Chapter 14: Mission in Delegation

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aryan melangkah masuk ke dalam walk-in closet yang berada di tingkat dua biliknya. Sebenarnya biliknya terdapat 3 tingkat. Tingkat bawah merupakan tempat dia selalu melepak dan tidur apabila malas naik ke tingkat 3 iaitu kawasan tidur. Manakala tingkat 2 adalah kamar mandi yang bersambung dengan walk-in closet. Bilik kerja searas dengan bilik kerja ayahanda tetapi berada di bahagian selatan istana. Tetapi biliknya jugalah tempat dia buat kerja.

"Apa rancangan kita?" soal Ryan yang duduk di atas sofa yang berada di tengah-tengah walk-in closet. Dia sudah siap hanya menunggu Aryan yang memilih baju untuk dipakai semasa Royal Delegation.

"Lawatan pertama kita adalah Astland. Aku nak tengok ada tak haiwan yang kita lihat di Istana Lama ada di Istana Baru Astland. Sepanjang lawatan berlangsung, aku nak kau alert tentang kawasan istana. Kalau kau jumpa simbol beast, repot kat aku."

"Yes, your highness. Weh! Kau tak siap lagi ke pilih baju? Dah berjanggut aku tunggu kau," rungut Ryan.

"Dah!" Aryan keluar dari ruang persalinan.

"Itu pakaian yang kau pakai hari-hari! Kau ingat Royal Delegation ni macam ajak member lepak mamak ke tak nak, nak ke tak nak ke?" sindir Ryan.

"Ok! Aku tukar!" Aryan tukar baju yang dipakai kepada pakaian yang lebih formal.

"Itu pakaian diraja kau yang kau pakai masa pertabalan kau sebagai Putera Mahkota kan?" soal Aryan.

"Haah. Kau kata pakaian formal. Formallah ni."

"Aku rasa kau dah diajar etika pemakaian sejak kau kecik lagi. Kau ni reti tak peduli pilih baju?" soal Ryan.

"Kau kutuk fashion sense aku?"

"Agak-agaklah wei! Fancy sangat!"

Aryan kembali masuk ke dalam ruang persalinan. Kali ini dia memilih pakaian diraja yang berwarna putih dengan sulaman emas.

"Kenapalah kau tak suruh dayang istana sediakan pakaian kau, bongok?" soal Ryan.

"Bilik aku, privasi aku ok?" balas Aryan.

"Yang datang kemas bilik kau setiap hari siapa?" soal Ryan.

"Tiada siapa yang boleh masuk ke salam bilik aku kecuali atas kebenaran aku sahaja. Nasib baik kau tak ditendang keluar dari bilik aku tahu?"

Aryan kembali tukar pakaiannya untuk kali keempat. Kalau Ryan tak puas hati lagi dengan pakaiannya, pecat dia sebagai kawan baik seorang Putera Mahkota. Kali ini dia memakai pakaian diraja yang berwarna putih disulami dengan benang emas. Cape berwarna ungu menambahkan lagi kekacakannya. Dia menyarung sarung tangan berwarna putih.

"Kau nak aku pakai macam askar? Pakaian diraja aku semua memang macam ni yang designer diraja sediakan. Kau ingat aku nak sangat pakai baju macam ni?" bebel Aryan.

"Kau tengok aku. Kemas dan simple."

(Pakaian formal Ryan)

"Aku saja bergurau senda dengan kau. Hahahaha...."

"Ha. Ha. Ha. Ha. Kelakarnya. Kelakar sangat. Kelakarnya sepupu aku ni!" kata Aryan dengan nada sarkastik. Mukanya memang tidak menunjukkan reaksi ketawa.

Setelah selesai bersiap, Aryan melangkah keluar dari kamarnya diikuti oleh Ryan. Dua orang pengawal istana yang sentiasa berkawal di kawasan biliknya menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada Putera Mahkota itu.

"Bagaimana penampilan beta hari ni?" soal Aryan kepada dua pengawal istana itu.

"Kacak dan bergaya tuanku," balas dua orang pengawal istana dengan serentak, senada dan seirama. Jawapan yang mereka selalu berikan kepada putera sulung itu. Tidak lupa soalan juga sama diajukan hampir setiap hari. Dan Aryan tidak akan jemu mendengar jawapan yang sama.

"Aku dengar citer Heroic Knights akan iringi kau sepanjang Royal Delegation berlangsung," beritahu Ryan.

"Ye, kenapa?"

"Susah la wei."

"Apa yang susah?" soal Aryan.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam lif. Pintu lif tertutup dengan automatik dan halatujunya juga ditetapkan dengan sendiri.

"Adik kau kan jenis penyibuk. Susah la nak jalankan misi kita," ujar Ryan.

"Kita jadikan Ian sebagai kambing hitam."

"Mana boleh! Tak baik! Sanggup kau sumpah adik kandung kau sendiri jadi kambing. Apa jenis abang la kau ni, " marah Ryan. Dia tidak setuju tukar Ian jadi kambing. Tidak berperikemanusiaan.

"Bodoh! Aku bukan nak tukarkan Ian jadi kambing. Kambing hitam tu maksudnya kita jadikan dia tempat kita salahkan sesuatu bila berlaku masa kita siasat."

"Are you talking about me?" Suara Ian mencelah.

Aryan dan Ryan menoleh ke belakang perlahan-lahan. Sengihan lebat menghiasi wajah mereka. Kantoi sudah dengan Ian. Macam mana dia nak goreng cerita bagi Ian percayakan mereka? Atau terus-terang dari awal lepas tu ajak Ian berkomplot dengan mereka.

"Adinda dengar semuanya," kata Ian. Wajahnya selalu kelihatan tenang. Sedih pun macam tu, marah pun sama. Macam tak ada perasaan.

"Kau la ni bercakap tak tengok depan belakang." Aryan menyalakan Ryan.

"Aku pula yang salah."

"Kau duduk diam-diam aku nak bermesyuarat dengan Ryan."

Aryan dan Ryan kembali pusing ke depan.

"Macam mana sekarang ni?" soal Ryan.

"Ada dua cara nak selesaikan masalah ni. Pertama, culik Ian. Kedua, ajak dia masuk kumpulan kita."

"Kejamnya kau nak culik adik sendiri," kata Ryan.

Ian dapat dengar satu-persatu butir bicara kekanda dan sepupunya itu. Kalau dah berbincang dalam lif yang sama, memanglah dia dengar semuanya. Lagipun mereka bercakap mengalahkan speaker kuatnya.

"Whatever your plan is... I'm not gonna involve in your crime." Ian bersuara.

"Aku bukan nak buat jahat. Tapi lebih kepada... Apa Ryan?"

"Penyiasatan untuk merungkai misteri masa silam," ujar Ryan. Tangannya naik ke atas buat seperti separa bulatan.

"I'm not interested." Ian melangkah keluar dari lif yang baru terbuka.

"Bukan sekadar pengembaraan. Tapi pengembaraan untuk mencari bukti kewujudan Ancient Beast."

Kata-kata Aryan tadi buat adindanya berhenti melangkah. Ian berpaling memandang Aryan dan Ryan yang telah menghulurkan tangan ke arahnya. Gayanya seperti 'sambutlah tanganku, tidak usah kau ragu lagi'.

Nak ke tak nak? Bunyi macam menarik. Dia belajar tentang Ancient Beast di dalam buku sahaja. Entah wujud atau tidak.

"No," balas Ian.

Tawaran kekandanya sangat menarik tetapi dia ada tugas paling penting semasa lawatan diraja iaitu menjaga keselamatan Putera Mahkota Sylvania semasa Royal Delegation berlangsung. Bukan itu sahaja ini merupakan misi yang pertama dia sebagai Heroic Knights. Juga misi luar pertama. Sebelum ini mereka hanya diberi misi kelas D. Misi cari kucing, selamatkan kucing, tolong bersihkan sampah. Sedih!

SEMBILAN Heroic Knights sedang menunggu ketibaan Putera Mahkota Sylvania untuk berangkat. Lawatan pertama bagi Royal Delegation adalah Astland. Royal Delegation bukan sahaja berbincang tentang hubungan diplomatik negeri-negeri di Sylvania tetapi juga menjaga hubungan kekeluargaan agar semakin erat. Lagi pula raja-raja yang bernaung di setiap negeri di Sylvania mempunyai hubungan darah.

Senyuman di wajah Aryan lebar apabila melihat sebaris anak muda Heroic Knights. Teringat waktu dia menjadi HK dahulu. Pelbagai kenangan manis yang terjadi kepada dirinya dan juga Ryan. Sehinggakan ayahanda mereka pening kepala dan putus asa untuk mengambil tahu tingkah laku mereka. Tidak dilupakan Uncle Emelle yang bersara angkara mereka.

Mereka berangkat ke Astland dengan menaiki aircraft yang dipandu oleh seorang juruterbang. Kebiasannya juruterbang yang membawa aircraft dari Wynterland yang mahir dengan laluan udara. Tambahan lagi rakyat dari Wynterland sinonim dengan keupayaan mereka mengawal unsur angin.

Tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke Astland, kerana jaraknya tidak terlalu jauh dari Ibu Kota Sylvania. Ketibaan mereka disambut oleh kerabat diraja dengan meriah. Heroic Knights dahulu keluar dari aircraft diikuti oleh Aryan yang ditemani oleh Ryan dibelakangnya sebagai Penasihat Putera Mahkota.

Ramai yang tidak tahu tugas sebenar Ryan. Dia bukan hanya kawan baik dan sepupu kepada Aryan tetapi sebagai Penasihat Putera Mahkota. Tugas itu telah digalas sebaik sahaja Aryan bergelar Putera Mahkota. Bukan sahaja menjadi penasihat tetapi pengawal peribadi Aryan. Dia juga akan menjadi orang yang pertama menjaga keselamatan Aryan. Nampak saja tak boleh harap tetapi dia berguna.

Aryan menguntumkan senyuman manis apabila bertentang mata dengan Permaisuri Isabelle iaitu ibu saudaranya. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari Raja Emelle kerana tidak mahu mengenangkan kisah lama. Tapi nak buat macam mana. Dia bapa saudaranya.

"Your Highness look so fine today," puji Isabelle.

"Terlebih kacak kan?" bisik Aryan agar tidak didengari Menteri Astland.

"Hopefully, in a good way," celah Emelle.

"Of course! You teach me a lot back then," balas Aryan.

Mereka berjalan beriringan menuju ke ruangan yang telah disediakan untuk berjumpa. Perjumpaan santai di antara mereka hanya berbincang mengenai perkembangan semasa tentang Astland. Jika ada masalah yang timbul, Aryan sendiri akan membawa perkara tersebut kepada ayahandanya untuk menanganinya.

Aryan mendengar dengan tekun perkembangan yang berlaku di Astland. Dia mengangguk faham perkara yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Negara Astland tersebut. Di sebalik keseriusannya, sebenar dia serius mendengar strategi Ryan yang akan menyelinap masuk ke dalam bilik rahsia Istana Astland. Bilik rahsia yang menyimpan segala rahsia. Dia telah menyiasat Istana Lama Astland tetapi tiada petunjuk yang dijumpai.

"Banyak sangat pengawal kat sini," bebel Ryan melalui in-ear.

"Tukarlah!" balas Aryan namun sedar tidak sedar. Suaranya didengari oleh orang yang berada di dalam bilik perjumpaan tersebut. Alamak!

"I mean we should change our strategy to prevent the pest that destroy villagers's corp like..." Aryan sedang mencari idea.

"Weh, aku tersilap tukar jadi katak! Habis dayang menjerit bila nampak aku. Weh!  Ada dayang nak tangkap aku dengan baldi! Cabut dulu bro!"

"Katak! Yes, katak! Katakkan suka makan serangga. May be katak boleh membantu."

Masalah, masalah.... Ampunkan anakanda, ayahanda. Sesungguhnya anakandamu ini tidak layak menjadi seorang raja yang berkarisma. Kata Aryan di dalam hati.

Isabelle menahan ketawa di dalam diam. Dia tahu yang Aryan bukan fokus sangat dalam perjumpaan ini. Lebih kepada hanya meluangkan masa yang ada. Emelle pula hanya menggeleng kepala melihat kelakuan anak saudaranya yang masih tidak berubah dari dulu. Namun, cadangan mengarut dari Aryan diterima baik oleh Menteri-menteri Astland yang lain.

Ryan berjaya melepaskan diri. Dia merubah dirinya kepada haiwan yang lebih kecil iaitu tebuan. Dia dapat melepasi pengawal istana dengan mudah. Halangan terakhir adalah kunci untuk membuka pintu bilik tersebut. Tiada jalan lain untuk menceroboh masuk. Ruang sempit pun tiada untuk menyelinap masuk.

Dia meneliti pada pintu bilik rahsia yang terkunci. Tiada tombol, tiada mangga kunci dan juga tiada lubang bentuk kunci. Permukaan pintu tersebut rata namun terdapat tulisan pada pintu tersebut.

The True Ruler of Fire Beast Can Unseal the Chant

"Mission abort. Aku tak boleh ceroboh masuk. Tapi ada yang pelik," report Ryan.

"Come here, the meeting almost over."

Ryan terus terbang keluar dari kawasan bilik rahsia tersebut. Dia bersembunyi seketika sebelum berubah menjadi rupa normal kembali. Sebaik sahaja dia keluar dari tempat persembunyian, Ian memandangnya penuh curiga.

"You're try to sneak into that room."

"Which room?"

Ryan buat muka tak tahu. Dia berjalan melepasi Ian. Buat apa dia nak takut pada Ian yang masih muda lagi. Sepatutnya Ian yang takut pada dia yang lagi tua darinya.

"Just forget what you guys are doing."

"Ian, there are story that never been told to us."

"For example?"

Ryan garu bahagian pelipisnya. Dia tidak tahu untuk terangkan kepada Ian apa rancangan mereka. Aryan adalah mastermind kepada misi mereka. Dia hanya menurut perintah sahaja sebagai Penasihat Putera Mahkota. Lagipun, Aryan tidak beritahu niat sebenar sahabatnya memulakan misi ini.

"Abang kau ada jawapan."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro