BAB 37 | KEM

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini, Fasha bersiap lebih awal. Dia tidak mahulah markahnya dipotong kerana asyik datang lewat. Tidak pernah lagi seumur hidupnya dia akan mendapat markah yang rendah. Sebolehnya, dia akan cuba kekalkan prestasinya selaku pelajar yang cemerlang.

Sedang dia asyik berjalan, sebuah kereta masuk ke perkarangan universiti. Fasha sangat kenal dengan pemilik kereta tersebut. Fahrin! Terus dia berjalan laju ke sana.

"Assamualaikum, awak!" Sergah Fasha dengan ceria.

"Ya. Waalaikumsalam. Kau nak apa ni?" tanya Fahrin sambil membetulkan tali lehernya. Kemudian, dia keluar daripada kereta lalu pintu ditutup.

"Alaa... Saje. Dah lama tak jumpa. Rindu pulak," kata Fasha sambil tersenyum manis. Fahrin hanya membuat muka selamba.

"Ingat ye. Kita sekarang ada di universiti. Aku ni pensyarah kau. So, kau kena panggil aku Sir. Faham?"

"Tak faham. Eleh... Awak pun sama. Panggil saya aku-kau je. Padahal saya ni pelajar awak. Awak kena sayangi yang muda." Fasha menjeling. Tangan disilangkan ke dada. Fahrin terus berdehem. Malu sekejap.

"Suka hati kau lah. Kelas dah nak start ni. Jangan buang masa," ujar Fahrin kemudian melangkah pergi.

"Eleh. Nak cover line lah tu," bisik Fasha sambil tersenyum. Langkah Fahrin diikut sehinggalah mereka berjalan seiring.

"Fahrin, awak pergi tak kem hari Sabtu ni?"

"Rahsia."

"Alaa..."

Sarah ketika itu berada berhampiran terus berhenti melangkah. Dia mengetap bibir. Diperhatikan figura Fasha dan Fahrin yang berjalan beriringan dengan pandangan yang tajam. Panas!

"Dalila!"

Dalila yang sudah berjalan ke hadapan itu terus terhenti. Dia menoleh. Terkejut apabila melihat muka marah Sarah. Terus dia berpatah balik.

"Kau kenapa ni?"

Sarah hanya mendiamkan diri. Matanya masih belum dialihkan. Dalila perasan hal itu. Terus dia memandang ke arah yang sama. Matanya membesar dan dia ternganga. Terkejut dan tidak percaya apa yang dilihatnya.

"What? Apa hubungan si Fasha tu dengan Fahrin sebenarnya? Macam rapat semacam je. Diorang ada apa-apa ke? Kalau betul, macam mana dengan kau, Sarah?"

Kedua-dua bahu Sarah dipegang. Simpati. Namun, Sarah menepis kasar. Figura gadis yang bernama Fasha itu dijeling lalu dia terus berpatah balik ke bilik. Hilang habis moodnya untuk ke kuliah. Sakit hati dan marah!

"Sarah!" panggil Dalila. Namun, Sarah sama sekali tidak mahu mendengar.

"Jaga kau, Fasha! Kau memang dah melampau!" kata Sarah seorang diri. Kini, dendamnya semakin tinggi ke puncak. Dan hatinya sudah sepenuhnya dikawal hawa nafsu dan bisikan syaitan. Dan pada masa itu, iman tidak akan mampu menghalang jika hati sudah hitam.





















¤•¤





















KINI, hari yang dinantikan sudah tiba. Hari dimana akan berlangsungnya kem di hutan dan itu semestinya buat pertama kali bagi Fasha. Bagi Wardina, ini ialah kali kedua. Peserta seramai 60 orang itu terus turun daripada bas apabila Sir Fahrin membuat pengumuman.

Semua orang berebut-rebut turun dan dan mengambil beg masing-masing. Wardina yang turut sama ingin merebut barisan hadapan segera dihalang oleh Fasha. Wardina menoleh lalu mengangkat kening.

"Kenapa?"

"Ish. Sabarlah. Biarlah mereka turun dulu. Nanti terjatuh buat malu je," kata Fasha.

"Hmm... Yelah." Wardina beralah. Ada betul juga kata-kata Fasha. Mereka dah besar. Sudah matang. Pasti boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.

Setelah memastikan keadaan reda, Fasha dan Wardina terus beratur keluar. Fasha memerhatikan sekeliling. Penuh dengan pokok-pokok yang agak besar. Ini belum masuk ke dalam hutan lagi.

"Aku yakin mesti kau tak pernah masuk hutan, kan? Tengok muka pun dah tahu. Maklumlah budak bandar," ujar satu suara. Fasha terus menoleh lalu tangan disilangkan. Wardina pula hanya memerhati.

"Ehh... Mana ada! Pernah okey!"

"Ye ke? Muka kau mana boleh percaya. Budak manja. Duduk bawak ketiak mak je," ujar Fahrin lagi. Fasha menjeling. Geram.

"Hello! Saya ni merupakan pendaki terbaik dan banyak kali masuk hutan tau." Fasha menipu sedangkan dia tidak sedar bahawa itu akan memberikan kesannya pada masa akan datang. Fahrin senyum senget. Diperhatikan wajah Fasha yang tidak keruan.

'Haish mamat ni pun! Janganlah pandang aku macam tu. Lemah iman. Sudahlah aku dengan dia dekat,' bisik Fasha di dalam hati. Jantungnya mula memainkan peranan.

Dub! Dab! Dub! Dap!

"Okey. Aku nak tengok juga sejauh mana kebolehan kau tu. Lets see," kata Fahrin lagi sambil tersenyum. Setelah itu, dia terus turun daripada bas.

Fasha terkedu. Dipaut pada tempat duduk berhampiran. Fuh! Sungguh dia lemah sekarang. Jantungnya semakin berdegup kencang dengan penangan Fahrin. Kalau macam ni, boleh gila dia dibuatnya.

"Fasha? Kau okey tak ni?" tanya Wardina. Fasha mengamgguk.

"Okey okey."

"Wah. Hebat betul penangan sir sampai kau jadi lemah macam ni. Mana sifat beku, dingin dan diva kau tu?" kata Wardina sambil tergelak kecil. Kelakar pula melihat drama yang dilakonkan oleh Fasha ni. Fasha hanya menjeling.

"Eleh. Gelaklah gelak! Suatu hari nanti, kalau kau ada kat tempat aku, aku gelakkan kau puas-puas!" kata Fasha lagi. Geram! Namun, itu semakin membuatkan ketawa Wardina semakin kuat.

Fasha mendengus. Apa-apa je lah! Dia terus berlalu pergi meninggalkan Wardina seorang diri. Biar. Biar orang ingat dia gila. Gelak seorang diri! Mereng! Otak senget!




•¤•

SETELAH memastikan peserta sudah diagihkan kepada beberapa kumpulan, akhirnya mereka diminta untuk membina khemah masing-masing. Satu khemah empat orang. Walaupun tidak biasa untuk tidur secara berhimpit, Fasha terpaksa akur. Disini, dia perlu belajar untuk hidup berdikari, berusaha dan sentiasa kuat.

"Aku tak sangka betul kau kumpulan dengan aku, kan?"

Nazmi yang meninggung untuk mendirikan khemah itu terus mendongakkan kepala. Terkejut dia dibuatnya apabila melihat Fasha yang berdiri sambil menyilangkan tangan. Nazmi terjatuh ke belakang.

Fasha yang memerhati hanya menggelengkan kepala. Sudahlah gagap. Cemerkap pula. Terus dia menghulurkan tangan kepada Nazmi untuk membantu jejaka itu bangun. Namun, huluran itu disambut dengan pandangan yang pelik. Fasha teringat sesuatu lalu dia terus menarik tangannya semula.

"Oh... Maaf." Nazmi terus bangun.

"Ta-tak apa. Sa-saya faham. Ja-jangan risau. A-aib a-awak saya ja-jaga," kata Nazmi lagi. Mahu menjaga hati Fasha. Fasha mengukirkan senyuman nipis. Baginya, Nazmi sangat baik. Sangat-sangat baik.

"Mari sini, aku tolong kau pasang khemah," kata Fasha lalu mengambil peralatan-peralatan di atas tanah. Nazmi terkejut.

"Ehh... Ta-tak pe. Sa-saya boleh buat se-sendiri."

"Mana mereka yang lain? Kau seorang je ke yang buat?" Tanya Fasha lagi. Nazmi kelihatan resah dan gugup. Dan cepat sahaja Fasha dapat menangkapnya.

"Me-mereka per-pergi ta-tandas."

"Tipu. Aku tahu diorang buli kau. Jangan risau, biar aku ajar diorang tu cukup-cukup."

"Ja-jangan!" Nazmi pantas meningkah. Fasha terus mengerutkan dahi.

"Kenapa?"

"To-tolong. Ja-jangan..." ujar Nazmi dalam nada rayuan. Fasha mengeluh. Dia faham sangat di sebalik keresahan dan apa yang ada dalam fikiran jejaka itu. Fasha mengukirkan senyuman.

"Ya. Baiklah. Aku tak kacau diorang. Biar aku kacau kau. Aku tolong kau. Muktamad," kata Fasha. Nazmi hanya mengangguk lalu tersenyum.

Sementara itu, perilaku mereka berdua diperhatikan oleh Fahrin dari jauh. Di tangannya terdapat buku catatan yang ditulisnya sejak daripada tadi. Setelah selesai, dia terus memandang Fasha dan Nazmi. Atau lebih tepat lagi ialah Fasha.

Apabila memikirkan perasaan Fasha terhadapnya, Fahrin mengeluh. Dia berasa serba salah. Perlukah dia memberitahu hal yang sebenarnya? Tetapi, bagaimana jika hati gadis itu terluka lagi? Dan pada masa yang sama, hatinya turut terluka?

Bukan dua hati. Tetapi tiga hati yang dilukai. Sungguh, dia keliru.



22:33pm
-22/10/20-





























VOTE AND COMMENT! 🎈❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro