Chapter 38: Army of Underworld

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DI suatu tempat yang tidak diketahui, hanya kegelapan yang menyelubungi tempat itu, hanya desah nafas ganas yang sedang kelaparan, hanya mata merah bersinar garang mahu melepaskan amukan yang mengisi suasana tempat itu. Dalam kebisingan melepaskan amukan pada pasukan sendiri, satu derap langkah kedengaran membawa kegelapan yang maha hebat dan kejahatan yang tidak dapat ditandingi.

Aura kegelapan yang menyelubungi tempat itu sudah cukup membuatkan raksasa-raksasa yang dahagakan darah yang tidak berdosan menggeletar ketakutan, diam membisu akan kedingingan kuasa kegelapan yang ditonjolkan oleh Chronos. Langkahnya diatur menuju ke singgahsana yang telah lama disediakan untuknya bersemayam. Dia berdiri teguh memandang Tentera Underworld yang bakal menjadi buah caturnya dalam memenangi peperangan antara dia dan Lvanians. Raksasa-raksasa yang kelaparan itu terus menjatuhkan lutut mereka ke tanah dan kepala ditundukkan ke bawah kerana tidak berani bertatapan mata dengan Dewa Kegelapan itu.

Chronos duduk di atas singgahsananya dengan kaki bersilang, tangan bertongkat dagu dengan satu senyuman sini yang bermain di bibir. Matanya yang hitam pekat bersinar puas kerana Tentera Underworld yang sudah lama diidamkannya jatuh ke dalam tangannya. Bukan itu sahaja, dia dapat lima buah catur yang paling kuat yang terkenal dengan kejahatan di Underworld. Tentera yang dimilikinya ini sudah dapat menjatuhkan Sylvania.

Menyerang Sky Realm adalah sesuatu yang sia-sia kerana sudah tentu bangsa kayangan dapat menghalang mereka. Namun, satu cara untuk menakluk Sky Realm adalah Sylvania. Di mana Sylvania merupakan satu generasi evolusi dari bangsa kayangan yang akan menjadi lebih kuat berbanding Sky Realm. Sebelum Lvanians bertambah kuat, dia perlu menakluk Sylvania terlebih. Jika dunia tersebut jatuh ke dalam tangan Chronos, tiada siapa yang boleh menghalangnya termasuklah Aryan.

"Ah... Aryan..." Chronos bersuara. Dingin.

Sementara Aryan tidak dapat membangkitkan kuasa keabadiannya, dia perlu musnahkan Sylvania termasuklah Aydan! Ketawa Chronos bergema.

"Rise my pawns! Today we will have feast!" kata Chronos diiringi ketawa besar. Usai ucapannya raksasa-raksasa yang dahagakan darah musuhnya mengaum. Saat yang dinanti-nantikan telah datang, Sylvania bakal menjadi tempat amukan mereka.

****

Rakyat Sylvania beransur-ansur berpindah ke Wasteland dari semasa ke semasa setelah pengumuman tekah dilakukan. Tempat perlindungan sementara dilindungi oleh knight in training dan juga satu pasukan Elite Knight untuk melindungi rakyat Sylvania yang menumpang berteduh sementara menunggu perang tamat.

Demons yang tinggal di Istana Wasteland melihat Lvanians yang berpindah ke tanah mereka menelan air liur. Jika mereka bertindak menyerang Lvanians yang sedang berteduh di sini akan memakan diri mereka jua, pahlawan yang menjaga keselamatan Lvanians sudah cukup menghapuskan mereka dengan bantuan teknologi dan kuasa mereka. Demons tetap tidak akan menang menentang Lvanians sejak berzaman lagi.

"Lvanians yang berada di seluruh negeri sudah dipindahkan. Hanya yang berada di pusat bandar sahaja yang masih menunggu giliran ke tempat perlindungan," lapor Rese.

"Lvanians di pusat bandar boleh berpindah pada hari ini," kata Aydan serius.

"Tapi hari dah gelap..."

"Hari ni jugak. Aku rasa tak sedap hati. Lyon!" panggil Aydan sambil memerhati skrin yang tertera di Menara Kawalan.

"Aku akan mempercepatkan perpindahan rakyat dengan segera. Raja-raja di seluruh negeri sudah pun melakukan persiapan mereka jadi, mereka akan bertindak dengan segera jika berlaku apa-apa masalah!" kata Lyon.

"Isabelle, mana?" soal Aydan.

"She was at the camp, aiding the subject," balas Rese.

Aydan terus membuka portal menuju ke pusat bandar bagi membolehkan squadron yang dikendalikan oleh Lyon dapat membantu perpindahan Lvanians dengan segera. Aydan terus meninggalkan Menara Keselamatan dan menuju ke istana untuk mengambil sesuatu yang berharga sebelum istana ini akan musnah pada bila-bila masa sahaja.

Bilik rahsia yang menyimpan potret dari Raja Sylvania yang pertama sehingga sekarang dimasuki oleh Aydan. Potret milik Nea ditenung lama. Perasaan rindu yang bergelora di dalam dada tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Tidak lama lagi, dia akan bertemu dengan isteri yang dicintainya. Sebelum dia pergi, dia perlu lakukan sesuatu untuk memastikan pemergiannya tidak menjadi sia-sia.

Potret milik Nea ditolak ke tepi. Pedang Rapturous dan rantai milik Annabella dahulu diambilnya. Pedang ini dihunus oleh Nea pada saat-saat hembusan nafas terakhirnya akan menjadi satu harapan kepada anak-anaknya nanti. Rantai Annabellla akan menjadi petunjuk bagi Aryan dan Ian mencari jalan keluar kelak. Dia memandang potret Nea buat seketika sebelum melangkah pergi.

Derap langkahnya terhenti. Bulu romanya berdiri tegak sepertinya perasaan ketakutan berhadapan Chronos dulu yang hampir hilang muncul kembali. Dia teleportkan dirinya ke udara. Kepalanya didongakkan ke atas langit yang masih biru cerah itu. Mungkin perasaannya sahaja yang masih gementar akan masa depan yang akan berlaku tidak lama lagi.

Aydan kalahkan badan mahu berlalu dari situ tetapi dia masih kaku di udara. Matanya memandang ke bawah. Lvanians beransur-ansur berangkat menuju ke Wasteland. Dalam keadaan itu, dia perasan kan sesuatu. Sejak dia terapung di udara, dia tidak dapat merasa sapaan angin yang membuai lembut. Terasa seperti kaku tanpa angin yang menderu lembut menyapa rambutnya yang sudah hampir beruban.

SWOOSHH!!!

Seru angin laju menyapa sisi pipinya. Beberapa helai rambutnya berterbangan. Jarinya naik menyentuh pipi yang terasa pedih. Darah. Goresan terbentuk di pipinya akibat daripada deru angin yang laju tadi. Aydan terus memandang langit yang tadinya biru cerah kini awan beransur-ansur bergerak menutupi langit yang cerah itu.

SWOOSHH!!!

"Light Barrier!"

BOOOM!!!

Aydan seru pelindung cahaya yang berbentuk kubah melindungi pusat bandar yang masih mempunyai Lvanians. Walaubagaimanapun, tindakannya menyeru pelindung cahaya agak lambat menyebabkan satu serangan asing terlepas lalu mengakibatkan satu letupan di kawasan bandar.

Awan yang berarak tadi bertukar hitam. Tiba-tiba muncul anak panah berbentuk petir berwarna hitam muncul dari celah-celah awan hitam lalu turun bagaikan hujan yang akan memusnahkan pusat bandar dengan sekelip mata. Aydan menguatkan lagi Light Barrier agar anak petir hitam itu tidak dapat membolosi pelindung cahayanya.

Sungguhpun dia cuba mempertahankan pelindung cahaya, anak petir hitam yang turun bagaikan hujan seperti tidak mahu berhenti. Beban serangan itu sangat dahsyat sehingga beberapa anak petir hitam itu dapat membolosi pelindung cahaya itu. Anak petir hitam yang melekat di pelindung cahaya mula bersambung antara satu sama lain dan berubah kepada bebola lalu menghasilkan letupan yang sangat dahsyat.

Pelindung cahaya milik Aydan menjadi tiris dan berlubang apabila letupan itu menjadi semakin reda. Serangan yang belum diketahui dari mana itu tidak berhenti dari situ. Awan hitam yang berarak perlahan itu menggulung menjadi bebola kecil perlahan-lahan menjadi besar.

"Dispersed Fog Annihilation!"

Awan hitam yang bergulung itu terus dilepaskan menuju ke arah Aydan. Akibat serangan itu, pelindung cahaya hilang serta-merta. Aydan juga diseret sekali dengan awan itu menghentam bangunan di pusat bandar.

BOOMM!!!

Bangunan yang menjadi mangsa perlanggaran serangan itu terus lenyap membentuk satu kawah yang bulat. Awan hitam yang bergulung tadi perlahan-lahan menghilang menampakkan satu perisai cahaya berwarna emas teguh berdiri melindungi Aydan. Kilat hitam kecil yang berada di permukaan perisai emas itu terus hilang bagaikan debu.

Aydan merenung tajam ke arah langit yang semakin hitam. Kibasan sayap juga jelas kedengaran di sebalik awan hitam itu. Chronos muncul di sebalik awan hitam. Dia terbang menuju ke arah Aydan yang sedang merenung ganas ke arahnya. Wajahnya yang tidak dimamah masa itu masih kekal muda. Senyuman yang bermain di wajah Chronos masih sama seperti dulu.

"You age a lot, my boy..." Chronos bersuara.

"You live for thousands years and never age but you look very lonely," balas Aydan.

"Siapa cakap aku kesunyian? Melihat anak-anak kau membesar hari demi hari satu menyeronokkan. I think... I'm your children's godfather."

"In your dream."

"Kau tahu, Aydan... Saat kau lahir sampai sekarang, aku tahu apa yang berlaku dalam hidup kau. Aku perhatikan kau, aku tahu perasaan kau. Begitulah dengan Aryan dan Ian... Aku tahu semuanya tentang mereka termasuklah perasaan mereka. I love them actually..." kata Chronos tanpa perasaan.

"A loveless confession by a heartless monster."

"Nuh-uh... I'm not a monster. Aku, Chronos. Dewa Kegelapan yang akan menghancurkan Sylvania dengan kegelapan yang aku bawa!"

Tiba-tiba tanah bergetar hebat hebat. Kabus hitam mula muncul di seluruh kawasan. Kemudian kabur hitam itu mula membentuk satu susuk aneh. Ianya bermula dengan satu lalu bertambah satu-persatu di seluruh pusat bandar. Kabus hitam itu membentuk raksasa berbadan seperti orang namun saiznya tiga ganda besar daripada orang biasa.

Tidak cukup dengan itu, raksasa itu juga mempunyai berbagai-bagai rupa dengan bertanduk panjang dan pendek, bermata satu, bermata tiga dan ada bermata seluruh di badannya. Ada bertangan dua dan ada juga bertangan lebih daripada lima begitu juga dengan kakinya. Badan mereka ada yang bercantum dengan raksasa yang lain, ada juga yang tidak cukup sifatnya. Pelbagai rupa dan bentuk yang mengerikan.

"Rise my pawns! It's time for us to rampage!" laung Chronos. Raksasa-raksasa Chronos terus lari bertebaran di seluruh pusat bandar.

"Rese! Prepare to attack! Activate our weapon!" arah Aydan melalui telepati.

Rese yang telah menerima input serangan dari Chronos sejak hujan petir hitam tadi telah pun bersedia untuk melancarkan serangan dari Menara Kawalan. Dia hanya perlukan arahan Aydan sahaja untuk bertindak melepaskan serangan balas terhadap tentera Chronos yang baru muncul.

"Lord Rese, General Lyon and other Elite Knight are still on mission rescuing Lvanians!" kata seorang kesatria yang mengendalikan Menara Kawalan tersebut.

"Activate targeted device. Launch Omni Arrow. It's can minimum the damage while waiting General Lyon finish his mission!" arah Rese.

Skrin yang terpapar di ruang Menara Kawalan menunjukkan jelas raksasa-raksasa yang sedang mengamuk di pusat bandar. Apabila Targeted Device diaktifkan. Raksasa yang muncul itu akan ditanda pangkah di skrin.

"Targeted Device activated! Omni Arrow ready to launch!"

"Attack!" Cahaya putih berbentuk anak panah meluncur laju ke udara lalu terus menjunam ke arah raksasa yang telah pun dipangkah. Sebaik sahaja anak panah yang menyerang raksasa itu berjaya menjatuhkan tentera Chronos. Namun kesannya hanya sementara. Raksasa-raksasa itu kembali bangun memusnahkan benda di sekeling mereka.

"Lord Rese!"

Rese mengetap gigi apabila melihat serangan mereka tidak memberi kesan kepada raksasa-raksasa Chronos yang sedang bermaharajalela di pusat bandar. Matanya terus merenung skrin di hadapannya. Jika diturutkan hatinya yang panas, sudah tentu dia akan terbang keluar bertempur tetapi atas arahan Aydan dia perlu berada di sini untuk memberi arahan jika berlaku apa-apa padanya.

"Keep attacking them! It's can immobilized them for a while!" putus Rese. Buat masa ini, serangan itu sahaja yang akan dikeluarkan. Senjata yang dibangunkan sejak di bawah pemerintahan Kfalion akhirnya dapat digunakan jua di saat-saat begini.

"Damir, beritahu Raja-Raja negeri Sylvania. Chronos sudah muncul mencemari tanah kita," arah Rese.

"Baik!" Laju tangan Damir melaksanakan tugasnya menghantar isyarat bahawa Sylvania diserang oleh Sylvania.

Rese terus menatap skrin yang mempamerkan Aydan dan Chronos. Tangannya sudah dikepal menjadi penumbuk apabila melihat muka durjana yang memusnahkan keluarganya itu.

"You got a very wicked weapon," kata Chronos apabila melihat anak panah putih terus-menerus terbenam di dalam badan tenteranya.

"Aku sanggup buat apa sahaja demi Sylvania daripada dihancurkan oleh kau!" kata Aydan garang.

"Aku bukan nak hancurkan Sylvania. Aku mahukan Sylvania yang akan menjadi singgahsana aku yang baru!"

"Aku takkan benarkan!"

"Too bad. Your wicked weapon cannot defeat my army. You know what? My army called Encelados and Aloadae. Mesti kau tak tahu kan?"

"Encelados giants who battled Athena in the war against the gods. Aloadae, a group of giants who capture the god Ares," kata Aydan. Dia tidak terkejut dengan tentera yang diperolehi oleh Chronos kerana dia tahu Dewa Kegelapan itu akan berusaha mendapatkan tentera yang paling kuat.

Chronos bertepuk tangan. "I choose the best among the best. The giants who are able to fight the gods. I called them Army of Underworld!"

"What a lame!" balas Aydan sinis.

"Begone, you mortal!" Aura hitam nyala marah di seluruh Chronos.

"You, should tell that to yourself." Aydan juga telah melepaskan auranya yang berwarna putih keemasan yang menyala marak di seluruh badannya.

****

Perang sudah pun bermula.

Aryan and Ian, where are you boys? Save your dad!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro