Special Chapter 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ouch!

Terasa seperti ada benda yang mencucuk je peha aku. Atau lebih tepat lagi erk... punggung aku?

Aku yang sedang duduk di dalam kereta yang dipandu oleh Khai untuk ke pasaraya itu langsung tidak selesa. Terasa seperti ada sesuatu di tempat duduk aku. Terus aku mengubah-ubah kedudukan aku. Berharapkan yang benda tu akan hilang.

"Princess kenapa? Aku tengok macam tak senang duduk je. Cuba jangan aktif sangat". Dia yang sedang memandu itu tergelak kecil.

"Saya rasa macam ada something la kat tempat duduk saya ni". Tangan ku seterusnya cuba untuk menggapai sesuatu itu.

Sesaat,
Dua saat,
Tiga saat...

Ha, gotcha!

Aku terdiam seketika apabila melihat benda yang dijumpai.

"Princess jumpa apa?". Dek kerana terlalu fokus memandu, dia sampaikan tidak terlihat tangan ku yang sedang memegang sebiji, sebuah, sehelai, se ape entah. Tapi yang penting, I found a single nude coloured fake nail in HIS CAR.

"Kenapa tak suruh girlfriend awak letak dalam bag je fake nail dia ni? Dah la tajam". Aku perli dia. Kuku itu dibuang ke bahagian atas dashboard. Aip aip, jealous ke Khairina? Ish, mustahil lah!

"Oh sorry sorry. Dia lupa lah tu. Takpun, tertanggal". WHAT?! Jadi, memang betul lah dia ada girlfriend? Entah la dia saja nak bergurau atau memang fakta.

Terus aku diam membisu.

"Kenapa kau diam? Jealous bila tahu aku ada girlfriend? Bukan ke kau tak suka aku?". Dia bernada gurau. Suka sangat bergurau perkara-perkara yang boleh menyentuh perasaan orang. Aku ni dah la cepat terasa dan menangis sejak kebelakangan ni. Eh-

"Siapa cakap saya jealous? Suka hati awak la nak ada berapa banyak girlfriend pon. Saya cuma tegur pasal kuku tu je. Sakit tahu tak tercucuk peha saya!". Takde masa aku nak cemburu bagai. Bukannya ada faedah pon. Suka hati dia la nak ada girlfriend ke, side chick ke, isteri baru ke. AKU. TAK. KISAH!

" Hurm... Baby, cuba tanya mama baby tu. Dia cemburu ke kalau papa ada girlfriend?".

" Eh, jangan bercakap dengan baby saya benda-benda mengarut macam tu okay? Nanti dia jadi playboy macam awak!". Mata ku tajam menjelingnya. Tapi, boleh pula dia gelak-gelak. Geram betul aku!

" Bila masa pula aku ni playboy? Daripada 2 tahun lepas lagi aku dah berhenti jadi playboy. Sejak aku jumpa kau. Aku ada dan sayang kau je sekarang ni. Kau je yang tak pernah nak nampak".

Aku terdiam lagi.

Daripada bincang pasal kuku palsu je, terus bertukar jadi situasi janggal.

"Suka hati la".

"Tu kuku Mia lah. Dia kan suka pakai kuku palsu. Tadi, Shah ada pinjam kereta ni, pergi lunch dengan Mia sebab kereta dia pancit. Kau lupa ke yang ni warna kuku Mia?". Aku terdiam lagi mendengar penjelasannya.

"By the way, kau nak makan apa? Nanti aku beli barang dengan supermarket, lepastu aku masak untuk kau?". Nak ambil hati aku lah tu.

"Nak makan tu...". Perlahan sahaja suara ku meminta. Yela, tadi marah sangat. Pastu, bila dia offer nak masak, mula lah aku tergedik-gedik nak request lauk.

"Makan apa? Makan aku?". Eh bongok betul lah manusia bernama Amirul Khairin ni. Aku rasa nak hempuk je kepala dia. Nasib baik dia tengah memandu.

"Apa awak ni? Malas lah saya nak request".

"Eh la, sorry la. Dah kau tu yang 'nak makan tu, nak makan tu'. Aku mana tahu kau nak makan apa. Aku mana boleh baca hati kau".

"Yela-yela, saya nak makan Chicken Mentai Rice Japanese version punya. Tadi, tengok orang makan dalam tv, terliur. Pastu, awak tambah la cheese nanti. Saya suka cheese! Pastu saya nak makan donut coklat. Taknak yang beli, nak yang awak buat. Awak buat eh? Awak kan pandai masak hehe". Aih, tiba-tiba banyak pulak mintanya aku ni. Tadi bukan main, bermasam muka, sebelum keluar rumah tadi.

"Banyak nya. Mana sempat princess. Dah pukul 8.30 ni. Kita kena dinner pukul 9.30 untuk kau tidur awal. Sejam je ada masa. Chicken Mentai Rice tu sempat la. Donut tu tak kot. Donut tu, aku buat lepas balik kerja esok, okay?". Sebelah tangannya dibuangkan daripada stereng lalu diarahkan ke perut ku untuk diusap.

" Tapi... Saya nak malam ni".

"Tak boleh, princess. Lagipun, donut tu manis. Mana elok makan malam-malam. Esok okay? Esok lepas kerja, aku janji, aku terus buat. Hm?".

Dan aku pon terpaksa akur. Terpaksa sedut balik air mata. Takut, dilabel manja dan mengada pula oleh dia dan korang nanti. Yela, readers kan tak suka heroin kuat nangis. Kan?

" Tak payah nak cover sangat. Nak nangis tu, nangis jela. Macam la aku tak biasa dengan kau tu. Tak dapat makanan sikit, nangis. Dah, nangis, merajuk je. Nanti aku pandai-pandai la pujuk". Berserah betul bunyinya tu.

...

Ding, dong!

"Khai ke?!". Aku menjerit daripada ruang tamu.

"Haah!". Ha, memang betul lah tu suara dia.

"Buka lah sendiri, saya malas nak bangun! Pintu tak kunci!". Aku berteriak lagi dengan popcorn yang penuh di dalam mulut ku. Fokus ku kemudiannya, kembali kepada skrin televisyen. Menonton Youtube mukbanger terkenal, Boki.

Tiba-tiba, tanpa angin, tanpa ribut, terasa plastik bertih jagung yang ada di tangan ku, dirampas kasar.

"Kenapa tak kunci pintu?". Dia berdiri betul-betul di hadapan ku, menghalang pemandangan ku. Dah la part Boki tengah gigit ayam crispy tadi. Potong jela Khai ni!

"Ish, tepi la". Mendongak untuk bertentang mata dengannya, aku berkata.

"Aku tanya ni, sayang. Kenapa kau tak kunci pintu? Bahaya tahu tak?".

"Awak ni kan. Ingat saya bodoh sangat ke? Ingat saya tak tahu yang awak dah install device berpenggera yang boleh detect muka selain muka saya dan awak dekat depan pintu tu? Bila ada orang asing datang, telefon awak akan dapat notification kan? So, tak payah lah saya kunci pintu". Panjang lebar, aku beri alasan.

"Aku pasang Dinasour-". Ya, nama device tu 'Dinasour'. Buruk betul pilihan nama.

"-device tu, tak semestinya kau tak perlu kunci pintu. Buatnya aku tak sempat balik kalau ada orang nak pecah masuk?". Ha, kan dah kena bebel. Menjawab lah lagi, Khairina.

"Tapi kan...". Dia melabuhkan punggungnya di sofa sebelum menyambung kata-katanya, "... macam mana kau tahu pasal device tu?".

"Saya baca blueprint yang ada dalam bilik kerja awak".

"Kenapa kau baca?".

"Bosan and saya jumpa blueprint tu atas meja, bersepah. Saya kemas la. Sambil-sambil tu saya baca".

"Oh... Sekarang ni, aku nak pergi dapur, nak buat donut. Nak ikut tak?". Dia bangun berdiri.

Aku memandang wajahnya dan mengangguk.

"Meh. Eh tapi, sebelum aku lupa". Dia mencium dahi ku lama sebelum menatap mata ku dan berkata lagi,

"Assalamualaikum princess, aku dah balik".

Dia kemudiannya membongkokkan sedikit badannya dan mencium perut ku.

"Assalamualaikum baby, papa dah balik kerja".

Dia berdiri kembali.

"Baby macam mana harini? Kau penat tak?".

"Harini okay je. Cuma lapar dan bosan. Daripada tadi, tengok mukbang je".

"Oh lapar eh? Sorry sebab balik lewat". Lewat apanya, baru pukul 4.30.

"Hm".

"Dah, jom ke dapur". Dia meninggalkan bag laptop dan tali lehernya di situ lalu memimpin tangan ku ke dapur.

...

"Nak chocolate warna apa as topping?". Dia bertanya sambil tangannya meletakkan dulang yang berisi tiga pinggan kecil yang di atasnya ada tiga jenis coklat cair. Strawberi, susu dan coklat.

"Nak semua".

"Okay".

Tangannya lalu mula mengangkat satu persatu donut yang masih agak panas tu, siap berasap woo, lalu meletakkan mereka ke dalam setiap satu pinggan kecil yang ada di dalam dulang itu.

Aku ralit memerhatikannya. Dengan baju kerja tak sempat nak tukar. At least, mandi lah dulu. Rehat dulu ke. Kan? Penting sangat ke donut aku ni?

"Khai. Kenapa tak mandi dan rehat dulu? Penting sangat ke donut saya ni?'. Aku menyoal. Berasa ingin tahu.

" Penting la. Tadi cakap lapar, kena lah buatkan untuk kau dulu. Lagipun, daripada semalam kau nak makan kan? Lepas bubuh topping ni, aku teman kau makan. Lepastu, baru aku mandi". Jelasnya.

"Awak tak nak makan ke?".

"Kau nak kongsi ke? Aku buat cukup 25 biji je tau". Siap kira eh?

"Kalau awak nak, ambil lah satu. Satu je tapi!". Keras aku memberi amaran. Siap aku angkat jari telunjuk ke udara.

"Okay, princess. Satu pon dah cukup".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro