Chapter 39: War

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keadaan tidak menyebelahi Lvanians apabila raksasa terus-menerus memusnahkan bangunan yang dibangunkan hasil titik peluh mereka. Serangan mereka tidak memberi kesan kepada raksasa yang dikenali sebagai Encelados. Setiap serangan yang dilakukan hanya mematikan pergerakan raksasa itu sahaja. Hanya beberapa minit sahaja raksasa itu kembali mengganas memusnahkan apa yang ada di hadapan mereka.

"Lord Rese, Encelados are nearing General Lyon!" lapor Damir.

Rese beralih ke arah skrin yang memaparkan Lyon dan skuadnya sedang menyelamatkan Lvanians. Tidak jauh daripada itu, raksasa-raksasa menghampiri misi menyelamat.

"Aktifkan Artificial Warrior," arah Rese.

"Tapi Lord Rese, AW kita masih belum diuji lagi. Dengan ketiadaan Putera Raizer, kita tidak tahu sejauh mana Artificial Warrior dapat bertahan melawan raksasa-raksasa tu!"

"Kita dah tak ada masa fikir hal tu! Nyawa Lvanians lebih penting sekarang ni! Cepat aktifkan AW!" tegas Rese. Dia tiada masa untuk fikirkan keberkesanan prototaip robot yang dibangunkan oleh kumpulan saintis. Dia perlu gunakan segala senjata yang mereka bangunkan untuk melawan Chronos dan Tentera Underworld.

Dengan arahan Rese, mereka melancarkan Artificial Warrior yang masih lagi dalam uji kaji saintis diraja. AW merupakan robot hasil ciptaan saintis diraja baru-baru. Walaupun masih baru, dia tiada masa untuk menguji kefungsian robot tersebut. Itu sahaja cara untuk menolong Lyon yang sedang menyelamatkan Lvanians yang sedang terperangkap.

BOOMM!

Bunyi letupan yang kedengaran menggegarkan Menara Kawalan tersebut. Skrin yang terpapar menyala merah dengan tanda amaran seruan yang berkelip-kelip. Knight yang bertugas cepat melakukan tugasnya mengesan punca letupan yang berlaku. Tanda amaran mula hilang dan skrin tidak lagi berwarna merah.

"Lord Rese! Ada penceroboh dalam Menara Kawalan! Letupan yang berlaku punca daripada dia!" beritahu knight yang bertugas.

Gambar yang terpampang di skrin dibesarkan jelas menunjukkan satu susuk seorang perempuan yang mempunyai rambut yang berapi. Knight yang cuba melawan perempuan tersebut tidak dapat bertahan lama apabila badannya disambar oleh rambut berapi perempuan itu lalu terbakar.

"Damir, Menara Kawalan aku serahkan pada kau. Kalau Menara Kawalan tidak lagi selamat, aku nak kau semua selamatkan diri." Rese tinggalkan pesanan terakhir kepada anak buahnya.

"Tapi Lord Rese!" Damir mahu membantah kerana segala arahan Menara Kawalan akan lakukan jatuh ke tangannya. Jika dia silap membuat keputusan, pasti Sylvania dalam bahaya.

"Dengar sini semua! Jadikan ini adalah peperangan terakhir kita dengan Chronos."

"Yes, my lord!" Knight yang berada di dalam bilik kawalan itu terus tabik hormat kepada Penasihat Diraja itu. Walauapapun yang akan terjadi, peperangan ini adalah peperangan terakhir mereka.

Rese terus keluar dari bilik tersebut menuju ke arah musuh yang baru muncul itu. Mungkin ini adalah demigoddess yang Raphael bagitahu mereka saat putera kayangan itu datang membawa khabar Sky Realm diserang. Di lorong yang sudah hampir musnah, api yang marak dan juga mayat knight yang hangus rentung bergelimpangan di atas lantai, seorang perempuan berambut api sedang mencekik seorang saintis sebelum rambutnya membelit muka saintis tersebut sebelum rentung sepenuhnya.

"I'm Empusa. You must know about me from my lover, Raphael," kata Empusa. Lidahnya bercabang menjilat bibir bawah kerana kenyang menarik nyawa Lvanians sehingga rentung.

"Berambus kau dari sini!"

"After I devour your soul with my flame."

Rambut Empusa yang berapi itu terus terbang meluncur ke arah Rese tetapi dapat dielakkannya. Rambut Empusa menghentam lantai menyebabkan lantai tersebut berlubang dan berapi.

Rese bertukar menjadi singa yang ganas lalu berlari mahu menerkam Empusa. Rambut Empusa itu dilibas ke arah Rese menyebabkan badan Rese menghentam dinding. Badan singanya berubah kepada bentuk asal. Terdapat luka terbakar di sisi perutnya.

"You never defeat a demigoddess like me, mortal!" Rambut Empusa yang berapi itu terus menerus menghentam bangunan Menara Kawalan secara rawak tanpa niat menyerang Rese. Tujuannya hanya satu iaitu untuk menghancurkan Menara Kawalan.

"Empusa enough!" Seseorang yang berpakaian hitam muncul di sisi Empusa. Wajah berwarna hitam gelap. Tiada mata, mulut dan hidung. Yang hanya ada dua lubang seperti mata dan satu lubang di bawah seperti mulut. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan menggeletar ketakutan akan wajahnya yang berupa kegelapan yang tiada penghujung.

"Eidolon! Aku masih belum puas lagi!" bentuk Empusa.

"Misi kita di sini sudah selesai. Bangunan ni akan runtuh bila-bila masa saja," kata makhluk yang dikenali Eidolon itu.

"You see in hell, mortal!" Mereka berdua terus lenyap.

Rese mengetap gigi. Dia terus berlari kembali ke bilik kawalan utama untuk memberi amaran kepada anak buahnya. Malang sekali bilik kawalan utama meletup sebelum dia sampai. Letupan di bilik kawalan utama disusuli oleh letupan yang seterusnya. Rese tiada pilihan selain keluar dari Menari Kawalan.

Menara Kawalan yang sepatutnya menjadi benteng terakhir mereka telah musnah. Ternyata Chronos sengaja menarik perhatian Aydan untuk keluar dari menara itu. Dia berubah menjadi burung memandang ke arah Menara Kawalan yang perlahan-lahan runtuh bersama anak buahnya.

Rese tidak boleh membiarkan perasaan sedih menyelubungi diri. Dia perlu bertarung demi anak buahnya yang telah tiada. Memenangi peperangan ini adalah perkara yang perlu dia utamakan agar pengorbanan anak buah tidak sia-sia.

"Lord Rese!" Suara dari pembesar suara buat Rese terkejut.

Sebuah pesawat sedang berada di atas kepalanya. Dia terus terbang ke arah cermin pesawat tersebut. Ternyata anak buahnya masih hidup cuma ada di antara mereka tercedera tetapi masih bersemangat untuk bertarung.

"Kami akan membantu General Lyon menyelamat Lvanians!" kata Damir melalui pembesar suara. Dan pesawat itu terus meluncur laju ke udara. Rese perlu mencari Aydan.

****

Aydan mengesat darah yang mengalir di tepi bibirnya. Serangan Chronos tadi tidak sempat dielak kerana terlalu laju untuk ditangkap oleh pandangan mata. Akibat serangan Chronos yang menghentam perutnya, dia memuntahkan sejumlah darah. Badannya terbongkok-bongkok di atas tanah. Perlahan-lahan dia bangkit kembali. Pertarungannya baru sahaja bermula. Dia tidak boleh kalah begitu sahaja.

"You grown weak, Aydan. If you keep your immortality, you can fight me without sweat. Now, look at you, boy... Scratches, wounded and bleeding. Very pathetic! Hahaha..." Chronos gelak besar. Perlawanan mereka tidak bertahan lama kerana Aydan sudah rebah.

"Sekurang-kurangnya aku tahu yang kau tidak pernah berubah dalam melakukan serangan. Masih dengan serangan yang dulu. Tapi aku tetap berusaha untuk menguatkan lagi kemampuan yang aku ada!"

Bebola cahaya yang berpusar seperti pusaran angin muncul mengelilingi Aydan. Tangannya diangkat tinggi sebaik sahaja dia jatuhkan ke sisi paha. Pusaran cahaya itu terus meluncur laju ke arah Chronos. "Light Fusion Strike!"

Pusaran cahaya itu menghentam tubuh Chronos sehingga berlubang di sana sini sehingga menampakkan pandangan belakang. Tetapi lubang pada badan Chronos segera pulih seperti tiada apa yang berlaku padanya.

"What a coward. Kau hantar klon kau lagi." Aydan senyum sinis.

"Aku tak pengecut begitu sekali. Kau yang tidak dapat kalahkan aku. My body cannot defeat by a mere little light you have."

"Shadow Lance!"Bayang-bayang hitam yang mengelilingi Chronos perlahan-lahan berubah bentuk menjadi seperti tombak. Tambah hitam yang diperbuat daripada bayang-bayang itu terus menyusur laju ke arah Aydan dengan sekelip mata.

"Light Barrier!"

Tombak hitam bayang-bayang menghentam pelindung cahaya tetapi salah satu serangan Chronos itu terlepas lalu menusuk ke dalam pahanya. Pelindung cahaya terus hilang. Aydan rebah melutut ke tanah.  Tombak hitam yang terbenam di dalam pahanya terasa seperti menyerap kuasanya. Aydan terus mencabut tombak hitam itu. Lukanya berubah menjadi hitam. Semakin lama semakin merebak.

"Shadow Curse!"

"Arghhh!!!" Aydan meraung kesakitan apabila lukanya mula merebak ke tempat lain. Dia mengumpulkan tenaga untuk melambatkan kesan penularan Shadow Curse yang  Chronos letakkan padanya melalui tombak hitam itu.

"It's not fun anymore when you are weak. Where is your sons? They are more interesting than you."

"Kau hanya boleh bertarung dengan aku!"

"Shadow Curse bukan buat luka kau jadi semakin serius tetapi makan nyawa kau. Kau mungkin dapat memperlahankan Shadow Curse tetapi ia tetap makan nyawa kau secara perlahan-lahan. Bertarung dengan kau hanyalah sia-sia. Lebih baik kau cakap mana anak kau. Sebab hanya anak kau je yang dapat tamatkan Shadow Curse dalam diri kau," kata Chronos sambil tersenyum puas.

"Jangan harap! Twin Light Sword!" Aydan seru pedang cahaya berkembar.

Dia berlari ke arah Chronos sambil menggunung pedangnya. Tujahan pedangnya dapat dihalang oleh Chronos dengan tombak hitam tadi. Kakinya dijatuhkan pada tanah serentak itu dia merendahkan badan lalu menghala mata pedangnya ke arah bahagian bawah Chronos tetapi musuhnya dapat mengelak dengan cekap. Dewa Kegelapan itu menghunus tombak hitamnya ke arah Aydan tetapi dapat dihalang dengan menyilangkan pedang berkembarnya.

"Why you don't fight me like this! Shadow Crasher!"

Bebola hitam muncul meluru ke arah Aydan tetapi dapat dibelah dengan pedang cahayanya. Saat dia dapat membelah bebola hitam seraya itu letupan berlaku memusnahkan lagi bangunan yang ada.

"Annihilation Ray!" Aydan menyilang pedangnya lalu muncul cahaya berbentuk bulan sabit membelah bebola hitam milik Chronos. Tiada lagi letupan yang berlaku dan bebola hitam itu lenyap seperti debu.

"Nice... Berserking Shadow!"

Kabus yang mengelilingi Chronos mula membentuk bayang-bayang yang boleh berdiri dan bergerak. Bayang-bayang itu tidak mempunyai rupa hanya berwarna hitam dan kabus hitam berkumpul mengenal bentuknya seperti bayang-bayang. Bayang-bayang itu terus berlari menuju ke arah Aydan. Pedang di tangan dilibas ke arah bayang-bayang yang boleh bergerak sendiri itu. Serangannya tidak membuahkan hasil malah tidak menampakkan bayang-bayang itu tercedera.

"Annihilation Ray!" Serangannya dapat membelah bayang-bayang itu tetapi bayang-bayang itu kembali bercantum semula seperti tiada ada yang berlaku.

"Berserk my shadow!" Kata-kata Chronos menyebabkan bayang-bayang itu semakin membesar. Tanah yang dipijak oleh Aydan berubah hitam. Lalu menjalar pada kaki Aydan untuk mematikan pergerakannya. Bayang-bayang itu terus mengelilingi bayang Aydan dan sekelip mata berubah menjadi rantai hitam yang membelit tubuh Aydan.

"Finally! Dapat juga aku tangkap kau!"

BOOMM!!!

Letupan yang kuat kedengaran bertalu-talu tanpa henti. Dari kejauhan Aydan dapat melihat asap hitam muncul di udara dari merata-rata tempat. Raungan raksasa juga dapat didengari olehnya.

"What a melodious sound!"

Kabus hitam Chronos terbang ke udara membentuk satu bulatan besar. Bulatan kabus itu perlahan-lahan memunculkan gambar dari serata tempat di mana terjadinya letupan tadi. Alangkah terkejutnya apabila melihat Menara Kawalan yang sepatutnya menjadi bentengnya terakhir musnah dalam sekelip mata.

"Empusa and Eidolan did a great thing to destroy that tower," kata Chronos apabila melihat rancangannya berjaya.

"Rese!"

"Aku tak apa-apa. Yang lain semua selamatkan Lvanians yang terperangkap. Kau kat mana?"

"Utara. Aku nak kau pergi ke arah selatan pusat bandar. Aku tak sedap hati. Aura kegelapan kat sana sangat kuat."

"Emelle ada kat sini."

"Kau tolong Emelle. Aku tak nak buat adik aku jadi janda."

"Sial kau." Rese tersengih sendiri. Sikap Aydan yang sayangkan meletakkan kembarnya di hadapan berbanding dirinya dari dulu sampai sekarang memang tidak pernah berubah.

Bahagian selatan pusat bandar telah pun hancur. Melalui bulatan kabus yang dipaparkan oleh Chronos, seorang perempuan memakai jubah hitam sedang mencekik Lvanians yang tidak sempat menyelamatkan diri. Perempuan itu mengangakan mulut menampakkan taringnya yang tajam lalu dibenamkan ke dalam leher Lvanians. Dalam sekelip mata sahaja Lvanians itu berhenti bergerak dengan meninggalkan badan yang tidak lagi mempunyai darah.

"The one who suck all the blood is Lamia. A vampiric demon. That's is Kobaloi, a very mischievous demon Young but very evil," kata Chronos melihat pengikutnya itu.

Bulatan kabus itu pula beralih pada bahagian timur pusat bandar memaparkan makhluk kerdil seperti budak-budak dipanggil Kobaloi oleh Chronos sedang bergelak ketawa mengawal mayat Lvanians yang tidak bernyawa bergerak seperti Zombie. Gambar di bulatan kabus itu berubah kepada kawasan barat menunjukkan seorang perempuan berambut hitam dengan mata merah menyala sedang memegang cambuk (whip) yang panjang berwarna hitam membelit seorang knight.

"This is my favourite pawn. Erinyes, the goddess of vengeance. My distant lil cousin," kata Chronos sambil memandang ke arah pengikutnya itu.

Aydan mengacip gigi. Pengikut Chronos dapat mengalahkan knight dengan mudah. Teknologi yang digunakan untuk menyerang raksasa Encelados tidak berkesan.

"Now, lets focus on us." Chronos petik jari. Bulatan kabus itu terus hilang.

"Shadow Crasher..." Bebola hitam kembali muncul. Terapung-apung di udara menanti untuk dilancarkan pada Aydan yang tidak lagi mampu bergerak. Chronos tersenyum sinis apabila melihat wajah ketakutan Aydan yang akan bertemu dengan maut bila-bila masa sahaja lagi.

"Goodbye..." Bebola itu itu terus meluru ke arah Aydan.

***

Aryan mendongakkan kepala ke arah langit yang biru. Dia tidak dapat memberi fokus pada latihan Estelle Knight sekarang ini. Hatinya rasa tidak tenang seperti ada sesuatu yang buruk yang terjadi di luar dari Ancient Labyrinth itu.

"Kekanda?" tegur Ian apabila melihat Aryan tidak lagi fokus pada latihan mereka.

"Let's stop here for today. Esok kita sambung lagi," putus Aryan. Dia melangkah pergi ke rumah yang menjadi penginapan mereka. Estelle Knight kelihatan keliru dengan perubahan sikap Aryan yang tidak lagi ceria seperti dulu.

Pierce hanya memerhati lagak Aryan. Lambat-laun Aryan akan sedar bahawa Sylvania dalam bahaya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro