6- CR

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HELLO, my name is Edirne Jibril and you can respectfully call me Sir Ed. Saya akan mengajar subjek chemistry awak untuk sem ini". Ambik kau. Betul lah apa yang diagak oleh semua orang, memang dia akan mengajar juga kelas budak bertiga tu. Masak lah Afra kalau macam ni. Saat tu juga Afra baru tahu yang Jibril mengajar subjek kimia.

"Dalam kelas saya, saya suka untuk terapkan 4 peraturan". Memang semua pensyarah dalam dunia nak kena cakap macam ni ke? Hampir semua lah kut. Bosan betul!

'Cliché betul'. Bicara Afra sendiri seraya memutarkan bebola matanya.

"Pertama, saya merupakan seseorang yang sangat-sangat cerewet. Kalau assignments yang saya bagi, awak semua siapkan tak ikut kriteria saya, out. Takkan dapat markah penuh or even markah yang baik. Jadi, sila tumpukan perhatian kepada kriteria-kriteria yang akan saya tetapkan pada masa saya akan bagi awak semua assignments nanti". Mengaku pun diri sendiri tu cerewet.

Satu dewan mengeluh apabila mendengar peraturan pertama yang sudah panjang lebar yang ditetapkan oleh Jibril.

"Payah la aku nak lulus ni". Ana mendengus.

"Repeat sem lagi lah nampaknya". Alia meletakkan tangan ke dahinya seolah-olah macam dia nak pengsan. Dramatik!

"Kedua. If you are late without any logical reasons, out. Saya tak akan bertoleransi. Peluang hanya ada dua kali. Kalau awak lambat buat kali ketiga, keluar. Tak payah belajar dengan saya lagi". Peraturan kedua ni macam seksaan pun ada. Lagi teruk daripada lain-lain pensyarah.

"Haduhh... annoying jugak eh Sir Ed ni". Alia mengeluh buat kali ke seratus ribu haritu. Padahal baru 10 minit memasuki kelas kimia ajaran Jibril. Dengar peraturan je, dah lelah.

"Ketiga, saya suka pada peningkatan. Katakan awak gagal kuiz saya yang pertama, kuiz kedua awak wajib lulus. Saya ulang, wajib". Ini peraturan paling teruk setakat ni. Apasal tegas sangat Jibril harini. Pagi-pagi dah merosak mood orang dengan peraturan-peraturan mengarut dia tu. Tak boleh brain betul lah!

Ada yang mengeluh entah berapa banyak kali dah, ada yang dah menggelongsor daripada kerusi yang diduduki, ada yang dah tidur sebab pasrah. Macam-macam lagi lah.

"Dan peraturan keempat. Ini yang paling penting. Siapa langgar walaupun sekali, get out from my class". Seram...

"Seramnya wey". Bisik Ana.

"Haah. Muka dia pun nampak garang". Sambung Alia pula. Afra hanya mendiamkan diri, menelan air liur perit sedari tadi.

"Jangan. Sentuh. Barang. Kepunyaan. Saya. I repeat, don't touch my belongings. Saya paling pantang ya yang ni. Contoh, kalau awak terlupa bawa laptop for your presentation, you cannot touch my laptop if you wanna borrow it. You may ask me to assist you. Saya ulang, jangan sentuh barang saya". Ini lebih kepada masalah peribadi ni. Semua orang berkerut dahi mendengar peraturan terakhir ini.

Sebenarnya, tu memang pantang larang terbesar dalam hidup Jibril. Bukan sebab apa-apa yang serius pun sebenarnya tapi memang dia tak suka. Dia takut barang-barang dia hilang or kedudukan dia berubah. Dia kan Mr. Perfect.

"Setakat ni faham peraturan-peraturan saya? Boleh ikut?". Tanya Jibril setelah habis nafas menyebutkan peraturan-peraturan buatannya.

"Faham sir!". Satu dewan menjawab kecuali Afra yang sibuk bermain dengan kukunya itu.

"Afra Naila Qhadija! Awak ingat awak tu pretty princess ke nak main-main kuku masa saya ada dekat depan ni?". Eh--Jibril nampak ke? Tajam betul mata helang dia.

Terus, dengan serta-merta Afra memandang lurus ke hadapan dan menurunkan tangannya ke bawah.

"Sorry sir".

"Awak faham tak apa yang saya cakap tadi?". Soal Jibril sekali lagi, khas buat Afra seorang sahaja kerana bagi Jibril, dia nampak seperti tidak fokus tadi.

"Faham, Sir Ed".

"Bagus". Dia tersenyum puas.

"Anyway, I need a class representative". Jibril menyambung kata-katanya.

Terus Afra membulatkan matanya. Alamak! Ini ke yang dimaksudkan dengan...

"You may, you may. But, Afra Naila Qhadija, get ready".

Afra menadah tangan ke udara. Dia betul-betul berharap yang dia bukanlah pilihan Jibril. Dia betul-betul taknak! Lagi menyusahkan hidup dia nanti.

"Ya Allah, Ya Tuhanku. Jauhi la aku daripada menjadi pilihannya, Ya Allah". Bersungguh-sungguh dia berdoa.

"Hm... Ada yang nak volunteer ke?". Dia berjalan-jalan di sekitar dewan itu. Sudah tidak hanya duduk di 'pentas' mengajarnya itu sahaja.

Diam. Semua orang diam. Takde sorang pun berani untuk jawab soalan dia. Masing-masing menundukkan muka sampai kalau boleh nak cecah lantai. Tak berani nak lawan panahan anak mata biru milik Jibril. Walaupun Jibril tampak tenang setakat ni, seram wo! Aura karismatik dia tu, terlalu tinggi.

"Okay, takde. Takpe. Let me choose then". Dia kembali ke tempatnya dan mengambil senarai nama pelajar yang berada di atas mejanya.

"Mampus lah aku kalini". Alia menyorokkan wajahnya di sebalik iPad miliknya yang besar giler giler tu.

"Aku taknak wey bekerja dengan dia". Ana membuka mulut.

"Aku lagi lah taknak!". Ini suara Afra.

"Thaqif Azmi... nope". Nampak la juga Thaqif hembus nafas lega tadi.

"Qaisara Amelia... nope". Yang ni pula nampak murung aje, tadi bersinar-sinar sangat anak mata bila Jibril sebut nama dia. Dalam banyak-banyak orang, dia je kut yang NAK bekerja dengan Jibril. Dasar gat--.

"Ha, yang ni. Saya nak pilih yang ni la".

Masing-masing menelan air liur perit. Nampaknya Jibril dah buat keputusan.

"A...".

"Haha bye gang. Aku mati lu...". Alia menutup matanya. Macam betul-betul pengsan.

"Afra Naila Qhadija. I choose her because I like her name. Boleh, Naila?".

Kalini, Afra betul-betul menggelongsor daripada kerusinya. Nasibnya betul-betul malang harini. Semoga la dia tak jatuh longkang nanti. Kalau tak, harini lah hari paling malang buatnya.

" Tak boleh!". Dia sedikit menjerit.

" Apadia? Saya kurang jelas lah".

"Wey, berani betul kau menjawab". Alia menyiku Afra.

"Erk, ha boleh boleh Sir Ed".

"Bagus. Meet me after class, okay? I need your phone number". Mengada aje Jibril ni. Padahal dia dah ada nombor telefon Afra. Ke rindu isteri? Ceyy ceyyyy cey.

🐛

"KENAPA pilih saya?". Di kolej, Afra terpaksa menukar kata ganti diri jikalau bercakap dengan Jibril kerana dia takut ada pelajar atau staf kolej yang 'sus' dengan mereka. Tentang hubungan sebenar mereka.

"Saja". Jibril tersenyum sinis.

"Annoying betul". Afra berbisik sendiri.

"Nanti balik dengan I. Kita pergi minum petang sekali, dengan mama semua". Jibril berkata perlahan.

"Mana boleh. Kan dah cakap saya nak pergi picnic dengan ibu dengan Amir".

"Lupa. Kalau macam tu, I minum petang dengan Qaisara jela. Boleh?". Jibril mengoyak senyuman lebar. Cuba untuk menyakat isteri kecilnya yang sudah memerah muka itu. Nak marah sebab kena pilih jadi CR + nak marah sebab Jibril bergurau macam tu.

"Suka hati Sir la. Sir ni, lecturer saya aje. Buat apa saya nak kisah. Saya pergi dulu ya, Sir Ed? Nak makan. Saya lapar". Afra memandang runcing Jibril.

"Hm, okay. Nanti apa-apa saya inform dekat awak okay, pretty princess?".

"Ya!". Afra mendengus geram sebelum berjalan keluar daripada dewan itu. Tak betah nak duduk berlama-lama dengan si annoying itu. Ugh!

🐛

Your daily update is here!
Oh, saje je nak cakap...
Konflik dah dekat hehehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro