45- Someone & Scars

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BALIK-BALIK menghadap muka Emiir, balik-balik menghadap muka Emiir. Macam takde muka orang lain! Cuba la kasi chance dengan Adi Putra ke, Aaron Aziz ke... Tapi takpela, at least Emiir ni baik hehe.

Back to the present, harini Emiir membuat keputusan untuk keluar berjalan-jalan bersama mak buyung ni. Katanya dia nak pertemukan mak buyung ni dengan seseorang yang cukup istimewa baginya. Aip, aip... Bukan Cik Jururawat ya. Itu belum jumpa lagi. Someone special yang dimaksudkan orang lain.

Lagipun, Emiir berharap agar hal ini dapat menenangkan fikiran Afra yang jelas sedang berserabut itu. Dia taknak wanita mengandung ni stres.

But you might be wondering, why would he do all these for Afra? Yela, Afra bukan sesiapa penting pun baginya. Hanyalah seorang adik ipar. Jawapannya...

Emiir ialah seorang lelaki budiman yang sangat menghormati wanita. Dia memang tak pernah nak sakitkan mana-mana wanita di sekeliling. Maka kerana itu, dia sanggup membuat apa-apa sahaja untuk Afra untuk 'lindungi' dan 'rawati' luka Afra daripada suaminya sendiri.

Itu baru Afra.

Belum tengok lagi apa Emiir akan buat kalau tengok mama dia sakit sikitttt je. Contohnya kalau Puan Aliyah selesema kan, mula lah gelabah nak bawa pergi wad kecemasan. Kalau Elicia marahkan dia, dia akan pujuk Elicia dengan bersungguh-sungguh. Pernah dia belikan wanita itu sebuah kereta untuk memujuknya. Pernah juga sekali arwah Eka mengalami penyakit kronik iaitu patah hati kerana seorang lelaki pada umur 15 tahun. Terus dia pergi confront mak ayah budak tu huhu.

Emiir Malique will literally do anything for his important and loved people. He is indeed the kind and soft Emiir Malique. A gentleman.

Berbalik pada situasi sekarang,

"Abang Emiir nak bawa Afra jumpa siapa?". Tanya Afra sambil tangannya sesekali mencapai popcorn di dalam bekas di tangannya itu.

"Hm... Nanti aku bagitahu kau. Kita pergi makan dulu boleh tak? Aku lapar dho". Emiir tersenyum manis. Berharap agar wanita itu tersenyum juga. Namun bibirnya hanya ternaik sedikit. Nipis sangat senyuman wanita itu.

Emiir tahu, seberapa kerasnya Afra cuba untuk menutup kesedihannya... Dia takkan pernah berjaya tipu Emiir. Emiir tahu Afra sedang bersedih walaupun dia terlihat gembira saat ini.

"Abang Emiir nak makan dekat mana?".

"Gordon Ramsay punya restoran tu. Aku nak try dia punya makanan viral tu. Kau tahu tak?". Soalnya lagi. Kalini mereka berhenti berjalan seketika.

"Tahu, tahu. Beef apa entah nama dia tu". Jawab Afra.

"Ha yang tu. Kau nak tak?".

"Nak juga rasa tapi...".

"Tapi?". Berkerut dahi Emiir menantikan jawapan Afra.

"Afra craving nak makan mi goreng mamak. Boleh tak kita pergi mamak? Lagipun bukan ke restoran tu mahal giler ke? Tak payah la eh, Abang Emiir. Lain kali jela".

Emiir macam 'hm sus' dengan permintaan adik iparnya yang satu ini. Sampai terangkat sebelah daripada keningnya.

"Betul ni?".

Afra angguk beberapa kali. Betul-betul dia terasa nak makan dekat mamak kalini. Padahal mereka sedang berapa di dalam mall.

"Okay, we will go to mamak. Tapi aku kena bagitahu orang tu untuk tunggu dekat mamak la. Kita jumpa dia dekat mamak. Hows that sound?". Tengok la betapa gentlemen nya Emiir ni. Setiap apa yang hendak dilakukan olehnya ketika dia bersama dengan Afra, pasti dia akan menanyakan concern wanita itu terlebih dahulu.

" Okay".

"Okay, cool. Jom. But before that, Im gonna get some ice cream. Would you want some? What flavour?". Teruja Afra dibuatnya apabila mendengar perkataan 'aiskrim' itu disebut. Ya Allah, dia begitu menggemari 'makhluk' manis itu. Sedap sangat! Lagi-lagi aiskrim coklat!

" Coklat!".

" Baik bos".

Truthfully, Emiir read that ice cream can help women to cure their sadness.

🐛

AFRA yang baru sahaja ingin melelapkan mata itu terbangun dek kerana mendengar pintu bilik yang sedang dia duduki di rumah Puan Aliyah itu dibuka daripada luar. Dan dia tahu gerangan pembuka pintu sudah pastinya lah Jibril.

"Abang?". Panggilnya di dalam kegelapan malam itu.

"Mama tak bagi aku tidur bilik lain. Kau tidur jela, abaikan aku". Jibril menuju ke bahagian lain daripada katil itu lalu menarik selimut untuk merebahkan badannya untuk melelapkan matanya.

"Abang, kejap...".

Namun, tindakannya diberhentikan oleh Afra apabila mata yang masih mengantuk dan mamai itu melihat beberapa jalur di tangan dan badan Jibril secara samar-samar di dalam kegelapan malam bertemankan lampu tidur itu. Tambah pula Jibril tidak berbaju ketika itu. Jalur-jalur kelihatan sudah semakin jelas di penglihatan Afra.

Afra bangun daripada pembaringannya dan merapatkan jaraknya dengan tubuh Jibril yang sudah terbaring itu. Yup, dia tak hiraukan pun kata-kata isterinya tadi. Tatkala ini, Afra sedang duduk bersila di samping Jibril yang sudah menutup mata itu.

"Ni kenapa?". Apabila dilihat secara dengan lebih dekat, baru lah Afra perasan yang jalur-jalur tadi ialah parut luka yang agak panjang. Naik risau tahap kritikal Afra dibuatnya. Siapa yang buat ni?!

"Kau sibuk kenapa? Tidur je boleh tak? Menyemak".

"Bagi Afra tengok kejap, abang. Merah lagi luka abang ni". Jemari halus dan runcing Afra itu seterusnya naik menyentuh kawasan perut dan lengan Jibril. Kemudian ke dada lelaki itu.

Bergetar tulang rusuk Jibril tatkala dia. Cuba untuk menahan diri.

"Kau buat apeni?". Serta-merta Jibril menepis tangan lembut isterinya itu.

"Abang tunggu kejap, Naila ambil ubat. Naila sapu ubat ya?".

"Tak payah la! Kau sibuk sangat ni kenapa?!".

Terhinjut bahu Afra dibuatnya. Sudah la baru bangun, lepastu kena tengking. Terkena kejutan budaya budak tu. Segar terus kedua anak matanya.

🐛

TAPI akhirnya, Jibril turuti sahaja arahan isterinya itu. Kalau tak menurut, Afra tu akan memekak sampai lagi. Haih... Kenapa la dia membuat keputusan untuk tidur di rumah mamanya pada harini.

"Banyaknya. Kesian abang. Siapa buat ni?". Soalan Afra itu membuatkan Jibril terpaku seketika.

"Diam boleh tak? Cepat la buat. Aku nak tidur. Aku penat la". Marah Jibril lagi. Tetapi kalini, suaranya lebih mendatar daripada tadi. Tak menegang lagi. Hilang nada ketegasannya.

Afra mencapai sekeping kapas yang ada di dalam first aid kit itu dan membuka sebotol ubat luka lalu diterbalikkan selama 2 saat ke atas kapas yang diambil sebentar tadi. Maka, keluar lah beberapa titis ubat luka yang berwarna kuning neon. Baunya sangat menyengat.

Perlahan-lahan Afra menundukkan kepalanya lalu menyapukan ubat itu ke bahagian perut Jibril terlebih dahulu. Kemudian ke bahagian lengan Jibril. Badan Jibril tatkala ini sedang duduk bersandar pada kepala katil.

Dengan penuh kelembutan Afra merawat setiap satu luka yang terlihat oleh matanya yang ada di badan suaminya itu. Seberapa banyak pun kata 'benci' yang dilafazkan olehnya kepada Jibril, dia tetap harus menjaga lelaki itu.

Sampai sahaja luka di bahagian dada Jibril, Afra membuka mulut...

"Boleh Naila datang dekat sikit? Naila tak nampak". Pinta Afra.

"Dekat mana lagi? Kau dah dekat kan ni?". Afra sekarang ni tengah duduk betul-betul di tepi Jibril. Langsung tiada jarak yang memisahkan.

"Boleh ya, abang?".

'Apasal dengan dia ni?'. Makin ketar rusuk Jibril apabila mendengar suara serak baru bangun tidur milik Afra itu.

"Hm. Cepat sikit!". Dia menjawab, pendek.

"Okay".

Tanpa disangka-sangka, Afra mengambil tempat di atas riba suaminya itu. Getah rambut yang ada di tangannya dicapai lalu rambutnya diikat.

"Kau-kau buat apeni?". Berkerut-kerut dahi Jibril, bertanya.

"Rawat luka lah". Kepalanya ditundukkan semakin mendekat dengan dada Jibril lalu tangannya menekapkan lembut kapas yang masih basah dengan ubat itu ke setiap luka yang ada di situ.

"Naila, kau cepat sikit boleh tak?". Jibril sudah tidak keruan di situ. Dia takut kalau-kalau Afra boleh merasakan degup jantungnya yang terlebih kencang pula itu. Lagi-lagi apabila sebelah daripada tangan Afra ditongkatkan betul-betul di atas bahu Jibril.

Gulp!

Air liur berpasir ditelan payah oleh lelaki itu.

"Sabar la...".

Semakin tekun pula Afra merawat luka Jibril itu.

"Naila...". Kedua tangan Jibril naik memegang kemas pinggang isterinya itu. Risau pula takut terjatuh budak kecik ni nanti. Dia pula yang susah. Dah la tengah mengandung. Eh risau--?

"Hm?".

"Kau tengah goda aku ke ni?". Tanpa simpang siur, terus Jibril bertanya.

"Mana ada. Kenapa? Abang rasa tergoda ke? Bukan abang tak cintakan Naila ke? Tak payah la rasa tergoda. Kan?". Afra menyelesaikan kata-katanya lalu meniup lembut kawasan dada Jibril agar ubat di situ cepat kering.

'Ya Allah, ya tuhanku...'. Mengucap panjang lelaki itu.

" Naila. Dah siap ke?". Suaranya makin perlahan.

" Dah, nak tunggu kering dulu baru abang boleh tidur. Nak suruh Naila tunggu dekat sini atau dekat mana? Naila turun lah ya?". Afra meminta izin sambil beruar-uar mahu turun daripada pangkuan suaminya itu.

" Kejap... ".

" Kenapa?".

"Stay". Pinta lelaki itu, lembut. Buat pertama kali dalma tempoh sebulan lebih ini. Suaranya melembut.

"Macam ni?".

Jibril mengangguk. Tangannya naik memeluk badan kecil itu.

"Abang buat apeni?".

"Congratulations".
"Aku".
"Tergoda".

"Mengarut! Dah la!". Terus Afra menolak badan Jibril dan turun daripada situ.

🐛

Unedited.
Uuu spiceyyy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro