Bab 30: Mama

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUAT pertama kali mereka keluar tanpa ada gangguan yang cuba mencederakan Azalea mahupun Rayan. Mereka dapat menghabiskan masa bersama setelah sekian lama tidak keluar. Rayan pula hanya melayan sahaja apa yang isterinya mahukan saat singgah di pusat membeli-belah setelah pemeriksaan kandungan.

Kedua-duanya sihat. Baik si ibu mahupun anaknya. Tetapi berat badan Azalea pula jadi masalah. Kata jururawat masih tidak cukup berat bagi wanita mengandung. Padahal dia tengok isterinya semakin berisi. Kali ini bukan Azalea yang tidak puas hati, tapi dia.

Dia nak bagi Azalea makan apa lagi? Semua makanan isterinya makan semuanya berkhasiat. Ada juga yang tidak berkhasiat tetapi berpada-pada. Segala kemahuan Azalea akan dituruti. Makan aiskrim sampai habis satu bekas pun dia tak kisah.

Satu bekas aiskrim Haagen-Dasz apalah sangat. Sebab kuantiti agak sedikit berbanding dengan aiskrim Nestle. Jadi, dia tak marah sangat.

“Lepas ni kau nak makan apa pula?” soal Rayan.

“Lea nak makan corndog. Dalam tu ada cheese. Kalau makan kita boleh tarik-tarik dia,” beritahu Azalea. Membayangkan sahaja buat dia tertelan air liur sendiri.

“Ni last kau boleh makan dekat sini. Lepas tu kita balik. Hud, kau belikan apa yang Lea nak,” arah Rayan.

“Aku nak satu,” celah Haq.

“Kau beli sendirilah!”

“Aku tak boleh tinggalkan mereka berdua. Tugas aku jaga majikan aku,” balas Haq. Aiskrim yang dibeli dengan duit Rayan masih berbaki sedikit lagi. Dia perlukan makanan lain untuk dimakan sebagai tenaga.

Hud akur. Itu kebenaran yang tidak boleh disangkal. Orang yang paling sesuai jaga Rayan dan Azalea jika diserang ialah abangnya. Haq mempunyai kemahiran pertahanan diri yang baik. Manakala dia hanya seorang strategis dan penembak dari jauh sahaja.

Setelah mendapatkan apa yang Azalea mahu, mereka pulang ke rumah.

“Abang, Lea teringin nak makan pisang goreng,” ujar Azalea.

“Mana ada dekat sini? Kita dah nak sampai rumah dah. Kenapa kau tak cakap awal-awal?”

“Ada gerai pisang goreng sebelum masuk simpang rumah kita. Abang beli dekat situ.”

“Sejak bila pula ada orang jual pisang goreng dekat situ? Sebelum ni tak ada pun.”

“Baru buka kut. Boleh la abang,” pujuk Azalea.

“Kau tak makan nanti siap kau,” ugut Rayan

“Nanti abang tolong habiskan untuk Lea.” Azalea tidak pernah takut dengan ugutan manja suaminya.

“Macam-macam kau ni. Nasib baik sayang,” bebel Rayan.

Seperti apa yang Azalea katakan, ada sebuah gerai goreng pisang di simpang sebelum masuk ke rumah mereka. Rayan memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum menurut kemahuan isterinya. Dia biarkan Azalea menunggu di dalam kereta memandangkan langit kelihatan mendung mahu hujan.

“Abang tengok tu.”

Jari Azalea lurus menunding ke arah seorang wanita yang memakai baju compang-camping. Wanita itu sedang berjalan melepasi kereta mereka.

“Apa lagi Lea?”

“Tengok la mak cik tu. Kesian dia jalan seorang diri. Tak pakai selipar lagi. Mesti sakit kaki dia. Abang tak nak tolong ke?”

“Aku bukannya rumah kebajikan bergerak nak tolong orang.”

“Tapi abang, hari dah nak gelap. Kejap lagi nak hujan. Kesian dia tak ada tempat nak berteduh. Apa salahnya kita tolong dia, kan?” pujuk Azalea.

Rayan mengalah dengan permintaan isterinya. Dia keluar dari kereta semula mengejar langkah wanita yang dimaksudkan oleh Azalea. Dari belakang dia boleh nampak keadaan wanita itu tidak terurus. Baju yang kotor, rambut kusut dan ada bau tidak menyenangkan datang dari wanita itu. Dia mahu berpatah balik tapi Azalea pula mengharapkan dia menolongnya.

“Mak cik? Mak cik tinggal dekat mana? Biar saya tolong hantarkan,” tegur Rayan dari belakang.

Langkah wanita itu terhenti. Tegak di situ buat seketika sebelum perlahan-lahan menoleh ke arah Rayan. Saat itu, badannya kaku serta-merta apabila melihat raut wajah yang dia rindu berbelas tahun lamanya. Irisnya tidak lekang memandang wajah seorang ibu yang jadikannya sebagai sekeluarga.

“Ma…”

Dadanya terasa ketat saat senyuman mekar di wajah wanita itu. Kaki Rayan menapak ke depan dengan berat sekali. Dia tidak mampu melangkah lagi. Lututnya rebah ke tanah. Kepalanya tertunduk memandang jalan tar. Tangannya meraup muka menahan tangisan yang bakal pecah. Saat ini, dia terasa gagal menjadi seorang anak.

Wanita itu turut  melutut. Tangan Rayan tarik di dalam genggamannya.

“Ma… Mama…”

“Anak mama…”

Pantas tubuh wanita itu didakap erat. Ibu yang hilang berbelas tahun kini sudah kembali ke pangkuannya. Wanita yang sudi menggelarnya anak sudah kembali kepadanya.

“Maafkan Rayan mama… Maafkan Rayan. Rayan cuba cari mama tapi tak dapat. Papa hantar Rayan belajar overseas. Rayan dah cuba. Rayan dah cuba cari mama tapi tak jumpa. Maafkan Rayan, mama…” ucap Rayan bersama air mata yang mahu menitis.

Mana mungkin dia melupakan seorang wanita yang sudi mengambilnya anak angkat saat dia umur lima tahun. Tengku Marina yang dia gelar mama sudah muncul.

“Mama gembira dapat jumpa Rayan semula,” ucap Tengku Marina.
Tangannya mengusap belakang badan si anak yang sudah besar.

RAYAN memimpin tangan isterinya menuruni tangga dengan berhati-hati. Mereka menuju ke ruang tamu di mana Tengku Marina berada. Penampilan wanita itu sudah berubah setelah membersihkan badan dan mengenakan pakaian yang disediakan oleh Rayan. Auranya sebagai seorang wanita yang berasal daripada keluarga berada terserlah.

Kaki Azalea masih pegun di tepi sofa biarpun suaminya terlebih dahulu mendapatkan Tengku Marina. Dia dapat lihat betapa hormatnya Rayan kepada wanita itu. Sisi suaminya yang belum pernah dia lihat. Rayan yang tegas sudah tunduk pada Tengku Marina.

“Kenapa Lea tercegat dekat situ? Lea tak nak jumpa mama Lea ke?” soal Rayan.

Dia menghampiri isterinya. Tangan Azalea ditarik supaya mendekati ibu kandung isterinya sendiri. Reaksi Azalea apabila mengetahui Tengku Marina ialah ibu kandung isterinya tidak seperti yang disangka. Azalea kelihatan tenang menerima kenyataan itu. Gembira tidak, sedih pun tidak. Mungkin isterinya perlu mengambil masa untuk biasakan diri dengan ibu sendiri.

Azalea memandang suaminya meminta kepastian. Rayan mengukir senyuman. Dia ragu-ragu untuk peluk wanita itu. Entah kenapa dia rasa sangat asing berada di hadapan Tengku Marina.

Tubuhnya dipeluk erat oleh Tengku Marina. Azalea balas ala kadar kerana dia tidak biasa menerima sentuhan mesra orang asing selain suaminya. Ada esakan singgah di telinga membuatkan Azalea menggosok belakang badan wanita itu tanpa disedarinya. Dia membiarkan Tengku Marina menangis di bahunya.

Mereka duduk di atas sofa saat tangisan wanita itu semakin reda. Tangannya digenggam kemas oleh si ibu yang tidak pernah dia kenal. Sentuhan yang lembut. Tetapi rasa kasih sayang tidak meresap masuk ke dalam dirinya. Azalea rasa hatinya kosong saat menggelar wanita itu sebagai mama. Namun, dia gagahkan diri juga menyebut perkataan itu demi menjaga hati suami dan ibu kandungnya.

“Mama minta maaf sangat-sangat pada Lea. Mama abaikan Lea. Lea terpaksa hidup susah sebab mama tak bertanggungjawab. Mama tak kisah kalau Lea tak boleh maafkan mama. Mama tahu semua silap mama atas apa yang berlaku pada Lea,” ucap Tengku Marina dengan sebak.

“Semua dah lama berlalu. Lea dah tak hidup susah macam dulu. Lea ada suami Lea yang sayangkan Lea. Jadi, mama tak perlu minta maaf pada Lea,” ucap Azalea membuatkan suaminya tersenyum lebar.

“Ya, ma. Mama tak perlu rasa bersalah. Semuanya dah berlalu,” celah Rayan.

“Mama bersyukur bila dapat tahu dari Rayan yang Rayan selamatkan Lea. Kalau bukan sebab Rayan, Lea takkan hidup macam ni. Anak-anak mama yang mama sayang dah bersatu jadi suami isteri. Mama tak perlu risau lagi tentang kebahagiaan anak-anak mama,” ucap Tengku Marina dengan gembira.

Azalea hanya mengukir senyuman nipis.

“Dah berapa bulan kandungan Lea?” soal Tengku Marina mahu bermesra dengan anaknya.

“Baru masuk lima bulan.”

“Alhamdulillah… Tak lama lagi mama dapat cucu.”

Tangan Tengku Marina mahu mengusap perut anaknya. Tetapi ditepis oleh Azalea. Dia agak terkejut dengan tindakan si anak. Air muka Tengku Marina berubah saat menerima reaksi gadis itu. Azalea terus bangkit dari sofa. Dia sendiri tidak menyangka memberi respons begitu pada wanita itu.

“Abang. Lea… Lea mengantuk nak tidur,” beritahu Azalea.

“Lea masuk tidur dulu ya? Aku ada benda nak bercakap dengan mama,” beritahu Rayan. Ubun-ubun isterinya dicium sebelum membenarkan Azalea naik ke bilik. Dia nampak ketidakselesaan Azalea apabila mama mahu menyusap kandungannya. Mungkin isterinya penat kerana berjalan-jalan hari ini.

“Isteri Rayan macam tak suka mama aje,” ujar Tengku Marina. Dia agak kecewa dengan anaknya sendiri.

“Bagi Lea masa mama. Lea dah lama hidup seorang diri tanpa ada kasih sayang dari ibu bapa dia. Dia tak biasa hidup dalam sebuah keluarga yang lengkap. Dia dah banyak menderita sebab keluarga sendiri abaikan dia. Rayan yakin lambat-laun Lea boleh terima mama.”

“Semua yang terjadi pada Lea salah mama. Mama yang buat dia menderita. Kalaulah mama tak meroyan selepas bersalin, Lea dah hidup bahagia dengan kita semua.” Tengku Marina menyesal atas apa yang berlaku pada keluarganya.

“Bukan salah mama. Datin Haliza punca semua ni berlaku. Dia yang dah rosakkan kebahagian mama. Rayan dah berjanji pada mama akan balas balik apa yang dia buat pada mama dan Lea,” tekad Rayan.

“Semuanya dah lama berlalu. Mama tak kisah apa yang dia buat pada mama dulu. Sekarang ni, mama dah jumpa Rayan dan Lea. Mama nak hidup bahagia dengan anak-anak dan cucu mama. Balas dendam dah tak penting bagi mama, Rayan.”

“Rayan tak boleh biarkan dia terlepas macam tu. Dia yang buang Lea dari mama. Dia yang buat Lea terseksa. Dia buat mama hilang anak dan keluarga. Dia halau mama dari rumah sendiri. Rayan tak boleh biarkan dia macam tu aje.”

Setelah apa yang terjadi pada keluarga, Rayan tidak mampu tutup mata begitu sahaja. Datuk Khalid dan Datin Haliza perlu mendapat balasan yang setimpal atas apa yang mereka buat pada isteri dan mamanya.

“15 tahun lalu, mama tak tahu salah mama apa. Mereka halau mama. Mereka buang mama ke wad orang gila. Sebab tu Rayan tak dapat cari  mama. Bila mama sedar, semuanya dah terlambat. Mama gagal selamatkan anak mama. Mama tak dapat kembali ke rumah tu. Mama sabar dekat sana bertahun-tahun sehingga mama dapat keluar dari situ. Tapi mama hidup merempat di tepi jalan.”

“Mama dah hilang semuanya. Mama redha apa yang berlaku pada mama. Bila dapat jumpa Rayan hari ni, mama dah bersyukur sangat-sangat. Mama ada peluang jumpa dengan Rayan dan Lea. Tak ada yang lebih bahagia buat mama selain dapat bersatu dengan kamu berdua. Cukuplah… Mama tak nak fikir tentang masa lalu lagi,” cerita Tengku Marina dengan sebak.

Rayan agak terkejut dengan apa yang dilalui oleh mamanya. Dia tidak menyangka betapa peritnya hidup Tengku Marina angkara perbuatan jahat suami dan madu sendiri. Cukuplah kebahagian dan kesenangan yang wanita itu rasa saat ini.

“Mama boleh dapat kembali apa yang mama hilang sebelum ini. Sudah tiba masanya mama rampas kembali harta arwah datuk,” pujuk Rayan.

Tengku Marina tidak membalas.

KEHADIRAN Tengku Marina di dalam rumah membuatkan Azalea tidak selesa. Sarapan pagi yang selalu dimasak oleh pembantu rumah beralih tangan kepada Tengku Marina. Wanita itu sangat gembira dapat memasak untuk anak-anaknya. Rayan juga nampak bahagia lebih daripada kebiasaan. Namun, Azalea masih sangsi menerima perubahan dalam hidupnya.

Dia tidak biasa mempunyai seorang ibu yang ambil berat tentangnya. Dia juga tidak biasa ada orang lain prihatin terhadapnya selain Rayan. Tengku Marina kelihatan sangat baik sehingga dia tidak tahu bagaimana melayan wanita itu. Hatinya masih belum terdetik perasaan seorang anak pada Tengku Marina. Mungkin dia sudah terbiasa hidup tanpa ibu bapa.

“Sedap tak mama masak?” soal Tengku Marina.

Azalea mengangguk.

“Kalau Lea nak mengidam apa-apa, bagi tahu mama. Mama boleh masak untuk Lea. Masa mama kaya dulu, mama masuk dapur cuba resepi. Kalau tak percaya, boleh tanya Rayan, kan?”

“Betul, Lea. Mama memang pandai masak. Masa aku kecik-kecik dulu mama selalu masak untuk aku. Jadi, jangan ragu-ragu minta apa yang kau nak makan.” Rayan menyokong ucapan mamanya.

“Ish, apalah Rayan ni. Dengan isteri pun beraku-kau. Lea dah panggil Rayan elok-elok, dipanggilnya isteri kau-aku,” bebel Tengku Marina. Dia menggeleng dengan bahasa yang digunakan oleh anaknya itu.

“Lea tak kisah, kan?”

Isterinya menggeleng sambil tersenyum. Rayan pula agak risau apabila melihat kebisuan Azalea dari tadi. Mungkin Azalea mahu biasakan diri dengan situasi ini.

“Lea tak kisah. Tapi mama kisah. Kalau sayang isteri, kena panggil nama baik-baik.”

“I do have special name for her, mama. Right, mi diosa?” Rayan kenyit mata.

Tengku Marina menggeleng melihat gelagat anak-anaknya. Rayan dan Azalea nampak sangat bahagia di kaca mata tuanya. Anak angkatnya itu melayan isterinya dengan penuh kasih sayang dan cinta. Perhatian yang dicurahkan untuk Azalea tidak berbelah bahagia. Buat dia rasa…

“Mama, Rayan pergi kerja dulu.”

“Yalah.”

Azalea menemani Rayan sehingga ke muka pintu. Dia rasa berat hati melepaskan suaminya pergi kerja hari ini. Dia tidak selesa dengan Tengku Marina.

“Kenapa dengan kau ni, Lea? Ada sakit dekat mana-mana ke?” soal Rayan penuh kerisauan.

“Kalau abang tak payah pergi kerja hari ni, boleh?” pinta Azalea.

“Bulan lepas, kau bukan main tak sabar aku pergi kerja cepat-cepat. Sekarang ni, kau tak nak aku pergi kerja pula. Kau ada sorokkan apa-apa dari aku?”

Azalea menelan air liur payah kerana sudah menipu suami sendiri. Tetapi dia sendiri berjanji tidak akan beritahu Rayan bahawa dia belajar menembak dengan Hud secara senyap-senyap selama sebulan. Semalam baru tamat latihan mereka. Irisnya mengerling wajah kembar yang sudah pucat lesi.

“Abang, pernah ke Lea tipu abang?”

“Memang la tak pernah. Tapi…”

“Nanti abang bawa palik pizza, cheese lebih tau?” potong Azalea. Dia peluk tubuh Rayan sambil tersengih. Dia menjengketkan kaki untuk mencium pipi suaminya.

“Jangan kau tak makan pula.” Rayan membalas pelukan isterinya. Wajah Azalea dihujani dengan ciuman sebelum merenggangkan pelukan.

“Hud dengan Haq ada boleh habiskan, betul tak?”

Haq menyilangkan jari tengah dan jari telunjuk. Isyarat yang mereka bertiga sahaja yang faham. Rahsia mereka tidak pecah. Hud cepat-cepat masuk ke dalam kereta takut apa yang mereka sembunyikan terbongkar.

Setelah menghantar Rayan pergi kerja, Azalea menuju ke taman. Dia mahu melihat keadaan biji benih bunga yang berbelas kali dia cuba tanam. Walaupun dikritik tangan panas, dia tetap tidak berputus asa untuk menanam bunga azalea.

“Lea buat apa?” tegur Tengku Marina.

“Tanam bunga. Tapi tak hidup. Dah banyak kali Lea cuba tapi tak jadi,” adu Azalea.

“Biji benih dia ada lagi?”

“Tak ada dah.”

“Mari sini mama ajar macam mana tanam bunga azalea. Nak tanam bunga ni cerewet sikit.”

Azalea kelihatan berminat apa yang dilakukan oleh wanita itu. Batang bunga Azalea yang ditanam di dalam pasu dikerat oleh Tengku Marina. Keratan batang itu direndam di dalam air terlebih dahulu sementara menunggu Haq mengambil tanah yang sesuai di dalam stor. Tanah itu diratakan di dalam pasu. Keratan batang dicucuk ke dalam tanah sedalam tiga sentimeter.

“Dah siap. Bunga azalea ni kena jaga elok-elok nanti cepat layu. Lea kena pastikan tanah dia selalu lembab. Ambil spray untuk sembur dia,” beritahu Tengku Marina.

Azalea terangguk-angguk mendengar penerangan mamanya. Ada lagi cara mudah untuk menanam bunga Azalea. Dia fikir hanya perlu guna biji benih sahaja.

Sebuah kereta masuk ke pekarangan rumah. Seorang lelaki keluar daripada kenderaan itu. Azalea kenal dengan susuk lelaki itu. Sebelum ini, Datuk Khalid tidak pernah menjejakkan kaki di sini. Tetapi hari ini lelaki itu muncul di sini. Kalau hendak bertemu dengan suaminya, mereka boleh bertemu di pejabat.

“Azalea, kita masuk ke dalam dulu,” beritahu Haq. Dia tidak rasa lelaki itu mahu bertemu dengan Azalea memandangkan Datuk Khalid tidak pernah ambil tahu hal anaknya. Mesti mahu bertemu dengan Tengku Marina. Dia perlu beritahu perkara ini kepada Rayan.

Azalea akur.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro