Bab 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*******

P/s : Sila baca sambil dengar lagu jiwang atau sedih.

MUNDAR-mandir Tengku Harriz di dalam officenya memikirkan rumah tangganya yang semakin keruh. Farhana Sofea yang semakin menjauhinya. Langsung tidak ingin berjumpa dengannya selama seminggu lebih ini. Balik rumah mereka pun tidak.

Apa yang dia perlu lakukan?

"Daripada kau duk mundar-mandir macam ni baik kau pergi explain kat Hana apa yang jadi. Pening aku tengok kau ni" loroh Razul memandang Tengku Harriz yang tidak senang duduk itu.

"Kau ingat senang ke?"

"Yes, senang je. Kau yang merumitkan keadaan"

Tengku Harriz menjeling tajam Razul.

"Just cakap je Riz oii. Yang kau kenapa menghilang, kenapa kau tiba-tiba makan dengan Sara kat restoran tu dan pasal ayah dia sekali. Cakap Riz! Cakap lah bodoh!" penat dah dia membebel pada Tengku Harriz sampai berbuih sudah mulutnya itu.

"Riz, jangan jadi ego macam aku"

Tengku Harriz dan Razul memnadang Adden yang sedang berdiri bersandar di pintu officenya. Kawan baiknya itu jarang masuk office kebelakangan ini, menjaga isterinya yang koma

"Kau akan kehilangan segala-galanya kalau kau jadi ego macam aku. Aku hampir kehilangan Airisya dan aku taknak nasib kau sama dengan aku. Turunkan ego kau, Riz. Jangan asbab ego kau, kau kehilangan Hana. Ego ni riz......"

Adden melangkah menghampiri Tengku Harriz.

"Ego ni sekelip mata sahaja boleh memusnahkan kita dan orang sekeliling. So drop your ego before it eats you. Give all the explanations that she needs and tell her that you love her before she starts to walk away. Once she walks away, she will never turn back, looking at you the same way she did before." nasihat Adden yang dah lalui semua ujian hubungan rumah tangga yang berliku gara-gara ego. 

"Ego is the only requirement to destroy a relationship. So be the bigger person. Drop the E and let it GO" tersenyum Razul dengan bait-bait manis yang dikatakannya itu. Dia memang pakar bab cinta ini namun hairan dia kenapa masih single lagi.

Tertunduk-tunduk Tengku Harriz menekur lantai. Nasihat daripada kawan baiknya itu betul-betul menusuk ke dalam hati. Ya, dia mengaku dia ego. Terlalu ego sehinggakan Farhana Sofea yang selalu memberi ruang untuk dia memberikan penjelasan tidak digunakan sebaik mungkin. 

"Pergi kat Hana" Adden menepuk bahu Tengku Harriz

Perlahan-lahan kepalanya diangguk

'Cinta kalau bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi'

Tersenyum pahit dia teringat akan kata-kata itu.

'Dan cinta bila dah pergi baru nak hargai. Come back to me, Hana' bisik hati kecilnya.



MELIHAT Farhana Sofea yang termenung itu segera Aufa menghampiri. Tangan menepuk bahu Farhana Sofea, menyentakkan gadis itu dari lamunannya. 

"Kau bila nak balik rumah kau?" dilabuhkan punggungnya di atas kerusi

"Kenapa? Meluat dah ke tengok aku?" serbik Farhana Sofea. Seminggu lebih sudah dia duduk di rumah sewa. 

"Bukan...Aku meluat si Riz dengan Zul yang asyik datang sini nak jumpa kau. Kau bukannya nak jumpa pun suami kau tu. Lepastu Zul pula asyik duk suruh aku pujuk kau supaya balik semula kat Harriz. Haihhh...." kepalanya digeleng-geleng. Dua orang itu makin kerap ke sini selama seminggu lebih ini.

"Kau taknak bagi Riz peluang ke?" soalnya tatkala Farhana Sofea hanya diam sahaja.

"Peluang? Aku dah banyak bagi dia peluang. Dia je yang tak guna dengan baik" sinis Farhana Sofea.

"Aku bukan apa Riz tu aku nampak ada effort datang jumpa kau"

"Kalau setakat just datang nak jumpa aku tapi taknak bagi penjelasan kat aku buat apa?" Awal-awal dia lari ke sini, dia selalu bagi peluang untuk Tengku Harriz datang berjumpa dengannya tapi masih sama tidak ingin memberikan penjelasan padanya. 

"Bukan setakat tu je, aku tunggu je bila dia nak bagitahu yang dia tu tentera kat aku tanpa perlu aku mention yang aku dah tahu dari mama dia. Tapi....tapi macam tu lah. Sama je" air mata sudah bergelinang. Teringat akan tempoh perbualan dengan mak mertuanya minggu lepas. Dia masih tidak cakap apa yang dibicarakan bersama mak mertuanya pada Tengku harriz.

"Habistu sekarang kau nak follow apa yang mak mertua kau suruh?"

Dia terdiam. Bercerai?

"Jujur aku taknak. Aku cintakan Harriz. Aku sayangkan dia. Soal bercerai itu...bergantung pada Harriz"

"Kau taknak berjuang ke untuk rumah tangga kau ni?"

"Berjuang? Berjuang tu Fa...kalau dua pihak ingin berjuang. Kalau hanya aku yang berjuang tapi tidak Harriz, hubungan tu tak ke mana pun. Kalau hanya aku je yang penat lelah untuk pertahankan rumah tangga aku ni, hubungan tu takkan bertahan lama. Kalau hanya aku yang perlu hadap semua kesakitan ni, hubungan tu akan musnah"

Bibir diketap.

"Nak selamatkan sesuatu hubungan ni Fa, kedua-dua perlu berjuang. Perempuan dan lelaki. Bukan salah seorang. Barulah sesuatu hubungan tu boleh kekal lama, boleh harungi segala ujian rumah tangga tapi kalau just aku je yang perlu berjuang, kau rasa akan utuh ke rumah tangga aku ni?"

"Aku bukan taknak berjuang tapi aku penat, Fa....aku penat berjuang seorang diri. Aku penat sakit seorang diri. Aku penat, sumpah penat..." 

Air matanya sekali lagi gugur dengan laju. Sakit di dadanya semakin menjadi-jadi. Terasa sesak dadanya. Segala masalahnya sekarang terasa terhimpit yang membuatkan dia semakin sukar untuk bernafas. 

"Aku akan berjuang dan pertahankan rumah tangga  aku ni kalau Harriz lakukan benda yang sama"

Aufa bangun mendekati Farhana Sofea. Dipeluk kawan baiknya itu supaya dapat menyalurkan sedikit semangat pada gadis itu. Seminggu lebih ini semangat gadis itu semakin pudar. Kekuatan gadis itu semakin menghilang.

"Betul lah apa yang kau cakap. Sorry silap aku yang tak memahami kau" 

Farhana Sofea menggelengkan kepalanya. Dia tidak salahkan Aufa. Dia cuma meluahkan apa yang di rasa. Muka terus disembankan di perut Aufa. Menangis dia teresak-esak dalam pelukan kawan baiknya itu.

Ting tong

Aufa bergerak ke depan mengintai di sebalik tingkap. Ternampak Tengku Harriz yang tercegat di depan pagar rumah sewa mereka. Dia berpaling memandang Farhana Sofea bersama bibir yang diketap.

"Hana, Riz datang"

Farhana Sofea menghampiri Aufa. Dia turut mengintai di sebaik tingkap. Kelihatan Tengku Harriz yang masih dengan baju kerjanya kemeja blue black bersama seluar slack hitam berdiri di depan rumah sewa mereka.

"Kalau kau taknak jumpa dia, aku suruh dia balik" tudung sarung yang tersangkut di belakang pintu bersama cardigan diambil.

"Takpe aku nak jumpa dia"

"Betul ni?"

Kepalanya diangguk. Tudung sarung dan cardigan yang berada di tangan Aufa diambil dan disarungkan sebelum dia keluar ke depan rumah. 

"Hana" 

Bibir diketap melihat muka Farhana Sofea yang begitu sembab seperti baru sahaja menangis. Sisa air mata pun masih ada. Dia bergerak menghampiri Farhana Sofea, ingin memeluk gadis itu. Rindunya dia pada gadis itu.

"2 meters from me" serta merta langkahnya terhenti. Bibir diketap.

"Hana, I datang sini untuk jelaskan apa yang dah jadi"

Nafas dalam diambil.

"I menghilang selepas balik dari French disebabkan Am yang ambik alih badan I. I lost control semasa culik ayah you. I can't handle the anger inside me. I taknak Am datang jumpa you as you know he is dangerous so member I lock I kat markas sepanjang 3 hari tu until I get my body back" dia mula menapak selangkah ke hadapan.

"Then, yang pasal keluar makan dengan Sara itu sebab mama yang ajak I makan but it turns out it's Sara. Mama.....mama nak I kahwin dengan Sara tapi I taknak. I tolak. I taknak bagi tahu pasal ni because it will hurt you" sambungnya lagi apabila Farhana Sofea hanya diam menekur lantai.

"Yang pasal ayah you, itu keputusan you nak buat apa. I will follow your decision"

Terasa beban berat di bahu menghilang sebaik sahaja dia menjelaskan semuanya pada Farhana Sofea. Kaki melangkah lagi menghampiri gadis itu. Kedua-dua tangan Farhana Sofea digenggamnya.

"Lagi?" Kepala diangkat menentang anak mata coklat itu. Tertunggu-tunggu dia tentang pekerjaan tentera lelaki itu.

"Lagi Harriz? Rahsia apa yang you belum bagitahu I?"

Berkerut muka Tengku Harriz memandang Farhana Sofea dengan perlbagai soalan. Rasanya dia sudah bagitahu semua pada gadis itu.

"Lagi apa?!" hilang sudah sabar dia dengan sikap Tengku Harriz itu.

Kelat air liur Tengku Harriz telan. Tidak mungkin Farhana Sofea tahu yang dia Akhtar kan?

"See? You masih nak berahsia dengan I? You masih taknak jujur dengan I?" tangannya yang digenggam oleh Tengku Harriz direntap kasar. Air matanya diseka kasar. Stressnya dia dengan sikap Tengku Harriz itu!

"Harriz, kita ni dah berkahwin berbulan-bulan tapi banyak lagi pasal you I tak tahu. Banyak benda yang you rahsiakan daripada I. As a wife, I don't know a single thing about you. What do you expect me to feel right now, Harriz?" tangannya digenggam. Bibir diketap.

Dipandang Tengku Harriz yang hanya diam itu.

"Kalau kelakuan you terus macam ni, I rasa keputusan untuk berpisah dengan you adalah sangat tepat. I tak perlukan suami yang perahsia dan tak jujur macam you. I don't need you in my life!

"A....apa maksud you, Hana?" bergetar suara Tengku Harriz. Dia berharap apa yang dia fikirkan sekarang bukan dimaksudkan oleh gadis itu.

"Ceraikan I, Harriz" 

Kelu lidah Tengku Harriz. Anak matanya sudah bergetar. Tubuhnya sudah kejung. Bagaikan tidak menyangka perkataan itu akan keluar dari mulut Farhana Sofea. Dia terdiam menatap anak mata bundar hitam itu yang dipenuhi dengan air mata.

"At first, I taknak ikut kata-kata mama yang suruh kita bercerai. I nak bagi peluang kat you. I nak bagi peluang kat kita tapi apa gunanya kalau you still sama je? Apa gunanya kalau I seorang je yang pertahankan hubungan ni kalau you sendiri taknak? You don't show me that you want me beside you, you want this relationship to keep going. You didn't prove it to me"

"Communication is a key in a relationship, Harriz. Kenapa nak perlu berahsia sehingga ia menyakitkan kita berdua?" sambungnya lagi apabila Tengku Harriz hanya diam.

"I minta maaf, Hana....I minta maaf" bergetar nada suaranya kali ini dan begitu juga seluruh tubuhnya. Air matanya turut bergelinang. Langkah mendekati Farhana sofea, ingin menarik gadis itu ke dalam pelukan.

"Maaf? Andai perkataan maaf itu boleh sembuhkan hati yang sedang sakit. Tapi tidak, Harriz. Perkataan maaf you takkan sembuhkan hati I yang sakit ni" dia ke belakang lagi apabila Tengku Harriz menghampirinya.

"I pun dah fed up dengan you yang asyik reject I. Penat nak bagi effort kat orang yang tak reti nak hargai I, yang tak cintakan I and yang tak sayangkan I. So....." kepala menunduk. Tangan digenggam, mencari kekuatan. 

"Lepaskan I"

"Ha....hana"

"I buat ni bukan sekadar ikut kemahuan mama you, I did this for our sake. Buat apa nak teruskan perkahwinan ni kalau banyak rahsia yang disimpan? Kalau kita tak ada communication?" keluhan kecil dilepaskan.

"Sekarang you balik. Kita jumpa di makhamah. You boleh lafaz cerai di makhamah" 

Tangan melekap pada kereta myvi yang berada dalam perkarangan rumah sewa itu. Mata dipejam seketika. Terasa kakinya begitu lemah untuk menampung badannya. Terasa jantungnya berdegup kencang dengan kata cerai yang begitu mudah dikeluarkan oleh farhana Sofea

"Ta...taknak"

Kepala digeleng. Dia menapak menghampiri Farhana Sofea namun gadis itu semakin berundur ke belakang.

"Hana please....jangan buat I macam ni" dia menapak ke hadapan sekali lagi. Tangan Farhana Sofea cuba untuk dicapai namun gadis itu laju melarikan tangannya.

"You ask for this. What did you expect when you kept hiding something from me? What did you expect when I didn't get the love that I wanted?" luruh sekali lagi air matanya. Kenapa begitu mudah air matanya turun?

Nafas dalam diambil.

"Jadi, Tengku Harriz lepaskan Farhana Sofea. Dia bukan lagi untuk you simpan di sisi you" usai berkata dia terus menapak masuk ke dalam rumah.

Tengku Harriz menggelengkan kepalanya. Tidak betah dengan itu dia turut mengejar Farhana Sofea yang masuk ke dalam rumah. Tangan Farhana Sofea ditarik kasar sebelum dia memeluk gadis itu. Meronta-ronta  Farhana Sofea minta dilepaskan namun dia semakin mengemaskan pelukan itu.

"Lepaslah!" 

"Taknak Hana....I cakap taknak.." 

"Lepaslah, Tengku Harriz!" jeritnya. Dia menolak sekuat hati Tengku Harriz dengan sisa tenaganya. Terus sahaja dia berlari ke atas sebaik dia terlepas dari pelukan lelaki itu.

Tengku Harriz turut ke atas. Aufa yang berada di dapur hanya menyaksikan mereka berdua.

"Hana, tolonglah.....Jangan seksa I macam ni" 

Pintu yang ingin dikatup oleh Farhana Sofea sempat ditahan. Ditolak pintu itu dengan tenaganya. Sebaik sahaja pintu terbuka luas, dia lagi sekali menarik Farhana Sofea ke dalam pelukan. Didakapnya kemas. Tidak akan membiarkan gadis itu meleraikan lagi pelukannya.

"I taknak kita bercerai...I taknak kita berpisah. I taknak Hana....."

"Taknak...." kaku tubuh Farhana Sofea saat mendengar tangisan Tengku Harriz buat pertama kalinya.

"I taknak lepaskan you...Tolonglah jangan paksa I..."

Esakan kuat lelaki itu meruntum jiwanya. Air matanya turut mengalir dengan laju.

"You boleh minta benda lain tapi jangan pernah minta untuk I lepaskan you. Jangan pernah minta untuk I lafazkan cerai...." dia semakin memeluk gadis itu kuat bersama dengan air mata yang mengalir laju.

"Tak boleh ke you lepaskan I?" tangan lemah terkulai ke sisi. Tidak berdaya sudah mahu melepaskan diri dari pelukan Tengku Harriz.

"I taknak Hana...please, I taknak. I takkan lepaskan you. Takkan sesekali. Tolonglah..."

"You nak I buat apa supaya you maafkan I? Hmm?"

"Melutut pun I sanggup buat as long as you maafkan I. As long as kita tak bercerai"

Dia terkesima melihat Tengku Harriz yang betul-betul melutut di depannya. Tangannya digenggam erat lelaki itu

"Ha...Harriz" dia cuba menarik Tengku Harriz untuk bangun.

"Harriz, bangunlah...."

"Maafkan I. Maafkan I dah lukai hati you. Maafkan I, Hana....." 

Mata terpejam rapat. Air mata mengalir laju. Melihat Tengku Harriz yang melutut di depannya itu bersama air mata lelaki itu yang membasahi pipi betul-betul menyeksa jiwa raganya. Lemah longlai kakinya tidak berdaya menampung badannya lagi.

"Tapi you banyak berahsia dengan I" dia terduduk di atas lantai.

Tengku Harriz mengenggam kemas tangan Farhana Sofea. Anak mata coklatnya merenung dalam anak mata bundar hitam itu.

"I takkan berahsia lepasni. I akan jujur dengan you. So please, don't be mad at me again. Don't cry because of me again. It's hurt......My heart hurts like hell

Tangan naik mengusap pipi Farhana Sofea. Menyeka air mata itu yang turun dengan laju.

Bibir diketap. Hatinya turut sakit melihat air mata Tengku Harriz yang turun. Namun tangannya tidak berdaya untuk menyeka air mata itu. 

"Tapi you tak cintakan I..."

"I do" 

Terkebil-kebil Farhana Sofea memandang Tengku Harriz.

"I do love you, Hana"

"I taknak ceraikan you sebab I cintakan you. I taknak lepaskan you sebab I sayangkan you. I nak berjuang dengan you pertahankan rumah tangga kita. Please, bagi I peluang. I will prove that I really want you beside me. I will prove that I want this marriage to keep going. Hmm?" tangan Farhana Sofea diusap sebelum bibirnya mengucup dahi gadis itu lama dengan air mata lelakinya yang mengalir dengan laju.

Bibir diketap saat kucupan hangat jatuh pada dahinya. Matanya dipejam bersama air mata laju yang turun. Pengakuan Tengku Harriz yang bersama dengan air mata lelaki itu membuatkan hatinya mula terkesan. Mungkin kerana air mata yang terlalu mahal untuk tumpah itu memberi kesan yang mendalam padanya.

"Dengan nama Allah dan bersaksikan air mata, I really love you with all of my heart, Farhana Sofea"

********

Okay dah boleh bernafas dengan tenang. Mesti korang tak tenang kan tunggu chapter ni :)

Jangan lupa vote dan comment!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro