29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mama,, Erma nak letak nama baby Lisa. Nama yang dekat dengan Lily." Erma membiar jari telunjuknya digenggam si bayi comel baru dilahirkan semalam.

Puan Sarah senyum tipis seraya mengangguk kepalanya.

"Baik.."

"Dah hampir 10 tahun kita hidup macam ni ya mama. Tiap hari, setiap waktu dan setiap detik Erma bercakap dan ada di sisi Lily. Erma akan rasa bersalah dan takut.." Kata-kata Erma buat wajah Puan Sarah berubah kendur. Sama juga seperti dia yang berada dekat dengan Anisa yang selalu melayannya baik setiap waktu.

"Sebaiknya mereka tidak tahu dari tahu Erma. Mama tak sanggup lihat mereka sakit disebabkan mama." Ujar Puan Sarah mendatar. Erma tarik nafas panjang.

"Erma sayangkan Lily macam adik Erma sendiri, dan Erma masih belum bersedia untuk dibenci dia.. dan mungkin satu hari saat itu akan tiba.." Erma tunduk memandang wajah lena si bayi Lisa.

"Dia tidak akan anggap Erma sesiapa lagi.."

Sepasang mata terpejam disapa angin petang, dan setitis air mata turun mengalir dari tubir mata. Apa yang difikirnya dahulu telahpun terjadi, tapi dia tidak pernah menyangka sakitnya boleh jadi seteruk ini.

Maruahnya seperti tiada makna di mata Lily, dia hampir dirogol, perkahwinannya dengan Khair dirampas dengan mudah. Segala angan masa depannya telah musnah seperti retak dan berdetai sekeping kaca yang tak mungkin bisa digabung kembali.

Terkadang dia fikir, apa dilakukan Lily padanya tidak adil dan sangat melampau. Tapi bila difikir apa dilalui gadis itu, dan setiap kali itu dia menangis. Kenapa harus dia yang berdiri di tempat ini sekarang. Dia juga ingin bahagia.

Bunyi deringan telefon buat Erma tarik nafas seraya mencapai telefonnya lalu dilekapnke telinga.

"Hello."

"Erma." Dengar serangkap namanya disebut oleh suara tidak asing itu. Erma merengus.

"Azam! Beraninya awal call saya setelah apa yang dah jadi?!" Separuh menjerit Erma menengking.

"Erma, saya betul-betul minta maaf. Saya terlalu ikutkan perasaan, saya cintakan awak Erma.."

"Asal awak tahu ya Azam, benci saya kepada awak berganda-ganda sekarang. So please jauhkan diri awak dari saya. Saya tak teragak-agak untuk buat laporan polis!"

Tut!!

Kasar Erma tekan skrin melepas amarah. Turun naik nafasnya memandang nombor diguna Azam untuk menghubunginya. Tanpa rasa bersalah no itu disekat dari menghubunginya.

Sampai bilapun dia tidak akan memaafkan lelaki itu! Sampai bila-bila pun!

•••

"Ferrari cukuplah tu merajuk. Bahaya tau duduk atas tu!" Lily bercekak pinggang mendongak memandang ke atas pokok. Kucingnya Ferrari kelihatan tenang menjilat bulu di tangan tidak memperdulikan panggilannya.

"Ferrari...!" Suara Lily makin keras. Bukan apa, kucingnya itu memang berani memanjat situ sini, bila nak turun mula lah mengiyau macam nak tinggal wasiat terakhir.

"Ya, saya tahu saya salah kahwin tak bincang dengan awak dulu. Tapi tak payah merajuk panjat pokok tinggi-tinggi. Awak jatuh nanti tak ada kucing betina nak kat awak!" Omel Lily lagi. Ferrari kelihatan masih tenang hidup dalam dunianya sendiri.

"Nanti kalau saya ada kucing baru saya letak nama Tesla! Pergi lah bunuh diri." Penat lama-lama mendongak Lily merengus sebelum berpaling ingin berlalu. Tak semena-mena matanya tertancap pada susuk Khair yang sedang menghampiri. Ada senyuman tersungging di bibir lelaki itu. Mungkin geli hati dengan omelannya tadi.

"Abang dah bangun?" Sapa Lily, jam baru menunjuk pukul 8 pagi, memang Lily morning person orangnya. Tidurlah lewat mana pun dia tetap akan bangun awal pagi. Buka-buka sahaja jendela bilik matanya sudah melihat si Ferrari memanjat pokok menunjuk mogok.

Tapi rasanya si Khair bukan seorang yang gemar bangun awal pagi. Lagi-lagi jika lelaki itu sedang penat. Mungkin dia boleh tidur sehingga ke petang.

"Apa yang tak bangun, satu rumah boleh terkejut dengar Lily menjerit panggil Ferrari." Balas Khair turut mendongak memandang Ferrari di atas pokok.

"Ntah Ferrari ni tunjuk mogok panjat pokok harini." Lily kelihatan masih tak puas hati.

Khair tidak membalas selain mendekati pokok, baru dia perasan lelaki itu membawa balang makanan kucing di tangan. Ah! Kenapa dia tidak terfikir!

Khair goncang balang makanan buat Ferrari di atas pokok segera mendongak ke bawah. Tch! Dengar je makanan terus nak turun.

Dengan selamba Ferrari melompat ke tangan Khair yang dedepa, tetapi mungkin kerana takut Ferrari tidak sengaja mencakar kulit Khair hingga meninggal bekas merah disitu.

"FERRARI! Awak cakar kulit suami saya!!"

"Meow.." Ferrari menggesel badan di kaki Khair meminta makanan. Lily merengus. Khair pula tenang tidak beriak walaupun lengannya dicakau. Dia malah tenang tunduk dengan membawa makanan di atas tapak tangan kemulut kucing itu.

"Harini kita balik rumah papa dan mama ya?" Wajah Lily berubah seketika, jujur dia sebenarnya malas untuk beredar dari rumah itu. Tapi nampaknya Khair memang tidak akan biarkan dia tinggal disitu.

Satu keluhan terbit dari ulas bibir.

"Okay."

"Sekejap je sebelum kita pindah rumah kita." Ujar Khair tenang, matanya jatuh memandang Ferrari menjilat-jilat tapak tangannya.

"Rumah Ibu Lily ke?" Tebak Lily.

"Tak, Abang ada beli rumah dekat dengan bengkel abang, dan Restoran Lily. Senang kalau kita nak balik atau pergi kerja." Jarak bengkel Khair dan Restoran Lily juga tidak begitu jauh dalam 7 minit.

"Sejak bila abang beli rumah?" Rasanya Khair tidak pernah cakap yang dia mempunyai rumah sendiri selama ini.

"Abang beli sebelum abang balik Malaysia lagi. Bengkel tu pun. Tapi rumah tu pinjaman bank abang bukan kaya nak beli cash." Tenang Khair membalas buat Lily terkebil-kebil tidak percaya. Belum balik Malaysia lelaki itu sudah merancang hidupnya di Malaysia! Wow!

"Memang abang rancang nak beli bengkel dengan rumah dekat-dekat? Atau abang memang suka duduk dekat kawasan ni?" Soal Lily lagi. Dia sepertinya memahukan jawapan yang lebih dari Khair. Dia dapat melihat senyuman dari bibir lelaki itu walau Khair sedang duduk menadah tangan dengan makanan Ferrari di atasnya.

"Abang memang rancang untuk tinggal dekat dengan kehidupan Lily. Abang tahu Lily bekerja di restoran Ibu. Jadi abang cari bengkel dan rumah area sini.." Jawapan romantis Khair buat Lily mahu pengsan serta merta.

"Abang jangan jujur sangat boleh tak?" Marah Lily, dia dapat rasa wajahnya membahan. Malu atau segan sebenarnya.

"Lah? Dah tu Lily nak abang menipu?" Khair berpaling memandang isterinya. Lily cepat-cepat mengalih anak mata. Dia jadi tidak keruan untuk merenung sepasang mata itu.

"Bu..bukan macam tu.."

Khair bangun mendukung Ferrari di lengannya. Dia berdiri merenung Lily yang seperti cacing kepanasan dihadapannya. Satu senyuman nakal terbit dibibir. Lily dipandangannya sekarang terlalu comel. Apa wanita itu tidak sedarkah bertapa bermaknanya wanita itu dalam hidupnya.

"Abang dah tunaikan janji abang."

"Lily kan nak berjodoh dengan abang?" Kata-kata Khair buat wajah Lily makin merona warna merahnya. Dia teguk air liur tidak tahu bagaimana mahu beriak.

"Err.. Tapi.." Lily terdiam, dia mahu beritahu Khair tentang Erma yang bersungguh-sungguh ingin memiliki Khair satu ketika dahulu. Tapi buat apa dia fikirkan semua itu? Khair sudah khas suaminya sekarang, dan bukan kepentingan dia lagi untuk menjaga hati si Erma. Semakin Erma sakit, semakin dia rasa puasnya.

"Abang tahu apa Lily fikir. Abang tak pernah bagi Erma harapan sebelum ni selain sebuah pertunangan. Itupun Abang nak puaskan hati Lily.. Abang minta maaf."

"Ba..baik."

"Dah lah jom mandi! Sebelum kita pergi rumah mama, abang nak tunjuk rumah kita dulu." Khair pegang si Ferrari dengan sebelah tangan dan sebelah lagi memaut bahu isterinya.

"Jom mandi?" Lily mula berfikiran kotor.

"Yelah, Lily tak nak mandi ke?" Soal Khair kembali.

"Err tapi Lily nak mandi sendiri."

"Abang tak cakap pun kita perlu mandi sekali." Khair menahan senyum memandang wajah Lily kembali kemerahan.

"Ke Lily nak mandi dengan abang?" Khair dekatkan wajah dengan wajah isterinya dengan senyuman nakal.

"Abang!" Lily laju memaling wajahnya. Sah! Khair pasti mengutuknya berfikiran kotor.

"Hahahaha.." Tawa Khair kuat kedengaran di laman rumah itu.

Tanpa mereka sedar ada sepasang mata sedang tersenyum memandang mereka di balik jendela.

"Sudah lama laman rumah ini tak seceria pagi ini.." Ujar Encik Fajir mendatar.

"Kamu sangat peduli pada Lily ya Khair.." Encik Fajir berpaling memandang jejaka dihadapannya.

"Ya, sebab Khair cintakan dia.."

Tak berkelip mata Encik Rozi mendengar pengakuan anaknya.

"Tapi kenapa kamu terima cadangan mama untuk bertunang dengan Erma Khair?!" Soal Encik Rozi tegang. Khair tunduk kepalanya.

"Maafkan Khair papa. Khair salah. Khair tidak tahu bagaimana untuk membantah permintaan mama dan Khair terima semua itu." Suara Khair kendur.

"Kamu berhak untuk buat pilihan sendiri Khair! Bukan dengan aturan mama."

"Ya Khair tahu, tapi mustahil Khair nyatakan Khair cintakan Lily dalam keadaan Lily seperti sekarang." Balas Khair mendatar.

"Khair terima cadangan mama untuk bertunang dengan Erma dan berharap Lily akan lakukan sesuatu untuk balas rasa sakitnya. Seperti merampas Khair dari Erma. Khair buat semua ini untuk puaskan hati Lily.."

"Sejauh itu kamu berfikir Khair.." Suara Encik Fajir kedengaran kecewa.

"Maafkan Khair Uncle.. Khair tidak sangka Lily akan bertindak sejauh ini." Dengan meletak maruah Erma di dalam bahaya. Sungguh dia tidak dapat bayangkan Lily akan buat sejauh itu.

"Perkara sudah jadi Khair, uncle minta kamu putuskan pertunangan kamu dengan Erma secepat mungkin. Uncle takut Lily akan buat perkara yang lebih teruk dari ini." Ujar Encik Fajir mendatar.

"Khair janji Khair akan hentikan Lily.."

"Macam mana lagi Khair? Uncle sendiri sudah mati akal bagaimana mahu menghentikan anak uncle sendiri." Sambung Encik Fajir. Dia seperti seorang ayah yang sudah pasrah dan menyerah membetulkan tindakan anaknya.

"Khair tak janji dapat matikan dendam Lily tapi.. Khair akan bawa Lily keluar dari dunia dendam dia sekarang."

"Kamu rancangan sesuatu Khair?" Terjenggil mata Encik Rozi memandang anaknya.

Khair perlahan-lahan mengangguk kepalanyaz

"Sebelum itu, Khair nak minta maaf dengan papa dan Uncle. Kalau ada apa-apa berita selepas ni. Khair minta jangan salah faham dengan perbuatan Khair."

"Khair betul-betul cintakan Lily."

Encik Fajir tersenyum mengingat kembali perbualannya dengan Khair dan Rozi beberapa hari lepas sebelum Khair ditangkap basah bersama Lily.

Tidak dia sangka, itulah maksud disebalik maaf Khair. Lelaki itu korbankan maruah dan namanya untuk memiliki Lily. Dan nampaknya Lily tidak menunjuk protes, malah anaknya itu bisa tersenyum bahagia.

Itupun sudah cukup buat dia menumpang bahagianya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro