Part 14 🍓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Woi Aiden , baju ni okay tak kalau aku pakai? Handsome tak ?" tanya Aish sambil menayangkan baju tshirst collar Polo berwarna cream muda.

Namun tiada balasan daripada Aiden.

Melihat Aiden hanya termenung dan membisu sejak dari tadi. Tanpa segan silu, Aish memukul kepala Aiden dengan tangannya.

"Aduh! Sakit lah setan. Yang kau pukul kepala aku kenapa?" balas Aiden dengan kasar sambil tangannya menggosok belakang kepalanya yang terasa sakit kena pukul dengan Aish.

"Kau termenung apa? Dari tadi lagi aku tanya tapi kau langsung tak layan." kata Aish. Matanya mengecil merenung Aiden.

Aiden mengeluh perlahan. "Ha tadi kau tanya apa? Aku tak dengar lah"

"Mana kau nak dengar kalau kau asyik termenung aje dari tadi. Tadi aku tanya kalau aku pakai baju ni handsome tak?"

Mata Aiden terus tertancap ke arah sehelai baju yang dipegang Aish.

"Oh, kau nak aku jujur ke tipu ni?"

"Jujur lah"

"Okay lah aku jujur. Tadi kau tanya handsome tak kalau kau pakai baju ni kan." Aish mengangguk kepalanya.

"Jawapan dia tak. Kalau dah kau hodoh pakai apa-apa pun hodoh." kutuk Aiden.

Aish menjeling tajam Aiden.

"Amboi-amboi mulut kau. Aku cili karang. Habistu kau ingat kau handsome? Kau pun aku tengok tak ada lah handsome mana."

"Excuse me. Kalau aku tak handsome tak ada nya aku femes kat kolej tau." Aish mencebik mendengar balasan Aiden.

Aiden ketawa melihat ekspresi kesal Aish.

"Mentang-mentang kau femes kat kolej, kau cakap macam tu erk. Ingat sikit Allah tak suka orang sombong berlagak lagi-lagi macam kau."

"Ha Ha Ha, nak bergurau pun tak boleh kau ni. Yalah, kau pakai apa-apa pun handsome Aish. Kau kan ada mix sikit."

"Ha kan sedap tu bunyi. Ni tak dok kutuk aku."

"Yalah"

"Tak yang kau termenung tadi kenapa? Ada problem ke?" soal Aish.

"Takde apa-apa lah"

"Tak payah nak menipu lah. Aku kenal kau dah lama. Share lah"

Aiden mengeluh.

"Ke kau teringat pasal Sara dengan lelaki tadi?"

"Erm betul lah tu"

"Adik ada nak beli apa-apa lagi ke?"

"Rasanya macam dah tak ada"

"Kalau macam tu jom lah kita balik"

"Okay"

Sampai saja di rumah, Sara terus melangkah masuk ke dalam rumah sambil memegang paper bag yang berisi novel yang dibelinya tadi.

"Assalamualaikum" sapa Sara.

"Waalaikumussalam. Amboi bukan main keluar shoping dengan along. Keluar pagi, tengahhari baru balik" ucap Puan Nora

Sara menjuih bibir. " Alah umie, bukan selalu adik keluar dengan along kan"

"Ha ni apa dalam paper bag ni?" soal Puan Nora ingin tahu.

"Err... ni" tergagap-gagap Sara ingin membalas kerana dia takut umienya akan marah jika dia bagitahu yang dia beli novel baru.

"Dah kenapa adik gagap ni? Umie tanya apa dalam paper bag tu"

"No-novel baru umie. Along belanja tadi"

"Novel lagi. Kat dalam bilik adik tu umie rasa dah banyak novel. Ni beli novel baru lagi"

"Umie kan tahu adik ni book lovers. Novel adik dalam bilik tu tak banyak mana pun , kalau boleh adik nak banyak lagi. Adik nak buat mini library"

"Tak banyak apa, umie tengok novel adik tu dah penuh satu rak tau. Lagi satu, umie rasa Abang JNT tu dah puas tengok adik tau , asyik barang adik je sampai"

"Tak baik tau membebel banyak-banyak. Tak elok untuk kesihatan. Doktor dah pesan kan banyak-banyak bersabar." sakat Sara tersengih.

"Ish budak bertuah ni menjawab je kerja dia kan"

"He He He ... takpa la umie, adik naik dulu lah"

Sara menghempas tubuhnya di atas katil yang empuk. Telefon bimbitnya di dalam handbag dicapai. Galeri ditekan, gambar yang diambil oleh Mikael tadi ditenung. Lalu, Instagram dibuka, dia menekan simbol "+" untuk membuat new post. Gambar yang di ambil tadi ditekan. Sempat dia membuat caption pada gambar sebelum menekan "send"

Tiba- tiba...

Tri-Tone !!

(ai.zrrn_) liked your post.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro