Chapter 34: Ian's Smile

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Resonance Howl!" Ketiga-tiga kepala Cerberus membuka mulut seluas-luasnya lalu keluar satu gelombang bunyi seakan-akan ombak yang sangat dahsyat sehingga menerbangkan pokok-pokok kayu yang berdekatan.

"Oh, damn! Earth Wall!!!" Ryan seru dinding tanah yang berlapis-lapis untuk menghalang impak yang lebih dahsyat apabila terkena serangan Cerberus itu. Dinding tanahnya yang terakhir tidak dapat bertahan lama lalu retak dan runtuh. Serangan gelombang bunyi dari Cerberus menghentam tubuhnya membuat Ryan tercampak jauh dari kawasan pertarungan mereka.

"Erghhh!!!" Ryan mengerang kesakitan. Dia bangun perlahan-lahan kerana pinggangnya terasa seperti mahu patah. Sebelah tangannya telahpun patah angkara mahu menghalang Cerberus menggigit kepalanya. Sebelah tangannya mengesat darah yang mengalir di celah bibir.

Kenapa dia tengok Aryan berlawan dengan Pierce senang je? Bila tiba giliran dia bertarung dengan Cerberus dia terasa mahu mati muda. Jika diteruskan lagi, dia mungkin mati tanpa kahwin dengan Irene. Oh, tidak!!! Aku tak sukakan budak tu!!!

Ryan menyepak pokok yang telah pun  tumbang. Saat-saat beginilah dia fikirkan budak tu. Entah-entah sekarang ni budak tu nampak dia lembik sebab tak boleh kalahkan Cerberus seperti mana Aryan boleh kalahkan Pierce dengan sebelah tangan. Ryan tidak sukakan kekalahan.

"That's was fast," komen Hyder.

"Jangan tengok partner Crown Prince sebelah mata," kata Evan. Dia tahu potensi sebenar Ryan.

"He could use his shapeshifters but he refuse. Which I don't get it." Karl bersuara.

"As Crown Prince and Ryan's personal doctor, I know exactly what he hide in his sleeve," kata Raizer sambil menolak cermin mata yang tersangkut di hidung. Matanya memandang statistik tenaga yang digunakan Ryan.

Ryan hanya menggunakan kuasa tanahnya sahaja. Ada dua lagi kuasa yang belum digunakan sepenuhnya oleh Ryan. Rese, seseorang yang bukan asalnya dari Sylvania mempunyai kuasa shapeshifters dan perentas dimensi dari ayahnya. Dan kini Ryan mewarisi semua kuasa ayahnya dan juga mewarisi kuasa belah ibunya yang merupakan seorang puteri di Eatherland.

"Woi!!! Cepatlah!!!" jerit Aryan yang bosan menunggu Ryan yang tidak muncul-muncul.

"Heh!" Kalau Aryan boleh, kenapa dia tidak? Sia-sia dia digelar 'pedang' Aryan kalau dia mengalah begini sahaja.

"Let's the shows begins! Earth Beast!" Seru Ryan. Medan magik muncul di atas tanah. Dari medan magik tersebut muncul kepala perlahan-lahan muncul badannya lalu tangan dan kaki. Ryan terpaksa berundur ke belakang kerana filem yang dia seru sangat besar.

Garghhh!!!

Ngauman dari golem itu memeranjatkan Estelle Knight. Di dalam hutan mereka dapat melihat pokok yang sedang bergoyang dan tumbang satu-persatu. Perlahan-lahan muncul satu raksasa yang menyerupai singa dengan taring yang tajam. Badannya asal daripada tanah, kayu dan batu.


"Nice try, kid!" kata Cerberus.

"This is one of my trick. Beast Golem!!!" arah Ryan yang berada di atas badan raksasa tanah itu. Raksasa itu berlari menerkam Cerberus. Taringnya mahu merodok ke arah Cerberus tetapi tidak berjaya kerana dapat dipatahkan. Beast Golem itu menghentak tangannya ke arah Cerberus namun kepala Cerberus yang lain menggigit kedua-dua tangan raksasa itu lalu patah berderai. Raksasa tanah itu mula retak dan merekah lalu jatuh menjadi ketulan tanah.

Ryan sempat melompat turun dari raksasa itu. Mukanya ditutup dengan tangan kerana malu raksasa tanahnya tidak bertahan lama. Dia fikir dia sudah mampu melakukan serangan ini. Rupa-rupanya dia masih belum menyempurnakan latihan untuk membuatkan golem tanah itu kekal dalam masa yang lama.

"Malunya aku..." gumam Ryan.

"What a lousy attack. I expected something from you, kid," kata Cerberus. "Don't say anything. Shall we start again?"

"What? Wa-wait!"

"Howling Denote!!!"

Belum sempat Ryan bersedia mempertahankan dirinya Cerberus melepaskan serangan. Satu letupan kuat meletus menyebabkan kawasan pertarungan mereka menjadi lekuk seperti kawah. Kabus tebal muncul akibat letupan itu perlahan-lahan hilang menampakkan tiada bayang Ryan.

"Here... Golem Hand Partial Transformation!" Ryan muncul di atas kepala dalam keadaan terapung. Tangannya disaluti dengan tanah dan batu lalu dilepaskan serangan itu pada kepala Cerberus. Badan Ancient Beast itu terundur ke belakang.

"Howling Claw!!!" Seraya dengan itu muncul cakaran putih yang menyusur laju ke arah Ryan. Serangan pertama dapat dielak dengan Ryan yang menghilangkan diri sekali lagi kemudian muncul di tanah. Serangan kedua muncul dengan laju memaksa Ryan mempertahankan dirinya kerana kuasa perentas dimensi tinggal sedikit kerana staminanya yang semakin lemah.

"Armor Earth Wall!!!" Muncul satu perisai gergasi daripada tanah melindungi Ryan dari serangan Cerberus. Perisai tanah itu hanya mengalami calar yang sedikit sahaja.

"You got many tricks under your sleeve, kid," ujar Ceberus. Dia keletihan kerana berlawan dengan Ryan tanpa kenal erti putus atas. Budak itu susah untuk dikalahkan walaupun diserang teruk olehnya.

"This is my last trick for you, Cerberus! Hand of Mother Earth!!!" Muncul tangan gergasi dari bawah tanah mencengkam badan Cerberus dari bawah. Ia menghalang Ancient Beast itu daripada bergerak. Ryan hanya ada satu peluang sahaja untuk melakukan teknik terakhir.

Jarinya dipetik lalu Ryan muncul di atas kepala Cerberus. Matanya bersabung dengan mata Cerberus yang tajam menikam. Tapak tangannya diletakkan atas kepala Cerberus. Matanya dipejam rapat. Satu senyuman muncul di bibirnya. Tangan gergasi yang mencengkam badan Cerberus tidak dapat bertahan lama lalu retak dan pecah. Mata mereka bersabung seketika.

"Shift!" Hanya satu perkataan sahaja yang terpacul dari mulut Ryan. Serta-merta dia berubah menjadi Cerberus berdepan dengan Ancient Beast yang sebenar. Semua mata memandang tertarik nafas melihat dua Ancient Beast di hadapan mata mereka.

"Did you like my greatest trick, dude?"  kata Ryan dalam bentuk Cerberus.

"You are very cool, kid! I like you!" kata Cerberus teruja. Ini kali pertama dia melihat Lvanians berubah menjadi Ancient Beast.

"Guys!!! This is what I called power balance between you and the Ancient Beast," kata Aryan yang menepuk tangan.

Ryan tersenyum dalam diam. Dia tidak sangka cadangan Aryan berjaya. Sebelum dia bertarung dengan Cerberus, Aryan menasihatinya meneliti cara serangan Cerberus kemudian barulah dia buat serangan seterusnya. Apabila Cerberus leka dia perlu ambil peluang untuk berubah menjadi Ancient Beast. Tekaan Aryan tepat. Dia betul-betul dapat berubah jadi Ancient Beast tersebut.

"Dalam kau semua bertarung dengan Ancient Beast, jangan fikir nak kalahkan mereka. Fikir tentang bagaimana kau semua boleh mengatasi kelemahan kau dalam bertarung dengan lawan yang lebih hebat daripada kau. Macam Ryan, dia guna kebolehan dia sebagai shapeshifters untuk overpower lawannya. Aku nak kau semua cari sesuatu yang mampu buatkan kau bangkit tak kiralah kau kalah atau menang. Faham?"

"Ya..."

"Who is next?" soal Aryan.

Semua orang berundur ke belakang kecuali Ian. Dia mengeluh apabila yang lain tidak mahu jadi peserta yang seterusnya bertarung dengan Ancient Beast. Terpaksa Ian melangkah ke hadapan. Bahunya dipegang oleh Aryan. Dia memandang wajah kekandanya.

"This time make Chimera acknowledge you as his heir." Aryan menghulurkan buku lima ke arah Ian. Lalu Ian menemukan buku limanya dengan abangnya.

"Twin Light Sword!" Dua bilah pedang cahaya muncul di tangan Ian. Tanpa melengahkan masa, Ian terus menyerangkan Chimera tanpa teragak-agak. Saat itu Chimera sudah bersedia melepaskan serangan dengan bebola putih yang muncul di mulutnya.

"Growling Beam!" Bebola cahaya itu keluar dengan begitu banyak dari mulut Chimera. Serangan itu dapat dipatahkan oleh Ian dengan mudah dengan membelah bebola cahaya itu.

Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya sebelum melompat ke arah Chimera dengan menghala mata pedangnya ke arah Ancient Beast itu. Malang sekali  pedang ditangan dilibas menggunakan sayap raksasa itu menyebabkan pedang itu jatuh ke tanah. Tubuh Ian menghempas tanah. Ian bangkit. Pertarungan baru sahaja bermula dia tidak akan menyerah kalah.

"I think I misunderstood you, kid. You're nothing like your mother and your father."

"Sudah tentu aku tidak seperti mereka kerana setiap insan dilahirkan mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Sifat yang berlainan dan... Tak ada orang yang dilahirkan serupa!"

"Hmmm..." Chimera dapat melihat semangat yang membara di dalam mata Ian.

"Twin Sword! Radiant Blow!" Pedang cahaya dilibas membentuk pedang cahaya lalu menghentam tubuh raksasa itu menyebabkan Chimera terundur ke belakang akibat serangan yang tidak disangka-sangka itu.

"Growl Crashing!" Tiga cahaya laser menyusur laju ke arah Ian. Namun, Ian langsung tidak berganjak dari situ. Dia tidak akan lari dari pertarungan kerana itu bukan dirinya. Keturunannya juga tidak pernah lari dan menerima segala impak serangan pihak lawan.

Tiga cahaya laser mendekati Ian. Dia memetik jari lalu muncul sepasang sayap yang membungkusnya sebagai perisai. Impak cahaya laser yang menghentam sayapnya menyebabkan satu letupan cahaya meletus. Tanah yang menjadi tempat pertarungan kelihatan seperti kawah besar. Cahaya itu mula pudar menampakkan Ian yang masih gagah berdiri. Sayapnya yang bertindak sebagai perisai kembali ke belakangnya.

"I guess... The wing is not for flying but act like a shield," ujar Chimera yang perasaan sejak perlawanan Pierce dengan Aryan. Ancient Beast itu mengembangkan sayapnya lalu terbang di udara seakan-akan mencabar Ian bertarung di udara.

"Blast Wild Claw!"

Ian juga mengembangkan sayapnya untuk mengelakkan serangan raksasa itu lalu terbang menyusur ke arah Chimera.

"Twin Sword! Aurora Blazer!" Pedang cahaya berkembar itu disilang lalu dilagakan sehingga mengeluarkan bunyi 'shingg'. Serentak itu keluar cahaya yang Aurora berbentuk pangkah meluru ke arah Chimera. Tubuh Ancient Beast itu tercedera apabila terkena serangan Ian.

"This is the first time a mere child hurt me. It's hurt my pride," ujar Chimera.

"I may look weak than my brother. But I trained so hard to make he proud of me. To make my father proud of me. So that they think I'm well and can take care of myself. So, they can stop calling me cute! Harghhhh!!!" Pedang berkembar itu menghentam Chimera tetapi Chimera sempat mengugutnya sebelum serangan itu mencederakan dirinya buat sekali lagi. Mereka bergelut seketika di udara.

"Aryan..." panggil Aydan. Dia sedang memandang Ian yang sedang bertarung dengan Chimera di udara.

"Yes father."

"We should stop calling Ian cute, right?" Aydan sengih kekok.

"I agree with you." Manalah mereka tahu yang Ian tidak suka dipanggil comel oleh mereka berdua. Ian selalu senyap bila mereka berdua memanggilnya comel. Mereka fikir Ian suka.

"But he so cute right now!!!" Aydan melambaikan tangannya ke arah Ian yang bergelut dengan Chimera. Aryan di sebelahnya mengangguk setuju. Sejak bila Ian tak pernah comel di mata mereka?

Ian perasan lambaian ayahandanya. Tetapi tangannya terlalu penuh untuk membalasnya kembali. Walaupun dia tak suka dipanggil comel, dia relakan sahaja sebab yang panggilnya begitu tidak lain adalah ayahanda dan kekandanya sendiri.

"You distract kid! Crashing Claw!" Cakaran Chimera menyebabkan Ian terpelanting di udara.

Ian masih terapung di udara kerana sayapnya dapat menahan sedikit impak serangan Chimera itu. Tetapi selebihnya dia menerima serangan itu menyebabkan darah mengalir di tepi bibir. Bahunya juga terkoyak. Ian menyapu darah di tepi bibir dengan telapak tangannya.

"Aku selalu mahu dapatkan perhatian ayahanda dan kekandaku. Agar mereka tahu aku juga kuat seperti mereka. Semakin aku tunjuk kebolehan ku semakin mereka risau. Semakin mereka menunjukkan sikap mahu melindungi. Pada mulanya aku tidak faham. Tapi sekarang aku faham..." Ian tunduk memandang ke bawah. Ayahanda dan kekandanya sedang berteriak memanggil namanya dengan penuh semangat. Satu senyuman lebar muncul di wajah comelnya.

"Ian! Come on, bro!"

"Son, you can do it!"

Daripada senyuman berubah jadi ketawa besar. Ini kali pertama dia ketawa sungguh-sungguh hati sehingga mengalirkan air matanya sehingga mengelirukan Ancient Beast itu.

"Why you laughing but at the same time you're crying?" soal Chimera.

"Sebab aku gembira. Aku gembira ayahanda dan kekanda tetap sayang aku walaupun aku kalah atau menang. Mereka tetap gembira dan gembira tidak kira apa jua keputusannya."

"Kau pula bagaimana?"

"Aku tetap sayang mereka tidak kira walauapa pun yang berlaku. Dari dulu lagi aku sayang mereka. So, I'm gonna fight even I'm lose. Because I'm happy." Sengihan lebar menghiasi wajah Ian yang selama ini tidak pernah difikirkan. Dia selalu kelihatan serius tetapi kini dia tidak mahu begitu lagi.

Chimera memandang wajah Ian yang sedang senyum dengan penuh keikhlasan. Kali pertama dia melihat budak itu tersenyum gembira begitu. Luka di badan Ian sudah pulih sepenuhnya. Chimera dapat rasakan yang aura Ian semakin kuat. Sama seperti Raja Rowan yang pernah bersama dengannya. Semangat Ian juga sama dengan Raja Kfalion. Dan senyuman Ian tidak ubah seperti Nea, bondanya. Kekuatan Ian juga setanding Aydan. Chimera dapat lihat semua itu.

"Nampaknya aku kalah dengan kau budak," ujar Chimera.

"Tapi..." Ian mengelipkan mata beberapa kali. Mata birunya bersinar bulat.

Chimera memalingkan wajah ke arah lain. Patutlah Aydan sayangkan anaknya ini rupanya anaknya ini memang comel.

"Enough kid. If I fight you, I lose anyway!"

"O-okay!"

Mereka berdua turun ke bawah bersama yang lain. Sayap Ian mula menghilang. Dia berlari ke arahnya lalu menerpa ke arah Aydan dengan memeluk erat ayahandanya.

"Son, you're acting strange," ujar Aydan. Tapi dia membalas pelukan anaknya.

"Sorry make you worry about me all time. After this, I keep smiling like this," ujar Ian sambil tersenyum.

"Auwww, son... You make your father blusing but I like it. You are my son. You look so cute when you smile. Don't smile again. What if someone kidnap you? I is cannot..." kata Aydan sambil menggesel pipinya dengan Ian.

"Ian's smiling?!" jerit Ryan. Belum pernah dia lihat Ian senyum sebelum ini kali pertama dia nampak Ian senyum lebar begitu.

"Diam kau!" Aryan tumbuk perut Ryan sampai tertunduk kawan tu. Dia gembira melihat adiknya yang sudah mampu tersenyum lebar. Matanya dihala ke arah Chimera.

"Thank you," ucapnya dalam fikiran.

"Well, it's worth to make myself hurt to see his smile," balas Chimera.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro