1- The Phone Call

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Airin tak nak balik ke? Kalau nak balik, boleh je mama call papa. Takpun, mama pergi hantar". Aku duduk di samping puteri ku yang sedang menonton televisyen sambil mengunyah kerepek pisang bergula itu.

"Tak nak la. Airin nak tidur sini, boleh tak?".

"Tidur sini?".

Dia meletakkan tabung kerepek pisang itu ke atas meja berdekatan dan memandang muka ku dengan puppy eyes miliknya itu.

"Mama tak kisah. Tapi, tanya papa dulu okay?".

"Okay! Tapi, mama call kan".

"Okay, sayang...". Aku mencubit lembut pipi kanannya.

Aku bangun daripada tempat duduk ku dan berjalan ke arah meja makan yang dekat dengan ruang tamu itu untuk mengambil telefon ku.

Aku mendail nombor nya. Tidak lama selepas itu, gagang terus diangkat.

" Hello, assalamualaikum".

"Hello, Khai".

"Eh, ni Khairina ke? Sorry, tak perasan, sibuk sikit ni ha. Tapi, kenapa call ni?".

Aku melemparkan pandangan ku ke arah Airin.

"Airin. Dia nak tidur sini".

"Lah, saya okay je. She is your daughter, right?".

Terdengar dia ketawa kecil di corong telefonnya.

"Okay, i will tell her. Thanks".

"My pleasure".

"Bye".

Aku menurunkan telefon ku daripada aras telinga ku tanpa menutup gagang untuk memberitahu Airin berita gembira itu.

"Airin!". Dia berpaling dan aku tersenyum sambil mengangkat ibu jari ku.

"Bye Khairina, i love you".

Senyuman ku terhenti. Samar-samar sahaja aku mendengar kata-kata itu daripada telefon ku.

Dengan cepat-cepat, aku menutup gagang telefon.

Aku kemudiannya melangkahkan kaki ku, menuju je arah Airin dan duduk kembali di sampingnya.

"Papa kasi kan?".

"Iye, sayang". I ruffled her hair while smiling.

"Thanks mama".

"You're welcome, princess".

Dia kembali menonton televisyen sebelum beberapa saat kemudiannya dia berpaling lagi ks arah ku.

"Mama, lusa cuti sekolah kan?".

"Haah, lusa kan hari sabtu".

"Mama tak kerja lah kan?".

Aku menggeleng lalu bertanya,

"Kenapa sayang?".

"Tak, Tok Ma cakap nanti ada majlis kat rumah dia. Mama ikut erh? Kita pergi sama-sama, okay?". Matanya sekali lagi bersinar-sinar umpama menantikan kata 'yes' daripada ku.

Mama tak boleh sayang...
Tok Ma tak pernah sukakan mama.
Macam mana mama nak pergi?
It must be awkward, right?

" Nanti mama fikir dulu, okay?". Aku mengusap-ngusap kepala anak ku itu.

"Okay, mama!".

"Tapi kan, majlis apa yang tok ma nak buat tu? Kat rumah dia ke?". Aku bertanya kerana berasa musykil.

"Haah, tapi tak tahu majlis apa".

"Dah, Airin tahu dari mana ni?".

"Papa lah bagitahu, hehe".

Aku hanya mampu memberikannya senyuman manis sebelum pandangannya dialihkan ke skrin kaca itu sekali lagi.

...

khairin point of view:

Baru sahaja aku selesai menunaikan solat Isyak, terus aku merebahkan badan ku atas katil. Telefon pintar ku yang ada tersangat lah dekat dengan katil ku itu, ku capai.

Tiba-tiba ia berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

Aik, Khairina?

Tanpa berfikir panjang setelah melihat nama pemanggil itu, terus aku mengangkat panggilannya.

"Hello, Khairina. Kenapa call malam-malam ni?".

Tapi, suara lain yang kudengarkan.

"Papa, tolong Airin".

Suara anak ku kedengaran sedikit cemas menyebabkan aku tiba-tiba sahaja merisaukannya dan...

"Eh Airin, kenapa ni? Mama okay tak?".

... Khairina.

"Hehe, mama okay la. Sorry buat papa risau".

Aku menghela nafas lega.

Pernah aku berkata kepada Airin, sekiranya dia berada dengan mamanya iaitu Khairina dan ada sesuatu yang terjadi, dia perlu menelefon aku menggunakan telefon Khairina.

"Kan papa dah cakap, guna telefon mama bila urgent je. Ha, kenapa call ni?".

"Ala, papa. Sorry la".

"Lain kali, jangan buat papa risau lagi".

"Okay, hehe. Oh, Airin ada cakap kat mama pasal majlis kat rumah Tok Ma tu, tapi mama macam tak nak pergi la. Papa pujuk mama, boleh?".

Rengek anak ku. Nampaknya dia memang betul-betul nak suruh mama nya ikut serta.

Tapi...

Mesti mama akan maki-maki dia kalau dia pergi nanti.

" Okay princess, nanti papa pujuk mama, okay?".

" Okay, papa. Terima kasih. Airin pergi dulu, nanti mama perasan".

Aku tergelak kecil mendengar anak kecil itu berbisik di akhir katanya.

"Okay princess, byebye".

"Bye, papa. Goodnight".

"Goodnight".

Dengan serta-merta dia meletakkan gagang.

Aku bangun daripada katil ku dan berulang-alik ke sana-ke mari untuk mencari idea. Well, nak suruh Khairina pergi majlis tu.

Sebenarnya, aku pon tak pasti mama nak buat majlis apa.

end

...

khairina point of view:

Aku yang sedang termenung sambil mengacau cereal yang ada di dalam mangkuk itu dikejutkan dengan deringan telefon ku sendiri.

Aku menterbalikkan permukaannya untuk melihat nama pemanggil.

Khai

What do he want this time?

Aku melepaskan keluhan perlahan sebelum mengangkat panggilannya.

"Hye".

"Nak apa? Airin dah tidur".

I rolled my eyes while hearing him laugh faintly.

"Eh, marahnya. Kan dah janji tetap jadi kawan, ingat tak?".

Dia bergelak ketawa lagi.

"Ingat. Awak nak apa sebenarnya ni? Saya ngantuk la, nak tidur".

"Eleh, takyah tipu saya lah Khairina. Awak sebenarnya tengah fikirkan something kan?".

Terkejut aku mendengar pernyataan tak terduga yang terkeluar daripada mulutnya itu. Pernyataan yang... benar.

"Haah, kenapa awak sibuk sangat?".

"Sebab saya tahu awak fikirkan apa".

Dia ni pasang kamera tersembunyi or microphone ke kat rumah aku ni.
Semua benda tahu.
Mana boleh percaya sangat lelaki ni.
He is a computer and system programmer.

"Macam awak tahu? Awak stalk saya ke?".

Aku mengecilkan pupil mata ku.

"Takde masa nak stalk awak. Takdela, tadi Airin ada call bagitahu yang dia ajak awak datang ceremony mama tu. Awak pergi tak?".

"Airin?".

"Haah. Dia suruh saya pujuk awak. Thats why im here. Dia nak sangat awak pergi".

Keluhan lembut ku terdengar di corong telefon.

"Khai. Saya bukan siapa-siapa dah dekat dalam family tu. Whats the point then?".

"Awak tu ibu kandung Airin. Masih ada lagi pertalian tu. Awak pergi okay? Kesian anak kita, hm?".

Aku meraup wajah ku.

"Okay. I will go". Setelah seketika, barulah aku memberi jawapan.

"Ha, macam tu lah. This is for Airin, okay? Thanks by the way".

"Hm. Goodnight, i need to sleep".

"Okay, goodnight. I love you".

Setiap kali dia call bila Airin takde, mesti dia akan sebut 3 perkataan terakhir itu. Biasanya aku akan tutup sahaja gagang, tapi harini...

"Stop saying that".

"Saying what? I love you? Why?".

"Cuz i don't love you. Kita dah beberapa bulan berpisah. It will inappropriate. Nanti orang dengar, orang cakap awak tu gila talak, tahu?".

Dia tergelak lagi.

"Say whatever they want. I don't care sebab saya still sayang awak, still tunggu awak, each second in my life".

"Dah la, nak tidur. Bye".

"Bye".

:]
(a/n: ignore the mistakes or typo, im too lazy to fix them)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro