34- Road Trip

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUKAN Afra nak mengeluh ke apa tapi penganjur aktiviti yang keempat untuk minggu sukan, karnival dan rekreasi ni memang tak boleh nak pilih aktiviti yang menarik lagi ke? Pergi ke bulan ke. Naik atas angin ke? Mana taknya, dipilih oleh para penganjur untuk pergi berkhemah di tepi air terjun. Dalam hutan pula tu!

Mulanya, ramai juga yang merungut termasuk la Afra. Kalau boleh, dia taknak pergi sebab dia tak biasa dengan aktiviti-aktiviti macam ni. Memang betul-betul attitude pretty princess kerana memang sejak daripada kecil lagi, dia tidak pernah menghadiri mana-mana lawatan ke air terjun ataupun rekreasi outdoor.

Tapi, dah Alia dan Ana tu bersungguh sangat suruh pujuk dia untuk pergi, jadi dia pergi lah. Macam tak boleh je dua ekor tu kalau takde budak kesayangannya ini. Haih...

"Semua dah ada tempat duduk ke?". Soal Faiq, selaku ketua aktiviti 3 hari 2 malam itu sekaligus sebagai penganjur. Ha, dia dan kawan-kawan dia ni la yang terlibat dalam team penganjur. Faiq, Ariq, Qayyum dan Adam. Yup, semuanya daripada fakulti submarine engineering.

" Afra, kau duduk dengan siapa?". Alia menyoal agak bimbang kerana Ana dan dia duduk bersama di dua kerusi di hadapan kerusi Afra. Mulanya Ana nak duduk dengan Ariq tetapi ditegah oleh Faiq, katanya baru bertunang belum kahwin lagi. Jadi, Alia yang kebetulan masatu ada tempat duduk kosong di sebelahnya pun, menawarkan Ana untuk duduk di situ. Kebetulan pula Afra datang lewat ke tempat berkumpul. Orang dah naik bas, baru dia jejak kaki turun daripada kereta. Jadi dekat sini, takde isu pinggir meminggir ya. Some trio(s) do(es) work(s).

"Haah la, Ra. Sorry tau... Kalau boleh, aku nak je cantum kerusi kau dengan kerusi aku ni". Ujar Ana pula. Jujur dia rasa bersalah dengan Afra. Dia takut sangat kalau Afra rasa terpinggir.

"Eh ya Allah, takpela. Kau jangan nak fikir bukan-bukan eh. Aku boleh jela duduk sendiri. Lagipun kan, bukan yang join camping ni 54 orang ke? Mana sorang lagi? Aku kira 53 je".

"Entah, mungkin tak sampai lagi kut. Mungkin geng-geng Faiq tu tengah tunggu dia lah tu". Seraya mengangkat bahu, Alia mengajukan pendapat.

"Jap, aku tanya... Fandi!". Ana bersuara lalu memanggil Ariq. Tak payah tunggu sampai 5 saat, terus jejaka itu berpaling ke arah tunangnya itu. He's whipped!

"Ya, baby?". Sahut Ariq membuatkan hampir kesemua penumpang dalam bas itu berpaling ke arah mereka dan mula lah membuat bunyi teruja bagai. Naik merah habis pipi Ana dibuatnya.

"Malu lah saya, awak ni!".

"Hehe, maaf".

"Ish! By the way, mana sorang lagi? 54 orang kan? Ni ada 53 je ni. Dia datang tak? Ke dia pergi sendiri? Kalau dia betul-betul nak join, boleh dia duduk sebelah Afra. Sebab Afra takde seat-mate tu". Ana menjuihkan bibirnya ke arah tempat kosong di sebelah Afra.

"Datang, sekejap lagi dia sampai. Boleh je kalau nak duduk tepi Afra tapi...".

"Tapi?". Afra mencelah.

"Dia tu lelaki tau. Tapi rasanya boleh je kut sebab kerusi betul-betul cukup untuk 54 orang je. Kebetulan pulak sebelah kau kosong, Afra".

"Faiq tak marah ke?". Tanya Alia, ingin tahu. Yela, tadi beria sangat dia tegah Ana dan Ariq untuk duduk bersama.

"Tak la kut. Sebab...".

"Ala, kau tunggu jela siapa datang nanti. Mungkin sebab tu kau akan tahu kenapa aku tak marah selain daripada kerusi memang cukup-cukup 54 je". Faiq yang duduk agak kejauhan dengan mereka itu menyampuk apabila terdengar namanya yang seakan disebut-sebut itu. Memang disebut betul pun hakikatnya.

"Tapi aku taknak duduk sebelah lelaki...". Afra berkata perlahan. Berharap yang hanya Ana dan Alia mendengar suaranya. Dia tak nak la dianggap menyusahkan pula. Kalau betul lelaki tu memang nak duduk sebelah dia sebab kerusi dah tak cukup, dia okay je. Asalkan tak--

" Fuh! Sorry lambat. Saya singgah beli roti untuk semua tadi". Tiba-tiba ada suara garau seorang lelaki yang terdengar agak keletihan mengajukan kata itu. Dan apabila Afra mengangkat wajahnya...

"Sir?".
"Sir?".
"Sir?".

Serentak mereka bertiga beriak terkejut.

"Dia ni ke orang ke-54 tu?". Soal Ana.

"Yelah kut". Perlahan sahaja Alia berbisik, membalas pertanyaan rakannya yang satu itu. Yang satu lagi sedang menelan air liur kelat. Tak sangka pula Jibril ikut serta sekali. Kalau nak dibandingkan dengan Afra, dia ni lagi lah taknak buat aktiviti-aktiviti macam ni. Kau tunggu jela nanti, tak sampai sehari, mesti dia sibuk duk complain pasal semua benda. Yanh kena tadah telinga, Afra la!

"Nah, ambil lah sorang satu". Jibril mulai mengagihkan roti-roti yang diletakkan ke dalam plastik merah besar itu. Dia sendiri yang agihkan sampai lah ke tempat Faiq dan Ariq yang duduk berdua itu.

"Terima kasih, Sir. Susah-susah je". Ucap Faiq, ikhlas.

"No problem. By the way, saya duduk kat mana ya? Macam dah penuh je semua. Kalau penuh, saya boleh je naik kereta sendiri". Mata Jibril sibuk melilau ke seluruh ruangan bas itu. Satu, dia nak cari tempat duduk kosong. Dua, dia nak cari isteri kecilnya. Tapi tak sangka la pula, matanya tertancap tepat ke bahagian paling belakang, tempat kedua-duanya berada. Tempat duduk kosong dan isterinya. Isteri comelnya.

Menunduk malu Afra apabila matanya bertentang dengan Jibril.

"Sir boleh duduk dekat sebelah Afra. Belakanggggg sekali". Faiq berpaling ke belakang sambil tersenyum senget ke arah Afra. Jarinya lurus menunjuk ke arah kerusi kosong di sebelah wanita itu.

Update: Selain daripada Ana dan Alia, Faiq ialah satu-satunya manusia lain yang tahu pasal status hubungan Jibril dan Afra. Macam mana? Sebab haritu adalah Faiq TER-dengar perbualan mereka berdua. Berkaitan hal rumah tangga la pastinya. Mungkin mereka ingat pejabat dah kosong kut masatu kerana mereka pun tak gila lagi nak bercakap hal peribadi di kolej (nampak sangat tak profesional) tetapi kebetulan pula Faiq nak pergi ambil fail di bilik dekan masatu. Lagipun, selalu juga la Faiq nampak mereka berdua ni keluar sambil berpegangan tangan di mall.

"Aik, bukan tadi kau tak bagi ke lain jantina bukan mahram duduk sama-sama". Melia berbunyi, tidak senang. Dia nak duduk bersama Ariq! Mengada kan? Memang! Maka dengan itu, terus dia dapat jelingan daripada Ana; from afar.

"Banyak bunyi lah kau ni. Diam arh. Aku penganjur, suka hati aku la". Tegas Faiq berbunyi. Dia memang pantang dengan Melia ni. Menggedik katanya. Orang dalam bas itu hanya terpinga-pinga menyaksikan situasi itu. Tak berani nak melawan Faiq kerana mereka semua tahu betapa garang dan menakutkannya Faiq kalau sedang marah.

"Faiq... Takpela. Kalau tak boleh, saya boleh naik kereta". Ujar Jibril; sedikit gusar-- takut-takut ada yang bertumbuk pula dalam bas ni apabila melihat panahan mata tajam antara Melia dan Faiq. Kedua-duanya macam taknak kalah.

"Eh, takpe Sir. Pergi duduk, nanti dah nak gerak". Faiq menolak perlahan bahagian belakang badan pensyarah muda meletops itu.

"Okay, okay terima kasih".

"Sama-sama".

Lalu Jibril pun berjalan ke tempat duduknya dan melabuhkan punggungnya di situ. Dalam masa yang sama, bas juga sudah mulai bergerak. Sempat juga lah mereka membaca doa menaiki kenderaan tadi secara beramai-ramai dipimpin oleh Qayyum selaku anak pak ustaz.

"Hai". Tegur Jibril, perlahan.

"Hai". Afra jawab.

"Selesa tak?". Lelaki itu bertanya lagi.

"Takut sikit sebab yang lain pandang-pandang".

Mendengar sahaja ucapan Afra itu, terus Alia membuat keputusan untuk sound geng-geng perempuan yang sibuk menjeling ke arah Afra dan Jibril itu. Siapa lagi kalau bukan geng Alyssa dan Melia. Dua geng yang berbeza tapi perangai sama. Semua menggedik!

"Korang tengok apa? Aku korek biji mata nanti kang!". Terus mereka berpaling ke hadapan semula. Cukup gerun dengan Alia. Perempuan yang boleh dikatakan Faiq 2.0. Nampak gila-gila tetapi sangat menyeramkan apabila 'meletup'.

"Thanks, Lia".

"Takde hal la. Diorang tu sibuk je".

"Jangan risau. Kalau diorang tengok lagi, aku tarik rambut diorang". Yang Ana ni pantang kalau orang ganggu gadis kecilnya ini---Afra---memang dia rasa macam nak tarik je rambut mereka semua. Tak kira lelaki atau perempuan.

🐛

"NAK sikit?". Jibril menghulurkan sebungkus roti yang telah dibuka kepada Afra. Dia tahu, sejak daripada pagi tadi lagi Afra takde selera nak makan. Katanya nervous sikit sebab ni kali pertama dia ikut serta aktiviti macam ni.

"Nak...". Afra lalu mencubit sedikit roti berperisa vanila itu lalu disuapkan ke dalam mulutnya.

"Sorry, tak bagitahu". Bisik Jibril perlahan. Dia berasa bersalah kerana tidak memberitahu Afra lebih awal untik menyertai 'ekspedisi' kali ini.

"Takpe. Tapi sir memang betul-betul boleh ke join ni? Nanti saya rasa banyak nyamuk tau. Mandi pun dekat sungai. Sir okay ke?".

"As long as Im with you, I'll be okay. Trust me". Dia kenyit mata kepada Afra membuatkan wanita itu terkekeh lucu. Nasib baik la mereka duduk di bahagian belakang sekali dan kebanyakan orang sudah pun tidur ataupun sedang memakai headphone/earphone. Jadinya, takde orang dengar la perbualan mereka ini hehe.

"Flirt eh?".

"Why not? Everyone else is either sleeping or listening to music. Takde orang dengar pun". Jibril berkata sambil tersenyum lebar.

"Mengada!".

...

Dan mereka melalui perjalan selama lebih kurang 2 jam itu dengan Afra yang tertidur di bahu Jibril sambil mereka berkongsi earphone: listening to some music using Afra's phone.

What a wonderful road trip...

🐛

Last one for today hehe!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro