46- The Truth About Everything

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kenyataan itu menyakitkan. Amat menyakitkan. Diberi dua pilihan antara dua benda yang paling penting dalam hidup kita, salah satu perkara yang amat menyakitkan untuk dilalui...

SEDANG Afra ralit mengemas barangnya untuk dimasukkan ke dalam almari di rumah Puan Aliyah itu, matanya tertancap pada sebuah objek berbentuk empat segi yang diletakkan di dalam sekeping (?) ziplock bag yang berisi bijih beras.

"Huh?". Berkedut seribu dahi Afra tatkala melihat objek itu. Dia macam, 'nak buka ke tak?', 'macam pelik je'. Dia langsung tak ingat yang dia pernah ada barang ini. Yang dia tahu, 5 bulan lepas semasa dia baru sahaja mahu berpindah ke sini... ke rumah mama mertuanya, dia ada masukkan sebuah paperbag kecil ke dalam kotak yang mengandungi barang-barangnya. Mungkin plastik ni termasuk sekali kut.

Afra mengetepikan barangan yang lain sebelum membuka plastik itu dan menuangkan segala isinya ke lantai.

'Lantak arh bersepah, nanti aku kemas'. Ujarnya di dalam hati.

Tuang punya tuang punya tuang, tiba-tiba...

Klakk!

Bunyi sebuah objek besi kecil yang jatuh ke lantai marmar itu bergema di seluruh ruangan bilik Afra itu. Terkejut mak. Serta-merta dia mengusap perutnya yang sudah mulai memboyot itu.

Her baby is ±5 months old now. And it is a boy!

Dia menyapu-nyapu saki baki beras yang ada di sekitar objek besi itu lalu mengangkat benda alah berbentuk segi empat tepat itu.

Ternyatan ianya ialah sebuah telefon pintar berjenama iPhone. Lebih spesifik lagi, iPhone X 11 Pro Max. Telefon lama Afra.

Dengan sepantas kilat, memori kelam yang terjadi hampir sahaja setahun lepas menerpa kotak memoru Afra. Memori di mana bermulanya titik trauma dan fobia dalam hidupnya. Memori kematian arwah adiknya, Amir. Satu-satunya adik Afra. Amir.

Telefon ini sempat dijumpai di pesisir pantai beberapa jam sebelum mayat Amir ditemui. Di masa penemuannya, telefon itu masih boleh dihidupkan. Tapi bila dah sampai rumah, terus mampus. Jadi, Afra meletakkannya ke dalam ziplock bag berisi beras dengan harapan telefon itu bakal hidup semula. Namun, kewujudannya dilupakan sebaik sahaja Jibril menghadiakan Afra sebuah telefon baru.

Objek yang sudah sedikit berhabuk itu dicapainya dan butang on ditekan lama.

Beberapa saat kemudian, logo Apple mulai kelihatan.

"Eh hidup lagi?". Afra menyangkan senyuman lebarnya. Syukurlah... Telefon ini menyimpan banyak memorinya dengan Amir. Sebab arwah Amir dulu suka sangat 'curi' telefon ini untuk rekod video tak berfaedah.

Well maybe, those 'useless' videos are useful now. At least to cure the miss of a sister towards her late brother.

"Tak sabarnyaa!". Ucap Afra tiba-tiba kerana dia betul-betul tak sabar nak tengok balik kesemua video yang telah  arwah Amir rekod. Dia nak hilangkan rindunya terhadap budak kecik itu.

Perlahan-lahan skrin telefon itu menunjukkan muka hadapannya. Segala aplikasi masih teratur dan berapa ditempatnya walaupun beberapa daripadanya harus dikemas kini. Kad SIM sudah tamat tempoh agaknya dan bateri menunjukkan peratusan 68%.

Laju sahaja jari Afra menari untuk mencari ikon aplikasi galeri. Apabila dijumpai sahaja, terus dia tekan dan folder video ditekan olehnya.

Setiap satu video yang dirakam oleh Amir ditonton olehnya. Sempat air matanya menitis kerana itu. Dia terlalu rindukan arwah adiknya itu.

Sampai akhirnya, sampai lah ke dua video terakhir.

Video pertama. Terlihat Amir merakam menggunakan kamera depan; di hari terakhir mereka bersama. Di saat satu itu, hujan sedang turun dengan agak lebat di pantai itu sampaikan basah kuyup Amir di dalam video itu. Dan dialog nya...

"Wassup everybody! In this video, I wanna thank my sister for being my loveliest sister ever! Aku harap nanti aku dapat anak saudara yang comel comel! Aku tahu video ni random, tapi suka hati aku la! Okay, tata!"

Pendek sahaja. Namun, cukup untuk membuatkan Afra menangis dengan lebih kencang.

" Im having a child now, Mir. And thank you to you too for being the best brother ever. I love you, Amir. I will always do". Air matanya dilap menggunakan hujung lengan bajunya sebelum ikon video kedua ditekan.

Video kedua.

Video ni...

Agak pelik sedikit.

Dirakam menggunakan kamera belakang dan kelihatan agak gelap. Tambahan pula cahaya matahari yang masuk menerusi tingkap bilik Afra; terus ke skrin telefon itu. Jadi, dia berdiri dan mula berjalan-jalan ke kawasan yang agak gelap dan terlindung daripada cahaya matahari di dalam bilik itu.

Kamera telefon itu kemudiannya merakam sebuah (?) tangan yang seumpama sedang menyelam telefon itu lebih dalam ke dalam air laut? Entah. Afra sendiri keliru.

But the realisation hits Afra really hard when she a voice. A very familiar voice.

"Kau patut mati, Amir! Aku bunuh kau! Kau lukakan dia! Kau memang patut mati!".

Suara itu kemudiannya disertai dengan suara Amir yang seolah-olah sedang berada di bawah permukaan air itu.

"Am--, abang Ed... Jangan--bu--at macam ni... Am--amir ke-na jaga ka-kak...".

"Leave your sister to me, will you. Now, go to hell".

"Ab...".

Dan selepas itu video pun tamat. Sejurus sahaja saat terakhir daripada video itu berlalu, terus telefon itu terlepas daripada pegangan Afra. Jatuh ke atas katilnya. Nasib baik tak pecah.

Tangan kanan Afra menutup mulut sendiri. Matanya perlahan-lahan mengalirkan air hangat. Benda yang dia takuti... Perkara yang dia paling taknak fikir... Setiap kejanggalan yang fikirnya hanyalah kebetulan... Akhirnya terjadi.

Amir bukan mati lemas melainkan...

Jibril yang bunuh Amir.

Everything makes sense now.

Macam mana Jibril boleh sampai tepat pada waktunya pada hari kejadian? Macam mana baju Jibril basah kuyup walaupun dia baru sahaja tiba? Macam mana hujung seluar Jibril pada hari itu dipenuhi pasir kalau dia tak pernah sekalipun jejakkan kaki ke pasir pantai itu? Macam mana mayat Amir boleh ditemui begitu dekat dengan pesisir pantai?

Dan yang paling jelas terlihat,

Bagaiman beberapa helaian rambut berwarna peran ada si jemari Jibril pada hari kejadian sedang tiada seorang pun yang Afra berambut perang kecuali Amir. Dia perasan details ni pun sewaktu Jibril cuba untuk menahannya daripada pergi 'menyelamatkan' Amir.

Sudah jelas sekarang.

Afra terduduk kesal. Terhinjut-hinjut bahunya menangis. Dia meraung sekuat hati. Mulutnya tak henti-henti meminta maaf,

"Aku minta maaf, Mir. Aku minta maaf".

Padahal, tiada satu pun daripada fakta itu merupakan kesalahannya. Namun masih juga, dia kesal dengan dirinya sendiri. Dia terlalu dibutai dengan cinta sampaikan pembunuh adiknya yang selama ini bebas di hadapan matanya sendiri pun, dia tidak nampak.

Afra sudah tidak boleh tahan lagi. Segala barang yang ada di dalam bilik itu dilempar ke lantai; biar hancur berderai. Segala buku yang ada di meja, di laci semuanya disepahkan. Dia terlalu kesal dengan semua ini.

Dia kesal dengan takdir hidupnya.

Sedang dia mengamuk, sekeping kertas putih yang terselit di bawah lampu tidur itu jatuh ke lantai. Kertas putih yang ada tulisan pembunuh adiknya merangkap suaminya sendiri; Edirne Jibril.

Lipatan kertas itu dibuka oleh secara kasar dan isinya dibaca.

I did all of those so that you will hate me.
Hence, you won't cry over me when I got caught later. Im sorry pretty princess, I killed you brother. I regretted the mistake. I don't know how long I should hide this. Just for your knowing, I don't hate you. At all. I did all of those just because that reason. Eka's death remind me of Amir's death which was my fault. I killed Amir. I want to divorce you just because of that.
The scars. You asked about the scars. I made it myself. Everytime I hit you just because of this stupid 'task', I slashed myself. Everytime I made you cry, I hurted you, I slashed myself.  I need Afra Naila Qhadija to hate me. Hate me as much as you want, sayang. I deserve it. Don't cry over me, not worth it.

Basically, surat atau nota ini menjelaskan bahawa Jibril tahu yang pada suatu hari nanti dia bakal ditangkap oleh polis, seseorang bakal membongkarkan rahsianya. Jadi, dia harus membuatkan Afra untuk membencinya agar wanita itu tidak akan menyesali dan menangisi pemergiannya.

Dengan itu, makin lemah Afra dibuatnya. Dia sekali lagi terduduk di lantai bilik itu. Kedua belah telinganya ditekup lalu dia menjerit sekuat hati. Terlalu banyak rahsia terbongkar pada suatu masa yang sama.

Pada masa yang sama,

"She finally knew". Elicia mengintai daripada lubang pintu itu bersama Puan Aliyah. Mereka jelas mendengar dan melihat apa yang berlaku di dalam bilik Afra sebentar tadi.

"Dia berhak untuk tahu. Mama redha kalau dia nak laporkan pada polis tentang semua ni. Mama redha kalau Jibril kena tangkap. He caused her trauma".

"El tahu, ma. Selama ni Afra salahkan diri dia atas kematian Amir. Padahal yang bertanggungjawab atas semua ni sepatutnya Ed". Elicia mengusap perlahan bahu mamanya kerana wanita separuh abad itu juga sudah mulai menangis.

"Mama tak kuat, El. Mama dah hilang seorang anak mama. And I will lose another one soon". Terus Puan Aliyah memeluk badan anak keduanya itu.

"Mama sabar ya. Kita tunggu keputusan Afra. El yakin, keputusan yang Afra akan lakukan tu, baik untuk semua orang. Besides, Ed deserve his punishment. He ruined Afra's life. He put the burden on her. He killed her only brother". Elicia memujuk mamanya lagi.

"Mama redha, El. Mama redha".

🐛

Unedited.
Sorry lambat hihi <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro