Bab 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

"I'm totally done with you, Tengku Harriz!"

Bergetar anak mata coklatnya menentang anak mata bundar hitam yang dipenuhi dengan air mata. Pipi itu sudah dibasahi dengan air mata. Kaki baru ingin menghampiri Farhana Sofea namun gadis itu terlebih dahulu melangkah keluar dari bilik mereka.

"Ha...hana"

Dia mengikut langkah Farhana Sofea yang menuju ke bilik gadis itu. Cuak dia apabila melihat isterinya itu mengambil luggage besar.

"You nak pergi mana?"

Tangan yang dipegang oleh Tengku Harriz direntap kasar sebelum dia membuka almari baju. Namun dia lupa semua bajunya berada dalam wardrobe lelaki itu. Dia berlalu semula ke bilik Tengku Harriz bersama luggage.

"Hana" ditahan Farhana Sofea yang ingin masuk ke dalam ruang wardrobe. Kepalanya digeleng.

"Tepi"

"Jangan keluar dari rumah ni"

"Dah tak ada sebab untuk I stay di sini" tubuh Tengku Harriz ditolak ke tepi kasar.

Luggagenya dibuka. Baju yang tergantung semua diambil dimasukkan ke dalam luggage namun Tengku Harriz mengeluarkan kembali bajunya.

Dia memasukkan semula bajunya namun Tengku Harriz mengeluarkannya kembali berkali-kali sehingga dia mula pasrah.

"Harriz!"

"Tolong....I merayu" tubuhnya serta merta didakap kuat oleh Tengku Harriz.

"Jangan tinggalkan I please...." bergetar suara itu menyapa gegendang telinganya.

Air matanya menitis laju. Tangan cuba menolak dada Tengku Harriz namun pelukan semakin kuat. Dia berhenti seketika membiarkan badannya dipeluk dengan tangisan yang semakin teresak-esak. Bencinya dia menjadi lemah sebegini.

"Lepas...." 

"Taknak.."

"Lepaskan I, Harriz" mata dipejam. Bibirnya diketap. 

"It's not about I don't want to give you an explanation, but it will hurt you." tangan semakin memeluk Farhana Sofea.

"But it doesn't hurt as much as you keep the explanation from me!" dengan mengumpul sepenuh tenaga dia menolak Tengku Harriz sehingga terkebelakang sedikit lelaki itu.

Ya Allah geramnya dia dengan Tengku Harriz. Susah ke nak faham yang dia hanya mahukan penjelasan perbuatan lelaki itu?

"The pain from the cause of explanation can't be tolerated with the pain you hide it from me, Harriz!" kaki menghampiri Tengku Harriz semula.

"Kenapa susah sangat you nak jelaskan semua tu huh?" tangan mula menumbuk dada Tengku Harriz

"Susah sangat ke you nak jujur dengan I? Susah sangat ke kalau you tak berahsia dengan I? Susah sangat ke, Harriz?" bergetar suaranya menanyakan soalan itu bersama tangisan. 

Tangan masih menumbuk dada Tengku Harriz sehingga tangannya mula terkulai ke sisi. Kepala menunduk ke bawah. Air matanya masih mengalir dengan laju. Di saat ini lelaki itu masih diam. Masih tidak memberi apa-apa penjelasan padanya.

"I'm tired of you. I'm really tired of you, Harriz"

Usai dia berkata, dia mula keluar dari wardrobe dengan melanggar kasar bahu Tengku Harriz. Tangannya yang dicapai oleh Tengku Harriz ditarik kasar. Lagi sekali tangannya dicapai dan badannya ingin ditarik ke dalam pelukan lelaki itu namun dia terlebih dahulu menolak dada sasa Tengku Harriz dengan kuat.

Bukk

Tergamam Farhana Sofea apabila hasil tolakan kuatnya itu menyebabkan belakang badan Tengku Harriz melanggar meja soleknya yang dipenuhi dengan barang-barang skincarenya. Jatuh berderai skincarenya namun bukan itu yang dia kesah sekarang.

Dipandang Tengku Harriz yang tersungkur di atas lantai dengan muka berkerut seperti menahan sakit di belakang badannya dengan kepala yang terhantuk dan dahi yang terluka disebabkan skincarenya yang terpelanting mengena dahi lelaki itu sebelum menimpa ke lantai. Hampir roboh meja solek itu dengan hasil tolakan olehnya.

Bibir diketap.

Dirinya mula diselebungi dengan perasaan serba salah melihat Tengku Harriz yang begitu payah ingin bangun.

"This is what will happen if you let emotion control a woman" sejurus itu dia mula keluar dari bilik itu.

"Hana" kaki ingin mengorak langkah namun belakang badannya terasa begitu sakit. Dia memegang pinggang belah kanan dengan bibir yang diketap. Mana tidak sakitnya apabila bahagian pinggang kanan terkena bucu meja solek itu.





TERMENUNG Farhana Sofea memandang ke sejadah usai memberi salam. Dari semalam sehingga ke Subuh dia rasa bersalah dengan perbuatannya itu. Semalam selepas kejadian itu dia terus berlalu ke bilik lamanya dan langsung tidak keluar.

"Aku yang tolak dia ni pun rasa bersalah takkan sikit pun dia tak rasa bersalah kat aku, ya allah?" gumamnya perlahan. Air mata sudah kering akibat menangis sehingga tertidur semalam.

"Tolong...tolong turunkan ego dia. Tolong turunkan ego kami..."  

Ya, dia mengaku mereka berdua terlalu ego. Mereka berdua terlalu keras kepala dan kesan daripada itu menjadikan mereka sebegini. Menjadikan hubungan mereka renggang seperti ini. Kerana ego, hubungan binasa. Kerana keras kepala, hati yang sakit.

Bila hubungan diuji, ada perkara yang dapat menyelamatkannya iaitu tolak ansur dan ada satu perkara yang akan memusnahkannya iaitu ego.

Usai bersiap untuk pergi ke kerja dia turun ke bawah. Itupun terpaksa juga dia ke pergi ke bilik Tengu Harriz untuk mengambil bajunya memandangkan almarinya sudah kosong. Nasib semasa dia masuk ke dalam bilik itu waktu Subuh, Tengku Harriz tiada di bilik. Tengok-tengok, lelaki itu tidur di atas sofa di ruang tamu bawah. Mungkin takut dia lari secara senyap-senyap.

Langkah terhenti sewaktu masuk dapur memandang Tengku Harriz yang berdiri di tepi Kitchen Island sedang termenung. Kepala terangkat memandangnya saat dia menghampiri coway untuk mengisi air ke dalam botol air yang selalu dibawa setiap kali dia pergi kerja.

"Makan dulu, Hana" lorohnya saat Farhana Sofea ingin keluar semula dari dapur. Langkah itu terhenti seketika sebelum menyambung langkahnya semula  tanpa mempedulikan kata-katanya.

"Hana" segera dia mengejar langkah Farhana Sofea.

"Hana..." tangan gadis itu dicapai.

"Marah kat I pun jangan skip breakfast. Makan dulu sebelum pergi kerja"

Farhana Sofea menoleh memandang Tengku Harriz. Anak mata tertumpu pada dahi yang ditampal topplast sebelum menentang anak mata coklat itu.

"Siapa cakap I nak skip breakfast? I cuma nak makan kat luar" usai itu dia merentap kasar lengannya sebelum keluar dari rumah.

Mengeluh kecil Tengku Harriz dengan sikap dingin Farhana Sofea itu. Rambutnya yang tersikat rapi diraup ke belakang. Kesal dengan diri sendiri. Dia pun hairan dengan diri sendiri yang begitu payah untuk memberikan gadis itu penjelasan. 

Sampai sahaja di officenya, Farhana Sofea mengeluh kecil. Muka disembankan di atas meja kerja dengan mata yang terpejam. Selagi Tengku Harriz tidak memberikan penjelasan padanya, selagi itu dia akan bersikap dingin dengan lelaki itu. 

Dia penat sudah ingin memaksa lelaki itu untuk memberi penjelasan. Sekarang semuanya terpulang pada Tengku Harriz. Hubungan mereka berada di tangan lelaki itu. Jika ingin mereka berbaik, jelaskan. Jika ingin mereka berpisah, teruskan ego.

"Hana"

"Yes?" terangkat kepalanya memandang Kak rin ang merupakan senior tempat kerjanya itu.

"Ini ada orang suruh pass. Tak silap suami Hana" 

Berkerut dahinya mengambil huluran beg kerta dari Kak Rin. Dikeluarkan bekas tupperware yang di atasnya terdapat sticker note dengan perkataan 'sorry'. Dia buka bekas tupperware itu, terdapat pancake bersama jem strawberry.

"Bergaduh ke?"

Dia hanya tersenyum nipis pada Kak Rin bersama gelengan.

"Merajuk sikit"

"Amboi dah reti merajuk ye sekarang. Patutlah tak ceria pun hari ni"

Dia hanya tersengih. Kepala tidak gatal itu digaru.

"Makan tu. Nanti risau encik suami" bahu Farhana Sofea ditepuk sebelum dia berlalu dari situ.

Dipandang lama pancake itu sebelum ditutup kembali dan dimasukkan ke dalam beg kertas semula. Kalau lapar dia makanlah.

Bangunan CR AIIK Holding yang mencakar langit dipandang bersama keluhan kecil oleh Tengku Harriz sebelum dia masuk ke dalam kereta Audi R8nya. Berharap sangat gadis itu makan pancake yang dibuatnya itu kerana dia tahu Farhana sofea tidak berhenti di mana-mana untuk breakfast.

Kereta mula meluncur laju ke Secret Hunter Agency dengan perasaan yang berbelah bahagi. Sepanjang dia memandu, dia hanya termenung memikirkan cara untuk berbaik semula. Sudahnya sampai ke lunch dia asyik termenung.

"Woi! Dah sampai ke neraka ke?" 

Anak mata memandang Razul yang berdiri di depannya.

"Tak reti ketuk pintu ke?"

"Ehh hello! Aku ni dah berpuluh kali ketuk pintu lepastu dari tadi panggil nama kau. Kau je yang termenung sampai ke neraka. Dah dapat bayang ke macam mana badan kau kena bakar? Kena laknat dengan Allah?"

Tengku Harriz menjeling tajam Razul. Ada juga dia lempar dari tingkat berpuluh-puluh ini karang!

"Kau nak apa?" soalnya malas.

"Jom lunch"

"Malas. Kau pergilah dengan Rash ke Iq ke"

"Si Rash tu dia lunch dengan isteri dia, Ana dan si Iq tu dia lunch dengan tunang dia, Aisy. Disebabkan aku rasa kau tengah gaduh dengan Hana, jadi aku ajak kau. Tolonglah teman member kau yang single ni makan" bibir terserbik lagipun melihat kawan baiknya itu asyik termenung, dia tahu Tengku Harriz sedang bergaduh dengan Farhana Sofea. Dengan dahi yang tertampal topplast, confirm mereka bergaduh besar!

"Hmm jomlah tapi kat cafe aku. Aku ada hal nak settle kat situ" dia bukan ada hal sangat pun tapi mana tahukan terserempak dengan Farhana Sofea ke? Memandangkan Lestaria Cafe adalah cafe favourite gadis itu untuk lunch.

"So kau nak buat apa dengan Dato Khalish tu?"

Mendengar nama itu disebut dia baru teringat dengan kes penculikan Dato' Khalish. Otaknya asyik memikirkan Farhana Sofea sehingga lupa tentang itu.

"Macam mana boleh tersebar?" 

"Aku syak Dato' bukan keseorangan. Sebab yang report tu bukan Dylan mahupun Datin. Jadi aku syak ada orang yang bekerjasama dengan Dato'"

Otaknya kini ligat berfikir tentang lelaki misteri di Langkawi tempoh hari. Rupa-rupanya lelaki misteri itu adalah ketua vendor manakala lelaki yang ditangkap itu hanyalah orang kanan kepada lelaki misteri itu. 

"Yang laki misteri tu dia masih bersembunyi?"

"Hmm, aku dah siasat tapi laki misteri tu tak ada buat contact dengan mana-mana lanun mahupun orang lain. Setakat ni dia stay low. Aku dah tanya Daim, tapi dia cakap Komander pun masih belum ada maklumat tentang lelaki itu" jelas Razul bersama keluhan kecil. Susah betul dia mahu jejak lelaki misteri itu.

"Aku syak dia dari CR" 

Razul menoleh memandang Tengku Harriz. Dahi berkerut.

"Masa aku kejar dia, aku ada ternampak logo CR Alpha Corporation Tapi tak sure sebab sepintas lalu je" terang Tengku Harriz. Dia lupa mahu menyatakan hal itu memandangkan lepas kejadian itu, dia teruk dimarahi dengan Komander Azizi.

"Kalau betul ianya bermaksud......"

"Dato dengan lelaki misteri tu bekerjasama!" serentak mereka berkata. Kaki yang melangkah mula terhenti. Mereka memandang satu sama lain.

"Boleh jadi lelaki misteri tu yang buat report tentang kes penculikan dato!"

Tengku Harriz mengangguk kepalanya setuju. Andai betul andaian mereka, mereka sudah hampir melengkapkan separuh puzzle! Cuma sekarang siapa lelaki misteri itu?

"Zul nanti kau siasat siapa yang Dato' Khalis selalu berjumpa. Siapa, di mana dan buat apa. Siasat semua tu"

"Baik!" laju kepalanya diangguk. Tak sabar tangannya ini mahu menekan pakan kekunci usai lunch nanti. Kau tunggu lelaki misteri!

"Jadi kau nak bu....." soalannya terhenti di saat mahu membuka pintu Lestaria Cafe. Dipandang Farhana Sofea yang turut ingin membuka pintu.

"Hey, Hana. Jom lunch sama"

Farhana Sofea mengerling sekilas Tengku Harriz yang berada di belakang Razul.

"I makan dengan client" usai itu dia masuk ke dalam mencari susuk tubuh lelaki bernama Uzzam Rafiqi. Kelihatan lelaki itu melambaikan tangan padanya. 

"Hai, our second meet right?" tangan yang dihulur padanya hanya dibalas dengan anggukan dan senyuman kecil.

"Sorry, PA saya Wafiy tak dapat ikut. Keracunan makanan katanya"

"It's okay" walaupun dia agak janggal sebenarnya berduaan dengan lelaki itu tanpa personal assistantnya lagi-lagi Tengku Harriz sedang mencerlung tajam ke arahnya di hujung sana namun dia buat tidak tahu.

"So boleh kita lunch dulu sebelum bincang our project. Sebelum tu ni kad saya. Kalau awak tak dapat contact PA saya, just contact saya direct

Huluran kad itu diambik. Matanya terpandang CR MINEE yang terpampang di kad itu. Bermakna lelaki itu turut dari CR Alpha Corporation. Kad itu disimpan ke dalam beg tangannya.

Fettuccine Alfredo yang dipesannya itu disuap ke dalam mulut. Mulut mengunyah dengan dahi yang berkerut. Kepala terangkat memandang ke meja sana. Hanya Razul yang ada yang sedang tersenyum ke arahnya. 

Dia menoleh memandang ke arah pintu yang memisahkan dapur dengan ruang makan. Kelihatan Tengku Harriz baru menapak keluar dari situ. Sah! Makanannya dimasak oleh Tengku Harriz. Dia tahu bezakan masakan yang dimasak oleh Tengku Harriz dengan staf dapur cafe itu.

Sudu garfu diletak kembali.

"Kenapa?" Rafiqi menjongketkan kening padanya.

"Tak kena dengan tekak" jawabnya bersama senyuman kecil.

"Ouh. Nak saya tolong orderkan yang lain ke?"

Kepala digeleng.

"Takpe lagipun saya sebenarnya dah makan tadi. Kenyang lagi" tolak dia biarpun perutnya sedang berbunyi. Mata mencerlung tajam ke arah Tengku Harriz yang sedang memandangnya.

"Ini lakaran dan floor plan untuk rumah Encik Rafiqi seperti kita bincang awal-awal. Kalau Encik Rafiqi bersetuju kita boleh proceed dengan lakaran rumah ni" Ipad dihulurkan pada Rafiqi usai lelaki itu sudah makan. Lagipun dia malas nak berlama-lama di cafe ini. Terasa lemas dengan pandangan Tengku Harriz padanya.

Dia mengeluarkan pula Macbooknya. Dibuka file BIM atau Building Information Modelling software yang ingin ditunjuk pada Rafiqi.

"Ini bentuk rumah yang divisualisekan  ke bentuk 3D model yang mengandungi pelbagai maklumat yang akan digunakan nanti"

"Sorry disebabkan jadual saya pack awak kena bawa semua benda ke sini"

"It's okay"

Teliti Rafiqi melihat lakaran rumah model 3D itu dengan kepala yang terangguk. Bibir mengukirkan senyuman. Berpuas hati dengan hasil kerja gadis itu.

"Dekat bahagian ruang ni ada pintu tersembunyi yang macam saya cakap kan?"

Farhana Sofea mengangguk kepalanya.

"Macam yang Encik Rafiqi bagitahu, dekat ruang ni akan ada rak buku yang merahsiakan secret door untuk pergi ke base bawah melalui lift" ditunjukkan ruang yang dinyatakannya itu pada Rafiqi.

"Okay nice saya suka. Awak boleh proceed"

Mendengarkan kepuasan dari Rafiqi membuatkan bibirnya tersenyum lebar. Tidaklah dia perlu mengubah lakaran itu dan bersengkang mata lagi bagi menyiapkan projek itu.

"Anyway kalau ada apa-apa problem, just inform saya" 

"Baik"

Farhana Sofea mula bangun apabila Rafiqi bangun. Dia dan Rafiqi sama-sama keluar dari Lestaria Cafe itu dan berpisah mengikut haluan masing-masing. Tangan yang ditarik membuatkan dia menoleh ke belakang. Direnung tajam Tengku Harriz.

"Kenapa tak makan?" 

Tersentap Tengku Harriz apabila Farhana Sofea merentap lengannya.

"Tak ada selera"

Bibir diketap memandang Farhana Sofea yang berlalu pergi. Tadi pun entah makan ke tidak pancake yang dihantarnya tadi. Sudahlah Fettuccine Alfredo yang dimasaknya tadi juga tidak disentuh oleh gadis itu. Dia masuk kembali ke cafenya sebelum keluar bersama beg kertas.

Baru mahu melabuhkan punggung di atas kerusi, Fahana Sofea lag sekali ditegur oleh Kak Rin. Keningnya terjongket melihat Kak Rin lagi sekali menghulurkan beg kertas padanya.

"Kuat betul ye Hana merajuk" tergeleng-geleng kepala Kak Rin.

Da hanya tersengih mengambil huluran itu. Bekas polisterin yang terdapat sticker note di atasnya dikeluarkan. Fettuccine Alfredo dipandang bersama bibir yang diketap. Mata mengerling sekilas pada sticker note.

I tak masak yang ni. Please makan.... :(

Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman namun pantas sahaja kepalanya digeleng. Dia memandang pada bekas tupperware yang sudah kosong. Licin dia makan tadi. Keluhan kecil terbit dimulutnya. Cepatlah bagi penjelasan padanya. Dia tak tahan nak bersikap dingin dengan lelaki itu!

KERETA Honda Civic miliknya dihentikan di hadapan rumah mak mertuanya. Hairan apabila Tengku Farihah ingin berjumpa dengannya. Atau Tengku Harriz mengadu kat mamanya dan menyuruh mamanya memujuknya?

Melihat mak mertuanya sedang berdiri di muka pintu, dia segera turun dari kereta menghampiri mak mertuanya dengan senyuman yang lebar. Tangan dihulurkan untuk bersalaman.

"Riz tahu ke Hana ke mari?"

Gulp! Kepalanya digeleng.

"Marilah masuk. Kita borak"

Langkah dituju mengikut Tengku Farihah ke ruang tamu. Dia dijamu dengan air teh dan biskut. Berdebar-debar rasa hatinya sekarang melihat muka serious mak mertuanya.

"Mama nak bincang apa dengan Hana?"

Teragak-agak Tengku Farihah ingin menyampaikan hasratnya itu.

"Hana dengan Riz kahwin bukan sebab cinta kan?"

Perlahan-lahan Farhana Sofea mengangguk kepalanya. Tidak ada yang perlu ditipu kerana dari awal dia sudah jujur yang dia kahwin dengan Tengku Harriz untuk biayai kos pembedahan uminya.

"Sekarang kamu mencintai satu sama lain ke?"

Berkerut dahinya. Dia memang yaa tapi tidak untuk Tengku Harriz.

Kepalanya digeleng.

"Baguslah"

"A...apa yang bagus?" tergagap-gagap dia bertanya. Kenapa lain macam saja?

"Macam ni, mama berkenan dengan Sara untuk jadi menantu mama. Ingat nak pinang Sara hujung bulan ni tapi kamukan sekarang isteri Riz jadi mama nak bagitahu Hana dulu."

Tertunduk kepalanya memandang ke bawah. Senyum tawar dihiasi di wajahnya. Remuk hatinya jangan kata. Tengah begitu sakit sekarang namun dia tidak mahu terlihat lemah.

"Kalau Hana tak keberatan mama nak Hana lepaskan Riz"

Tangan digenggam, cuba mencari semangat.

"Kalau Hana tak lepaskan Harriz apa jadi? Takkan terjadi ke niat mama untuk jadikan Sara sebagai menantu mama?" nada sinis dikawal. Tidak ingin mak mertuanya itu tersinggung walaupun hatinya sendiri sakit dengan permintaan mak mertuanya.

Fikirnya dalam kehidupannya tidak akan ada babak drama menantu dan mak mertua seperti ini. Rupanya babak ini tidak akan lari jika berkahwin dengan orang yang tidak selevel dengannya. Sudahnya mak mertuanya turut ingin mencari menantu yang satu level dengannya berbanding dia hanya sekadar gadis kampung. 

"Kalau tak ikutkan si Riz tu tentera, senang je dia nak kahwin dua. Tak payah ceraikan kamu pun tak apa. Cuma Riz tu tentera jadi complicated sikit kalau dia nak berbini dua. Kena dapat persetujuan bini pertama dulu lepastu kemungkinan korang berdua nanti kena panggil dengan Commanding Officer. Susah...Tu mama ingat kalau korang bercerai, senang sikit Riz kahwin dengan Sara" rungut Tengku Farihah. Sudah dia melarang supaya tidak masuk ke alam ketenteraan namun Tengku Harriz berdegil juga.

Farhana Sofea sudah tercengang. Tentera? Tengku Harriz tentera? Kenapa dia tidak tahu selama ini?

"Ha....harriz ten..tera?"

Berkerut dahi Tengku Farihah.

"Lah kamu tak tahu ke? Mama ingat Riz bagitahu. Riz tu TLDM"

"Tak silap mama...pasukan khas laut, Paskal"

Tangannya semakin digenggam. Air mata semakin bergelinang. TLDM? Paskal? Ya Allah apa lagi yang Tengku Harriz sorokkan daripada dia? Apa lagi yang lelaki itu rahsiakan daripadanya?

"Harap Hana dapat tunaikan yee permintaan mama ni? Lagipun korang berdua tidak mencintai satu sama lain. Umi Hana pun dah sihat. Jadi tak ada sebab lagi untuk Hana terus berada di sisi Riz"

Tersenyum nipis dia sebagai jawapan. Ya, dia sudah tidak ada sebab untuk berada di sisi Tengu Harriz. Bukan tidak mahu pertahankan rumah tangga mereka tapi lelah untuk berjuang seorang diri. Andai Tengku Harriz tidak mahukan dia, buat apa dia terus berada di sisi lelaki itu?

"Jadi kalau boleh korang bercerai secepat mungkin yee?"

"O...okay mama"

*********

Sorry korang tak update semalam. Tak sempat nak tulis Bab 48 ni.

Anyway jangan lupa follow account tiktok author nurapinky_

Jangan lupa vote dan comment !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro