°1°

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

*DREAMS*

Pada 20**

Suara sorakan para peminat yang hadir pada sebuah konsert kedengaran begitu meriah sekali di dalam stadium. Setiap tempat yang disediakan di dalam stadium tersebut kini sudah penuh ditempah oleh para peminat-peminat yang ramai. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, kesemuanya bersorak dengan riang sekali sambil menghayungkan tongkat yang berwarna bulat tetapi mempunyai simbol kilat di dalamnya. Tongkat tersebut mengeluarkan warna oren dan kuning yang begitu indah sekali sewaktu bergabung bersama-sama.

Pssshh!!

"WaaaaaAAAaaaAaAaaaaaahhh!! "

Jeritan para peminat pun mula bergema tatkala kepulan asap mula keluar dan perlahan-lahan menghilang. Setelah sekian lama mereka menunggu, akhirnya kumpulan lelaki yang mereka tunggu-tunggu selama ini muncul.

"Kyaaaaahh!! "

"Halilintar!! "

"Kyaaa! Taufaaannn!! "

"Gempaaaaa!! "

"Omg Blaaaazeeee!!!"

"Iiicceeeee!! "

"Thorniieeee!! Thoorrnnn!! "

"Solaaaarrrr!! "

Itulah nama-nama yang kuat sekali kedengaran bagi menghuni stadium yang besar itu.

Diselang jeritan para peminat, muzik pun mula bermain dan ia membuatkan jeritan para peminat semakin kuat bergema.

Di atas pentas, muncul dan berdirinya 7 orang lelaki yang wajahnya kelihatan begitu muda dan menawan sekali. Masing-masing mempunyai sepasang iris yang menarik di mata mereka. Ada yang berwarna merah crimson yang tajam nan dingin. Ada juga yang berwarna biru langit yang bulat. Kemudian ada juga yang berwarna keemasan seperti madu. Selaij itu, ada pula yang berwarna merah bara api yang kelihatan begitu bersemangat sekali. Tidak kurang juga dengan iris berwarna biru aqua yang kelihatan sungguh tenang. Tidak ketinggalan iris berwarna hijau daun yang kelihatan begitu bulat dan akhir sekali iris berwarna perak yang sangat menawan.

Yang berada di tengah antara 7 orang tersebut pun mula berjalan ke depan. Tangannya yang memegang mic mula dihala ke bibirnya.

"Everyooonneeeee!!! "

"Kyaaaaaaaaaaaa!!! "

•☆★☆★☆•

8 Tahun Sebelum Itu.

Diqiu

"Abang Gempa, hari ni kita makan nasi dan telur lagi ke? "

Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada abangnya dengan mendongakkan kepalanya untuk melihat ke arah abangnya. Mereka berdua sedang berjalan bersama-sama sambil berpegangan tangan antara satu sama lain dengan erat. Dan mereka juga baru sahaja pulang dari meniaga kuih-muih yang dibuat oleh dua beradik itu.

"Hmm? Kenapa? Giga tak suka ke makan nasi dan telur? "

Kanak-kanak itu menunduk.

"Takdelah. Giga suka je! Cuma... Kalau kita letak sambal kicap boleh tak, bang? "

"Boleh! " Remaja itu menjawab sambil tersenyum.

Dan mendapat jawapan daripada abangnya, kanak-kanak itu pun tertawa riang dan melompat dengan teruja.

"Yaayy! Terima kasih, Abang Gempa! "

"Hahahaha! Sama-sama! Dah, jom balik. Nanti mak dan ayah risau pula. "

"Jom! "

Dan mereka berdua pun berjalan pulang bersama-sama ke rumah mereka yang berada di hujung kampung itu. Di tangan remaja tadi, terdapat bekas hasil jualan daripada kuih-muih yang dijualnya di pasar tadi. Ianya tidaklah seberapa tetapi sekurang-kurangnya ia cukup untuk membantu ibubapanya dalam membantu menampung kehidupan mereka 4 beranak.

☆★☆★☆•

"Macam mana dengan perniagaan kamu hari ni, Gempa? Semuanya laku? "

"Ok je, mak. Semuanya habis. "

"Baguslah kalau macam tu. "

Seorang wanita yang umurnya separuh usia berjalan mendekati remaja tadi dan menerima wang huluran daripadanya.

"Maaflah kalau ia tak cukup, mak. " Remaja itu berkata dengan nada serba salah.

Namun, wanita itu tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia tersenyum dan mengusap kepala anak sulungnya itu dengan lembut.

"Takde apa lah, Gempa. Ini sudah dikira sebagai rezeki kita. Sekarang, tolong mak masak jom? Adik kamu dah lapar dah tu. "

Remaja itu tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Lalu dia pun terus mengekori ibunya untuk ke dapur kecil mereka bagi membantu ibunya memasak buat makanan tengahari mereka.

Remaja itu tahu bahawa keluarganya itu tidak seberapa. Malah, wang perbelanjaan mereka untuk sebulan juga sebenarnya terpulang kepada hasil kerja ibubapanya dan dirinya. Segala hasil pendapatan mereka boleh digunakan untuk membantu membiayai perbelanjaan harian seperti makanan, bil elektrik, bil air dan pinjaman rumah.

Tetapi mereka sama sekali tidak mempermasalahkannya. Mereka mampu hidup bahagia walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.

"Alamak... "

Remaja tadi menoleh ke arah ibunya. Dia segera mendekati ibunya yang kini sedang memandang ke arah tong beras mereka.

"Kenapa, mak? "

"Gempa, beras kita dah nak habislah... "

Remaja itu melihat ke arah tong beras tersebut. Dia pun terdiam.

"Mak rasa ada sikit duit ayah kamu berikan tadi. Apa kata kamu pergi beli beras? "

Wanita itu memandang ke arah anaknya dengan pandangan berharap. Remaja itu tidak berkata apa. Dia hanya mengangguk akur sahaja.

Tidak lama kemudian, wanita itu kembali bersama wang di tangannya.

"Nah, belikan beras yang biasa kita belikan, ya? "

Remaja itu mengangguk. Dia pun keluar dari rumah untuk segera ke kedai runcit yang menjadi lokasi utama tempat keluarganya membeli barang keperluan harian.

•☆★☆★☆•

Di sepanjang perjalannya, remaja itu memikirkan tentang nasib keluarganya. Dia amat mengasihani ibubapanya yang harus berkeringat setiap hari untuk bekerja dan membawa pulang hasil kerja. Tidak kiralah hujan yang lebat ataupun panas yang terik, mereka tetap keluar untuk bekerja bagi memperoleh pendapatan sebanyak mana yang mampu.

Gempa, dia hanyalah remaja biasa. Dia dikira bernasib baik kerana dia dan adiknya sama sekali tidak mengalami apa-apa kecacatan. Baik di mental mahupun di fizikal. Jadi mereka berdualah yang sering membantu menambahkan lagi pendapatan untuk ibubapa mereka.

Dan jika difikirkan bahawa adakah mereka tidak ke sekolah? Ia adalah tidak sama sekali. Gempa dan adiknya pergi ke sekolah. Tetapi hanya sekolah yang mana diajar oleh mana-mana orang tua yang masih larat untuk mengajar anak-anak muda sahaja. Gempa adalah remaja yang gemar membaca. Jadi dia sering meminjam buku yang ada di perpustakaan kecil kampung mereka untuk bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan di sana. Manakala adiknya pula masih giat belajar membaca. Walaupun adiknya sedikit ketinggalan, tetapi kanak-kanak itu sentiasa bersemangat untuk belajar. Dia sangat gemar dalam mengira jadi sebab itulah Gempa akan sentiasa membawa adiknya untuk berniaga kuih bersama. Ini kerana dia ingin terus mengasah daya fikiran adiknya untuk menjadi seorang ahli matematik yang handal.

Gempa tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang menarik. Jadi dia tidak terlalu dipandang tinggi oleh para penduduk kampung mahupun kawan-kawannya. Tambahan pula Gempa tidak mempunyai banyak kawan dan dia juga sering berada di rumah berbanding keluar. Jadi sebab itulah dia tidak terlalu menjadi tumpuan sesiapa. Sekurang-kurangnya dia tidak akan menjadi bahan hinaan atau bualan orang.

Di dalam perjalanan, tiba-tiba Gempa terdengar sebuah alunan muzik yang rancak sekali. Dia mencari-cari dari mana datangnya muzik tersebut sehinggalah dia ternampak sebuah kaca TV yang dipamerkan di kedai elektronik yang ada di seberang jalan kampung tersebut.

Gempa berjalan mendekati kedai tersebut untuk melihat dengan lebih lanjut tentang apa yang sedang ditayangkan oleh skrin bercahaya tersebut. Dan matanya serta-merta membulat apabila dia melihat sebuah pertunjukan di atas pentas yang begitu.... Bersemangat sekali.

(A/N: Sila mainkan muzik di atas untuk lihat lagu yang sedang dimainkan tersebut.)

"Woah... "

Gempa terpegun melihat pertunjukan tersebut. Begitu banyak sekali penari yang menari di sekitar kawasan 5 orang penari tersebut. Segala tarian dan pergerakan mereka kelihatan begitu lincah sekali di dalam persembahan tersebut. Dan dia akui, mereka sangat hebat dan bergaya dalam baju yang dikenakan oleh mereka.

"Thank you everybody!! "

Gempa masih setia berdiri di hadapan kaca televisyen tersebut walaupun muzik tadi sudah tamat. Di dalam mindanya dia mula tertanya, bagaimana dia harus lakukan supaya boleh menjadi seperti itu?

"Hi, Gempa. Kamu buat apa tu? "

Gempa segera menoleh apabila dia terdengar seseorang memanggil namanya. Dan benarlah sangkaannya, ada seorang wanita tua sedang berjalan menghampirinya sambil tersenyum lembut. Gempa membalas senyuman itu dan menundukkan badannya ke arah wanita tua tadi sebagai tanda hormat.

"Hi, Nek Pi. Apa khabar? "

"Baik saja. Nek Pi tengok kamu khusyuk betul tengok TV tadi. Ada apa? "

"Oh? Uuhh... Tadi Gempa tengok satu pertunjukan ni. Diorang hebat juga, nek. Menari sambil menyanyi di hadapan semua orang. Kagum Gempa jadinya. "

Wanita tua yang dipanggil Nek Pi itu tersenyum. Dia pun mendekati Gempa dan melihat iklan yang kini sedang ditayangkan di kaca televisyen tersebut.

"Pengambilan bakat-bakat baharu dalam syarikat ternama di Bandar Cyber Galax kini dibuka! Adakah anda berbakat dalam menyanyi serta menari? Adakah anda bercita-cita ingin menjadi seorang idol yang terkenal seperti di negara luar sana? Jika benar maka andalah yang kami cari! Sila hadir ke sesi ujibakat yang ada di Bandar Cyber Galax bertempat di tempat-tempat ditetapkan bagi menyertai sesi pemilihan ahli baharu! Serlahkan bakat yang anda ada di sana! Jangan lepaskan peluang ini! Kami menantikan kehadiran dan penyertaan anda!

Untuk maklumat lanjut sila layari www.TAPOPSintheGalaxy.com!"

Nek Pi kembali menoleh ke arah remaja yang masih berdiri tegak di sebelahnya. Dari raut wajah lelaki muda itu, wanita separuh usia itu dapat meneka bahawa dia sangat tertarik untuk menyertai sesi ujibakat itu.

"Kamu nak pergi ke sana? " Nek Pi bertanya bagi menyedarkan Gempa dari lamunannya.

Gempa sedikit tersontak. Dia kemudia menoleh ke arah Nek Pi semula.

"Aahh... Rasanya tak kot? Sebab jauh lah bandar tu dari sini. " Gempa menjawab seraya menganggaru-garu belakang kepalanya.

Sejujurnya dia sangat teringin untuk mencuba uji bakat tersebut. Entah kenapa Gempa rasa begitu bersemangat sekali untuk hadir ke dalam dunia hiburan seperti itu. Padahal dirinya kurang gemar melibatkan diri dalam hal-hal yang melibatkan orang ramai.

Tapi bila difikirkan balik, lebih baik Gempa mengundur diri. Seperti yang dia cakap, jarak antara negerinya dan negeri Bandar Cyber Galax amatlah jauh. Sekurang-kurangnya dia harus menaiki kereta api ataupun bas jika hendak ke sana. Dan dengan keadaan hidup yang serba kekurangan, pasti Gempa tidak mampu membayarnya. Tidak lupa juga dengan kos sara hidup apabila dia berada di sana nanti. Sudah tentu harga barang di sana lebih mahal.

"Kamu janganlah risau. Apa kata kamu cuba minta izin mak dan ayah kamu dahulu? Mana tahu mereka akan benarkan kamu ke sana? " Nek Pi cuba memberikan semangat kepada Gempa.

Mendengar pujukan Nek Pi, hati Gempa sedikit sebanyak mula berkobar-kobar. Walaupun dia belum pasti sama ada dirinya akan dibenarkan ataupun tidak untuk menyertai ujibakat itu, tetapi dia ingin mencuba. Dia amat berharap agar mak dan ayahnya akan membenarkannya. Harap-harap lah.

"Baiklah, terima kasih Nek Pi! "

Gempa menundukkan badannya buat kali terakhir kepada Nek Pi sebelum dia mula berlari untuk pulang. Dia dapat merasakan bahawa cita-citanya akan diperolehi daripada penyertaan tersebut. Dia berdoa dan berharap agar segalanya akan dipermudahkan. Dia perlu lakukan sesuatu demi membiayai kos sara hidup keluarganya. Dan jika Gempa tidak melakukannya sekarang, bila lagi?

Tetapi untuk meraih kejayaan, segalanya sudah tentu harus dimulai dari titik pertama terlebih dahulu bukan?

•☆★☆★☆•

"Mak... Ayah... Boleh Gempa cakap sesuatu? "

Gempa mendekati ibubapanya setelah dia selesai menidurkan adiknya di dalam bilik kecil mereka. Remaja itu berjalan mendekati ibubapanya yang kini sedang bersiap-siap untuk tidur.

Mendengar permintaan lembut daripada anak sulung mereka, segera pasangan suami isteri itu membatalkan niat mereka untuk tidur. Walaupun mereka mengantuk tapi mereka harus menahannya. Jarang sekali Gempa ingin berbicara sesuatu dengan ibubapanya. Dan sekiranya ada, sudah tentu ia melibatkan hal yang serius. Jadi sebab itulah ibubapa Gempa tidak menolak. Mereka ingin menunjukkan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa yang baik kepada anak-anak mereka.

"Kenapa, Gempa? Duduklah.. "

Ibu Gempa menepuk-nepuk lembut lantai yang diperbuat daripada kayu usang tersebut sebagai meminta anaknya itu duduk di sana. Gempa tanpa banyak bicara terus mengambil tempatnya dan mula berhadapan dengan kedua ibubapanya.

Sejujurnya jantung Gempa berdegup kencang dengan kuat sekali. Semakin dia ingin menyatakan hasratnya semakin terasa debaran di dalam hatinya. Dia tidak tahu hendak mula dari mana. Dan yang paling menggerunkan, dia juga tidak yakin adakah apa yang dia lakukan ini adalah betul?

"Kenapa, Gempa? "

Ayah Gempa bertanya dengan lembut. Walaupun keadaan di rumah usang itu kelihatan gelap dan redup, tetapi dia dapat melihat wajah kegusaran anak sulungnya berkat cahaya lilin. Dan itu membuatkan lelaki dewasa itu risau sekali akan anak sulungnya.

Gempa meneguk ludahnya dan menarik nafas dalam-dalam bagi menenangkan dirinya. Now or never. Gempa

"Ayah.. Mak... Sebenarnya Gempa nak tanya mak dan ayah tentang sesuatu. "

"Tentang apa, Gempa? "

"Tentang... Uji bakat yang bakal diadakan di Bandar Cyber Galax tak lama lagi. " Gempa memberanikan diri untuk berkata.

Sejujurnya dia amat gugup dan takut sekali dengan situasi sekarang. Entah kenapa suasana yang selama ini panas tiba-tiba terasa sejuk sekali. Jari-jemari Gempa bermain-main di hujung pakaian yang dikenakannya. Gempa tidak menatap wajah ibubapanya. Sebaliknya, dia menunduk ke bawah untuk menatap lantai kayu rumahnya.

"Kenapa dengan uji bakat itu? "

Ini lah dia. Ini lah saat-saat yang paling ditakuti Gempa. Gempa takut. Dia takut sekiranya dia berkata jujur ia akan melukakan hati ibubapanya.

Ibubapa Gempa telah menjaga Gempa dengan baik sejak dari kecil lagi. Mereka mendidik Gempa sehingga membuatkan Gempa membesar menjadi seorang remaja yang serba boleh dalam membaiki dan memasak. Dan sekiranya Gempa menyatakan hasratnya bahawa dia ingin ke luar bandar untuk menyertai uji bakat demi menjadi idol, adakah ibubapanya akan membenarkannya?

"Mak... Ayah... Gempa... Nak jadi idol. "

Hening. Tiada yang mula berbicara selepas mendengar hasrat Gempa yang selama ini ditahan oleh remaja itu.

Gempa menggigit bibir bawahnya. Dia harus terus menerangkan lebih lanjut tentang impiannya itu. Jika ia sekerat jalan sahaja, dia takut ibubapanya tidak akan mengizinkannya.

"Gempa nak jadi idol mak, ayah. Gempa nak jadi terkenal sebab Gempa nak tolong mak dan ayah. Gempa nak kerja dan menjadi orang yang berjaya supaya Gempa boleh menampung kehidupan kita. "

Gempa mendongak untuk melihat wajah ibubapanya. Tiada sebarang reaksi yang diberikan oleh pasangan suami isteri itu melainkan terus memandang Gempa.

"Gempa tahu yang mak dan ayah pasti tidak terlalu berharap untuk Gempa jadi idol. Tapi percayalah... Ini adalah satu-satunya jalan yang boleh Gempa cuba untuk membantu keluarga kita. Gempa janji kalau Gempa berjaya dan memperoleh wang yang banyak, Gempa akan segera memberikannya kepada mak dan ayah dan Giga boleh terus belajar di sekolah yang lebih baik. Gempa buat semua ni sebab Gempa nak tolong keluarga kita. Jadi Gempa harap... M-mak dan ayah boleh faham dan percayakan Gempa... "

Gempa melirik ke arah ibubapanya sebelum dia menunduk kembali. Dia takut. Amat takut sekiranya mak dan ayahnya tidak akan membenarkannya melakukan apa yang diimpikannya selama ini.

"Gempa.. "

Tangan yang lembut mula menyentuh kedua belah tangan Gempa yang membuatkan Gempa mengangkat wajahnya untuk melihat wajah ibunya.

"Y-ya, mak..? " Gempa menjawab dengan gugup.

Wanita itu tersenyum sebelum mula mengusap-usap belakang tangan Gempa dengan lembut.

"Gempa... Mak dan ayah bukannya ingin melarang kamu ataupun marah pada kamu untuk menyertai uji bakat itu. Kalau diikutkan, kami ingin saja membenarkan kamu ke sana dan menyertainya.. "

Baru sahaja Gempa hendak tersenyum gembira apabila mendengar kata-kata ibunya yang seolah-olah mula membuka ruang untuknya melangkah ke arah kejayaan.

"Tapi... " Namun, ia segera luntur apabila mendengar kata-kata ibunya yang seterusnya.

"Kami tak mampu memberikan duit saku untuk kamu pergi ke sana. " Ibu Gempa cuba berkata dengan selembut mungkin. Berharap agar Gempa memahami keadaan kehidupan mereka yang begitu sadis sekali.

"Ayah juga berpendapat yang sama dengan mak kamu, Gempa. Ayah ingin sahaja sokong apa sahaja yang kamu ingin lakukan. Tapi nak, kamu harus sedar... Hidup kita serba miskin. Adakah kamu mempunyai duit untuk pergi ke sana? Bandar Cybe Galax jauh, Gempa. Setidaknya kamu harus membeli tiket bas atau kereta api jika kamu hendak ke sana. Taraf hidup kita ni rendah, Gempa. Nak beli beras pun sebulan sekali sahaja. Ayah harap kamu faham, Gempa... "

Ayah Gempa cuba memujuk Gempa dengan mengusap belakang badannya. Sejujurnya amat perit bagi seorang manusia yang bergelar ibubapa yang terpaksa menghalang impian anak-anak mereka. Jika boleh, mereka ingin melihat anak mereka melakukan apa sahaja yang diimpikan oleh mereka dengan gembira. Tapi mereka harus sedar. Untuk hidup di dunia ini amatlah mahal. Untuk mendapatkan segelas air kosong sahaja harus membayar dengan wang yang banyak.

Gempa menundukkan wajahnya. Perlahan-lahan remaja itu menganggukkan kepalanya tanda akur dan faham.

"Baiklah... Gempa faham. G-Gempa minta izin tidur dulu. Selamat malam mak, ayah. "

Gempa segera bangun dari duduknya dan berlalu pergi meninggalkan ibubapanya. Ibubapa Gempa melihat sahaja pemergian anak sulung mereka dengan pandangan hampa. Walaupun Gempa tidak menunjukkannya, tapi mereka tahu Gempa berusaha sekuat mungkin untuk menahan tangisannya.

"Kasihan, Gempa..." Ibu Gempa berkata dengan nada serba salah. Sungguh pilu sekali hatinya melihat Gempa.

"Biarlah Gempa tenang dahulu. Jika dia betul-betul bersungguh-sungguh menginginkannya, pasti dia akan cari cara untuk merealisasikan impiannya tu. " Ayah Gempa menenangkan isterinya.

Ibu Gempa hanya mengangguk akur. Lalu mereka berdua pun mula kembali untuk tidur. Di dalam hati masing-masing berdoa semoga Gempa akan baik-baik sahaja selepas ini.

•☆★☆★☆•

Gempa mengusap airmatanya yang mengalir tanpa henti dari matanya. Hatinya sungguh sedih dan perit. Dia menggigit bibirnya bagi mengelakkan suara isakannya keluar. Dia tidak mahu ibubapanya ataupun adiknya terbangun kerana terdengar suara tangisannya.

"Kenapa... Kenapa hidup aku kena macam ni...? Tak boleh ke aku bantu keluarga aku..? Tak boleh ke aku dipermudahkan untuk membantu keluarga aku..? "

Gempa mendongak ke arah langit malam di luar rumah kecilnya itu. Begitu banyak sekali bintang-bintang yang berkelipan di angkasaraya. Menghiasi langit-langit malam yang sudah tentu suram tanpanya. Bulan juga ikut bersinar terang dengan dipagari bintang di sekitarnya. Sungguh indah sekali pemandangan langit malam sehingga ia membuatkan hati Gempa sedikit tenang.

Gempa merenung melihat bintang-bintang di langit malam itu. Entah kenapa imaginasinya mula memainkan sebuah lagu yang mendayu dan lembut di dalam kepalanya. Matanya pula seolah-olah menggambarkan sebuah bintang besar yang bersinar terang di dalam bintang-bintang kecil tersebut.

"Fikir Gempa... Apa yang kau perlu buat..? "

Gempa bermonolog sendirian. Dia terus menikmati suasana damai tersebut sambil memikirkan apa-apa perkara yang tidak mustahil baginya untuk dilakukan.

Gempa ingin ke Bandar Cyber Galax untuk menyertai uji bakat itu. Namun, untuk pergi ke sana, Gempa harus membeli tiket bas ataupun kereta api. Dan jika ingin membepi tiket itu, Gempa harus mempunyai wang. Untuk memperoleh wang, Gempa harus bekerka. Tidak mungkin dengan wang hasil jualan kuihnya dapat membantunya membeli tiket dalam masa yangsingkat. Jadi jika Gempa ingin mengumpul duit dengan cepat, dia harus menggandakan lagi usahanya dalam bekerja.

"Kerja... Ya... Aku perlu cari kerja lebih masa. Ya... Aku boleh bantu penduduk kampung dengan melakukan kerja-kerja yang aku boleh lakukan! Yes! Itu dia! "

Gempa pun tersenyum. Automatik airmatanya berhenti mengalir dan wajahnya yang kelam tadi pun berubah tersenyum kembali. Jiwa Gempa yang pilu dan sedih tadi serta-merta berubah bersemangat kembali.

Gempa sudah tekad. Mulai esok, dia akan bekerja lebih masa dan mencari sebanyak yang boleh untuk mengumpul duit. Dia akan berusaha sehinggalah tiba waktunya hari uji bakat itu.

"Kau boleh, Gempa! "

End Chapter 1

Ello~ 😉
Macam mana dengan chapter pertama?
Ada yang teruja apa akan berlaku di chapter akan datang?

Sebelum capainya satu kejayaan, manusia akan dihadapkan dengan pelbagai ganjaran yang akan menguji tahap kesabaran mereka. Jadi, author akan menunjukkan segala jalan cerita untuk 7 lelaki hensem kita sebelum mereka berjaya.

Dimulai dengan Gempa. Agak-agak lepasni kisah siapa pula, ya? 😜

Btw setiap chapter author kembali menaipnya sehingga 2000+ words. Jadi tempoh updatenya akan lama dan jalan ceritanya akan sedikit hambar. Tapi author janji akan menghasilkan komedi dan suasana yang hangat yang akan membuat para pembaca terus bersemangat membacanya.

Sentiasa sokong author yaaa~ 😄💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro