Part 15 🍓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUNYI deringan telefon bimbit menganggu lena Sara. Dengan mata masih tertutup dia meraba-raba katil mencari telefonnya. Sara mengaru-garu rambutnya berserta dengusan geram.

"Siapa pulak yang call aku pagi-pagi ni."

Lambat-lambat tangannya mencapai jua telefonnya lalu dia menjawab panggilan itu.

" Assalamualaikum Sara." Sofea berkata halus.

"Waalaikumussalam. Ha kau nak apa call aku pagi-pagi ni. Kau tahu tak yang kau dah ganggu tidur aku. Dah lah cuti sem dah nak habis." rungut Sara sambil memeluk bantal kesayangannya.

"Ish kau ni , tidur je kerja lepastu macam mana lah otak nak berhubung."

"Eh kau pagi-pagi dah nak cari gaduh dengan aku ke"

"Eh tak-tak"

"Kau nak apa ni call aku" soal Sara malas.

" Jom pergi joging nak? Dah lama kita tak joging tau." ajak Sofea.

"Joging? Kau pergi lah sorang-sorang. Aku nak tidur. Cuti-cuti macam ni lah aku nak qada tidur aku."

"Alah jom la teman aku. Kau tak kesian kan aku ke? Aku rasa macam aku dah gemuk lah. Sebab tu aku ajak kau joging" pujuk Sofea dengan nada sayu.

"Yang gemuk tu kau bukan aku. Aku dah cukup kurus okey" bidas Sara.

"Yalah. Aku tahu lah aku gemuk" ucap Sofea

"Eh aku gurau je lah. Nak joging kat mana" soal Sara seraya bangun dari pembaringan.

"Kat Taman Melati tu"

"Oh okeylah . Tunggu sekejap aku pergi mandi. Nanti bila aku dah selesai mandi aku mesej kau. Takpun kau pergi dulu kat taman tu nanti kita jumpa kat sana." Sara akhirnya mengalah.

"Okay. Kau jangan sambung tidur pulak. Kau bukan boleh percaya sangat."

"Ya aku tahu lah. Dah-dah, aku nak pergi mandi ni. Nanti kalau lambat kau jugak marah "

Sara menamatkan panggilan telefon itu. Dia kemudiannya merapikan rambutnya yang kusut lalu mencapai getah rambut warna biru muda di atas meja soleknya sambil mulutnya sempat membebel kecil.

"Nasib kau kawan aku tau, kalau tak takda nya aku nak bangun pagi-pagi macam ni. Aku bukannya morning person pun." bebel Sara seraya menuju ke bilik air.

Sara hanya mengenakan baju jersey berwarna purple, seluar track dan tudung shawl malas yang dililitnya dengan gaya yang mudah dan simple. Tidak lupa juga dia memakai sedikit lip balm dan sunscreen jenama "Y.O.U". Hampir semua produk penjagaan mukanya berjenama itu. Sampaikan dia pernah berkata " founder jenama Y.O.U ni taknak ambil dia jadi duta produk ke?"

Sara  sempat menilit dirinya di hadapan cermin soleknya sebelum menuju keluar dari bilik. Sampai di tingkat bawah, dia menuju ke rak kasut lalu mencapai kasut sukan berjenama Nike miliknya. Sara menyarung  kasutnya lalu berjalan keluar dari rumah.

.
.
.
.

Taman Melati : 9 Pagi

"Kau kat mana? Aku dah sampai ni" soal Sara dalam panggilan.

"Aku ada kat kerusi batu ni. Kau jalan je straight nanti kau akan nampak aku kat sini" balas Sofea.

"Okay". Laju tangannya menekan ikon merah.

Terus Sara berjalan sehingga kelihatan kelibat Sofea sedang duduk di kerusi batu. Sofea juga hanya mengenakan baju jersey berwarna pink iaitu warna favourite dia bersama tudung bawal . Sofea dan warna pink muda  berpisah tiada. Dimana ada Sofea disitu lah ada warna pink . Hampir kesemua barang miliknya berwarna pink . Beg sandang, casing telefon, kasut sukan, tudung. Jadi disebabkan dia suka sangat dengan warna pink, Sara memberikan gelaran Ms Pinky kepadanya.

"Hello Ms Pinky. Dah lama ke tunggu ?" sapa Sara sebaik saja berada di hadapan Sofea.

"Takda lah lama sangat, dalam 30 minit macam tu. Ni paling awal aku tunggu kau selalunya nak dekat sejam. Maklumlah kau kan suka sidai aku lama-lama" perli Sofea.

"Nama pun perempuan kan mesti lah lama. Nak bersiap lagi, nak pakai tudung lagi"

"Habistu kau nak cakap aku laki ke? Aku pun perempuan jugak tapi takda lah bersiap lama macam kau. Kau bersiap lama tapi aku tengok takda pun perubahan kat muka kau. Sama je. Nak kata makeup kau mana suka. Aku ingatkan bila kau bersiap lama , muka kau berubah jadi Mira Filzah ke Hannah Delisha ke." bebel Sofea .

"Dah start membebel dah makcik ni. Aku tanya sikit je yang kau balas banyak ni kenapa. Kalau aku tahu macam ni tak hingin aku nak teman kau"

"Kau dah sampai dah pun. Dah jom la joging." balas Sofea sambil menarik tangan Sara untuk bangun dari duduk di kerusi batu itu.

.
.
.

"Dah kenapa kau tiba-tiba ajak aku joging ni." soal Aiden sambil tanganya mengikat tali kasut sukan.

"Saja. Lagi pun dah lama aku tak joging. Lemak aku dah banyak berkumpul ni" kata Aish.

"Tak pernah-pernah kau joging sebelum ni. Selalunya kau akan pergi gym bukannya joging"ucap  Aiden  pelik dengan Aish.

"Alah sekali sekala tukar mood. Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh. Cuma aku pelik je. Ke kau ada plan something ni"

"Mana ada lah. Dah lah bising kau ni, Jom start joging" Aish mencebik sebelum berlari meninggalkan Aiden.

"Tunggu lah"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro