Bab 66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

**********

USAI sahaja mengaminkan doa, terus Farhana Sofea menerpa ke arah Tengku Harriz. Dia melabuhkan punggung di atas riba Tengku Harriz. Tangan suaminya itu dicium lama manakala Tengku Harriz mencium ubun-ubun kepalanya lama. Rutin harian mereka setiap kali habis solat berjemaah.

"Honey...." tangan melingkar bahu Farhana Sofea.

"Hmm?"

Kepala yang disandarkan di dada Tengku Harriz didongakkan memandang suaminya.

"Abang ada benda nak bagitahu"

"Bagitahu apa?"

"Abang dinaikkan pangkat. Leftenan Komander"

Membuntang luas mata Farhana Sofea. Mukanya dijarakkan dari dada Tengku Harriz.

"Ye ke?"

Kepala diangguk.

"Abang nanti Fea nak tengok abang pakai uniform loreng tu lagi. Haritu abang pakai handsome sangat" tuturnya teruja. Pertama kali dia melihat Tengku Harriz memakan uniform loreng ketika mereka bergaduh. Itu pun dah cukup handsome suaminya.

"Boleh sayang. Abang kena lapor diri minggu depan. Abang ingat nak stay Perak je lepas ni. Ab...."

"Huh? Abang nak stay Perak? Habistu Fea? Abang nak tinggalkan Fea ke? Abang dah tak sayang Fea? Abang jangan kata yang abang nak buang Fe....."

Terhenti kata-kata Farhana Sofea apabila bibirnya disambar oleh Tengku Harriz sebelum dahi mereka dilekapkan.

"Gelojohlah honey ni. Bagi la abang habis bagitahu dulu"

Tersengih dia menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun elok. Hampir sahaja dia menangis tadi.

"Abang bawa honey sekali. Itupun kalau honey nak ikut. Kalau honey taknak ikut, kita stay kat KL je"

"Nak! Fea nak stay kat Perak. Fea nak jauh daripada semua orang yang tak suka tengok kita bahagia"

"Honey okay ke berhenti kerja kat company Ayaaz?"

"Kerja boleh dicari nanti kat Perak tak pun Fea goyang kaki je kat rumah habiskan duit abang. Abang kan banyak duit?"

"Amboi, banyak cantik dia" ditarik hidung Farhana Sofea. Tidak kisah sebenarnya kalau isterinya itu ingin habiskan duitnya. Saja ingin menyakat.

"Betul ni tak kesah?"

"Tak. Kalau itu yang dapat buat abang kekal di sisi Fea, Fea tak kisah. Kalau boleh Fea nak bawa lari abang jauh lagi" ketawa kecil dia dengan jawapan Farhana Sofea itu. Tubuh isterinya didakap kemas sambil memejamkan matanya. Hati rintih berdoa agar mereka diberikan peluang untuk mengecapi kebahagian yang diinginkan.

"Honey taknak bagitahu abang apa yang jadi tengah hari tadi?"

Kelat air liur ditelan oleh Farhana Sofea.

"Lepas makan"

"Then, jom makan" mereka mula bangun. Melipat sejadah dan telekung di tempat asal.

Bunyi deringan Iphone milik Tengku Harriz mematikan langkahnya yang ingin keluar dari bilik. Kepala menoleh memandang Farhana Sofea.

"Honey turun dulu. Kejap lagi abang turun"

"Okay. Fea pergi hidang makanan dulu"

Kepala diangguk sebelum menuju ke meja kecil di tepi katil untuk menjawab panggilan. Berkerut dia melihat panggilan dari Razul. Jarang lelaki itu mahu kacau dia apabila dia berada di rumah.

"Yee kau nak apa?"

"Kau baca belum whatsapp aku?" suara cemas Razul semakin membuatkan dahinya berkerut.

"Belum. Kenapa?"

Kedengaran Razul mengeluh di talian sana.

"Pasal Hana"

Mendengar nama itu segera dia membuka whatsapp. Link pautan artikel yang dihantar oleh Razul ditekan. Terpampang tajuk besar berita itu yang berkait dengan Farhana Sofea.

Exclusive : Instamous terkenal Farhana Sofea dipercayai anak kandung kepada banduan Dato' Khalish dan turut dipercayai perkahwinannya bersama anak Tengku, salah seorang bilionare yang terkenal hanya disebabkan duit semata-mata.

Bibirnya diketap. Tangannya digenggam kemas sehingga menampakkan urat-urat. Siapa yang berani sebar berita yang bukan-bukan pasal isterinya itu?

"Tolong hapuskan semua artikel pasal Hana"

"Dah. Aku dah cuba untuk hapuskan artikel tu tapi main artikel tak dapat dihapuskan. So it will keep popping up"

"Maksud kau?"

Razul mengeluh kecil.

"Selagi artikel utama yang memulakan rumors ni tidak dihapuskan, selagi tu rumors tentang Hana akan tersebar" terang Razul dengan nada kesal. Sudah dia cuba bermacam cara namun tidak berhasil. Dan sudah dia kumpul semua hacker untuk memadamkan semua rumors itu.

"Company mana yang mulakan rumors ni?"

"Kau kenal sangat company ni" dadanya mula berdebar.

"Company keluarga kau. Sorry aku tak dapat nak hack. Keluarga kau punya company terlalu kebal untuk dihack"

Mahu longlai rasanya lutut dia sekarang mendengarkan berita pahit itu. Mata dipejamkan seketika cuba mencari kekuatan. Tak lain tak bukan yang sebarkan ini adalah mamanya. Siapa lagi dalam keluarga yang inginkan deritanya?

"Thanks bagitahu Zul"

Panggilan dimatikan. Dia menuju ke wardrobe untuk menukar pakaian. Usai sahaja pakaian ditukar, dapur segera dituju. Dihampiri Farhana Sofea yang setia menunggunya di meja makan.

"Abang nak pergi mana?" soalnya dengan dahi yang berkerut seperti mahu keluar suaminya itu.

"Abang nak keluar pergi rumah mama jap. Honey makan dulu boleh? Abang nak cepat"

"Bu..buat apa pergi rumah mama?" gagap dia bertanya. Jangan kata Tengku Harriz sudah tahu yang Tengku Farihah menampar dan menolaknya.

"Ada hal emergency. Honey makan dulu okay?" dahi Farhana Sofea dikucup sekilas.

"Taknak. Nak makan dengan abang" kepalanya digeleng laju.

"Honey..." serba salah dibuatnya.

"Abang nak ikut..."

"Err tak payahlah. Tunggu abang balik. Then, kita makan sama-sama. Abang pergi kejap je" ibu jari mengusap pipi mulus Farhana Sofea. Bibir yang mencerbik itu dicium sekilas.

"Abang jangan lama-lama tau"

"Baik sayang. Before 10 malam abang balik. Kalau honey lapar, makan dulu tak payah tunggu abang"

"Okay. Hati-hati abang" kaki mengikut langkah Tengku Harriz menuju ke pintu. Beratnya hatinya mahu membiarkan Tengku Harriz pergi. Risau apa-apa yang berlaku di rumah mama nanti.

"Hmm. Honey buat masa sekarang jangan buka apa-apa social media lagi-lagi ig and tiktok"

"Kenapa?" berkerut dahinya tiba-tiba Tengku Harriz melarang.

"Please dengar apa yang abang suruh"

"Okay abang. Nak salam" kepala ditunduk menyalam tangan Tengku Harriz. Walaupun tertanya-tanya juga nantilah dia cari tahu sendiri.

"Honey, apa pun yang jadi abang tetap sayang isteri abang ni. Pedulikan orang kata, honey tetap isteri yang sempurna di mata abang"

"A...abang" air mata mula bergelinang.

"Abang, jangan pergi. Fea takut..." tubuh Tengku Harriz didakap kemas. Air mata mula mengalir laju membasahi tshirt biru gelap yang dipakai oleh Tengku Harriz.

"Abang pergi rumah mama je lah. Nak takut apa?" tangan mengusap belakang kepala Farhana Sofea.

"Pergi esok tak boleh ke?"

"Tak boleh honey. Abang perlu settlekan malam ni juga"

"Sampai sana call Fea. Every 15 minutes, abang kena call Fea" ketawa halus Tengku Harriz dibuatnya.

"Honey...abang bukan pergi overseas. Abang pergi rumah mama je. Abang janji tak lama"

"Janji?"

"Ye janji" badan ditundukkkan sedikit. Hidung mereka dilagakan sebelum hujung hidung itu dicium sekilas

"Cengeng" ibu jari menyeka sisa air mata isterinya itu.

"I love you, honey. Abang pergi dulu"

"I love you too, abang. Hati-hati"

Langkah mula dibawa ke kereta Mercedes. Buka sahaja pintu dia terpandang sejambak bunga Rose merah di kerusi belakang. Bibir diketap. Terlupa mahu beri bunga Rose itu pada Farhana Sofea yang dibeli petang tadi ketika mahu pulang ke rumah. Matanya dikerling sekilas pada Farhana Sofea yang masih berdiri di muka pintu.

Sejambak bunga Rose merah dicapai sebelum disorokkan ke belakangnya. Langkah berjalan menghampiri Farhana Sofea semula bersama senyuma yang lebar menghiasi wajahnya. Muka isterinya itu pula seakan-akan tertanya-tanya.

"Kenapa abang? Abang tertinggal barang ke?" 

"Hmm. Tertinggal hati abang"

Dahi berkerut memandang Tengku Harriz sebelum wajahnya mula berona merah. Bibir yang ingin tersenyum lebar sedaya upaya ditahan. Sejak bila Tengku Harriz jadi sweet talker ni?

"Since when did Leftenan Komander Tengku Harriz Akhtar have a sweet mouth? So suprisingly!"

Ketawa kecil Tengku Harriz dengan telatah daripada isterinya itu.

"Since my garden is full of sweet honey, maybe?" hidung Farhana Sofea dicuit manja. Sejambak bunga Rose yang disorok tadi disua pada Farhana Sofea.

"For my sweet honey" dicium sekilas dahi isterinya itu,

"Abang lupa nak bagi petang tadi" tuturnya saat Farhana Sofea mengambil bunga Rose itu daripadanya dengan anak mata yang bergetar.

"You really know how to make me fall in love harder with you" Muka yang berona merah tadi diganti dengan air mata yang bercucuran. Terharu betul dapat sejambak bunga Rose itu. Tubuh Tengku Harriz terus didakap kemas. Siapa sangka lelaki sedingin ais kutub utara yang suka bergaduh mulut dengannya sebelum ini boleh bertukar jadi sweet seperti ini?

"Everything for my sweet honey. I told you I would express more of my feelings for you through words and action. Making you smile with happiness is my priority"

"Ish abang ni! Dah la jadi sweet. Kan Fea tak benarkan abang keluar malam ni kan baru tahu? Rasa macam nak ajak abang ke bilik je ni...."

"Gatal tak habis-habis!" kepala digeleng-geleng.

"Hehe"

"Ehh abang betul-betul nak ke bilik ke?" soalnya apabila Tengku Harriz mencabut seliparnya dan kembali masuk ke dalam rumah.

"Ke situ pula. Nak pergi dapur lah. Kita makan dulu. Baru abang keluar pergi rumah mama" lengan kanan Farhana Sofea ditarik ke dapur.

"Ouhhh. Ingatkan nak naik ke bilik buat anak"

Tidak semena-mena dia mendapat renungan tajam dari Tengku Harriz. terus tersengih dia menayangkan gigi putih yang tersusun rapi.

"Gurau je lah! By the way, thanks abang!" lengan Tengku Harriz terus dipeluk denga riang. Tangan satu lagi pula memegang kemas sejambak bunga Rose itu. 


NAFAS dalam ditarik oleh Tengku Harriz setelah menutup kembali Ipadnya. Walaupun Farhana Sofea sudah menceritakan apa yang berlaku tengah hari tadi namun dia tetap mahu melihat kejadian tengah hari tadi sehingga meninggalkan kesan lebam di hujung bibir dan di pinggang isterinya itu.

Badan disandarkan di kerusi kereta bersama bibir diketap dan mata yang dipejam. Cuba sabarkan hatinya yang sedang mendidih marah. Tegarnya mamanya perlakukan isterinya begitu. Dia tidak kisah kalau mamanya mahu membenci dan melakukan kekasaran padanya namun tidak pada Farhana Sofea.

Tuk tuk

Bunyi ketukan pada cermin kereta memeranjatkan Tengku Harriz. Mata dibuka kembali. Susuk tubuh Tengku Harraz yang berdiri di luar kereta dipandang dari dalam sebelum dia mula turun dari kereta.

"Asal kau tak masuk?" soal Harraz pelik melihat Tengku Harriz sedari tadi di dalam kereta.

"Tenangkan diri jap. Mama buat apa?"

"Tengah tengok cerita. Kau datang sini sebab pasal rumors Hana tu ke?" teragak-agak Harraz ingin bertanya.

Tengku Harriz mengangguk kepala perlahan. Kaki dibawa melangkah menuju ke pintu rumah bersama Harraz.

"Aku dah try pujuk mama tapi...." keluhan berat dilepaskan oleh Harraz.

"Kalaulah papa dah balik dari overseas, mesti papa dah tolong" sambung Harraz lagi. Yang dapat control dan mengarah mama mereka hanya papa mereka sahaja.

"It's okay, Raz. Biar aku yang settle semuanya malam ni."

Berkerut Harraz memandang Tengku Harriz yang mula berjalan menghampiri mama mereka yang duduk di atas sofa. Kenapa macam ada maksud tersirat sahaja dengan kata-kata kembarnya itu? Nafas dalam ditarik, dia turut menghampiri mama mereka.

"Mama" panggilnya lembut seraya itu melabuhkan punggung di atas karpet berhadapan dengan mamanya. Tangan mamanya dicapai lembut. Kepala didondak menatap muka mamanya dengan penuh kasih sayang.

"Riz?"

Tersenyum nipis Tengku Harriz saat mendengar namanya dipanggil lembut oleh mamanya sehingga air matanya mula bergelinang. Sungguh dia dahagakan kasih sayang seorang ibu.

"Riz...mama...mama minta maaf. Mama tak patut salahkan Riz"

Muka berkerut-kerut saat dia mendengarkan kata maaf dari mamanya. Betulkah apa yang didengarinya itu? Atau itu hanya angan-angannya?

"Dari awal semuanya salah perempuan tak guna tu! Kalau papa mama tak paksa Riz kahwin, Riz takkan derita! Riz takkan kahwin dengan perempuan tak guna tu!"

Tengku Harriz memejamkan matanya seketika. Tahu siapa yang dimaksudkan oleh mamanya. Saat ini dia masih meletakkan segunung harapan pada mamanya namun harapannya itu buat kesekian kalinya hancur berderai. Saat ini mama masih berbicara tentang kejadian 20 tahun yang lalu. Kali ini bukan dia yang dipersalahkan tapi isterinya, Farhana Sofea.

"Mama, Hana tak salah..."

"Riz nak back up dia?" rengus Tengku Farihah tidak berpuas hati.

"Hana mangsa, Riz mangsa, Raz mangsa.....Kita semua mangsa mama. Dalam hal ni tiada siapa yang patut dipersalahkan" ujarnya lembut cuba menyakinkan mamanya. Berharap sangat mamanya akan lebih berfikiran luas dan positif.

"Mangsa? Dia mangsa?" Tengku Farihah bangun berdiri. Tangan mencengkak pinggang.

"Kalau dia mangsa kenapa dia datang approach Riz? Kenapa dia kahwin dengan Riz? Riz pun tahukan dia kahwin dengan Riz sebab duit! Kalau dia mangsa dia takkan muncul depan Riz lagi! Perempuan tu mata duitan!"

Pejamkan mata, nafas dalam ditarik oleh Tengku Harriz. Kaki digagahkan untuk bangun. Saat ini dia berdoa padaNya agar dapat memberi kekuatan padanya sekarang.

"Mama.....memang Hana kahwin dengan Riz sebab duit tapi itu hanya untuk pembedahan uminya. Sikit pun duit yang Riz bagi untuk Hana, dia langsung tak gunakan untuk dirinya sendiri. Semuanya untuk uminya. Bila dipaksa untuk beli semua yang dia nak dengan menggunakan duit Riz, baru dia guna duit Riz, mama. Itu ke perempuan mata duitan?"

Soalan Tengku Harriz hanya dibalas dengan senyuman sinis.

"Dan Hana tak pernah approach Riz. Riz yang muncul depan dia, Riz yang approach dia. Riz yang sengajakan kitorang berlanggar bahu berkali-kali. Jadi tiada istilah Hana sengaja nak approach Riz untuk duit mahupun tujuan lain" sambungnya lagi. Peristiwa air Starbuck dan aiskrim llao llao yang tertumpah di bajunya dahulu memang dia sengajakan. Itu semua hanyalah rancangannya untuk keep in touch dengan Farhana Sofea.

"Jangan nak back up sangat perempuan tak guna tu! Dia perosak kebahagian keluarga kita! Kalau dia tak muncul depan Riz dan Raz 20 tahun yang lalu, mesti....."

"Mama, can you stop talking about 20 years ago?" potongnya. Sudah terlampau penat dia mendengar kejadian 20 tahun yang lalu yang sering diungkit oleh mamanya.

"Mama tolonglah terima apa yang dah berlaku. Lepaskan kejadian 20 tahun yang lalu. Mama tak penat ke hidup dalam kisah silam? Riz dah penat ma...Riz penat bila mana Riz nak cari kebahagian di masa hadapan tapi kisah lalu asyik memanggil Riz. Riz penat..." serak suaranya berkata. Air mata cuba ditahan sebaik mungkin daripada gugur.

Tengku Farihah mengetap bibir geram. Tanpa berkata apa-apa, kaki mula melangkah ke dapur. Tekaknya begitu haus sekarang akibat berterusan bertekak dengan Tengku Harriz.

"Riz mohon sangat-sangat tolong hapuskan rumors tentang Hana. Bagitahu company untuk padamkan artikel tu. She's not deserved this kind of treatment when she's also suffered from what her father did" rayu Tengku Harriz dengan langkah yang mengikut mamanya ke dapur.

"Jangan harap mama akan padam! Dia patut derita macam yang mama derita" sinis dia bersama ego yang masih tinggi. Gelas yang berisi air kosong diteguk laju.

"Mama..." luruh hatinya. Ya Allah, tolong lembutkan hati mamanya.

"Mama tak kesian ke kat Riz and Hana? Diorang layak dapat kebahagian mereka" sampuk Harraz setelah lama berdiam diri. Tidak sanggup dia melihat Tengku Harriz merayu dari tadi. Andai kata dia punya kuasa sepenuhnya ke atas company keluarga mereka, sudah tentu dia tolong.

"Kesian? Diorang yang tak kesiankan mama! Sanggup ke tepikan mama sendiri demi kepentingan sendiri?"

"Kepentingan sendiri? Bagitahu Raz bila Riz utamakan diri dia dalam segala hal? Papa mama nak Riz kahwin, Riz ikut. Papa mama dulu taknak serahkan company kepada Riz gara-gara yang kononnya Riz penyebab hilangnya Raz, Riz akur terima nasib dia. Dan Riz hidup dalam derita sepanjang 20 tahun ni, dia tak pernah persoalkan pada mama, tak pernah ungkit kenapa dia tidak dapat kasih sayang ibu ayah seperti orang lain. Sekarang Riz ingin perjuangkan kebahagian dia, mama kata dia selfish?" sinis Tengku Harraz. Bukan mahu derhaka pada mama sendiri tapi rasanya mamanya yang selfish selama ini.

Tengku Harriz hanya diam saat Harraz cuba membela dia.

"Kamu jangan nak back up sangat Riz tu! Kamu pun sekarang dah ikut Riz tak dengar kata mama. Nak sangat terkejar-kejar si Nadhira yang dah...."

"Mama!" tangan meraut rambut ke belakang. Harraz melepaskan keluhan kecil.

Tengku Harriz menyentuh bahu Harraz. Kepala digelengkan supaya kembarnya itu tidak masuk campur lagi urusannya. 

"Tengok apa yang dua orang perempuan tak guna dah buat pada dua anak mama ni?"

"Mama, Riz rela kalau Riz dicemuh, dicaci dan dibenci oleh mama tapi Riz tak rela bila mana isteri Riz dicemuh dan dicaci oleh keluarga Riz sendiri mahupun orang luar. Riz rela dibunuh daripada Riz yang gagal jadi suami yang dapat lindungi isteri sendiri dari cacian orang sekeliling" mata mengerling pada pisau di sebelahnya. Lantas tangan dia mencapai pisau tersebut sebelum diletak di atas telapak tangan mamanya.

"Jadi bunuhlah Riz untuk gagal jadi anak yang mendengar kata dan suami yang gagal melindungi isteri sendiri"

"Riz! Apa kau buat ni?" Harraz ingin mara untuk merampas pisau di tangan mama mereka namun renungan Tengku Harriz mematikan langkahnya.

"Demi perempuan tak guna tu, Riz....."

"Dia ada nama, mama. Jangan panggil Hana perempuan tak guna" potong Tengku Harriz laju.

Tengku Farihah mengetap bibir geram. Pegangan pisau semakin dikemaskan. Makin mendidih darahnya apabila Tengku Harriz membela perempuan itu dari tadi. 

"Apa yang hebat sangat pasal perempuan tu huh?" pisau yang dipegang itu dibaling kasar ke sisi namun tidak semena-menanya pisau itu terpelanting mengena pipi Tengku Harriz. Satu garisan panjang mula terukir di pipi kiri bersama darah.

"Riz!" Harraz mula mencapai tisu dapur yang dia nampak berada di atas Kitchen Island. Pipi Tengku Harriz ditutup dengan tisu walhal lelaki itu hanya beriak sahaja. Dari reaksi muka, kembarnya seperti tidak kisah namun dari pandangan mata coklat lelaki itu jelas kelihatan bertapa hancurnya diri itu.

"Riz mohon, Riz merayu sangat-sangat kat mama....tolong padamkan artikel tu. Tolong hentikan rumors tentang isteri Riz" perlahan-lahan tubuh dijatuhkan ke lantai. Melutut di depan mamanya sendiri. Kedua-dua tangan kemas mencengkam seluar bersama air mata yang mula membasahi pipi. Entah bagaimana lagi mahu memujuk mamanya.

"Riz! Apa kau buat ni? Bangunlah sial!" tubuh Tengku Harriz ditarik untuk bangun namun lelaki itu mengeraskan tubuh badan.

Tengku Farihah hanya diam berdiri memandang Tengku Harriz yang sanggup melutut demi perempuan itu!

"Riz mohon mama...." terasa pipinya mula memedih namun tak sepedih hatinya yang dihiris berkali-kali oleh mamanya sendiri.

"Astagfirullahaladzim......" Tengku Hadif mengucap panjang melihat aksi di dapur itu membuatkan Tengku Farihah mula gelabah melihat suami sendiri muncul di saat genting ini. Setahunya suami dia akan balik esok.

"Bukan I yang suruh. Riz sendiri yang nak melutut" bela dirinya sendiri.

"Bangun sekarang, Riz. Papa cakap bangun" beg hitam yang dipegang diletak atas lantai sebelum berjalan menghampri Tengku Harriz yang masih melutut.

"Tengku Harriz Akhtar, I said, stand up! Enough with this nonsense! Perempuan ego macam ni tak layak disujud. Even jadi ibu pun tak layak!" lantang Tengku Hadif bersuara apabila Tengku Harriz tidak ingin bangun. Pandangan tajam diberi pada Tengku Farihah. Makin mejadi-jadi isterinya itu!

"Jangan risau papa dah padamkan artikel tu. Jadi bangun"

"Be...betul ke papa?"

Kepala diangguk bersama senyuman yang tipis. Keluhan kecil dilepaskan apabila Tengku Harriz mula bangun. Nasib sahaja dia memang sengaja nak balik awal ke Malaysia dan sesampai sahaja di airport terus dikhabarkan berita buruk.

"I dah buat keputusan. I muktamad nak bercerai dengan you, Farihah. I dah taknak hidup dengan perempuan yang ego melangit macam you! Nanti kita ke mahkamah"

"Hadif!"

"Pa....papa" Tengku Harriz dan Harraz memandang papa mereka dengan reaksi terkejut.

"Riz balik dulu. Kesian Hana tunggu Riz kat rumah" Tengku Hadif menolak Tengku Harriz keluar dari dapur.

"Tapi pa...."

"Riz tolonglah kali ni je tolong fikir tentang diri sendiri. Papa mohon...."

Bibir diketap oleh Tengku Harriz. Kepala perlahan-lahan diangguk. Baru kaki ingin melangkah jeritan mamanya mematikan langkahnya.

"Ini semua salah kau! Kau memang anak tak guna!" bagai orang gila dia menjerit tidak berpuas hati. Pisau yang jatuh di lantai dipandang sekilas sebelum dicapai dan meluru laju ke arah Tengku Harriz.

Zapp!

Semua bagaikan tergamam dengan apa yang berlaku. Tidak dapat mengagap perbuatan Tengku Farihah apatah lagi menghalangnya. Semuanya berlaku sekelip mata.

"R..Riz" terkedu Tengku Hadif.

Tengku Harriz hanya tersenyum memandang mamanya yang memandangnya dengan penuh kebencian.

"I guess this is how you show your love for me" serak suara berkata dengan hati yang begitu terasa pedihnya walaupun yang dihunus adalah perutnya. Kepala ditundukkan memandang pisau yang masih berada di perutnya dan masih dipegang oleh mamanya.

Tangannya mula naik memegang kedua-dua tangan mamanya yang memegang bilah pisau itu. Diusap lembut tangan mamanya itu bersama air mata yang semakin mengalir dengan laju namun bibir masih cuba tersenyum. 

"If this is how you express your love for me....." tangan mamanya yang memegang pisau ditarik ke perutnya menyebabkan pisau semakin terbenam dalam ke dalam perutnya.

"Then I crave it more....."


***********

Apa jenis mak tikam anak sendiri 😭

Sikit lagi nak habis korang.

Jangan lupa vote dan comment!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro