31- Matching & Wonder

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ABANG!". Jerit Afra apabila matanya yang masih kuyu itu tertancap pada jam digital yang sudah menunjukkan angka 8 itu.

"Ye sayang kenapa? Kenapa jerit-jerit ni?". Soal Jibril, kerisauan. Tatkala itu dia sedang membelitkan tali lehernya dan membetulkan kolar baju kemeja birunya yang sudah disediakan dan digosok oleh Afra semalam.

"Kenapa abang tak kejut Naila? Lewat la Naila nak pergi kelas nanti!". Geram betul Afra dengan Jibril ni! Dah tahu bangun awal tu, kejut lah orang sekali. Nanti tak pasal-pasal dia terlewat untuk ke kolej. Dah la harini ada banyak benda yang dia nak kena settle di tempat belajarnya. Harini pula hari yang paling malang kerana Afra ada kelas kimia bersama Jibril!

"Abang tengok sayang tidur lena sangat. Lagipun abang tahu sayang penat kan?".

Naik merah kedua belah pipi Afra dah macam apple Snow White dah apabila terdengar omongan Jibril itu. Memang dia agak penat pun sebenarnya. Semuanya angkara Jibril lah! Malu kononnya, ceh!

" Abang tak sampai hati la nak kejut. Takpela, ni sayang dah bangun... pergi bersiap. Abang hantar. Abang tunggu kat bawah ya, sayang?". Kaki lelaki itu melangkah menghampiri Afra yang masih berselimut itu lalu dia mengambil tempat duduk di birai katil; tepat di sebelah Afra.

" Selamat pagi, pretty princess. Muka baru bangun tidur pun cantik sayangku Naila ni".

"Ceh, ada ada je. Ni sebenarnya saje je kan sebab abang nak cover mistake abang, tak kejut Naila tadi. Kan?". Teka Afra. Kedua belah tangannya memeluk tubuh sendiri. Mukanya dicemberutkan.

"Mana ada la. Betul lah abang cakap. Naila sentiasa, setiap saat, setiap detik cantik di mata abang. Tambah-tambah lagi bila abang tengok Naila pakai baju abang ni. It suits you more than it suits me. Lain kali Naila pakai baju abang je la". Seloroh Jibril. Dia perasan sahaja tubuh Afra yang sedang mengenakan baju kemeja kerjanya itu. Mana taknya, Jibril sendiri yang menyarungkan baju itu ke badan Afra semalam. Main ambil je mana-mana yang senang nampak semalam kerana masing-masing sudah mengantuk. Al hasilnya, dapat lah baju kerjanya yang semalam punya. Bau badan lelaki itu pun masih melekat di kemeja itu. Nasib baik sahaja wangi.

"Baju ni bau abang. Naila suka la". Afra mencium-cium bau perfume Jibril yang masih melekat di fabrik itu. Memang wangi!

"Serius la? Bau peluh abang kut". Jibril ketawa besar. Terasa kelakar dengan pernyataan isterinya itu.

"Ish! Mana ada la. Ni bau minyak wangi. Bukan bau peluh!". Makin bertambah berkerut wajah Afra jadinya. Disebabkan oleh Jibril yang semenjak dua menjak ini suka sangat mengusik Afra.

"Ye, abang tahu. Saje je nak bergurau. Dah, sayang pergi mandi dulu. Abang tunggu kat bawah, nak buat grilled cheese for our breakfast. Cepat sikit tau!". Pesan Jibril seraya bangun daripada duduknya untuk mencapai beg kerja yang ada di tepi meja solek di dalam bilik itu lalu menuju ke pintu.

Sebelum dia mulai keluar daripada situ, sempat lagi dia berpesan kepada Afra...

" Oh and, abang dah pilihkan baju kurung untuk Afra harini. Pakai yang abang sangkut dekat pintu almari paling kanan tu ya? Jangan lupa pulak". Hm, ini pelik. Tak pernah dibuat orang ya, suami sediakan baju untuk isteri. Ke ada?

Afra tahu Jibril ni seseorang yang suka mengutuk cara pemakaiannya pada dahulu kala. Katanya, macam budak-budak. Tapi tak la sampai dia nak atur semua pakaian Afra untuk setiap hari. Tapi harini pelik. Memang pelik.

🐛

"HARINI korang nak makan apa? Biar aku yang belanja memandangkan mood aku tengah terlampau baik harini". Ana senyum selebar yang boleh seraya menawarkan tawaran yang tidak ada seorang pun manusia atas dunia ni akan tolak. Tawaran belanja makan.

"Aku nak nasi beriani kambing". Balas Alia, selamba.

"Boleh boleh. Kau nak apa, Afra? Jangan risau. Yang mahal pun takpe. Duit aku harini memang aku nak habiskan dekat korang je". Dengar macam sarkastik kan? Tapi itu sebenarnya hakikatnya. Memang niat ikhlasnya nak belanja dua manusia tu harini.

"Hm... Aku nak...". Dagunya diketuk-ketuk menggunakan jari telunjuknya. Seolah-olah sedang berfikir keras.

"Nak nasi ayam la. Boleh?". Dan akhirnya setelah seminit menunggu, ada juga kata putus daripada Afra. Susah betul perempuan ni nak buat keputusan. Padahal topiknya 'nak makan apa?' je. Ish ish ish.

"Boleh sayang...". Tangan kanan Ana naik mengusap lembut pipi wanita yang muda setahun daripadanya itu.

"Na... Ada something yang kau tak bagitahu kitorang ke?". Soal Alia secara tiba-tiba. Bukan lah tiba-tiba sebenarnya tapi sedari tadi lagi dia tertanya-tanya dirinya sendiri apabila matanya menangkap sejenis kilauan di jari manis tangan kanan Ana. Semacam cincin silver berbatu permata kecil begitu.

" Huh? Tak bagitahu apa?". Ana memalingkan wajahnya seraya tersenyum manis ke arah Alia yang sudah memasamkan wajahnya itu. Berlapis-lapis dahi Ana dibuatnya. Alamak, dia dah buat apeni? Rasa-rasa dia takdela pulak merampas pakwe mana-mana orang.

"Kenapa korang diam je ni?". Bertambah lapisan di dahi Ana apabila kini, Afra turut memasamkan mukanya. Kenapa ni?!!

"Wey, aku dah buat apa kat korang? Sorry for instance dho. Tapi bagitahu laa... Jangan biarkan aku terpinga-pinga sorang diri macam ni. Aku dah la tengah lapar ni". Rengek Ana. Sudah seperti mahu menangis dia di situ. Dia paling benci silent treatment.

"Tu. Kat jari jau tu. Jembalang mana yang sarungkan cincin?". Alia akhirnya menundingkan jarinya ke arah cincin yang berkilau-kilau itu. Cincin baru ni. Confirm!

"Entahnya! Bertunang tak cakap pun dekat kitorang!". Kalini giliran Afra pula.

"Oh ha ini... hehehe". Ana tersengih-sengih. Mencuba untuk menutup malunya yang tiba-tiba mendatang itu. Malu sebab dia lupa nak bagitahu sahabat baiknya yang dia sudah bertunang. Dengan siapa? Jeng jeng jeng...

"Dengan siapa kau bertunang?". Soal Afra lagi.

"Dengan Ariq...". Perlahan sahaja Ana menjawab. Jarang-jarang la suara minah nak menjadi se-perlahan ini.

"Ariq mana pulak ni-- eh?!! ARIQ AFFANDI KE?! SERIUS KE WEY?". Nak terlompat Alia dibuatnya apabila tersedar akan kenyataan itu. Dalam kolej ni ada dua orang sahaja yang namanya Ariq. Sorang dah kahwin. Sorang lagu bekas teman lelaki Ana, Ariq Affandi. Jadi, Ariq yang mana lagikan yang bertunang dengan Ana? Mesti lah Ariq Affandi. Kan? Kan?

"Ye, Ariq Affandi tu. Mamat tu buat surprise haritu, datang rumah aku. Bawak keluarga dia sekali. Kitorang tak sempat getback pun. Sorry lah aku tak jemput korang. Kitorang buat antara dua family je. Nanti masa kahwin, aku jemput tau". Terang Ana.

"Eleh kau. Entah entah lupa lagi kitorang nanti". Alia menyindir, sinis.

"Entahnya". Ini Afra. Masih tak puas hati dengan Ana.

"Ala korang... Jangan lah merajuk. Aku janji nanti aku jemput korang berdua tau". Ana membuat tindakan dengan memeluk kedua-dua lengan temannya yang seolah-olah sedang merajuk itu.

"Aku? Kau taknak jemput ke?". Entah daripada mana datangnya si gedik Melia itu, bertanyakan soalan itu kepada Ana. Sengaja la tu nak naikkan api kemarahan Ana kerana Melia tahu, Ana cukup tidak menyukainya kerana dia ialah manusia yang menyebabkan hubungan cinta Ana dan Ariq terputus 6 bulan yang lepas.

"Buat apa aku nak jemput kau, mesti nanti family Ariq yang jemput kan?". Ana menjeling tajam wanita yang sedang berdiri di hadapannya itu.

"Eleh, kerek arh kau ni". Wanita itu menyiku lembut lengan Ana. Tak boleh kasar-kasar nanti sepupunya yang seorang itu membebel tak habis-habis. Takut sangat orang bertumbuk dengan tunang kesayangannya ini.

"Kau ni dah kenapa Melia? Muncul tiba-tiba lepastu nak siku anak orang pulak". Alia yang sudah mulai geram dengam kehadiran Melia di situ mulai menyinsing sedikit lengan baju kemejanya lalu bercekak pinggang. Gayanya sudah semacam mahu membuka gelanggang WWE dekat situ jugak.

"Relax, Alia. Gelabah lah kau ni. Aku bercakap dengan Ana, bukan dengan kau. Yang kau nak panik tak tentu pasal ni kenapa? Ha kau pulak? Sibuk nak jeling-jeling aku. Ingat cantik ke?". Tiga ayat terakhir itu ditujukan kepada wanita yang memakai baju kurung berona biru yang sedang berdiri di samping Alia. Tak lain dah tak bukan, sudah tentu lah si Afra Naila Qhadija.

" Suka hati aku la, aku ada mata. Kau sibuk kenapa?". Balas Afra, sinis.

"Diam arh kau, budak kecik. Aku penyet-penyet jugak kau nanti kang". Eleh, Afra bukannya kecil sangat pun. Cuma, muda setahun daripada mereka semua. Tambahan pula badannya yang pendek dan kecil seumpama tak cukup vitamin itu. Okay, dia memang kecil kut.

"Eh eh kau. Sedap-sedap tangan je nak penyet kawan aku eh?". Alia sudah semakin geram dengan gadis tinggi lampai yang berada di hadapan Ana itu. Rasa macam nak tarik je rambut berkarat dia tu!

"Kau berani jentik dahi budak kecik ni, aku tarik rambut kau". Sokong Ana pula sambil memeluk bahu Afra. Rambut Afra pula digosok-gosok oleh Alia. Memang Afra seringkali diperlakukan seperti kanak-kanak kecil oleh 2 orang sahabat baiknya ini. Kurang asam punya kawan!

"Tarik arh kalau berani!".

"Kau jangan cabar aku, Melia". Ana yang sememang nya sudah pantang dicabar itu mulai maju ke hadapan beberapa langkah. Tapi...

"Kenapa bising-bising ni?". Belum sempat dia mengangkat tangannya, ada suara garau yang menegur mereka. Suara itu datangnya daripada sebuah figura yang tiba-tiba sahaja berhenti berjalan di samping Afra.

"Hehe, hi Sir Ed. Takdela, tak bising pun. Kitorang gaduh manja je". Ujar Ana sambil mencubit lembut pipi Melia. Nak bagi nampak macam mesra. Padahal kalau Jibril lambat sikit je tadi, confirm dah berlakunya WW3 (perang dunia ketiga).

"Hi, Ana. Eh, Alia dengan pretty princess pun ada dekat sini?". Tegur Jibril secara tiba-tiba. Matanya sudah beralih ke arah Afra yang sedang memaparkan riak wajah tidak puas hatinya itu. Ni mesti nak marah sebab Jibril panggilnya dengan nama panggilan 'pretty princess' tu di depan mereka bertiga. Ana, Alia dan Melia.

"Pretty princess tu siapa Sir?". Melia bertanya. Curious jugak dia dibuatnya.

"Ni ha, Naila ni. I panggil dia macam tu sebab dia ni suka sangat tengok cermin la, main kuku la, baiki rambut la... masa I tengah mengajar... Bajet-bajet yang dia ni pretty princess lah katakan". Eleh, ni bukan alasan sebenarnya kan, Jibril? Baik kau mengaku sekarang.

"Oh, la. Takpela sir, Melia pergi dulu. Ada kelas". Terus dia berjalan laju daripada situ. Bukan ada kelas pun sebenarnya, cuma dia takut kalau-kalau Ana betul-betul akan menarik rambutnya setelah Jibril beredar nanti.

"Amboi, cepat betul lari. Macam kena kejar hantu". Sindir Alia.

"Apa you cakap Alia?".

"Eh, takde pape sir. Sir Ed buat apa kat sini?". Coverline ni.

"Oh lupa pula I. I nak bagitahu yang minggu depan I tak masuk sebab I pergi kursus seminggu. But, I akan tinggalkan you all dengan assignments and quizzes. Mesti you all suka kan? Nanti bagitahu kat students yang lain tau sebab ni pun I tak boleh masuk kelas. Ada hal sikit dekat pejabat". Terang Jibril panjang lebar sambil tersenyum penuh makna. Tak sabarnyaaa dia nak tinggalkan anak-anak didiknya dengan segala jenis kuiz dan assignments nanti! Pergi seminggu macam pergi setahun aje peninggalan kerjanya.

Terus sahaja mereka bertiga berpaling ke arah lain dan membuat muka toya sebelum memandang wajah pensyarah muda mereka itu kembali.

"Okay, Sir".
"Baik, Sir".
"Sedia menurut perintah".

Jawab mereka bertiga dengan penuh pasrah.

"Good! Kalau macam tu, I pergi dulu. Tapi, pretty princess, you ikut I. I wanna give to you the materials for the classes next week and you can pass it to students lain, okay?".

"Kenapa saya sir? Banyak lagi manusia dalam kolej ni". Soal Afra, tidak berpuas hati.

"You dah lupa ke? You tu CR".

🐛

Hi!
Hows your raya?
Harini bagi saya, sangat memenatkan.
One of my nephews, telah membuli mental saya and it is exhausting huwaaa!
But its okay 👌🏻
Sorry, baru sempat nak update hehe :D
Enjoy reading!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro