BAB 38 | MAAFKAN AKU

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SUASANA yang bising dengan lagu-lagu rancak di kelab malam itu langsung tidak mendatangkan ketidakselesaan kepada Fasha. Sebaliknya, suasana itulah yang menghiburkan lagi hatinya. Dia memakai skirt pendek menampakkan paha dan baju yang kelihatan agak jarang menampakkan bentuk tubuh badan. Rambutnya pula dibiarkan lepas.

Dia duduk dia atas sebuah kerusi di meja bar. Pelbagai jenis minuman diperhatikan di rak. Jari telunjuk diletakkan ke dagu. Agaknya, malam ini wine yang manakah akan menarik seleranya? Tidak semena, dia tersenyum. Jari dipetik memanggil pelayan. Seorang pelayan lelaki terus menghampiri Fasha.

"Yes, miss?"

"Give me rose wine."

"Sure."

Pelayan lelaki itu datang kembali dengan sebotol besar wine. Salah satu wine yang termahal di situ. Tanpa arahan apa-apa, pelayan lelaki itu terus menuang minuman air kencing syaitan itu ke dalam gelas kaca Fasha. Fasha hanya memerhati.

"Thank you," kata Fasha.

"Welcome, dear." Lelaki itu tersenyum nakal lalu mengeyitkan mata. Fasha turut membalasnya. Seronok dan dia sangat berbangga dengan kecantikan yang dimilikinya. Mana-mana lelaki sahaja boleh cair.

Sedang dia asyik menikmati minumannya, seorang lelaki kacak yang berusia lingkungan 20-an datang menghampiri Fasha lalu duduk bersebelahan dengan gadis itu.

"Hi, dear. Seorang je ke?" tanya jejaka itu sambil matanya melilau memandang lekuk-lekuk tubuh Fasha. Fasha pula hanya melayan. Dia mengukirkan senyuman manis. Leher lelaki itu dirangkul dengan gaya menggoda.

"Tak lah. Awak kan ada."

"Wow. Nice. I like you." Fasha ketawa kecil. Senang betul lelaki ini jatuh ke tangannya.

"Yeah, of course you will like me."

"Nak menari bersama saya tak?" tanya jejaka itu dengan menghulurkan tangan. Fasha mengenyitkan mata. Huluran tangan lelaki itu pantas disambut.

"Why not?" Jejaka itu terus tersenyum.

Dan pada malam itu, menjadi saksi bahawa manusia-manusia yang berada di situ telahpun lalai dan gagal dalam menjadi hambaNya yang benar-benar beriman.















•¤•
















WALAUPUN kedinginan malam yang semakin sejuk mencengkam kulit itu kian menusuk seiring dengan perjalanan masa, Fasha sedikitpun tidak berasa menggigil malah dia berasa lemas, tidak selesa dan berpeluh kerana terpaksa tidur berhimpit di dalam khemah.

Kenangan silamnya yang gelap pada suatu ketika dahulu juga sering terlayar di fikiran. Sedikit sebanyak dia terganggu. Tanpa menunggu lama, dia terus mengambil keputusan untuk keluar daripada khemah. Lampu suluh dibuka.

Kakinya melangkah senyap ke arah unggun api. Pohon kayu yang ada di situ diduduknya. Dia mendonggakkan kepala. Tidak semena-mena, terbit senyuman di bibir merahnya.

Malam ini, dia tidak keseorangan. Dia ada bintang sebagai penghibur dan hiasan untuk dia tatap di langit yang kelam. Bulan sabit juga menjadi peneman, mencantikkan lagi keindahan malam. Namun, apa yang penting ialah Allah sentiasa ada untuk nya. Dan kerana itu, dia tidak akan pernah keseorangan.

Perlahan-lahan, senyumannya memudar. Teringat kembali kelalaiannya suatu ketika dahulu. Dia hidup di atas muka bumi terlalu lama.  18 tahun. Bukanlah tempoh yang singkat. Selama 18 tahun nyawa telah Allah pinjamkan untuknya.

Namun, dia terlupa. Dia lalai. Nyawa selama 18 tahun digunakan untuk mengejar populariti, kecantikan, cinta manusia dan dirinya banyak menghabiskan masa dengan meminum arak dan menghiburkan diri di kelab malam. Sedangkan, Al-Quran dan solat yang menjadi tempatnya untuk bergembira tidak pernah dia lakukan.

Jahatkah dia? Berdosa sangatkah dia? Jahil sangatkah dia?

Soalan-soalan itu sering bermain di fikiran. Dia akui, dia bukanlah seperti Saidatina Khadijah yang  kuat imannya. Dia bukanlah seperti Saidatina Fatimah yang hebat peribadinya. Dan dia bukanlah seperti Saidatina Aisyah yang sangat tinggi ilmu agamanya.

Dia hanya manusia biasa. Manusia yang sering mengejar dunia dan bukannya akhirat. Tudung yang tersarung di kepala disentuh. Agaknya, apakah reaksi mama dan papanya nanti apabila melihat satu-satunya anak mereka sudah membawa haluan sendiri? Tidak mengikut mereka seperti kebiasaannya? Adakah mereka akan berasa sedih dan kecewa?

Dadanya terasa lemas dan penuh dengan sesuatu. Tanpa kata-kata keizinan, mutiara matanya mengalir keluar buat sekian lama. Sebaknya mula menghimpit dada. Setelah 18 tahun, inilah kali pertama air matanya mengalir keluar sebagai bukti penyesalan dosa-dosanya yang lalu.

Semakin lama, semakin lebat air matanya menitis. Dia takut. Sangat takut. Bagaimana jika takdirnya ditentukan untuk ke neraka? Bagaimanakah jalan pengakhirannya nanti? Bagaimana pula dengan ibu bapanya?

Sungguh, dia sangat sayangkan kedua-dua manusia yang telah membesarkannya itu walaupun didikan yang diberikan tidak selayaknya disemai. Walaupun mereka adalah sehina-hina manusia dan penuh dengan dosa, dia tetap inginkan yang terbaik buat mereka berdua.

'Ya Allah...  Maafkan aku.'

Tudungnya sudahpun basah dek air mata. Tidak semena-mena, telefonnya berbunyi. Terus dikesat air matanya yang masih bersisa. Telefon pintarnya dikeluarkan daripada poket lalu dibuka mesej yang dikiram oleh seseorang yang tidak dia kenali. Dahinya berkerut.

'La Tahzan Innaallaha Ma'ana.  Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita.'

Fasha terkejut. Terus matanya meliar ke sekeliling. Pasti ada seseorang yang memerhatikannya. Jikalau tidak, bagaimana pengirim mesej ini boleh tahu keadaan dirinya yang sekarang. Tanpa membuang masa, dia terus membalas mesej tadi.

'Siapa awak? Awak memerhatikan saya?'

'Taklah. Itu hanyalah firasat hati aku.'

'Saya ulang. Siapa awak?'

'Aku ialah Mr. Tengku'

Sekali lagi Fasha terkejut. Bagaimana lelaki ini boleh ada nombornya?

'Mana awak dapat nombor saya?'

'Kau dah dapat hadiah yang aku beri?'

Fasha mengeluh. Nampaknya, lelaki ini tidak mahu berterus-terang. Diikutkan sahaja rentak perbualan lelaki itu.

'Ya. Terima kasih sangat-sangat. Saya tak tahu nak balas jasa awak dengan apa. Tapi, nampaknya awak memang kenal saya. Awak tahukah kisah hidup saya?'

'Sejak pertama kali kita berjumpa, aku memang dah tahu tentang diri kau yang sebenarnya, Fasha'

'Maaf. Tapi, saya bukan perempuan yang baik. Apatah lagi serasi jika mahu berkawan dengan awak'

'Aku tak kisah. Kalau kau ada masalah atau perlukan apa-apa, beritahu je aku'

'Ya. Tapi, tak seronokla kalau saya tak kenal awak dan awak kenal saya.'

'Tak perlu kenal siapa aku. Allah tak pernah pandang rupa tapi hati. Biarlah identiti aku menjadi rahsia'

'Siapa awak Mr. Tengku?'

Mesej Fasha tidak dibalas. Agak lama Fasha menunggu tetapi mesej itu dibiarkan bluetick. Secara tiba-tiba dia berasa serba salah kerana asyik mendesak jejaka itu. Baru sahaja dia ingin menaip untuk memohon maaf, lelaki itu sudahpun menghantar mesej dan ayat lelaki itu membuatkan dia terkedu.

'Aku ialah Mr. Tengku. Seorang lelaki yang bakal pimpin tangan kau ke Syurga.'













•¤•

















MALAM sudahpun menginjak kepada pagi. Matahari mula menampakkan diri. Fasha terus mencelikkan mata apabila terasa bahunya dicuit seseorang. Ngantuk masih bersisa. Sudahlah dia tidur lewat semalam. Tanpa menunggu masa, dia terus bangun dan bersiap-sedia untuk menunaikan solat fardhu Subuh secara berjemaah.

Setelah membersihkan diri, solat dan melakukan apa yang patut, mereka diminta untuk membuat bulatan berdasarkan kumpulan masing-masing. Kelam-kabut mereka dibuatnya apabila jurulatih yang garang itu, Encik Ramdan akan mengenakan denda bagi sesiapa yang lewat untuk membentuk kumpulan.

Fasha mengeluh lega. Nasib baik kumpulannya sudah lengkap. Terlepas juga mereka daripada denda.  Setelah memastikan semua kumpulan telahpun dibentuk, Encik Ramdan terus berdiri di hadapan. Fahrin yang berada berhampiran dikerling Fasha.

'Haish, serius betul muka. Sama je macam Encik Ramdan ni,' bisik hati kecil Fasha.

Fahrin yang dapat merasa dirinya diperhatikan itu terus mengalihkan pandangan. Dipandang Fasha yang sedang ralit memerhati. Matanya dijegilkan menunjukkan isyarat, 'nak apa?'.

Fasha cepat-capat mengalihkan mata. Dia mencebik. Beku betul si Fahrin ini.  Susah betul mahu lembutkan hati jejaka itu.

"Baiklah. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Saya nak perkenalkan diri dahulu. Nama saya ialah Adi Ramdan. Anda semua boleh panggil saya tuan ataupun Encik Ramdan. Faham?" ujar Encik Ramdan dengan nada yang tinggi.

"Faham!"

"Bagus! Saya dan rakan-rakan saya di sini suka untuk mengingatkan kamu semua bahawa hutan bukanlah tempat untuk kamu bermain. Macam-macam benda boleh jadi. Faham?"

Mata Encik Ramdan yang tajam dan garang itu membuatkan semua orang yang dipandang lelaki itu menundukkan kepala. Tiada siapapun yang ingin bertentang mata. Takut.

"Faham!"

"Bagus! Sekarang, kamu lantik ketua dan penolong dalam kumpulan kamu. Saya bagi kamu masa dua minit! Faham?"

"Faham!" ujar semua orang serentak.

"Bagus! Berbincang sekarang!"

Semua peserta terus mengalihkan pandangan dan menumpukan perhatian terhadap perlantikan ketua dan penolong kumpulan. Sesiapa yang bertuah menjadinya pasti akan menjadi orang kanan Encik Ramdan. Sebab itu, tiada siapapun yang ingin menjadinya.

"Okey, sekarang. Siapa nak jadi?" tanya Fikri yang merupakan ahli kumpulan Fasha. Zairul juga turut berada di situ. Berbunga hatinya apabila mereka berdua berada dalam satu kumpulan.

"Apa kata biar Fasha jadi penolong?" cadang Zairul. Fasha terkejut dan matanya membesar.

"Ehh! Memang tak naklah! Apa kata kau jadi ketua, Fikri? Dan penolong pula Najiha?" ujar Fasha. Najiha dan Fikri terus laju menggelengkan kepala.

"Tak mahulah. Saya ni hati tisu tahu. Kalau saya kena marah macam mana?" tanya Najiha. Takut.

"Haah. Aku pun takut dengan si Encik Ramdan tu. Garang dia boleh kalah singa."

"Habis tu, siapa yang nak jadi ketua dan penolong ni? Kaulah Nazmi." Rizal menepuk bahu Nazmi. Terkejut jejaka berkaca mata itu dibuatnya.

"Sa-saya... "

"Ish! Kau nak kena marah ke Rizal? Benda ni bukan main-mainlah!" marah Syafiyah. Rizal mencebik.

"Siapa di sini nak volunteer? Angkat tangan," kata Farah. Semua orang terus diam dan memerhatikan antara satu sama lain. Krik-krik. Masing-masing tidak mahu!

"Ha! Kamu! Siapa yang jadi ketua dan penolong!" sergah Encik Ramdan secara tiba-tiba. Semua orang terperanjat.

"Opocot-opocot! Fikri dan Fasha!" ujar Nazmi yang turut terkejut.

"Bagus! Bersiap-sedia nanti!" kata Encik Ramdan kemudian berlalu pergi. Semua orang terkedu dan tergamam. Perlahan-lahan mereka memandang Nazmi yang sudahpun menggelabah. Boleh pula gagapnya nenghilang apabila dia terkejut.

"Nazmi!" ujar Fasha dan Fikri serentak. Nazmi menunduk. Serba salah.

"So-sorry"

Fasha hanya mampu mengeluh manakala Fikri pula terus meraup rambutnya ke belakang. Habislah!

































20:40pm
24/10/20

Vote and comment ok. Klau dak buku ni sendu je. Huhu. 😆🙂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro