PROLOG❤🐣

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

FOLLOW MY ACCOUNT
thectyyy
thectyyy
thectyyy

JANGAN LUPA TEKAN VOTE JUGA

MAKASIH😙

*
*
*

Gadis berwajah manis itu memandang wajah lelaki di hadapannya dengan mata terkebil-kebil. Jelas di wajahnya dia memerlukan penjelasan lebih dari lelaki itu.

"Kau gila ke? Kau fikir aku patung ke? Tak ada hati perasaan?" Soal gadis itu dengan tidak percaya. Soalan yang diutarakan olehnya dibalas dengan keluhan oleh lelaki itu.

"I know it sounds ridiculous. Tapi, aku dah tak ada pilihan lain." Wajah penuh mengharap terlakar memenuhi wajah lelaki itu.

"Tolong aku, weh. Kau aje satu-satunya harapan aku sekarang. Kita kawan, kan?" rayu lelaki itu sekali lagi. Pandangannya tertumpu pada wajah gadis bertudung biru lembut itu.

Gadis itu tertawa perlahan. Seolah-olah terhibur dengan ucapan lelaki itu. Dia masih tidak dapat mencerna situasi ini. Tiba-tiba saja dia dilamar oleh lelaki itu. Gila! Ini memang gila!

"Sebab kita berkawan baik lah, aku tak nak. Kau gila ke apa? Kita dah berkawan lama kut. Tiba-tiba nak jadi married couple. Gila ke? Tak nak aku!" Mati-mati gadis itu menolak 'lamaran' lelaki itu. Dia tidak boleh membayangkan bagaimana hidup mereka jika benar-benar mereka berkahwin nanti.

Pasti... dia banyak terluka.

"Kahwin dengan aku, please. Aku janji aku tak akan kacau life kau and kita akan stay macam ni. Kau juga kan yang cakap, kalau aku terdesak, kau ada," ucap lelaki itu lagi. Entah kali ke berapa dia menuturkan ayat yang sama.

"Ya, aku tahu aku pernah cakap macam tu. Aku bercakap tak guna akal masa tu. Kau fikir kita tengah main pondok-pondok ke? Kau fikir perkahwinan tu perkara main-main ke? Kau ni budak-budak ke?" Bertalu-talu soalan dilemparkan pada lelaki itu. Dia tidak habis fikir bagaimana lelaki ini boleh membuat keputusan begitu.

"Ya, aku tahu..."

Gadis itu mengeluh perlahan. Dia memandang wajah kusut lelaki itu. Ada sesuatu yang hendak ditanyakan pada lelaki itu. Dan dia sendiri boleh menjangka apa jawapan yang akan keluar dari mulut lelaki itu.

"Aku nak tanya kau satu soalan."

"Apa dia?" soal lelaki itu dengan laju.

"Sejuta soalan pun aku jawab asalkan kau sudi kahwin dengan aku," tambahnya lagi. Gadis itu sedang melihat sisi terdesak lawan baiknya yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

"Kalau dia... datang balik macam mana? Kau tak rasa ke dia akan terkejut dengan semua ni? Kau sayang dia, kan? Kau sanggup ke nak sakitkan hati dia?" Soal gadis itu dengan tangan disilangkan ke dada. Matanya memandang tepat ke dalam mata lelaki itu.

Lelaki itu bungkam apabila diajukan soalan demikian.

Sumpah. Dia tidak pernah terfikir akan hal yang satu itu. Saat ini, barulah akalnya dapat berfungsi dengan baik.

"Aku... aku tak tahu." Jawabnya dengan lemah. Kepalanya ditundukkan.

Lelaki itu nampaknya sangat serabut dengan soalan yang diajukan gadis itu. Rambutnya diraup kasar kebelakang.

Melihat respon lelaki itu sahaja sudah membuat dia faham segala-galanya. Bibirnya mengukir senyuman hambar. Perkara itulah yang dia mahu pastikan.

Jika inilah respon lelaki itu. Nampaknya, dirinya adalah orang yang paling terluka jika perkahwinan ini terjadi.

"Macam ni lah. Aku, kau dengan dia dah lama berkawan. Kita dah terlalu rapat tau. Kita bukan sekadar bestfriend tapi kita dah macam siblings. Kau tak rasa apa yang kau buat ni akan mengejutkan dia? Dan kau tak rasa ke perkahwinan kita ni akan melukakan banyak pihak." Dengan tegas gadis itu mengutarakan bicara. Sejujurnya, mahu saja diterima lamaran itu tanpa berfikir panjang. Tapi, apabila mengenangkan hati lelaki itu milik wanita lain, serta-merta angan-angannya dikuburkan.

"Aku tahu apa yang terjadi antara korang berdua. Aku tahu kau sayang dia lebih dari seorang kawan. So, please fikir baik-baik. Jangan buat keputusan terburu-buru. Fikir baik buruknya dahulu. Aku tak nak kau menyesal dan akhirnya ada hati yang tersakiti. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Sejurus berkata begitu, gadis itu segera meninggalkan jejaka itu sendirian.

Sekali lagi lelaki itu meraup kasar wajahnya. Otaknya benar-benar buntu dengan keadaan saat ini. Argh!

🕊🕊🕊

HAPPY NEW YEAR!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro