2- Ceremony

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Airin, princess papa! Rindunya". Sampai-sampai je depan pintu rumah aku, terus dia memeluk kemas badan Airin.

"Ish, papa ni. Baru sehari Airin duduk rumah mama". Airin si kecil itu mencubit lembut pipi ayah nya.

Aku yang sedang tersenyum melihat Airin itu seakan baru tersedar sesuatu. Begitu juga dengan Khai.

"Kenapa awak pakai baju pink?". Serentak aku dan dia bertanya kepada satu sama lain.

Airin yang sudah tersenyum-senyum itu berlari kecil ke arah kereta papanya.

"Sorry, Airin yang suruh pakai warna ni". Dia mula membuka mulut lagi.

"Airin?".

Flashback...

"Mama, mama pakai baju pink tau harini".

"Apa-apa je untuk anak mama sorang ni".

Aku tersenyum dan pergi ke arah almari lalu mengeluarkan sehelai cardigan bewarna pink lembut yang labuh semacam dress dan agak jarang di bahagian bawahnya. Terpaksa aku padankan dengan kemeja satin bewarna hitam kepunyaan ku dengan sepasang jeans hitam. Tidak lupa juga shawl yang juga bewarna hitam.

End flashback...

"Takpela, dah nak buat macam mana kan? Ke awak nak tukar balik?". Dia bertanya.

"Takpela".

Dia mengangguk sebelum bertanya lagi,

"Naik kereta saya ke pergi dengan kereta awak?".

"I will drive mine and you will drive yours".

"Okay, see you soon. Bye".

"Bye".

Dia sudah pun berlalu pergi bersama Airin.

Aku menghela nafas panjang sebelum menutup pintu rumah aku menguncinya lalu bergerak ke arah kereta ku.

...

"Assalamualaikum". Aku memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Oh, Khai dan Airin sudah sampai terlebih dahulu tadi. Mungkin mereka sudah masuk.

Aku cuba untuk menelefon Khai tetapi tak diangkat.

Nak masuk 5 kali dah aku memberi salam, masih tiada yang membalas apatah kali membuka pintu untuk ku.

Jelas sekali ada ramai orang di rumah besar itu kerana terdengar suara-suara manusia yang agak membingitkan di dalam rumah itu.

"Takpela".

Before i could turn over, pintu rumah dibuka oleh seorang remaja perempuan.

"Kak Khairina kan?". Dia bertanya kepada ku.

"Haah".

"Akak!". Remaja perempuan itu berlari keluar dan  memeluk kemas badan ku.

Seketika kemudian, dia melepaskannya.

"Akak, ni Lily lah. Adik Abang Khai".

Oh, Lily.

Budak yang peluk aku masa aku nangis masa mula-mula kahwin dengan Khai dulu.

Besar dah dia sekarang. Aku pon dah tak berapa nak ingat.

"Eh, Lily. Besar dah". Aku memegang bahunya.

"Hehe, jom la masuk akak".

Aku tersenyum sambil mengikuti langkahnya.

...

Aku ditinggalkan sendiri di ruang tamu oleh Lily. Katanya, nak panggilkan Khai.

Aik, tadi bising-bising datang dari mana?
Takde orang pon dalam rumah.

Aku duduk di sofa mewah rumah itu sambil menggesel-geselkan kaki ku je karpet berbulu di situ.

"Tunggu saya ke?".

Seorang jejaka melabuhkan punggungnya di sisi ku. Dia bukan lah Khai.

Dia, Khal. Khalis. Adik lelaki Khairin.

Aku yang terperanjat itu terus bangun berdiri. Berasa sedikit takut dan gugup dengan kehadiran lelaki tinggi itu.

"Eh, kenape ni? Relaks lah, dah single kan?". Dia mengambil tindakan yang agak drastik dengan menyambar pergelangan tangan ku ketika aku ingin berlalu pergi.

"Lepas lah!".

"Shh, nanti orang dengar".

"TOLONG! TOLONG!".

Malangnya, jeritan ku itu didengari oleh bekas ibu mertua ku menyebabkan dia segera ke ruang tamu yang jauh daripada para tetamunya itu.

"Hey! Kenape ni?". Dia bertanya kepada Khal.

"Takde, perempuan ni ha".

Eh, aku pulak.

Wanita lebih kurang setengah abad itu mengalihkan pandangannya ke arah ku yang sedang menggosok-gosok pergelangan tangan ku yang sedikit sakit itu.

"Oi perempuan! Siapa jemput kau datang ha?! Kau tu siapa kat sini? Tak ubah macam pelacur lah!". Wanita itu terus menerus menghina dan menunjal-nunjal kepala ku. Segera aku membaiki tudung ku yang agak senget akibat daripada perbuatannya itu.

"Aku tanya kau ni! Kau buat apa kat sini?!".

"Mama, dah la. Kecoh la, malu orang tengok".

"No, Khalis! No! Mama geram dengan perempuan jalang ni! Kau nak sangat datang sini kan? Meh, ikut aku".

Tangan ku terus ditarik olehnya ke luar rumah. Dibawanya aku ke arah kolam renang besar rumah keluarga itu yang mana tepian yang sangat luas dipenuhi oleh kerabat-kerabat berada, tetamu-tetamu Datin Aimuni, mama Khairin.

Pergerakan kaki ku berhenti betul-betul di sisi kolam renang yang besar dan agak dalam itu. Kepala ku berasa sedikit pening melihat air kolam yang membiru itu.

Tangan kanan ku memgang kepala ku. Mencuba untuk menahan sakit yang semakin menaik itu.

"Ladies and gentlemen, ni lah perempuan jalang yang tak malu tunjuk muka kat rumah ni. Geli nak sebut tapi, dia ni la bekas menantu I yang I selalu cerita tu". Dia malukan aku depan puluhan kawan-kawannya itu. Aku diketawakan sakan oleh mereka. Namun, tidak ku hiraukan kerana mata ku yang berpinar dan kepala ku yang semakin sakit itu.

"Puas kau?! Ke nak lagi?". She smirked.

Dan dengan sekali tolakan sahaja, aku sudah terjatuh ke dalam kolam itu.

Terdengar samar-samar suara para tetamu serta bekas ibu mertua ku itu bergelak ketawa.

Kepala ku yang pening itu menyukarkan aku untuk bernafas. Apatah lagi, di dalam air.

"Renang lah! Takkan tak pandai".
"Cetek je pon air tu!".

Masih lagi terdengar kata-kata yang keluar daripada mereka sambil bergelak ketawa itu.

Di saat ini, aku berharap ada orang yang boleh menyelamatkan aku kerana nafas ku sudah mula tersekat-sekat. Sedikit air di dalam kolam itu sudah tidak sengaja memasuki mulut ku yang tercungap-cungap inginkan udara itu.

Tiba-tiba...

Terasa badan ku di udara dan aku bernafas seperti biasa semula.

Terus aku memeluk figura yang menyelamatkan ku itu. Tangan ku dilingkarkan ke lehernya dan kaki ku dipaut ke kedua-dua sisi pinggangnya. Aku membenamkan muka ku ke dadanya.

"Hey, you okay?". He hugged me back and whisper that to my right ear.

Aku hanya mampu menangis di dalam dakapannya dan tak sanggup untuk mengangkat muka ku.

"Shh, its okay". Dia menggosok-gosok bahagian belakang ku dan bergerak membawa aku yang 'tersangkut' di badannya seperti koala itu naik ke 'darat'.

He put me beside the pool while he is still in the pool.

Mulanya, aku tak mahu lepaskan pelukan itu kerana terlalu takut. Namun, perlalah-lahan dia melepaskan tangan dan kaki ku daripada badannya.

Dia memegang kedua tangan ku menatap wajah ku.

"Hey, look at my face".

Muka ku yang basah lencun dengan air mata dan air kolam itu diangkat untuk memandang wajahnya.

Orang-orang di sekeliling terdiam menyaksikan situasi itu.

"Jom, saya hantar awak balik. Saya tak patut ajak awak datang sini".

Kini, dia turut naik ke 'darat' dan bangun berdiri menghulurkan tangannya.

Tangannya disambut dan aku berdiri.

"Boleh jalan tak?".

Aku mengangguk kecil.

...

Dia menyuruh aku untuk membersihkan diri dulu di rumah itu sebelum dihantar pulang

...

"Sorry". Kata maaf itu terkeluar daripada mulutnya.

Aku tidak menjawab.

Pandangan ku, aku lemparkan ke depan. Memerhati jalan yang agak banyak kenderannya itu.

"Nanti tak payah bagi balik lah hoodie dengan seluar tu, simpan je. Baju awak, nanti lepas basuh, saya hantarkan, okay?".

"Ni kan hoodie dengan seluar awak, ambik lah balik. Lagipun besar".

"Dulu pakai, elok je". Dia memandang ku dan tersenyum.

Aku menghidu-hidu bau hoodie itu.

Masih lagi bau haruman sabun basuh baju yang sering aku gunakan dulu.

"Aku guna lagi sabun tu-".

"Khai, can you forget me? Can you stop loving me?". Aku memotong percakapannya.

"What do you mean?". He chuckled bitterly.

"No, nothing". Aku menghela nafas berat.

How can i ask him that?
Sedangkan aku sendiri masih tak boleh berhenti mencintai dia.

...

"Khairina, you phone". Dia menghulurkan telefon itu ke tangan ku.

"Thanks".

"Saya mintak maaf untuk harini. Saya mintak maaf sangat-sangat".

"I nearly dead, Khai. But thanks for saving me. Assalamualaikum". Aku memberi salam dan keluar daripada keretanya.

:]
(please ignore the mistakes or typo, im too lazy to fix them)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro