28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tahu tahu je dah nak nikah. Lepas ni aku nak pergi check dengan doktor Ilham. Aku rasa jantung aku ni dah tak normal." Sambil mengomel sambil Dayang calit makeup di wajah sahabatnya. Kahwin pun mengejut mana mereka sempat nak tangkap mak andam. Sudahnya si Dayang pramugari ala-ala model itulah yang ditangkap.

"Orang kata kalau memasak sambil membebel tak ikhlas, nanti lauk jadi tak sedap." Talia yang bermain-main dengan baju pengantin pula menyambung.

"Apa kaitannya?" Dayang menjeling.

"Yelah, kau membebel sambil make up dia. Hilang seri dia nanti. Kau nak jawab apa dengan Khair?"

"Aku cakap je bakal bini dia ni selalu buat jantung aku sakit." Balas Dayang selamba.

"Semalam aku terfikir tau nak merayau rumah kau Lily. Tapi kalau aku datang mesti kau tak jadi kahwin dengan Khair kan?" Talia pandang Lily yang menadah muka dicoreng Dayang.

"Mungkin."

"Tak sia sia aku tidur awal malam tadi." Talia tersenyum bangga.

"Aku ingat kau dah bersekongkol dengan Khair." Sebelah mata Lily dicelik memandang Talia.

"Aku nak bersekongkol dengan Khair? Mestilah iya. Khair yang minta aku call pejabat agama malam tadi." Talia sengih menayang barisan gigi tersusun cantik. Wajahnya langsung tak menunjuk sebarang sesal!

"Apalah malang aku dapat kawan-kawan macam korang ni.." Dayang mengeluh sambil geleng kepalanya.

•••
Lily pandang sekeliling, tak ramai yang hadir cuma keluarga terdekat sahaja yang menjadi tetamu majlis akad nikahnya itu. Ya, Encik Fajir sendiri mahu adakan secara kecil-kecilan untuk elakkan kata-kata buruk orang pada anaknya. Mungkin majlis persandingan akan dilakukan beberapa bulan lagi. Bergantung pada persetujuan Lily Dan Khair.

Puan Sarah dan Puan Ida duduk tak jauh darinya, keduanya tak banyak bercakap sejak dari tadi. Puan Ida juga tidak memunculkan diri dihadapannya atau bercakap dengannya walau sepatah. Mungkin masih kecewa dan menganggap dirinya perampas yang memerangkap Khair dalam sebuah perkahwinan. Buat apa dia fikir? Lagi wanita itu marah. Lagi dia suka.

Tak jauh Lily memandang Abang Naqib, abang sulong Khair bersama Lutfi yang duduk bersama di barisan pengantin lelaki yang sedang menghadap ayahnya Encik Fajir. dan yang lebih penting, sekarang akad nikah sedang berlangsung. Dia seperti kembali ke alam nyata memandang tangan Khair digoncang ayahnya.

Mata Lily membesar.

"Sah! Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah.." Hanya itu yang dia dengar. Begitu lama dia mengelamun sehingga tidak sedar diri sudah sah menjadi isteri kepada Khair Bakhtiar.

"Talia.." Tengah menadah doa, Lily cuit Talia disebelah.

"Apa?"

"Aku patut menangis ke?"

"The heck! Kau nak berdrama apa menangis bagai?" Soal Talia kembali.

"Ye lah, biasa lepas akad nikah kan, pengantin akan menangis terharu." Bisik Lily.

"Jangan bazirkan make up aku. Tak payah menangis." Dayang mencelah tanpa riak buat Lily dan Talia serentak mengangguk setuju.

"Ehem!" Talia berdehem menunjuk ke arah Khair yang segak berbaju melayu sedondong dengan Lily sedang menuju ke arah isterinya. Seorang wanita muncul membawa bekas berisi gelang lalu dihulur kepada Khair.

Terkebil-kebil mata Lily memandang wanita itu, wajah yang dia pernah lihat sebelum ni. Tapi siapa?

"Jangan pasang wajah blurr, itu Kak Safi. Isteri abang Naqib." Khair capai tangan Lily seraya menarik gelang di dalam bekas dihulur kakak iparnya.

"Oh ingat!" Lily menghulur senyum buat wanita itu sambil Khair memakaikan gelang pada tangannya.

"Kau patut tengok laki kau Lily..." Mendatar suara Dayang menegur buat Lily cepat-cepat berpaling memandang wajah Khair.

Khair hulur senyum tipis. Seperti memahami Lily pula mencapai tangan Khair lalu dikucupnya. Jangan tanya kemana cincin Khair. Dia memang tidak sempat menyediakan semua itu.

"Selamat pengantin baru Lily." Khair tarik kepala Lily sebeluk melabuhkan kucupan di dahi isterinya.

"Selamat pengantin baru abang." Lily turut membalas senyuman. Entah kenapa rasa bahagia dan puas mungkin buat dia rasa setenang ini. Perasaan yang lama dia pendam selama ini bagaikan melonjak keluar dan terbang bebas di dalam hatinya.

Ya mungkin selama ini dia terlalu memendam rasa kerana Erma yang menyukai Khair sejak kecil. Tapi sekarang dia sudah berhak ke atas Khair lebih dari itu.

"MAKAN MAKAN, Khair tambah lagi." Encik Fajir semangat menjemput tetamunya makan bagai mereka mengadakan jamuan besar-besaran. Orang tua seperti telah lupa apa yang berlaku malam tadi pada anaknya.

"Eh Dayang, tak kan sikit je makan?" Berkerut wajah Encik Fajir memandang rakan anaknya hanya sesenduk nasinya.

"Saya mana boleh makan banyak-banyak uncle. Berat badan naik." Balas Dayang segan.

"Alah apa salahnya cheat day. Hari ni bukan selalu." Encik Fajir melepas tawa kecil sebelum matanya bergerak memandang Lily kelihatan berselera dengan juadahnya tanpa memikirkan orang sekeliling.

Tanpa dia sedar apa yang penuh dalam fikiran anaknya sekarang adalah tidur. Lily terlalu penat dari semalam sehingga pagi ini tenaganya dikerah tanpa henti. Otaknya bekerja seperti mesin. Dan hari ini setelah dia sah menjadi isteri kepada Khair barulah dia dapat menarik nafas lega.

"Kami balik dulu Lily." Dayang pegang tangan Lily kemas seperti tidak mahu dia lepas. Tak berkelip dia pandang wajah sahabatnya.

"Hati-hati. Nanti call or text aku." Lily menitip pesan.

"Kau pun, jadi isteri orang. Jangan jadi isteri atas kertas."

"Ya aku tahu." Lily senyum sebelum menarik Dayang dalam pelukan. Tidak pernah dia menyayangi seorang sahabat seperti mana dia menyayangi orang-orang dihadapannya sekarang.

Sejak ibunya tiada hanya dua orang itu yang selalu bersama menyokong setiap perbuatannya, tidak kira buruk atau benar.

"Bye bye!" Dayang melambai tangan sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta. Talia juga sudah tidak kelihatan di dalam perut kereta.

Sebaik bayang-bayang kereta Talia sudah jauh. Lily tarik nafas panjang. Jamuan kecil-kecilan tadi cukuplah semuanya diurus oleh pekerjanya, dia betul-betul tiada tenaga untuk lakukan apapun saat itu. Perlahan-lahan langkah diatur mendaki tangga.

Sayup-sayup kedengaran gelak tawa para lelaki, mungkin ayahnya bersama Uncle Rozi dan anak-anaknya. Dan mungkin Khair turut berada disitu. Peliknya, Ayahnya tidak kelihatan dingin atau kecewa dengan apa dilakukan Khair padanya. Bukankah sepatutnya seorang ayah akan memarahi lelaki yang sudah ditangkap khalwat dengan anak gadisnya.

Tapi sebaliknya berlaku pada Khair. Encik Fajir malah kelihatan bersemangat menerima Khair sebagai menantu. Malas mahu berfikir, Lily tolak daun pintu sebelum dia hempas tubuh di atas katil.

Entah berapa minit Lily terlelap sebelum dia dengar kuat suara kanak-kanak bergelak tawa diselang tawa-tawa para lelaki yang bercakap sesuatu. Barulah dia perasan pintu biliknya tidak tertutup rapat. Lily lepas keluhan lantas bangun menolak rapat daun pintunya.

Dia melangkah ke bilik air membersihkan diri dan menukar pakaian baru.

Turun sahaja dari bilik, mata Lily disapa wajah Abang Naqib dan Kak Safi bersama anak-anak mereka yang bermain dengan Lisa.

"Tengok tu Khair, Lily dah siap tukar baju." Mendengar nama Lily disebut Khair pantas menoleh memandang isterinya sudah segar dengan pakaian lain.

"Lily terlelap tadi. Kak Safi dengan Abang Naqib dah nak balik?" Balas Lily agak lembut. Segala watak-watak jahatnya entah hilang kemana.

"Haah, kami pun dah nak beransur pulang Lily. Ingatkan nak jumpa Lily dulu tadi tapi Khair cakap Lily tidur." Mendengar balasan mesra Safi, Lily tarik bafas lega. Sekurang-kurangnya kakak iparnya itu dipihaknya!

Tapi macan mana Khair tahu dia tidur?

"Nasib baik Lily sempat bangun sebelum Kak Safi dengan abang Naqib balik." Lily sengih buat Naqin turut tersenyum. Entah bagaimana dia mahu menganggap Lily sebagai seorang yang kejam jika senyuman gadis itu sekarang sama seperti anak kecil yang dia lihat dahulu.

Lily yang comel dan tidak pernah berubah. Mungkin betul kata Lutfi. Lily jadi sekejam itu kerana rasa sakit yang membeku dihatinya.

"Abang dah titip pesan dekat Khair. Abang nak titip pesan juga dekat Lily memandangkan Lily pun abang anggap macam adik abang sendiri." Naqib bersuara buat Lily mendongak memandang wajah itu.

"Ya abang?"

"Sekarang Lily dah jadi isteri orang, banyak perkara dan keputusan yang Lily tak boleh buat sendiri nanti. Bertolak ansurlah." Adakah Naqib mahu mengatakan kepadanya jangan terlalu ikutkan kepala sendiri?

"Baik abang." Lily senyum tipis.

"Abang tahu Lily perempuan yang baik. Dan abang tahu Lily boleh bahagiakan Khair macam mana Khair boleh bahagiakan Lily." Sekali Lily toleh dan mendongak memandang wajah suaminya. Khair kelihatan tersenyum dengan pesanan abangnya.

"InsyaAllah abang."

"Awak ni dah macam mak ayah! Gerun Lily tengok muka awak tau!" Safi tepuk bahu suaminya buat Naqib lepas ketawa kecil. Sepatutnya mama dan papa mereka yang lakukan semua itu. Tetapi Puan Ida yang cepat-cepat mahu pulang tadi dengan alasan tidak sihat badan walau dia tahu wanita itu sudah tidak betah disitu.

"Dah saya memang ayah pada anak kita kan? Mesti aura ayah tu akan keluar juga." Balas Naqib sambil jeling anak-anaknya bermain bersama Lisa.

"Lily, abang tak kenalkan lagi kan dekat anak-anak buah abang yang nakal ni?" Khair bergerak mendukung seorang anak kecil paling kecil disitu. Terkebil-kebil anak itu apabila dia yang sedang bermain diganggu.

"Ini yang paling buas nama dia Tasnim. Umur 3 tahun." Khair sempat mengucup pipi anak kecil itu.

"Dan ini.. Izam. 5 tahun." Khair tarik anak buah lelakinya.

Lily tersenyum kekok, dia sangat jarang bersama dengan budak kecil. Jangan katakan jarang rasanya tidak pernah!

"Hai!"

"Hai!" Mata Lily sedikit membesar teruja apabila si anak kecil, Tasnim dan Izam serentak membalas sapaannya.

"Lily tak biasa dengan budak kecil. Jadi lily kekok." Lily pandang wajah Safi dengan jujur meluah.

"Tak apa Lily, nanti dah ada anak sendiri faham lah rasanya layan budak-budak ni." Jawab Safi mudah buat Lily termenung. Dia tidak pernah terfikir soal anak sepanjang hidupnya dan sekarang baru dia terfikir soal itu. Mungkin selama ini dia memang tunggal di dalam keluarga. Apa yang dia fikir hanya dirinya sahaja.

Dah lewat ni, banyak tempat lagi nak singhah ni Safi." Ujar Naqib sambil mendongak memandang jam di dinding.

"Betul juga tu. Kami minta diri dulu ya Lily. Esok atau lusa kita jumpa dekat rumah mama ya?" Ujar Safi. Lily sekadar mengangguk kepalanya. Naqib pula bergerak mencapai Tasnim dalam dukungan Khair.

"Jangan culas balik rumah mama tau Khair Lily. Tahu-tahu lah mama tu macam mana." Sempat Naqib meninggal pesan selepas bersalaman.

"Ya abang.." mendatar suara Khair disambung dengan helaan berat.

"Abang tak rimas ke pakai baju melayu dari tadi?" Soalan Lily buat Khair memandang pakaiannya.

"Rimas juga. Abang nak mandi tadi tapi tak nak kacau Lily tengah tidur." Ujar Khair jujur.

"Kenapa pula? Kita kan dah kahwin."

"Yelah, kita kahwin tak sampai sehari nanti Lily terkejut beruk tengok abang keluar dari bilik air. Kena serangan jantung kan, tak pasal-pasal first night dekat hospital." Balas Khair selamba buat Lily melepas tawa kecil sambil melangkah mendaki tangga sambil dibontoti suaminya.

"Boleh tahan overthinking juga abang ni kan?"

"Sikit." Khair tersenyum. Bahagia sebenarnya dia melihat senyuman di bibir isterinya sekarang. Jika dia mampu dia mahu melorek senyuman itu setiap hari tanpa Lily fikir apa yang ingin dia lakukan untuk puaskan hati dan membalas dendam.

Beberapa jam kemudian.

"Abang tak ada hak untuk bawa Lily keluar dari rumah ni!" Tajam Lily pandang wajah suaminya. Sungguh alasan Khair tidak dapat dia terima untuk bawa dia keluar dari rumah yang menjadi tempat dia membesar.

Bagaimana dengan plan dia ingin cemburukan Erma kala Khair berkeras mahu membawa dia keluar.

"Abang dah jadi suami Lily, mestilah abang ada hak." Tenang Khair membalas tanpa riak bersalah buat Lily ketap gigi menahan diri.

"Lily tak nak ikut abang!" Lily peluk tubuh membelakangi Khair. Hatinya betul-betul sakit. Kalau awal-awal dia tidak masuk dalam perangkap Khair mungkin semua ini tak akan jadi begini.

Urgh!!!

"Lily.." Tersentak tubuh dibuatnya apabila tangan Khair tiba-tiba menarik tubuhnya berpaling menghadap kembali ke arahnya. Lily teguk air liur.

"Lily nak ke orang anggap kita suami isteri bermasalah bila Lily tak nak ikut abang? Macam perkahwinan ni atas dasar paksaan?" Soalan Khair buat Lily diam sejenak sambil tangannya naik ingin mengigit jari telunjuk tapi tangan Khair cepat menahan.

Anak mata Lily spontan bergerak merenung sepasang mata lelaki itu. Apa dikatakan Khair betul, jika dia berkeras tidak mahu mengikut kata lelaki itu sudah pasti Erma bergembira dan merancan untuk merampas Khair kembali darinya. Dan orang lain pasti menganggap dia yang memerangkap Khair untuk perkahwinan itu.

Tetapi bagaimana kalau dia ingin terus berada di rumah itu. Hatinya akan lebih sakit melihat orang-orang itu bergembira di rumah itu setelah dia pergi bersama Khair.

"Tapi tak boleh ke kita duduk rumah ni?" Suara tegang tadi tiba-tiba mengendur, anak mata Lily seperti sepasang mata anak kecil menagih simpati dengan cebikan.

"Ehem!" Khair teguk air liur sebelum dia berdehem. Bagaimana pun rupa isterinya sekarang, dia tak akan mengalah. Khair tetap akan berpegang dengan kata-katanya.

"Abang tak akan terpujuk Lily."

Serentak itu Lily tolak tubuh Khair berundur beberapa langkah kebelakang.

"Okay abang tidur sofa malam ni." Lily tunjuk sofa tidak jauh dari katil. Tanpa memandang wajah suaminya dia membaringkan tubuh di atas katil.

"Baik.." Tenang Khair mencapai bantal dibawa ke sofa buat Lily merengus lantas bangun memberi jelingan tajam pada suaminya.

"What? Lily juga yang suruh abang tidur sofa kan?" Soal Khair, dengan riak naifnya.

Melihat Lily yang bergerak memberi ruang di atas katil, Khair tersenyum lebar dan kembali mencapai bantalnya di atas sofa lalu diletak kembali di atas katil.

*I'll never make bed scene for this story for certain reason*

Jangan awal sangat tarik nafas lega. Cerita ni baru sampai 28🌚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro