Special Chapter 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(a/n: okay, i've made my decision. author akan stop menulis kisah diorang ni, kali ni mmg betul-betul, bila buku ni reach 50 parts hehe)

...

"Kenapa belikan saya ni?". Aku mengerutkan pelipis dahi ku sejurus sahaja kepala ku menjenguk ke dalam beg kertas yang baru sahaja dihulur oleh Khai itu.

"Pertama sekali, boleh tolong bukakan tali leher ni tak? Aku panas". Macam lah tak pernah buka sendiri.

"Buka sendiri, tak boleh ke? Suka menyusahkan orang".

"Bukan susah pon kan?". Katanya sambil...

Dengup jantung ku entah kenapa menjadi serba sedikit kencang sewaktu dia mengenggam kedua tangan ku lalu membawa mereka ke arah lehernya. Kedua-dua tangan itu kemudiannya di'guide' olehnya untuk meleraikan tali yang melilit lehernya itu.

Seminit kemudian,

"Dah. Ha, tak susah pon kan?". Sempat lagi dia mencium dahi ku sekilas sebelum tersenyum manis.

"Lupa nak cakap. Assalamualaikum princess, im home. Assalamualaikum baby, papa dah balik". Dia mencium dahi ku sekali lagi dengan agak lama. Kemudian, dia merehatkan bibirnya di atas perut ku pula.

He...

Perut ku serba sedikit diusap olehnya. Sesekali dia menekap telinganya ke situ, ingin mendengar si kecil di dalam mungkin?

"Baby macam mana? Nakal tak harini? Ada susahkan kau?". Kepalanya diangkat. Dia bertanya.

"Dia aktif sikit harini. Penat". Aku cuba untuk mengawal riak wajah ku daripada tersenyum malu. Tersenyum malu? Alamak! Aku dah jatuh cinta ke dengan dia? Bukankah aku teramat membencikannya?

"Kenapa tak call?".

"Call?".

"Yela, mana tahu nak suruh aku balik, tolong apa-apa".

Heh!

"Bukannya awak boleh pindahkan dia masuk dalam perut awak buat sementara waktu pon". Aku mencebik. Kalau boleh lah macam tu, dah lama aku bagi.

"If that will lessen your burden, imma do that". Khai mengukir senyuman manis lagi. Ah aku tak kuat! Terasa nak pengsan sahaja setiap kali tertengok senyuman dia. Manis sangat!

And aku mengaku ye, dia memang handsome!
Kulitnya yang sawo matang, rambut hitam tersikat rapi bersama gel rambut yang baunya wangi gila dan warna anak matanya yang walaupun hanya bewarna coklat tapi amat memesonakan!

"Ye ye je".

"Tak caya sudah. Anyway, pasal baju ni... Esok kan cuti. I mean, weekend. Kawan aku ada buat gender reveal anak dia dekat pantai esok. Kita pergi, okay? Kau pakai baju ni". Dia mengeluarkan sehelai fluffy dress panjang yang bewarna biru air laut.

cr: pinterest

Cantik. Gaun itu sungguh cantik.

"Saya tak nak pergi". Macam biasa. Benda pertama yang aku akan buat bila dia ajak aku ke mana-mana.

"Kenapa?". He made this face [:(]

Com-

"Saya kan gemuk. Mana muat baju ni".

"Ala, princess terasa lagi ke? Aku betul-betul minta maaf pasal haritu tau. Niat aku nak bergurau je. Takdela sampai nak buat kau terasa, nangis bagai".

"Dah kalau saya tak terasa sekali pun, dress tu still muat ke? Saya mengandung, Khai. Mana muat". Tangan ku mengambil iPad yang ada di atas meja itu lalu membuka kartun Barbie yang sudah terpampam di skrin.

Niatnya nak tengok Barbie lah tadi. Tengok-tengok Khai balik dulu. Nanti kalau aku terlalu fokus tengok Barbie sampai tak bercakap dengan dia, mula lah nak merajuk. Pastu mengadu kat baby. Buat bising je anak mama nak tidur.

"Muat la, princess. Baju ni aku tempah khas daripada minggu lepas lagi. Pakai lah eh. Pastu ikut aku pergi pantai esok, okay?". Bersungguh-sungguh dia cuba untuk memujuk aku.

"Mati ke kalau saya tak pergi? Tak pon kan?".

"Tak mati. Cuma, nanti aku sunyi la. Yela, diorang semua bawak girlfriends, wives. Aku? Ada wife, takkan tak nak bawa. Kau kan isteri aku, sayang". Kepala aku digosok-gosok olehnya. Nasib baik rambut sudah diikat, takdela serabai sangat apabila terkena sentuhan tangan Khai tadi.

"Hm, tengok lah nanti. Dah la, saya nak masuk tidur. Mengantuk". iPad yang ada di tangan, aku letak semula ke atas meja.

"Tidur kat mana?".

"Bilik saya la".

"Are you sure, princess? Kalau dah keluar, jangan masuk balik". He smirked playfully.

"Perasannya!".

"Hey, bukan kau ke yang suka hati masuk bilik aku setiap malam. Bila orang tanya, salahkan baby. Asal tak cakap je yang kau tu sebenarnya tak boleh tidur kalau takde aku kat sebelah kan? Bukannya tahu salahkan baby je. Kesian anak papa".

Betul juga apa yang dia cakap tu. Semenjak aku megandung ni, aku tak boleh tidur kalau takde dia dekat tepi. Rasa macam kosong. Rasa macam nak ada orang peluk.

"Bising la, membebel! Macam mak nenek!".

"Aku tanya last ni, kau nak tidur mana? Kalau dah masuk bilik kau, aku kunci pintu bilik aku nanti". Ya Allah, kejamnya!

"Ish, tak tahu la!".

"Tidur je dengan aku. Okay, sayang?". Dia menghampiri ku lalu memeluk pinggang ku. Kepalanya direndahkan sedikit lalu dia mencium bau di sekitar leher dan collarbone aku.

"Best nya bau kau. Bau ibu mengandung ni, memang best ke?". Hidung masih lagi bergesel dengan kulit di sekitar leher ku. Membuatkan aku terpaku di situ. Takut pon ada.

"Get off, you pervert!". Aku menepuk-nepuk bahagian belakang badannya. Baru lah dia berhenti dan melepaskan pelukannya.

"Tidur dengan aku, okay? Jom masuk bilik. Kau tak elok tidur lewat. Ni pukul 9 ni, okay la tu, masa untuk tidur". Dah pukul 9? Bila difikirkan balik, lewat juga dia balik kerja harini. Eh, lewat sangat la!

"Hm".

"Alright, princess. Come on". Dia menghulurkan tangannya. Aku yang akur itu, menyambut sahaja.

...

"Come. I know you want my hug. Jangan lah sombong sangat". Ish, macam tahu-tahu je!

Tapi, dia tak pakai baju. Patut ke aku hug dia?

"Tak nak. Awak tak pakai baju. Tak suka".

"Eh aku sengaja tak pakai baju, nak kasi kau suka. Nanti boleh pegang-pegang roti aku". Dia tersenyum bangga.

"Saya tak gatal macam awak".

"Banyak cakap la kau ni. Meh sini". Dengan sekali tarikan sahaja, aku sudah berada di dalam dakapannya.

Badan ku aku geser sedikit untuk menghapuskan jarak antara kami. Tangan kecil ku memeluk pinggangnya. Muka diselesakan di bahagian dada atasnya. My favourite sleeping position.

"There you go. Goodnight, Khairina. Aku sayangkan kau, kau ingat tu". Dia mencium ubun-ubun ku.

"Hm".

...

Esoknya...

PENAT! Itu sahaja yang aku tahu. Aku penat! Penat buat apa?

Penat hidup.

Eh takdela.

Penat main air dekat pantai tadi. Habis basah aku punya gaun yanh cantik macam tuan dia ni :( Rambut pon semua dah serabai.

Kini, aku hanya terbaring kepenatan di bahagian tempat duduk belakang kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi Khai dengan kedua kakiku diletakkan di atas peha Khai. Sanggup pula dia menahan kan? Habis basah seluar dia yang pada asalnya tak basah tu.

Tangannya perlahan-lahan mengurut kaki ku yang agak bengkak itu.

"Penat?".

"Hm".

"Tidur la, nanti dah sampai, aku kejut".

Aku cuba untuk menarik kaki ku daripada atas pehanya untuk diringkukkan ke bawah. Yelah, risau pula kalau peha dia yang basah. Tapi, tangannya menghalang niatku.

"Kenapa? Letak jela kaki tu. Biar aku urut sementara nak sampai rumah ni".

"Nanti seluar dan peha awak basah".

"Takpe. Letak je". Dan aku menurut sahaja katanya.

Betapa best nya dia urut tapak kaki itu, sampai tak sedar yang aku sudah hanyut ke alam mimpi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro