8- Blaming

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"AMIR, jom--". Kata-kata Afra tiba-tiba terhenti tatkala kelibat Amir tidak sedikit pun terlihat oleh pancaindera nya. Ruang pantai yang kini sudah dilebati oleh hujan itu terlihat sunyi sahaja. Tiada lagi suara-suara adik kesayangannya.

Afra berlari kecil ke arah tempat duduk mereka berdua setelah berkejaran sebentar tadi. Kepalanya terteleng-teleng, masih mencari kelibat Amir. Batang hidung mahupun bayang lelaki itu pun tidak kelihatan. Sampaikan basah kuyup dress khaki miliknya.

"Amir! Kau kat mana! Jangan main-main lah. Aku dah nak balik ni!". Afra meletakkan kedua-dua tangannya di sisi mulutnya dan mulai memekik memanggil jejaka itu.

Lama-kelamaan, dia seakan tersedar sesuatu.

"Amir... Tak lawak tau, Mir".

Sebuah telefon yang terdampar tidak jauh daripada tempat mereka duduki itu, Afra capai. Itu ialah telefon miliknya yang sempat dimasukkan oleh Amir ke dalam poket seluarnya sebentar tadi. Telefon itu sudah sedikit basah namun untungnya, masih boleh dihidupkan.

Makin lama, kenyataan semakin menerjah minda Afra. Amir sudah...

"AMIR! KAU JANGAN BUAT AKU MACAM NI!". Matanya sudah mula mengeluarkan air mata tanpa henti. Apa yang dia takutkan pada akhirnya menjadi kenyataan juga. Apa yang dia bimbangi sejak daripada dalam kereta tadi, akhirnya terjadi.

Baru sahaja Afra yang teresak-esak itu ingin berlari ke arah pantai untuk mencari Amir, pinggangnya sempat dipeluk dari belakang oleh Jibril yang tiba-tiba sahaja hadir itu.

Pukul 6.35 petang. Tepat Jibril hadir untuk menjemput Afra seperti mana sudah dipesan.

"Naila, no. You nak buat apa ni?! Hujan ni Naila!". Jibril menjerit, melawan kuatnya bunyi deruan laut yang semakin bergelora dipasangi pula dengan air hujan yang semakin deras jatuh menimpa bumi itu.

"Jiji! Amir! Amir ada kat situ. Amir lemas Jiji! Awak tak faham, dia satu-satunya adik saya, Jibril!". Dada bidang Jibril dipukul kuat olehnya, minta dilepaskan. Dia perlu pergi untuk menyelamatkan adik kesayangannya itu. Dia tidak mahu kehilangan adiknya yang hanya ada seorang itu.

"NO! You listen to me! Kita report polis dulu! Bukan dengan cara macam ni, Naila!". Jibril semakin lantang menengking Afra, bukannya sengaja namun dia hanya ingin mementingkan keselamatan wanita itu. Mati hidup balik pun, dia tak akan bagi Afra pergi berenang dekat pantai tu untuk menyelamatkan Amir.

Afra yang sudah seperti hilang arah itu menangis dengan kencang di dalam pelukan Jibril, sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Fikirannya sudah tidak waras lagi. Bagaimana jika dia betul-betul kehilangan Amir? Bagaimana jika Amir betul-betul lemas?

Jibril yang membawa Afra ke sebuah pondok untuk melindungi diri mereka daripada hujan itu sibuk sedang bercakap dengan operator panggilan kecemasan yang ada di hujung talian.

"Ya, Pantai Teluk Intan".
"Baik".
"Baik, puan".

Gagang diletak. Fokusnya kemudian beralih ke arah Afra yang masih memberontak ingin melepasi diri daripada pelukan kemas Jibril. Namun, masih juga tidak berhasil. Mana mungkin Jibril ingin melepaskan isterinya itu. Biarpun sekarang ini, Afra sudah meraung umpama orang gila. Tetap dia tak akan lepaskan Afra. Tak akan.

🐛

PAM!

Bergema lorong hospital itu mendengar tamparan hebat yang diberikan oleh Puan Saleha kepada anak perempuannya itu. Berbirat pipi Afra apabila tamparan itu jelas-jelas ialah tamparan kedua yang diterima. Satu tadi daripada Encik Shamsuddin, dan ini daripada Puan Saleha pula. Afra hanya mampu menahan sakit dan menangis sampaikan suaranya sudah tidak terdengar lagi.

"KAU MEMANG ANAK TAK GUNA! SANGGUP KAU BUNUH ADIK KAU KAN?! DIA SATU-SATUNYA ADIK KAU LA! KAU SEDAR TAK?!". Kuat Puan Saleha memaki dan memarahi satu-satunya anak perempuannya itu. Tika ini, Jibril tiada kerana pergi sebentar untuk menguruskan hal pembayaran hospital.

Hospital?

Ya. Jenazah Amir sudah ditemui tepat jam 1900 tidak jauh daripada kawasan pantai tersebut. Amir dibawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia.

Tatkala ini, seluruh ahli keluarga Afra menyalahinya. Seluruh beban diletakkan ke atas bahunya. Seolah-olah memang dia ialah pembunuh adiknya. Adakah mereka semua lupa bahawa itu semua ialah ketentuan Allah S.W.T? Kenapa patut Afra dipersalahkan pula? Adakah mereka cuba untuk menentang takdir Allah?

"AKU CAKAP, TAK PAYAH PERGI! KAU PERGI JUGAK! DASAR ANAK TAK GU--". Baru sahaja Puan Saleha ingin menampar Afra sekali lagi, tangannya ditahan oleh Jibril yang selalu sahaja muncuk tepat pada masanya. Afra's saviour.

"Tolong jangan sentuh isteri saya. Sekali lagi saya tengok ibu pukul isteri saya, saya tak akan maafkan ibu". Mata Jibril tajam memanah kedua ibu bapa mentuanya itu. Betapa dia marah apabila melihat dan mendengar daripada kejauhan yang kedua orang itu sedang menengking, memaki dan memukul isteri kesayangannya ith. Nasib baik, dia sempat datang.

"Yang Ed nak bela sangat perempuan ni kenapa?! Dia bunuh adik ipar, Ed. Ed sedar tak?". Tengking Puan Saleha lagi bersabung dengan kilat di luar bangunan hospital itu.

"Jangan fitnah isteri saya. Jangan fitnah Naila kalau ibu belum tahu cerita sebenar". Tangan Afra yang sudah kelihatan lemah itu digenggam perlahan. Badan wanita itu ditarik ke belakangnya. Melindungi dia sepenuh daya yang ada.

Apabila pergaduhan itu didiamkan dengan aliran air mata Puan Saleha yang sedang tertunduk, buat beberapa ketika, wanita separuh abad itu bersuara lagi,

"Mulai sekarang, Afra Naila Qhadija bt Shamsuddin, kau bukan lagi anak aku. Malah kau seorang pembunuh kejam! Sanggup bunuh darah daging sendiri! Aku tak nak tengok lagi muka kau lepasni! Aku menyesal pernah ada anak macam kau!". Kata-kata Puan Saleha itu seumpama belati yang menikam, membelah, menghiris dan melukai hati Afra. Seorang anak perempuan yang dulunya pernah dikasihi sepenuh hati.

" Ibu! Jangan buat Afra macam ni!". Afra melepaskan tangannya daripada genggaman Jibril dan melutut di hadapan Puan Saleha. Tangisan yang tadinya sudah kering, mulai melimpah semula. Kali ini, dengan lebih kencang.

"Jangan sentuh aku!". Kakinya digunakan untuk menjauhkan Afra daripada terus melutut di hadapannya. Terdorong wanita berumur 23 tahun itu ke belakang.

"Puan Saleha! Minta tolong ya, jangan apa-apakan isteri saya! Sikit calar yang terbit dekat permukaan kulit dia, sampai mati saya tak akan pernah maafkan Puan. Izinkan saya bawa isteri saya pergi". Tidak menengking namun cukup tegas Jibril memberikan pesanan sebelum mengangkat badan Afra yang sudah tidak bermaya itu untuk dibawa pergi.

"Dan satu lagi, jangan sampai tindakan Puan Saleha akan membuatkan saya hilang rasa hormat dengan diri Puan sebagai ibu mentua saya. Assalamualaikum". Jibril berlalu pergi sambil memapah isterinya setelah memberi amaran terakhir itu, sedikit pun tidak berpaling ke arah Puan Saleha.

🐛

Sorry sayang-sayang ku, lewat sikit update harini.
But... Here you go!
Enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro