sapaan suaminya itu.

"Abang ada kursus minggu depan. Sayang nak ikut tak?". Ini yang Jibril tertunggu-tunggu nak bagitahu ni. Niatnya nak bagitahu hal ini kepada Afra secepat mungkin; selepas dia dimaklumkan oleh pihak kolej seminggu lepas... Namun ketika itu, Afra masih lagi berapa di hospital.

" Kursus? Dekat mana?". Soal Afra seakan tertarik. Wajahnya masih lagi kelihatan mendatar.

"Kedah. Sayang ikut eh? Nanti boleh kita balik rumah tok wan sekali. Kesian tok wan, tak pernah lagi dia tengok cucu menantu dia yang comel kiut miut ni". Jibril menggunakan frasa yang selalu sahaja Afra gunakan dahulu. 'Kiut miut'. Bagi yang tak tahu, 'kiut miut' tu maksudnya seakan akan dengan 'teramat comel'.

"Tengok lah macam mana nanti". Ujar Afra, malas. Dia sebenarnya tengah ketiadaan mood untuk bersembang sekarang ni. Fikirannya sibuk menerawang ke arah lain. Pelbagai perkara yang difikirnya.Oleh itu, dia hanya berdiam diri sedari tadi.

"Ikut ya, sayang? Please, please...". Jibril mengubah kedudukannya dengan duduk secara bersila di atas sofa itu, menghadap ke arah isterinya. Kedua tangan Afra digenggamnya. Masih dalam usaha untuk memujuk wanita yang agak keras kepala itu.

Afra pula kelihatan sedang berfikir buat beberapa ketika sebelum dia akhirnya mulai bersuara lagi,

"Tapi abang kena janji something dengan Naila".

"Apedie tu, sayang? Abang akan tunaikan kalau abang mampu, Insyaallah. Jangan yang mengarut sudah. Tapi kan, kalau nak suruh abang kahwin lagi satu pun boleh". Jibril berseloroh hanya untuk mendapatkan jelingan maut tahap 10 daripada Afra.

'Okay, tak lawak'. Tawa kecilnya terhenti serta-merta.

"Ish, malas lah macam ni! Abang pergi Kedah sorang-sorang!". Terus wanita itu mencebikkan mukanya, tangan ditarik menjauh daripada pegangan Jibril. Nak merajuk! Siapa suruh buat 'lawak' macam tu? Ingat kelakar ke?

"Alamak, maaf sayang. Mulut abang ni terlepas. Bukan abang yang nak cakap". Kedua ulas bibirnya itu ditepuk-tepuk perlahan. Tanda menyesali percakapannya yang boleh diagak tidak berakal itu. Haih, nama sahaja pensyarah. Suka sangat bergurau benda-benda bod--.

"Dah la!".

"Abang minta maaf, okay sayang? You can proceed now, apa yang abang kena janjikan tu?". Soal Jibril.

Sempat Afra menjeling Jibril sekilas sebelum menyambung kata-katanya yang terjeda sebentar tadi,

"Naila nak abang janji yang abang tak boleh bawa Naila ke pantai atau benarkan sesiapa sahaja bawa Naila ke pantai. Basically, Naila taknak pergi pantai. Naila benci. Abang boleh janji?". Trauma. Dia trauma dengan segala perkara yang telah terjadi lebih kurang sebulan lepas. Dia taknak kejadian itu berulang dengan mengambil nyawa orang tersayangnya yang lain ataupun nyawanya sendiri. Dia takut. The trauma is haunting her.

"Abang janji". Faham dengan permintaan Afra itu, Jibril mengangguk sembari menghulurkan jari kelinkingnya untuk dipautkan bersama jari terkecil isterinya.

Afra lalu memautkan jarinya bersama dengan jari lelaki itu.

🐛

"JIBRIL...".

Ha sudah. Kau buat apa kalini Jibril? Kenapa Afra memanggil lelaki itu dengan nama sebenarnya dan bukan dengan nama panggilan yang selalu digunakan; 'abang'? Mesti ada sesuatu ni. Kalau bukan kerana Afra sedang marahkan Jibril, mesti dia nak minta sesuatu.

"Huh?". Berkerut dahi Jibril dibuatnya. Sampaikan dia alihkan fokusnya ke arah Afra yang berada di hadapan pintu bilik kerjanya itu. Tadi sibuk sangat menaip entah apa entah dekat laptop kesayangan dia tu. Saingan Afra.

Afra hanya berdiri statik di tempatnya sambil menguis-nguis kaki sendiri. Tangannya sibuk memintal hujung baju tidur tanpa lengan yang dipakai.

"Naila? Kenapa?". Semakin agak risau dengan keadaan Afra yang masih berdiam diri itu, dia pergi menghampiri wanita itu.

Baru sahaja beberapa langkah berjalan ke arah Afra, isteri kecilnya itu mulai membuka mulut dengan suara yang amat perlahan. Hampir sahaja tidak kedengaran. Macam kentut dalam kain.

"Jibril... Jom... *gibberish*". Masih lagi tersangatlah perlahan. Sampaikan Jibril yang sudah berada kurang 5 tapak daripada nya itu masih lagi sukar untuk menangkap maksud di sebalik kata-kata perlahan yang baru sahaja diajukan oleh isterinya itu.

"Jom apa sayang? Abang tak dengar". Dia tundukkan sedikit kepalanya untuk menyamai ketinggian Afra. Baginya, mungkin sahaja cara ini akan lebih memudahkannya untuk mendengar bual bicara Afra itu.

"Cuba abang tengok Afra pakai apeni?". Sedikit kecewa sebenarnya perempuan itu terhadap Jibril yang langsung tidak perasan itu. Ataupun sengaja buat-buat tak perasan.

Dengan serta-merta pipi dan telinga lelaki di hadapan Afra itu memerah apabila melihat isterinya yang kecil comel molek itu memakai dress tidur paras peha tanpa lengan berwarna merah jambu. Di bahagian atasnya pula jelas kelihatan renda yang indah tersulam. Berpasir juga la air liur yang ditelan Jibril tatkala ini kerana sekarang dia faham apa yang Afra cuba untuk minta.

"A-abang period".

"Abang!". Tangan Afra naik menepuk kuat sisi lengan kanan Jibril. Main-main lagi, kan dah kena!

"Tapi abang...".

"Tak kira--". Kata-katanya terhenti seketika tatkala diganggu dengan dirinya yang tiba-tiba sahaja menguap. Mengantuk ni. Tak menjadi la misinya nanti.

"-- abang dah banyak kali reject Naila. Kuat sangat ke iman abang tu? Naila hot kut". Ujar wanita itu penuh yakin. Bukan dia baru je keluar hospital ke? Cepat betul sihat? Siap boleh menggatal lagi. Tapi takpela, dia menggatal dengan suami sendiri. Bukan macam orang tu, sibuk menggatal dengan laki orang. Ha siapa? Teka la sendiri.

Afra berjalan menghampiri Jibril dan bermain-main dengan leher kemeja-t yang dipakai oleh lelaki itu. Sengaja dia mahu menguji Jibril. Kalau tak goyah jugak, memang kuat betul lah iman jantan ni.

"Sayang... Erk- lain kali--".

"NO! Nak harini jugak!". Bentak Afra.

"Abang ada kerja la, sayang". Masih lagi Jibril cuba untuk mengelak.

Terus sahaja Afra tertunduk. Mulut dimuncungkan sehingga panjang sedepa. Kalau boleh nak lebih panjang lebih daripada sedepa.

"Ke Naila dah tak cantik?". Perlahan sahaja kata-katanya yang satu ini. Dan mulai lah perasaan serba salah menyelubungi lubuk hati Jibril. Yelah, kalau ikutkan, betul lah kata Afra tu. Dia dah banyak kali tolak ajakan Afra. Bukankah 'aktiviti' itu juga salah satu jenis nafkah yang memang wajib untuk dia berikan kepada isterinya?

"Hey, no. Naila cantik la. Will always be pretty. Cuma abang malu...". Macam terbalik aje ni. Biasanya si isteri yang akan malu-malu kucing. Ini... suami? Jarang-jarang berlaku.

"Hm... Takpela".

"Naila marahkan abang ke?".

"Tak marah, cuma sedih lah sikit. Takpela, lain kali jela". Tangannya yang tanpa disedari dipegang oleh Jibril itu ditarik lepas dan kakinya menghala ke arah pintu kayu bilik itu. Nak pergi tidur. Orang dah taknak kita, buat apa kita nak terhegeh-hegeh lagi kan?

"Naila, wait...". Namun, panggilan itu menghentikan semula langkahnya.

"Hm?".

"Betul ni?". Tanya Jibril, meminta kepastian.

"Betul apa?".

"That you want to sleep with me? You won't regret it?". Naik membara muka Afra apabila disoal begitu oleh suaminya sendiri. Dah macam udang kena bakar. Walhal bilik itu sejuk sahaja.

Kakinya dihalakan semakin mendekati figura wanita yang seolah sedang mengecil di sudut bilik itu. Eleh, tadi berani sangat. Bila Jibril tengok guna mata redup dia sikitttt je, terus lembik lutut tu.

"Naila betul ni? Tak takut ke? Abang gan--".

"Betul! Dah jangan tanya lagi! Naila serius!". Angguknya laju-laju apabila melihat Jibril yang semakin merapat dengannya itu. Matanya dipejam rapat-rapat. Takut! Tadi je berani, sekarang takut sangat! Jibril seram apabila masuk 'Jibril versi gatal'.

"Alright then". Lelaki itu menegakkan sedikit badannya sebelum mencabut kasar kemeja-t yang dipakainya tadi memaparkan sekujur tubuh yang agak tough terhidang buat retina Afra. Hilang sudah rasa malu lelaki itu apabila sudah 100% meng- scan cara pemakaian isterinya pada malam ini.

"Kat... Kat sini ke?".

"Why not?". Soal Jibril dengan suara menggodanya. Baju tadi sudah dicampak ke lantai bilik itu.

"Or you want it to be in the bedroom? Selesa sikit. Hm?". Rambut Afra yang terjuntai itu diselitkan ke belakang telinga wanita itu.

"Erk... the second option maybe?".

"Alright, sayang". Dengan tak semena-mena, dia mencempung tubuh Afra lalu dibukakannya pintu kayu itu untuk ke bilik tidur mereka yang tak jauh daripada situ.

"Sayangku Naila... Kenapa macam takut je ni? Tadi berani sangat?". Jibril ketawa menggoda. Ish! Tak kuat la iman Afra macam ni!

"Abang janji kan abang takkan tinggalkan Naila?".

"Kenapa tiba-tiba je ni?".

Sempat lagi mereka berbual sebelum sampai ke bilik tidur berdinding putih itu.

"Janji la...".

"I promise. I promise myself that I won't leave my pretty princess after all of this happened". Sebaik sahaja kata-katanya itu selesai dituturkan, pintu bilik yang tidak ditutup kemas oleh Afra sebelum keluar menuju ke bilik kerja Jibril tadi ditolak dengan kaki.

Sampai sahaja di hadapan katil mereka, badan kecil Afra diletakkan di atas tilam itu kemudian dia berbisik ke telinga wanita tersebut,

"Thank you for letting me love you. Yes, I love you. I love dear Afra Naila Qhadija. Please cherish this moment and I will absolutely do too. Maafkan abang sebab selalu buat Afra tertunggu-tunggu hehe". Jibril mengakhiri kata-katanya dengan gelak tawa comel.

Dan... begitu la anak-anak. Saya pasti, anda sudah tahu apa yang terjadi seterusnya...

🐛

Kejadian di malam raya...

Anyway, heres your second update cuz why not?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro