Chapter 13: Royal Delegation

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Penakut tak penakut mereka perlu cari budak lelaki itu. Bagaimana kawasan istana boleh dicerobohi oleh seorang budak? Sedangkan sistem sekuriti dipasang ketat agar tidak berlaku pencurian dan menjadi tempat penjenayah berkumpul. Sememangnya kawasan Istana Lama Astland ni adalah tempat larangan bagi semua penduduk negeri Astland.

"Kalau kau jumpa budak tu roger aku," beritahu Aryan melalui earphone wireless yang selalu dipakainya.

"Kalau anak demon macam mana?" soal Ryan yang sedang mencari budak tersebut setelah berubah jadi burung.

"Bunuh jelah."

"Kesianlah wei. Kecik baru..."

"Yang kecik tulah bahaya. Sebelum bawa masalah kat penduduk sini. Kita jugak yang kena selesaikan."

"Yes, your highness!"

Aryan mencari budak lelaki itu di dalam kawasan istana tetapi tidak jumpa. Sedang dia berjalan di beranda sambil mencari, dia ternampak kelibat budak tersebut yang baru keluar dari bilik tidurnya yang lama. Aryan mengejar dari belakang sehinggalah mereka sampai di kawasan latihan yang Aryan tukarkan kepada emas. Budak itu berdiri di tengah-tengah gelanggang latihan dengan membelakanginya.

"Apa yang kau buat kat sini, budak? Kawasan ni kawasan larangan. Kau tak takut kena tangkap masuk dalam penjara?" kata Aryan. Dia mendekati budak tu.

"Theoí ton Theón, forgive me for passing through this place."

"Apa? Kau cakap apa sebelum tu? Bahasa apa yang kau guna?" soal Aryan.

Budak lelaki itu memusingkan badannya mengadap Aryan yang berdiri lima langkah darinya. Aryan terkejut melihat iris mata kanak-kanak tersebut. Sebelah kuning dan sebelah lagi hitam. Aryan agak terkejut melihatnya. Dia terus mengeluarkan lightsaber jika budak tu menyerangnya dengan tiba-tiba.

"I'm not going to harm you, my lord. How can a mere child hurts an angel like you?"

"Kau siapa? Lebih baik kau tunjukkan diri kau yang sebenarnya," kata Aryan dengan tegas. Lightsaber tetap dihala ke arah budak lelaki itu.

"Relax, Your Highness."

"You might be Chronos who disguise as a child."

"Chronos? Jika aku Chronos, sudah lama aku menyerang kau kerana kau tidak sekuat seperti ayahanda kau. Mungkin buat masa sekarang."

"Lebih baik kau tunjuk diri kau yang sebenar sebelum aku serang kau."

"Baiklah." Perlahan-lahan badan budak itu berubah. Tangan, kaki, tubuh memanjang dengan kata lain semakin membesar menjadi seorang lelaki dewasa.

(Rupa Darwin sebenarnya)

"Aku sudah menunjukkan diri aku yang sebenar. Kau boleh simpan senjata."

Aryan masih teragak-agak kerana lelaki asing tu boleh menyerangnya pada bila-bila masa sahaja. Tambahan lagi, dia tidak tahu kuasa yang dimiliki oleh lelaki yang tidak dikenali. Dari segi gaya pakaian, lelaki itu bukan dari Sylvania. Dalam ragu-ragu, Aryan menyimpan senjata.

"Who are you," soal Aryan.

"I'm Darwin. A traveller. I'm travel through galaxy, other world, time and a lot more to say."

"Kau ingat aku percaya? Macam mana kau tahu yang aku dari kerabat diraja? Macam mana kau boleh kenal ayahanda aku? Macam mana kau boleh ada kat sini? Apa urusan kau kat Sylvania?" soal Aryan bertubi-tubi.

"Sebelum aku jawab semua soalan kau, boleh kau perkenalkan kawan kau tu?" Kata Darwin tujukan kepada seekor burung yang hinggap di bahu Aryan sejak dia bertukar jadi dewasa.

"Ini Ryan, kawan aku."

"Sepupu kau, bongok!" Ryan memperbetulkan kata Aryan. Dia berubah jadi dirinya semula.

"I received many title. The Fallen. The Cursed. The Eternal. Traveller. Yang paling terkenal adalah The Eternal. Kau boleh anggap aku apa sahaja. Aku hanya ada satu nama, Darwin."

"Kau datang dari dunia mana?"

Darwin mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Aku juga sedang mencari asal-usul aku."

"Macam mana kau boleh kenal ayahanda aku?" soal Aryan.

"Ketika aku sampai di Sylvania 50 tahun yang lalu..."

"Wait! Ini bermakna kau dah 60 tahun?" celah Ryan dengan pandangan tidak percaya. Rupa Darwin sangat muda seperti seusia dia dan Aryan.

"2500 tahun lebih tepat."

"Kau makan apa lahanat?" soal Ryan terkejut.

"Kan aku dah cakap. Aku The Cursed. The Eternal. Aku takkan tua sampai bila-bila."

"Kau boleh teruskan cerita. Abaikan Ryan," kata Aryan.

"Masa aku sampai kat sini, aku berubah jadi budak berumur 10 tahun untuk minta simpati dapatkan jewel sebab aku baru sampai. Malangnya, aku dan beberapa Lvanians ditangkap oleh orang suruhan Chronos. Aku tidak dapat berubah jadi diri aku sendiri sebab kuasa Chronos terlalu kuat. Ia seakan-akan mengunci kuasa yang aku ada."

"Sadis betul kau jadi budak kecik nak jadi peminta sedekah," celah Ryan lagi.

"When I'm in Wasteland's dungeon, I heard an old tale called The Legendary Hero and stuff about Sylvania. Kat dalam tu lah aku jumpa bonda kau, Nea. Dia ditangkap oleh adik-beradik Medusa waktu tu. Seingat aku, tidak lama selepas itu, ayahanda kau datang selamatkan semua orang termasuk Lvanian yang Chronos jadikan hamba abdi. Selepas kejadian tu, hanya seorang sahaja yang tahu diri aku yang sebenar."

"Siapa?" tanya Aryan.

"Permaisuri Annabella. Selepas tu, aku tak tahu apa yang terjadi di Sylvania."

"Kenapa kau kembali lagi?"

"Sebab terhutang budi. Aku boleh agak apa yang berlaku di sini. Malang sekali aku tidak sempat bertemu dengan nenda kau," luah Darwin agak kesal.

"Aku boleh bawa kau jumpa ayahanda aku." Aryan menawarkan diri.

"Mungkin lain kali."

"Kau tahu benda ni?" Aryan menunjukkan ukiran kayu yang berbentuk seekor haiwan.

"Kau tak tahu?" soal Darwin. Dia agak keliru apabila Aryan tidak mengenali rupa The Unsleeping Dragon yang diukir pada kayu. Apa yang Aydan lakukan?

"Sebab tu aku tanya."

"A guardian. That's all i can say to you. Selebihnya kau boleh tanya ayahanda kau, pak cik kau."

"Main teka-teki pulak kau ni," kata Ryan.

"I have to go now." Darwin melangkah pergi setelah urusannya di sini sudah selesai. Namun, langkahnya terhenti. Dia mendekati Aryan. Dia melutut seperti orang melamar. Kepalanya ditundukkan sedikit. Aryan dan Ryan agak keliru dengan tingkah laku pelik lelaki itu.

"My lord, Theoí ton Theón, I'm glad to see you. I can't wait to serve under you. Till we meet again." Sebaik sahaja Darwin mengucapkan kata-kata itu, dia terus hilang tanpa jejak dan bukti seperti tidak pernah ada.

"Apa maksud dia?" soal Ryan.

"Entah. Aku pun tak faham."

AYDAN meneliti dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani sebelum itu dia haruslah membacanya dahulu untuk mengetahui isi kandungan. Kebanyakkan dokumen adalah laporan keadaan semasa setiap negeri-negeri yang berada di Sylvania. Namun, dia perlu memberi fokus kepada kes yang terbaru iaitu serangan Ancient Demon ke atas Seraglio Akademi.

Rese melangkah masuk ke dalam bilik kerja Aydan. Kesian dia melihat Aydab yang terpaksa bekerja siang dan malam semata-mata untuk menjaga keamanan dan keharmonian Sylvania sehingga masa yang diluangkan bersama anak-anaknya sangat terhad. Malah tiada masa untuk bertanya khabar.

"Kau dah dapat maklumat tentang serangan Ancient Demon ke atas Akademi Seraglio?"

Rese meletakkan tablet yang mengandungi semua maklumat yang diminta oleh sahabatnya itu. "Ancient Demon yang menyerang akademi sudah beberapa bulan bersembunyi di akademi sebelum muncul. Maklumat yang aku dapat adalah Ancient Demon ni dikawal oleh seseorang sebelum menyerang. Jika tidak dikawal, ia sudah serang akademi sejak ia muncul lagi," jelas Rese.

"Aku yakin ni semua angkara Chronos."

"Chronos dah mati."

"Tak, Rese. Chronos takkan mati selagi tidak dapat penuhi dendamnya terhadap bangsa kayangan."

"Apa maksud kau?"

"Dia tahu aku asal dari keturunan Angele. Dia mahu hapuskan semua keturunan Angele sebelum menghapuskan Dewa Keabadian sekarang ni."

"Jika dia hapuskan Dewa Keabadian sekarang ni, salah seorang keturunan kau akan menjadi Dewa Keabadian yang seterusnya untuk memerintah Kayangan."

"Ye, sebab itulah Chronos berusaha untuk bunuh aku sebelum ada lagi yang menjadi penghalang."

"Aku rasa peristiwa yang berlaku 15 tahun lalu ada kaitan. Chronos hanya mencuba nasib ketika itu sebab dia tahu kau dah tak ada Kuasa Keabadian. Serangan Ancient Demon hanya satu amaran dari dia supaya kau tahu yang dia masih ada. Ini bermakna...."

"Chronos sedang merancang untuk serang Sylvania sekali lagi. Bila-bila masa dia boleh serang," sambung Aydan.

"Jangan risau Aydan. Kita dah bersedia menghadapi serangan musuh. Kita sudah tidak perlu mengorbankan nyawa Lvanian lagi semata-mata untuk mempertahankan Sylvania."

"Mampu ke kita menang tanpa Ancient Beast?"

"Teknologi yang kita bina pasti akan berhasil. Jika tak, sia-sialah usaha kau bawa masuk teknologi canggih dari serata dunia. Kau tak payah fikir sangat. Apa yang kau perlu fikir adalah Royal Delegation tak lama lagi," kata Rese.

Royal Delegation adalah satu perjumpaan yang dilaksanakan oleh Aydab untuk mengeratkan hubungan kerabat diraja Sylvania dengan kerabat diraja negeri-negeri. Bukan itu sahaja, perjumpaan ini adalah untuk mendengar sendiri perkembangan dari negeri-negeri Sylvania. Dengan kata lain, ia adalah satu lawatan diraja untuk melihat keadaan di negeri-negeri persekutuan Sylvania.

"Kalau aku tahu jadi raja adalah kerja yang paling susah dan sibuk..." kata Aydan.

"Berdasarkan perundangan, kalau ikutkan dari susur galur keturunan Dragwellestyn, Nea yang sepatutnya jadi Permaisuri Teragung Sylvania selepas Kfalion. Kau kahwin dengan Nea, kau hanya jadi Pemangku sahaja. Tapi, disebabkan wasiat Kfalion yang ingin kau naik takhta, tiada siapa yang berhak ambil alih takhta Raja Teragung Sylvania selain kau. Jadi, kau tak payah menyesal sebab kau yang rela terima sedangkan boleh je kau tolak. Kfalion sempat je namakan calon raja yang lain," jelas Rese.

"Sejak kau jadi Penasihat Diraja, makin banyak belagak kau dengan aku sekarang."

"Siapa suruh kau lantik aku jadi penasihat kau?"

"Salah aku, salah aku..." Aydan mengalah. Tidak larat berbalas kata kerana dia sudah tua bukan remaja lagi.

Seorang pengawal istana masuk memaklumkan yang Aryan dan Ryan mahu masuk mengadapnya. Aydan hanya benarkan sahaja.

Aryan melangkah masuk ke dalam bilik kerja ayahandanya disusuli oleh Ryan. Ke mana sahaja Aryan pergi, di situ ada Ryan. Mereka ibarat kembar tidak seibu sebapa, tidak seiras tetapi suka mencari pasal sesama sendiri. Selalunya dia masuk hanya urusan kerja tapi kali ni bukan. Namun, Aryan terasa pelik apabila dirinya jadi perhatian oleh ayahandanya dan Rese yang memandangnya sejak dia melangkah masuk.

"Why both of you looking at me like that?" soal Aryan.

Mata Aydan dan Rese bertemu sepertinya mereka sedang bercakap melalui pandangan mata sahaja. Rese mengangguk apabila memahami isyarat yang Aydan hantar kepadanya. Dia juga rasa perkara yang sama. Ini adalah peluang yang baik untuk meringankan kerja mereka.

"Son, I'm alreadg old. Bila-bila masa sahaja ayahanda boleh pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Setelah ayahanda mati, ayahanda mahu..."

"anakanda mengambil alih takhta. To be a king, a true king, you must do what a king should do. So, dad... Can you please straightforward?" celah Aryan. Ayat drama ayahandanya apabila mahu menyuruhnya melakukan kerja dia sudah hafal.

Aydan mengambil tablet yang berada di atas meja. Jarinya laju menyentuh skrin. Dengan satu butang sahaja, segala maklumat yang diperlukan semasa Royal Delegation selamat sampai kepada Aryan. Jam tangan milik Aryan berbunyi.

Si anak memberi pandangan curiga kepada ayahandanya sendiri. Jam dipakai oleh Aryan dicipta khas oleh Raizer khas untuknya yang malas untuk guna banyak teknologi. Semuanya ada dalam satu jam termasuk, telefon, fungsi emel, mesej, dan banyak lagi tetapi yang paling dia suka jam kesayangannya boleh berubah jadi Aurora, pujaan hatinya.

Ryan yang mempunyai perasaan ingin tahu juga menyibuk untuk melihat apa yang diterima oleh Aryan. Apabila membaca maklumat yang dihantar, kedua-duanya tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Ini membuatkan si bapa rasa pelik dengan tingkah laku anaknya.

"No problem, father. I will do a good job. Trust me," kata Aryan sambil tersenyum.

Aydan pula jadi hairan apabila Aryan menerima sahaja tugasan berat itu dengan hati terbuka. Adakah Aryan sudah insaf dan bersungguh-sungguh menunjukkan kredibilitinya seorang bakal raja kelak?

"Father, you always said that I will take over the throne after you. Don't worry. Jom, Ryan. Banyak persiapan yang perlu kita buat untuk Royal Delegation ni."

Aryan dan Ryan melangkah keluar tinggal bapa mereka yang agak hairan dengan sikap anak.

"Betul ke keputusan kita ni, Rese?" soal Aydan.

"Aku pun ragu-ragu bila dorang jadi anak yang baik mendengar kata. Risau aku," luah Rese.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro