7- Beach & You

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KERETA dipandu sederhana perlahan oleh Jibril. Bukannya tidak mahu ditambah kelajuan, namun dia mementingkan pretty princess yang dia bawa ni. Sebab tadinya dah kena bebel. Puas dijeling oleh Afra, akhirnya Jibril terpaksa akur. Kalau tidak nanti, Afra merajuk 18 000 tahun.

Ni kalau Afra takde ni, mahunya dia pecut macam tengah bawa F1. Nama je kerja berpendidikan tinggi tapi kalau dah bawa kereta tu, macam orang takde ilmu pun ada. Oops! Maap bang jago, terkutuk awak pulaknya.

"You pakai segak-segak ni... nak pergi mana?". Afra menilik setiap satu bersatu pakaian yang dipilih sendiri oleh Jibril itu. Sehelai tshirt polo berwarna hitam, white slack and his silver Fossil.

Jibril diam.

Haih, ini pelik ni?

"Edirne Jibril, saya tanya awak ni. Awak nak pergi mana?". Afra bertanya sekali lagi. Geram la dengan Jibril ni, orang tanya taknak jawab!

Ingatkan nak dibuka la mulut tu kan... alih-alih dia diam lagi. Eh apa dia ingat Afra ni patung cendana ke? Tahu la isteri ni cantik, tak payah la buat tak dengar macam tu. Satgi Allah hilangkan nikmat pendengaran tu kan, baru tahu.

"Are you cheating on me?". Amek kau! Dah mula dah perangai setiap wanita di atas muka bumi ini. Apedie? Ha namanya O.V.E.R.T.H.I.N.K.I.N.G. Afra sekarang sedang meruncingkan matanya, menatap Jibril sambil bertanyakan soalan maut itu. Ya, Afra sedang mengalami sindrom itu.

Dengar sahaja soalan itu keluar daripada mulut isteri kecilnya, baru lah Jibril mengalihkan pandangannya sekilas ke arah Afra. Sekilas je la. Kang kalau pandang 20 minit kang, terbabas kereta kawan tu.

"Kenapa? You rasa I handsome ke harini?". Tanpa disangka oleh sesiapa pun even makcik sebelah rumah dia sekalipun, Jibril mengambil tangan isterinya. Dia genggam lalu bersama-sama dengan tangannya mengawal handgear kereta itu.

Giliran Afra pula terdiam.

"Hm? Tell me. Atau you jealous? You takut I keluar dengan perempuan lain ya?". Tangan kanan Afra yang digenggam itu diusap perlahan membuatkan Afra betul-betul menjadi patung cendana dengan situ.

"Jangan risau, Naila. I don't do cheating. Im loyal even this marriage isn't what I actually want but trust me, Im loyal". Dia ulang ayat Afra.

'This marriage isn't what I actually want'.

Jibril ulang ayat yang pernah Naila ucapkan di malam pertama selepas selesai akad nikah mereka. Kan dah kata, Jibril ni akan ingat setiap bait bicara isterinya itu.

"... even if you tak cintakan I and I tak cintakan you sekalipun, Jibril you ni ialah seseorang yang setia. Do you get it pretty princess?". Kata-kata dia... Kata-kata Jibril sebetulnya menyentuh hati Afra. Ini bukanlah luahan perasaan cinta, namun dia tersentuh. Dia suka dengan kata-kata Jibril yang satu ini. Pure.

" Pretty princess? Faham tak?". Afra angguk sekali namun Jibril tidak sempat melihatnya, membuatkan si suami bertanyakan soalan yang sama buat kali kedua dengan struktur yang agak berbeza,

"My pretty princess? Kenapa diam ni? You marah ke? Ala, I nak pergi brunch ajela dengan Danish, Zhariff and Imran. Tak boleh ke? Kalau tak boleh, I ikut you pergi berkelah dengan Amir". KENAPA JIBRIL JADI BAIK SANGAT HARINI? ISH! TAK JADI AFRA NAK MERAJUK.

"Pergi la".

"Sure? You don't seems to be okay with it".

"Mestilah tak okay, you reject I untuk mereka bertiga kut...". Perlahan sahaja Afra menuturkan kata-kata tu. Berharap la yang Jibril si telinga lintah ni tak dengar. Haih... bagai tikus membaiki labu sahaja usaha Afra itu.

"Kalini je okay? Lagipun you tahu kan kenapa I tak suka pergi pantai".

"Hm". Ya, Afra tahu. Sebab pasir-pasir pantai tu akan mengotorkan seluar putihnya. Jibril kan perfectionist. Kotor sikit, terus dia tak nak pakai dah. Tak kemas katanya. Heh.

"Terima kasih, Naila. Apa-apa pun, you cantik harini walaupun I tak berapa suka sangat bow besar gedapak kat atas kepala you tu". Jibril menggunakan tangan yang menggengam tangan Afra tadi lalu mencabut ikatan reben besar di atas kepala Afra itu membuatkan isteri kecilnya merengek.

"Jiji!".

"Better". Tangan Afra digenggam semula dan dibawa ke bibirnya untuk dicium lembut. Kembali terpegun wanita itu. Rasa macam tak percaya yang Jibril sedang melakukan semua ini. Biasanya dia yang suka ber-physical contact dengan Jibril. Harini ajaib sikit.

"Hodoh la rambut I". Afra mencebirkan bibirnya. Ala comelnya! Mesti Jibril rasa nak cubit bibir tu sekarang kan? Baik ko mengaku je Jibril.

"Cantik. Naila cantik".

Kereta diberhentikan sebaik sahaja pernyataan itu habis terkeluar daripada mulut Jibril. Sekarang, mereka sudah sampai ke pantai yang ditujui. Memakan masa selama 20 minit jugak.

"Dah ada duit ke?". Jibril bertanya. Rambut isterinya itu dibaiki sedikit dek kerana tindakannya yang mencabut reben itu menyebabkan rambut Afra sedikit berserabai.

"Takde. Tak sempat nak keluarkan lagi tadi. Tapi takpela since I nak berkelah je. Amir pun dah bawa bekal daripada rumah".

"Betul ni?".

Afra angguk sekali.

"Marahkan I lagi?".

"Kenapa pulak?".

"You tak banyak cakap pun. Biasanya kalau nak turun kereta, you sibuklah nak cium pipi I. You sibuk nak pesan macam macam. Harini takde pun? You masih marahkan I?".

"Takdela. Okay la, Jiji. I pergi dulu tau? Kirim salam dekat kawan-kawan you tu. Cakap kat diorang, lain kali jangan suka-suka hati culik husband orang. Hempuk baru tahu". Tangan dihulur untuk menyalami tangan lelaki itu. Rutin hariannya mulai dari haritu lagi. Misi berubah ke arah menjadi isteri solehah kiut miut buat Jibril.

"Sure. Take care, pretty princess. Ada apa-apa, telefon. Dah nak balik, telefon". Kepala wanita itu digosok perlahan oleh Jibril tatkala Afra mencium tangannya.

"Okay!". Ha baru ceria sikit.

Baru je Afra nak buka pintu, pergelangan tangannya ditarik oleh Jibril.

"Huh?". Berkerut-kerut dahinya, kepelikan.

"Mana kiss I?". Terkejut Afra dibuatnya apabila kata-kata itu secara sengaja dikeluarkan daripada mulut Jibril. Makhluk mana yang dah masuk dalam badan Jibril sampai dia jadi macam ni harini?

"Sini".

Chup!

Afra mencium sekilas pipi Jibril dan berlari keluar daripada kereta itu. Sedikit malu. Sedikit la. Manakala Jibril yang masih berapa di dalam kereta itu menyentuh lembut bibirnya sendiri.

"I thought she wanna give it here". Mengeluh kecil Jibril dibuatnya. Mengada betul! Suami siapa ni, sila lah kutip.

Enjin dihidupkan semula dan dia pergi meninggalkan kawasan itu tatkala figura isterinya sudah berpelukan bersama adik iparnya, Amir.

🐛

"NI ibu masak ke, kau yang masak?". Afra bertanya sambil mulutnya melumatkan pasta yang dibawa oleh Amir daripada rumah itu.

"Eh hello, of course lah aku". Amir melentokkan tangan kanannya ke bahu. Ni mesti kes nak riak ni sebab dia pandai masak. Bagus betul lah si Amir ni, ish ish ish.

"Ye ke? Boleh percaya ke?". Afra meruncingkan matanya.

"Tak nak caye, sudah". Bibir dimuncungkan dan badannya dipusingkan membelakangi Afra. Amir ni, memang suka merajuk dengan kakaknya yang satu ini. Yela, satu-satunya adik beradik yang dia ada. Merajuk dengan Afra, bergaduh dengan Afra, menangis pun dengan Afra. Soulmate lah diorang ni dalam kata ringkas.

"Yela yela, Amir ku sayang. Adik hamba ni memang pandai memasak. Dah la handsome, makanan yang dimasak sedap pulak tu. Tapi sayang...". Kata-kata akhir Afra yang tidak bersambung itu akhirnya berjaya menarik perhatian Amir.

"Tapi sayang apa?".

"Single! Welpp!". Afra bangun daripada tikar mengkuang yang juga dibawa daripada rumah itu lalu berlari ke pesisir pantai yang tampaknya damai sahaja itu.

"Kuangja ko kak!". Dan Amir pun apa lagi, terus kejar bagai nak rak la kakak dia tu.

Tapi Mir....

Dia memang single pun. Entah la apa yang kurang. Rupa, ada. Berduit? Keluarga dia berduit. Pandai masak. Gentlemen. Tapi tak tahu kenapa dia masih solo. Padahal umur sudah meningkat 21 tahun. Mungkin sebab dia terlalu rapat dengan Afra kut menyebabkan perempuan lain tak berani nak ngorat dia mengingatkan yang dia dah ada teman wanita.

Haih...
Susah juga ada kakak yang extra cantik ni kan?

Setelah beberapa saat berlari, Afra akhirnya menyerah kalah. Nampak tak betapa rendahnya stamina dia. Sebab tu, jangan ajak dia bersukan. Lagi-lagi joging di waktu pagi tu. Memang dia tarik selimut lah jawabnya. Afra Naila Qhadija ni adalah seorang wanita yang tidak produktif langsung.

"Okay cop cop! Aku mengalah. Penatttt!".

"Tahu takut!". Amir turut termengah-mengah.

Mereka akhirnya mengambil tempat duduk di persisir pantai yang tak lama lagi akan memaparkan sunset yang sungguh cantik itu.

"Fuh! Penat. Laju jugak kau lari, Ra". Amir menyapu-nyapu tangannya yang terkena pasir pantai itu.

"Memang arh! Aku ni nampak je lemah hehe". Kat hujung ayat dia tu, dia gelak seram.

"Wuish kau ni! Rupa dah cantik dah, gelak macam nenek kebayan!".

"Aku cantik ke?". Afra bertanya, meminta kepastian.

"Boleh la...".

"Cuba ambil gambar". Telefon pintar miliknya dihulurkan dengan sang adik tercinta.

"Eleh, nak hantar dengan Abang Edirne lah tu kan?". Amir mencuit-cuit bahu Afra, mengusiknya. Hanya dia sahaja tahu bahawa betapa sayangnya Afra dekat Jibril. Afra sendiri pun tak tahu.

Macam mana Amir tahu?

Daripada mata Afra setiap kali dia bercerita tentang Jibril. Ya, dia tahu. Ahli nujum pak belalang ku ni! Tapi, dia hanya tunggu masa je nak bagitahu Afra sendiri.

"Sibuk arh kau! Cepat la".

"Okay okay, senyummm!".

Kecekak!
Kecekak!
Kecekak!

Tiga gambar diambil sekaligus.

"Okay, sip! Cantik Ra. Aku hantar eh".

"Hantar ke ma--".

"Hantar dah".

"Cilak--". Hampir sahaja Afra mencarut namun terhenti tatkala merasa titisan air hujan ke atas wajahnya.

"Eh hujan! Kau tunggu sini jap, Mir. Aku nak pergi kemas barang. Kau tunggu tau! Jangan main air pulak! Bahaya!". Afra lalu meninggalkan Amir sendirian di situ bersama telefonnya.

Amir pun apa lagi, terus dia ambil telefon Afra dan mulai merekod satu video ringkas untuk dijadikan kenangan mereka berkelah pada hari itu.

"Wassup everybody! In this video, I wanna thank my sister for being my loveliest sister ever! Aku harap nanti aku dapat anak saudara yang comel comel! Aku tahu video ni random, tapi suka hati aku la! Okay, tata!". Butang 'stop' ditekan dan telefon milik Afra yang digunakan untuk merakam video nya sebentar tadi dimasukkan ke dalam poketnya.

5 minit menunggu Afra di situ, Amir sudah mulai bosan. Perlahan-lahan dia menghalakan kakinya ke arah air pantai itu.

🐛

Done update!
Next chapter, will be the conflict hehe.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro