30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Riuh kedengaran gelak tawa dari laman rumah. Buat pertama kali rumah itu meriah dengan ahli keluarga sempurna berkumpul setelah mereka pulang dari London. Tapi ianya tidak begitu memberi kesenangan buat Puan Ida.

Resah rasanya melihat Lily terus-terusan ketawa bersama ahli keluarganya. Dia rasa terpinggir dan tersisih oleh keluarga sendiri sejak Lily jejak masuk ke dalam rumah itu. Semua orang melayan Lily dengan baik. Mana semua kesalahan dilakukan gadis itu baru-baru ini? Adakah semua orang sudah maafkan Lily secepat itu?!

Tidak masuk akal!

"Assalamualaikum Erma.." Puan Ida bersandar pada kabinet dapur sambil melekap telefon bimbit ke telinga. Baru hari ini dia dapat menguatkan hati untuk menelefon Erma.

Dia yakin pasti Erma sedang sendirian dan jauh membawa diri untuk menenangkan diri dilukai oleh Lily dan Khair. Sampai hati mereka..

"Izam! Jatuh adik tu!" Keras Naqib melihat Izam yang berusaha memegang adiknya manakala Lutfi dan Khair turut disitu mengawasi. Khair yang siap bersila di atas rumput karpet dan Lutfi yang bangun bersedia untuk menangkap tubuh Tasnim jika anak kecil itu jatuh didukung abangnya yang baru 5 tahun itu.

Mahu dihalang, Izam pula yang buat perangai. Degil nak dukung adik dia.

"Baba! Baba see! Izam boleh dukung adik!" Teruja Izam tunjuk tubuh adiknya Tasnim sedikit terangkat didukungnya.

Encik Rozi ketawa besar melihat keletah Lutfi tiba-tiba berbaring hampir dengan Izam.

"Nah dukung Pak Ngah pulak!" Lutfi sengih kepada Izam buat anak kecil itu menjuih bibir.

"Pak Ngah becar! Mana boleh dukung." Izam berundur beberapa langkah kebelakang dengan tubuh masing memegang Tasnim yang terkebil-kebil.

"Izam jatuh kan!" Safi pula menegur dan tepat teguran seorang ibu.

Izam memang betul-betuk jatuh menelentang kebelakang tapi mujurlah Khair sempat menyambut kedua-duanya sekali sebelum Lutfi laju menarik tubuh Tasnim yang sudah tercebik-cebik mahu menangis.

"Adik corry.." Kendur suara Izam memujuk adiknya. Mujurlah hanya linangan air mata yang Tasnim keluarkan. Lutfi pantas memujuk.

"Itulah, awak kecil lagi mana boleh main dukung je. Nak dukung kena lah besar macam Pak cu dengan Pak Ngah dulu." Khair angkat tubuh Izam di atasnya lantas didudukan di atas rumput.

"Baik Pak Cu.." Izam mencebik.

Keletah mereka disaksi Lily dengan senyuman tak lekang dibibir. Keluarga ini terasa hangat sekali, dia seperti dapat rasakan perasaan yang sama saat dia dan Ayah masih bersama Ibu dahulu.

Keluarga mereka hangat dengan kasih sayang..

Lily berpaling ke dalam rumah. Puan Ida dari tadi mengecil diri dan mengelak untuk berkumpul dengan keluarganya jika dia ada bersama. Wanita itu betul-betul tidak sukakan dia..

Menjengkelkan.

Lily bangun dari duduknya sebelum Khair pantas mendongak memandang.

"Lily nak pergi mana?" Laju Khair menyoal.

"Amboi Khair, pantang tengok bini angkat punggung. Tak pergi mana lah bini kau tu, nanti malam jumpa dalam bilik juga." Usikan Lutfi buat Lily melepas tawa kecil memandang wajah cemberut Khair.

"Lily nak ke toilet kejap." Balas Lily dengan senyuman.

"Abang Khair nak ikut ke?" Naqib pula menambah usikan buat Khair kelihatan segan-segan dan cuba beriak tidak dengar apa disebut abangnya.

Lily geleng kepala sebelum melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya itu.

"Aunty faham perasaan Erma.. Jangan menangis sayang.. Aunty rasa serba salah." Sebak suara Puan Ida. Lily mengecil mata dan melangkah menghampiri.

"Aunty tak sangka Khair dan Lily sanggup buat Erma macam ni.."

"Aunty dirumah ni pun rasa sunyi sejak dia ada.. Keluarga Aunty sisihkan Aunty.."

Bunyi peti ais dikatup kasar buat Puan Ida terhinjut kerana terkejut. Dia pantas berpaling sebelum matanya membesar memandang Lily tenang dengan segelas air ditangan dan bersandar pada tubuh peti ais itu.

Serta merta air liur diteguk terasa kesat. Lagi-lagi melihat susuk tidak berperasaan wanita yang baru bergelar menantunya itu. Dia jadi gerun.

"Nanti Aunty call balik." Cepat-cepat Puan Ida matikan talian.

"Laa dah habis? Saya baru nak tengok drama jejak kasih.. Oh? Atau tajuk sesuai kasih tak kesampaian?" Lily lepas tawa kecil sangat jengkel dan sinis.

"Apa kamu buat kat sini Lily?" Keras tertahan-tahan suara Puan Ida memandang wanita itu.

"Saja datang nak tengok mama. Nampak macam merajuk sebab tak sukakn Lily.." Lily melangkah menghampiri Puan Ida buat perempuan itu meneguk air liur lantas berundur hingga pinggulnya rapat ke kabinet.

"Pergi sana! Jangan kacau!" Keras suara Puan Ida menghalau.

Lily senyum sinis lantas meraup rambutnya.

"Macam ni lah mama.." Sengaja Lily tekan perkataan mama agar wanita itu sedar status dirinya sekarang.

"Sebaiknya Mama jangan nak masam muka depan saya, menyampah." Terus terang Lily meluah buat mata Puan Ida membesar.

"Apa kamu cakap?!"

"Macam mana mama menyampah tengok muka saya yang dah hancurkan hati calon menantu kesayangan mama tu. Macam tu lah saya menyampah tengok muka mama sebab mama..."

"Dah khianati ibu saya.." Puan Ida kelu memandang mata itu. Tidak dia sangka sejauh ini Lily mampu mengertaknya.

"Aih, saya tak faham lah, orang-orang yang dah buat seseorang terbunuh tapi boleh pula bertenang dan bahagia merampas kebahagiaan orang. Ikutkan hati saya ni kan, kaki mereka yang dah bunuh Ibu saya tak layak jejak bumi ni."

Mata Puan Ida membesar.

"Kenapa terkejut?" Lily jungkit sebelah kening.

Dia perasan dada wanita itu turun naik menahan seribu rasa.

"Alaa mama, setakat tertangkap gambar berdua dalam bilik hotel tu, tak ada apa lah sangat.." Lily lepas tawa kecil buat Puan Ida ketap gigi memandang wanita itu.

"Kamu dah sangat berbeza Lily! Sanggup kamu buat macam tu?!"

"Saya boleh buat lebih dari tu mama.." Tak berperasaan mata Lily memandang Puan Ida.

Tubuh Puan Ida mengeras dengan debaran.

"Mungkin dulu Papa yang dan Aunty Sarah yang kena... Macam mana ya kalau selepas ni mama pula..?"

"Lily!!" Mencerlung mata Puan Ida pandang menantunya.

Lily senyum sumbing.

"Layan saya dengan baik layaknya sebagai menantu. Kalau tak, mama tahulah akibatnya.."

"Dan mulai itu.. seorang demi seorang ahli keluarga yang mama ada sekarang pergi tinggalkan mama.." Kata-kata bayangan Lily buat air mata bertakung di tubir mata Puan Ida.

"Lily!" Kedengaran suara Khair kuat memanggil buat Lily mengukir senyum manis.

"Tak apa mama.. Lily dah maafkan. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih ya.." Tangan Lily spontan naik mengusap air mata di tubir mata ibu mertuanya.

Langkah Khair terhenti tidak tersenyum tidak juga memasam muka.

"Lily cakap nak pergi toilet?" Soal Khair menatap wajah merah mamanya.

"Oh, memang Lily nak pergi toilet. Tadi singgah minum air lepastu, Lily bercakap dari hati ke hati dengan mama.." Lily pandang Puan Ida diam menunduk.

"Kan mama..?"

"I..iya.." Puan Ida mengalih anak mata dari menatap raut wajah anak lelakinya.

"Okaylah Lily nak pergi toilet kejap." Lily letak gelas ke dalam sinki sebelum dia berlalu meninggalkan Khair dan ibunya berdua.

Khair hela nafas panjang. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri mamanya. Dia dapat melihat wanita itu sedang mengemam mulut menahan tangis.

"Maafkan Khair mama." Khair tarik tubuh mamanya dalam pelukan sebeluk tangannya naik mengusap-usap bahu mamanya.

"Kenapa Khair buat mama macam ni Khair... Kenapa..?" Sebak suara Puan Ida kedengaran. Khair pejam mata tidak sanggup mendengar suara itu.

"Dia perempuan yang Khair cinta, baik dan buruk. Maaf kerana Khair buat mama terpaksa, terpaksa untuk terima dia dalam keluarga kita.." Khair leraikan pelukan dan menatap jauh kedalam mata mamanya.

"Tapi Khair mohon, terimalah Lily baik dan buruk dia mama."

"Dia dah ugut mama Khair!" Keras suara Puan Ida.

"Khair tahu.." Khair tunduk menarik nafas.

"Kalau mama bencikan seseorang, cubalah mama ingat waktu-waktu dia masih bercakap baik dengan mama dulu. Mama ingat balik layanan dia terhadap mama, atas dasar kepuraan atau sebaliknya?"

"Sekurang-kurangnya Lily tunjuk sifat jujurnya. Dari dia berpura-pura baik dihadapan seseorang tapi.." Khair tak habis menyambung ayatnya sebaik melihat kelibat Lily menuruni tangga.

"Cuba mama fikir dan cubalah untuk berbaik dengan isteri Khair. Lily tak seteruk yang mama fikir.." Kendur suara Khair lantas lelaki itu berpaling menghadiahkan senyuman buat isterinya.

"Abang nak air?" Soal Lily sambil jeling wajah kendur Puan Ida di dapur. Apa yang Khair cakapkan pada mamanya?

"Tak nak. Jom kita kelaman." Ajak Khair. Lily senyum segaris.

"Mama jom.." Ajakan Lily buat Puan Ida angkat wajahnya.

"Layan saya dengan baik layaknya sebagai menantu. Kalau tak, mama tahulah akibatnya.." Kata-kata ugutan wanita itu tadi terngiang-ngiang buat Puan Ida teguk air liur.

"Oh! ah kejap." Puan Ida menanggal apron di tubuh sebelum dia melangkah menghampiri menantunya.

Lily senyum plastik disaksi Khair disebelah.

Khair senyum tipis sebelum melangkah beriringan dengan wanita-wanita itu.

•••

Lily duduk bersila di sebelah Khair yang sibuk menilik pakaian yang ingin dia bawa ke rumah baru mereka. Sudah dia tawarkan diri ingin menolong tapi Khair berkeras menghalang. Katanya dia tak suka ada tangan lain mengganggu kalau dia sedang buat kerja.

Jadi Lily mengalah dan hanya duduk disitu melihat suaminya yang berkerut dahinya memilih baju.

"Abang?"

"Ya?" Khair toleh Lily sekilas.

"Abang suka budak-budak kan?" Soal Lily tiba-tiba. Khair kerut dahi dengan senyuman tersunggih dibibir.

"Kenapa? Lily tak sabar nak bagi abang anak ke?" Usik Khair buat Lily mengemam bibir menahan senyum.

"Kesitu abang fikir. Tapi kalau ada rezeki tak salah kan?" Lagi lah hatinya puas melihat wajat Erma yang pasti beribu kali merana apabila tahu mereka kelak akan menimang cahaya mata.

"Tak salah, tapi abang nak luangkan masa dengan Lily dulu sebelum ada anak-anak." Balas Khair tenang sambil tanganya sibuk mengeluarkan baju yang terlipat di dalam wardrobe.

"Oh.."

"Tapi tak bermakna abang tolak rezeki kalau dah ada baby dalam ni." Selamba Khair sentuh perut Lily buat wajah Lily serta merta merona merah.

"Abang ni buat Lily malu lah!" Suara Lily kedengaran membentak dalam segan. Khair lepas tawa kecil sambil tanganya melipat baju lantas dimasukkan ke dalam bakul kain.

"Apa yang nak malu, kita dah suami isteri. Benda macam ni lah yang kita kena bincang. Ini keluarga kita. Masa depan kita.." Matang dan tenang Khair membalas.

"Abang.."

"Ya?" Tak bosan Khair menyahut tiap kali Lily memanggil panggilan itu.

"Abang pernah bercinta tak sebelum ni? Maksud Lily selepas abang ke London tinggalkan Lily kat Malaysia."

"Emm.." Khair kelihatan berfikir sejenak buat Lily muncung mulutnya.

Kenapa perlu fikir?! Pasti ada atau sedang memikir alasan untuk mengarang ayat manis. tch!

Mata Khair menjeling Lily di sebelum dia melepas tawa.

"Tak ada Lily, abang cuma belajar dan nikmati hidup bujang abang puas-puas." Balas Khair tenang. Riak wajah lelaki itu sepertinya jelas yang dia tidak menipu.

"Kenapa nak nikmati hidup bujang puas-puas?"

"Ye lah, balik Malaysia. Yang abang tahu abang nak kahwin dengan Lily." Jawapan spontan Khair buat Lily menahan senyum.

"Macam mana kalau Lily dah ada boyfriend?!" Soal Lily lagi.

Khair senyum dengan matanya masih tenang memandang lipatan baju.

"Abang kahwinlah dengan Er.."

"Abang!!"

"Auch sakit Lily!!" Khair pandang perutnya dicubit Lily.

"Abang gurau je lah! Dah tu kalau Lily dah ada boyfriend. Takkan lah abang nak jadi antagonis rampas Lily dari lelaki tu dengan buat perangkap tangkap basah macam haritu."

"Tapi abang buat juga." Lily mencebik. Tahu-tahu dia yang diperangkap lelaki itu.

"Hahaha, sorry-sorry. Dah abang dah kemas baju." Khair bangun meletak bakul kain di sisi almari.

"Macam tu je?" Terkebil-kebil Lily memandang. Cepat betul Khair mengemas.

"Lelaki kemas baju tak macam perempuan. Bagi plastik sampah pun kami boleh muatkan semua baju kami."

"Yelah yelah baik Encik Khair.. Jangan lupa tutup lampu.." Lily bangun lantas menonong menuju ke katil.

"Tak payah tutup lampu lah malam ni."

"Kenapa pula?" Lily yang sudah berbaring mengangkat kepala dengan kerutan.

"Tukar selera." Khair sengih nakal.

"Ee abang!!" Satu bantal selamat mendarat di wajah Khair.

"Ee Lily tak baik buat suami macam tu!"

"Ee abang tak baik menggatal"

"Siapa cakap tak baik?"

"Lily yang cakap."

"Suami isteri dihalalkan menggatal."

"Aaa tak dengar tak dengar.."

"Hahahaha"

•••
Selamat malam gais, sorry lambat update. Sekarang saya tengah intern.. hu hu

Okay pasal video teaser yang saya upload haritu. Ramai yang dm tanya. Hihi okay sabar. Chapter tu lambat lagi btw. And jangan fikir bukan-bukan.

Nanti yang tak sempat tengok sis add dekat highlight story instagram saya. Tajuk 'BC'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro