35- Truth or Dare

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"AFRA, kau tidur dengan kitorang kan?". Soal Ana secara tiba-tiba. Tanah dibahagian kakinya dikuis-kuis dengan kayu. Mereka sebenarnya tengah menunggu Alia menguruskan kayu api sebab tu memang tugas dia. Tugas Afra dan Ana ialah mengemas tempat makan tadi bersama 3 orang yang lain. Memandangkan dah siap kerja diorang, diorang tunggu la Alia yang sedang gigih berusaha bersama 2 orang lelaki daripada fakulti law itu. Sementara menunggu Alia, boleh lah mereka bersembang sekejap.

"Haah. Kau ni, kan aku dah cakap tadi. Lupa eh?". Afra tersenyum seraya menolak lembut bahu Ana. Dia tahu, Ana ni cantik dan muda lagi. Tapi ingatan dah macam nenek si tua. Pelupa betul!

"Tak lupa tapi... aku dengar lah kan... Sir tidur sorang-sorang. Sooo, mana la tahu kalau kau...". Ana tersenyum lebar sambil mengangkat-angkat keningnya. Seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan.

"Ish kau ni! Memang tak la aku nak tidur dengan dia. Tak pasal-pasal kena cekup nanti". Dan Afra faham apa yang dimaksudkan oleh Ana itu.

"Ala... Korang dah kahwin kan? Lagipun, bukan kau tak boleh tidur ke kalau tak berbantalkan lengan dia". Gadis itu mencuba untuk mengusik Afra lagi. Sikunya menolak-nolak rakannya sehingga hampir sahaja Afra tertonggeng di situ.

"Dah la kau! Baik aku pergi jenguk Alia". Afra lalu bangun dan melangkah ke arah Alia yang baru sahaja siap menghidupkan api itu. Nak harapkan lagi dua jantan tu, memang apa pun tak jadi. Sampai ke pagi esok, takde apinya. Jadi, baik la dia buat sendiri.

"Hai, Alia!". Sapa Afra, mesra.

"Kau kenapa?".

"Tengok Ana tu~". Afra merengek sembari memeluk manja lengan Alia.

"Kenapa dengan Ana?".

"Dia tanya--".

"Pasal tempat tidur tu ke?". Alia berbisik secara tiba-tiba. Ini apa kehe nya ni? (dialog daripada Zombi Kampung Pisang)

"Macam mana kau tahu?".

"Sebab aku yang suruh tanya". Selepas je habis berkata-kata, terus Alia gelak sambil menepuk-nepuk perutnya.

'Ceh, dua kali lima je dengan Ana'. Desis Afra dalam hati kecilnya.

🐛

"OKAY, sir. Giliran anda. Truth or Dare". Soal Faiq, selaku 'pengacara majlis' pada malam itu ketika mereka membuat keputusan untuk bermain permainan itu sambil duduk mengelilingi unggun api.

Tak ramai pun join. Ada Afra, Alia, Ana, geng Ariq, geng Alyssa dan geng Melia. Oh and, pensyarah sesat. Siapa lagi kalau bukan Jibril. Dia mana ada Afra, di situ ada dia. So, in total ada 15 orang yang sedang bermain. Yang lain samaada sedang mengelilingi beberapa unggun api yang lain ataupun sudan tidur untuk bersedia bagi menyertai aktiviti esok iaitu mengail dan memasak ikan sungai.

"Truth". Mudah sahaja Jibril menjawab.

"Okay, janji tak boleh tipu ya. Alyssa, boleh tanya sekarang". Alyssa selalu pemusing botol tadi, diberikan peluang untuk menanyakan Jibril sebuah soalan.

"Hmm... Apa ya...". Alyssa mengetuk-ngetuk dagunya; sedang berfikir.

"Im fine with anything, Alyssa".

"Kalau macam tu... Tell me about your first love". Setelah mendengar soalan Alyssa itu, kesemua 14 (kecuali Jibril sebab dia tengah malu) manusia di situ kelihatan sedang membuat bunyi keterujaan. Begitu juga dengan Afra. Jibril tidak pernah menceritakan kepadanya tentang cinta pertama lelaki itu. Jadi, ini lah masanya! Dia berjanji kepada diri sendiri yang dia tidak akan cemburu!

Or not?

We will see.

"Hm, okay. Well... I can't say her name but I can describe her. Is it okay?". Soal Jibril dan mereka semua hanya mengangguk sekali. Tak sabar nak dengar cerita cinta pensyarah cerewet mereka ini.

"Dia ni lagi muda daripada saya. I loved her because she's cute and kinda clumsy sometimes. Dia suka marah saya dulu sebab saya tak manja-manja dengan dia. But I wouldn't care sebab dia marah manja-manja je. Bila dia marah kan, mulut dia akan jadi macam itik. Comel sangat... What I liked most about her was her attitude, her confidence and her love towards me". Jibril bercerita dengan tenang. Dia tersenyum sendiri. Afra yang melihat situasi itu sudah tidak senang duduk.

'Dia tengah bercakap pasal aku ke pasal orang lain ni?'. Bicaranya sendiri. Jauh di sudut hatinya, dia ingin sekali tahu siapakah kekasih hati pertama Jibril.

"I think thats all kut. Oh and! And... I still love her till this day". Ucap Jibril tenang cukup untuk membuatkan sesiapa yang tahu tentang statusnya tika itu terkejut. Alia dan Ana sudah memandang risau Afra yang tertunduk itu.

"Kau okay?". Ana berbisik.

"Okay hehe". Afra mengangkat wajahnya dan tersengih.

"Puas hati Alyssa?". Tanya Faiq.

"Absolutely!".

"Okay, now. It is your turn, Sir Ed. Spin the bottle. Go go!". Faiq memberikan kata-kata semangat kepada Jibril.

Jibril lalu bangun daripada tempat duduknya dan berjalan sedikit ke tengah untuk memusingkan botol plastik yang berisi air itu.

Dan....

Botol itu berhenti tepat di hadapan Ana.

" Aku ke wey?". Soal si clueless itu.

"Yup. So, Truth or Dare?". Jawab Faiq.

"Dare". Ana yang pantang dicabar itu terus memilih Dare. Lagipun, dia gemar akan cabaran. Apa cer main jawab Truth je ni. Bosan arh.

"Okay... Sir, whats the dare?". Soal Faiq.

"I dare you to make a flower ring using this flower and give it to the person you love the most among us". Jibril mencapai sejambak dandelion kecil yang dibelinya tadi dan mencabut 'sebatang' bunga itu lalu dihulurkan kepada Ana.

Ana yang agak kejauhan itu mencapai huluran itu melalui Afra dan dengan penuh fokus membuat sebentuk cincin daripada bunga itu.

Setelah memakan masa selama 2 minit, Ana lalu bangun dan berjalan menjauh sedikit dari tempat duduknya. Tepatnya di hadapan seseorang yang duduknya bertentangan dengan kedudukannya. Apabila melihat Ana yang sudah berdiri di hadapan 'seseorang' itu, yang lain terus melopong mulut sampai boleh masuk lalat. Ada juga yang menepuk-nepuk rakan sebelah sebab teruja. Dan ada yang menjeling panas.

"I decided to give this flower ring to Ariq Affandi, my fiancé because masa dia mula-mula ajak saya kahwin dulu, dia kasi saya flower ring je". Ana mencebik, mencuba untuk membuat lawak dan berjaya. Mereka semua tergelak mendengar kisah proposal Ariq yang agak kelam kabut itu.

"Ye ke dho, Riq?".
"Serius lah kau BAHAHAHAHA".
"Aduh. Ariq, Ariq".

Sesetengah daripada mereka juga mulai 'mengejek' Ariq dengan mengatakan yang lelaki itu tidak gentlemen tetapi hanya sebagai gurauan sahaja. Hakikatnya, mereka tahu yang Ariq Affandi akan menjadi terlalu whipped jika berada didekat cinta hatinya, Anatasia Erica. They bet, he gave her a big diamond ring after.

"Nah, ambil la". Ana meletakkan cincin itu ke atas telapak tangan Ariq.

"Thank you, baby". Dalam malu diusik rakan-rakannya tadi, masih lagi dia sempat memanggil Ana dengan nama panggilan manis itu. Yang lain pula hanya sibuk untuk simping kepada couple of the year yang bakal naik ke jinjang pelamin selepas graduation day itu.

Sejurus itu, terus Ana ke tengah kawasan itu untuk memutarkan botol.

"Laju eh kau?".

"Eh mesti". Ana flipped her hair. Proud of herself HAHAHA.

Dan pusingan ketiga botol itu mengenai Afra. Terkejut budak itu dibuatnya.

"Uuuu Afraaaa". Panjang betul Faiq memanggil nama wanita itu.

"So, Truth or Dare, sayangku Afra?". Belum sempat lagi Faiq nak buka mulut buat kesekian kalinya, Ana terlebih dahulu bertanya. Semangat punya pasal.

"Truth, sayangku Ana".

"Okay soooo, what is your biggest pet peeves in a date?". Dengar sahaja soalan itu, terus fokus Jibril teralih kepada figura isterinya yang cantik berbaju pijama merah jambu itu.

"Hm, dia macam ni tau. I don't like when like, we are on our date, Im talking about me and my possible boyfriend one day... and he keeps talking about his ex or his first love. Dia akan jadi janggal macam tu. Faham tak?". Kesemua daripada mereka kelihatan terangguk-angguk tanda faham dan bersetuju. Kecuali Jibril. Member tu sampai berkerut dahi.

'Is she talking about me?'.

" Ye dho. Macam, tak syok arh. Kan?". Sambung Adira pula, salah satu kawan Alyssa.

" Haah. Lagi-lagi kalau setiap saat nak ungkit". Adam menyokong.

"Ye weyyy. Kalau macam dia nak cerita experience dia lepastu terselit dalam dua kali nama ex tu okay lah. Ini nak berkali-kali, memang aku dump je dia nanti". Ini Shafina yang sambung. Shafina ni salah seorang geng Melia. Dia je yang paling baik setakat ni.

"Setuju, setuju". Yang lain mulai menyokong.

🐛

"KENAPA tak tidur lagi?". Soal Jibril sambil mengambil tempat duduk di atas sebatang kayu tumbang di sebelah Afra.

"Tak boleh tidur".

"Without me?".

"Hm". Jujur sahaja Afra menjawab. Malas nak berdalih dengan Jibril sebab nanti dia tahu juga. Dia memang tahu yang Afra takkan boleh tidur kalau tiada Jibril di sisi.

"Ubat dah makan?".

Afra sekadar mengangguk untuk menjawab soalan itu. Senyap sunyi buat seketika dalam kegelapan malam yang menyelubungi mereka ketika itu. Masing-masing tiada topik untuk dibuka.

"Nak tahu tak siapa cinta pertama abang yang abang cakap tadi tu?". Jibril menyoal setelah akhirnya dia menangkap apa yang menganggu fikiran Afra sejak daripada tadi.

"Taknak. Nanti Naila cemburu. Bila Naila cemburu, Naila marah abang. Bila Naila marah abang, Naila gaduh dengan abang lepastu spoil mood camping Naila nanti".

"But I know you wanna know". Jibril cuba untuk tawar menawar lagi.

"Naila taknak. Abang-".

"Naila first love abang". Laju sahaja Jibril memotong perkataan Afra.

"Huh?".

"Yup. Yang abang cakap bila marah sama macam itik  tu, Naila la. Afra Naila Qhadija is my first and last love. Abang tahu, Naila mesti terasa hati tadi kan? Sebab tu Naila jawab macam tu bila Ana tanya pasal pet peeves tadi kan?".

Lambat-lambat Afra mengangguk juga. Tak guna dia menipu. Jibril dah dapat teka semuanya.

" Abang minta maaf tau sebab buat Naila suspen. Kesian isteri abang ni, mesti dah separuh luruh jantung tadi kan? Takutnya kalau suami kesayangan dia ni cintakan orang lain kan?". Jibril terus menerus mengusik Afra membuatkan gadis itu---akhirnya---tersenyum lebar.

" Suka la tu dapat kenakan Naila?".

" Sekali sekala, tak salah kan?".

" Heh. Nanti Naila pula nak kenakan abang".

"Boleh aje. Tapi esok la. Now... Jom masuk tidur?". Ajak Jibril sambil memegang tangan Afra.

"Dengan abang?".

"Mhm-hmm".

"Tapi...".

"Sebelum subuh esok, abang kejut Naila. Takpun, kalau Naila nak suruh semua orang tahu tentang status kita pun, abang dah tak kisah. Kalau mereka tahu, I will talk to the president so that I can stay here eventhough I have a special relationship with one of the students. Lagipun, kolej tu kolej swasta kan? Abang yakin, presiden akan okay. Dr Ahmad akan okay. Hm?". Panjang lebar lelaki itu menerangkan kepadanya.

" Hm... Takpela. Susahkan abang pula. Naila bangun sebelum subuh jela".

"Sure?".

"Yup".

"If you say so. Now, let's go get some sleep. We got some fish to be caught tomorrow!".

"Jom!". Afra menyambut pautan tangan Jibril dan mereka berdua berjalan ke arah khemah lelaki itu yang berada tidak jauh daripada situ.

🐛

Unedited.
Nanti kalau rajin sikit, saya edit HEHEHE.
Enjoy reading!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro