Bab 67

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

********

SCREEN telefon yang memaparkan gambar berdua bersama Tengku Harriz dipandang lama oleh Farhana Sofea. Biarpun gambar mereka itu sedang memandang satu sama lain dan tersenyum gembira namun tidak dapat menghilangkan rasa tidak tenang di hatinya. 

Dari tadi dia tidak senang duduk memikirkan Tengku Harriz apatah lagi dia baru sahaja melihat artikel yang terkini. Langsung dia tidak peduli akan perbualan hangat tentang dirinya sekarang kerana dia terlebih risau akan Tengku Harriz. Ini ke yang dikatakan tentang hal emergency

"Jangan jangan nanti mereka bergaduh disebabkan aku?" kelat air liur ditelan bersama rambut yang dikusutkan. Risau kalau hubungan mereka anak beranak semakin teruk. 

"Abang cepatlah balik....Fea risau" tubuh dibaringkan atas katil lemah. Mata dipejam seketika oleh Farhana Sofea. Cuba menenangkan dirinya yang diambang risau dari tadi.

Bunyi barang jatuh dari bawah menyentakkan Farhana Sofea. Takkan Tengku Harriz sudah balik? Dia tidak pula mendengar deruan enjin kereta suaminya itu. Farhana Sofea mula bangkit dari katil. Langkah dibawa keluar dari bilik, turun ke bawah dengan perasaan yang semakin tidak enak.

"Sya....Syafiq?"jantungnya kian berdegup kencang melihat Syafiq yang berdiri di tepi perabot kecil sedang memegang satu frame. Satu frame lagi sudah jatuh pecah berderai ditimpa lantai.

Syafiq menolehkan kepalanya memandang Farhana Sofea bersama dengan senyuman yang manis namun bagi Farhana Sofea senyuman itu sangat menakutkan. 

"Nampak macam....kau takut dengan aku?" ujar Syafiq tenang. Entah itu nada perlian atau lelaki itu sengaja mahu menakutkan dia.

"Ye lah dah kau tiba-tiba terpacak dalam rumah aku. Macam mana kau masuk?" dia cuba berlagak tenang walhal dirinya sudah gelabah melihat Syafiq berada dalam rumahnya ini. 

Pintu rumah yang tertutup dipandang sekilas. Tak silap memang dia sudah kunci pintu rumah tadi dan untuk masuk ke dalam kawasan rumahnya itu agak susah kerana security yang ketat. Namun macam mana Syafiq boleh muncul di dalam rumahnya?

"Entah" 

Lama Farhana Sofea merenung Syafiq sambil memikir cara untuk meloloskan dirinya. 

"Kau tunggu bawah jap. Aku nak pergi ambik tudung. Lupa pula pasal rambut aku. Kau pun satu hal Fiq tiba-tiba muncul" tenang dia berkata macam biasa walaupun dia tahu rambutnya bukan aurat pada Syafiq. Itu sekadar alasan untuk dia pergi ke tingkat atas, meloloskan diri dari Syafiq kerana dia tahu siapa lelaki itu sebenarnya.

"Rasanya tak perlu kut. kau pun mesti dah tahu diri aku yang sebenar kan, Hana?" langkah yang baru memijak satu tangga terhenti. Kelat air liur ditelan namun dia cuba berlagak tenang. Teringat akan kata-kata Tengku Harriz tempoh hari.

"Kalau Syafiq datang jumpa honey masa abang tak ada dengan honey, please call abang and larikan diri. Atau minta bantuan sesiapa je"

"Kenapa abang? Fiq je pun. Sepupu Fea. Kenapa nak lari dari dia?"

"No, he's not your cousin. He's your brother. Syafiq adalah lelaki misteri yang abang cari selama ini"

Badan dipusingkan menghadap Syafiq semula dengan wajah yang tenang biarpun dirinya semakin gelabah.

"Kenapa? Siapa kau? Jangan kata yang kau nak cakap kau adalah ultraman yang datang nak selamatkan bumi? Haha kau ni kelakarlah, Fiq" dibuat-buat ketawa demi menutup dirinya yang semakin nervous.

Diam Syafiq memandang Farhana Sofea yang sedang ketawa kecil. Memang betul gadis itu belum tahu siapan dirinya yang sebenar atau gadis itu hanya pura-pura tidak tahu?

"By the way, aku ada suprise untuk kau" 

Ketawa Farhana Sofea mula terhenti. Dipadang Syafiq dengan dahi yang berkerut sebelum matanya terbuntang luas memandang seorang lelaki yang berumur muncul dari dapur.

"A..ayah. Ma...macam mana...." hilang kata dia melihat ayahnya, Dato' Khalish sedang berdiri di hadapannya. Bagaimana ayahnya itu terlepas dari penjara? Padahal esok ayahnya akan dikenakan hukuman gantung untuk kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh ayahnya.

"Kenapa terkejut tengok aku? Kau ingat kau akan dapat apa yang kau nak lepas kau dan suami kau humban aku ke dalam penjara?" sinis Dato' Khalish. Jangan fikir semudah itu dia dikenakan hukuman!

"La..Lara" mata dialih memandang Lara yang datang memeluk lengan Dato' Khalish. 

"Hye, Kak Hana" sapa Lara dengan senyuman kecil.

Bibir diketap memandang mereka bertiga. Tangan perlahan-lahan mengepalkan penumbuk. Terasa begitu bengang kerana selama ini dia ditipu hidup-hidup oleh mereka bertiga.

Walaupun dia sudah dapat tahu dari awal oleh Tengku Harriz tentang mereka bertiga namun ianya tidak sesakit seperti sekarang melihat mereka yang yang kini berada di depannya dengan muka yang langsung tidak bersalah. Seolah-olah apa yang dirancang oleh mereka sudah berjaya kerana dapat menipu dan perbodohkan dia.

Ayahnya yang dia sangka hanya mempunyai dua orang anak iaitu dia dan Dylan Syah sahaja rupanya mempunayai dua anak lagi bersama perempuan lain. Syafiq yang dia sangka sepupu yang dia rapat dan selesa kerana membesar sama-sama dan Lara yang dia sangka rakan sekerjanya rupanya mereka adalah adik beradiknya. 

Hebat kan permainan mereka?

Bibir mula tersenyum sinis sebelum dia ketawa kecil. Rasa kelakar dengan permainan yang diciptakan oleh mereka.

"Korang memang berjaya perbodohkan aku" mata tajam merenung mereka bertiga. Tiada apa lagi yang dia mahu selindung dari kebenaran tentang mereka. Dia cukup tahu setelah diberitahu oleh Tengku Harriz. Walaupun pada awalnya dia sukar untuk terima namun dia memilih untuk percayakan Tengku Harriz.

"Tapi aku tak bodoh macam yang korang fikir"

Berkerut dahi mereka memandang Farhana Sofea yang sedang tersenyum sinis. Sesaat kemudian, rumah itu mula berbunyi dengan penggera loceng dan juga lampu merah mula mewarna setiap ruang. 

"Well, goodluck then" usai berkata, Farhana Sofea segera berlari ke tingkat atas untuk selamatkan diri. 

Dia sudah menghantar signal dengan menekan butang kecil pada gelang tangannya. Signal ini akan dihantar terus pada Tengku Harriz dan juga pada Secret Hunter Agency. Jadi mereka akan datang setelah menerima signal itu namun sebelum itu dia perlu menyelamatkan dirinya dulu dengan bersembunyi di bilik rahsia yang terletak dalam bilik tidur utama mereka.

"F*ck!"

Syafiq segera mengejar langkah Farhana Sofea. Bahu Farhana Sofea ditarik kasar dari belakang namun Farhana Sofea pantas melakukan serangan. Tangan Syafiq dipusing ke belakang sebelum dia menyepak lelaki itu dengan kakinya membuatkan badan Syafiq terdorong ke dinding. 

Langkah diatur ke biliknya semula. Pintu bilik dikuak kasar namun belum sempat mahu melangkah ke dalam bilik bunyi tembakan dari belakangnya menghentikan langkah dia terhenti. 

Bang

"Kau lari daripada aku, Hana....suami kau yang akan mati. Dia sekarang ada kat rumah mak bapak mertua kau kan?" ugutan Syafiq berjaya membuatkan badan Farhana Sofea terkaku. Dia mula memusingkan badannya dengan amarah yang tinggi. Bibir diketap kuat.

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku, Fiq? Apa salah yang aku buat kat kau selama ni sampai kau khianati aku macam ni?" serak nada suaranya sehingga anak mata terasa seperti mahu mengalirkan air mata. Sungguh terasa dikhianati oleh orang yang dia sangat percayai selama ini.

Syafiq hanya tersenyum sinis memandang Farhana Sofea dengan pandangan tajam. Banyak yang dia simpankan selama ini. Malam ini dia akan luahkan segala-galanya. Malam ini dia akan balas semuanya. Malam ini dia akan pastikan semua dendamnya tercapai.

"Kau tanya aku? Kau sepatutnya lebih faham apa yang kau dan umi kau dah buat. "

Berkerut dahi Farhana Sofea. Apa yang dia dan umi dia buat pada Syafiq. Selama ini uminya tidak tumpah memberi kasih sayang kepada Syafiq ibarat anak kandung sendiri dan dia juga tidak lekang menyayangi Syafiq seperti abang kandung. Jadi apa yang mereka dah buat?

"Fiq, kau tahukan umi sayang kau...aku pun sayang kau...Apa yang kitorang buat sampai kau berdendam macam ni? Dan...." mata dikelring sekilas pada ayahnya dan juga Lara yang sedang mendekati mereka berdua.

"Dan macam mana kau boleh jadi anak ayah? Kau juga Lara? Yang sepatutnya marah sekarang adalah aku, Fiq! Yang dikhianati adalah aku! Yang sepatutnya berdendam adalah aku!" tiga orang itu dipandang dengan penuh kebencian. Sudah hilang kasih sayangnya buat mereka. Dikhianati oleh orang yang dia sayang sangat menyakitkan!

"Sebelum aku dipaksa kahwin dengan umi kau....aku dah ada isteri dan dia adalah ibu kepada Syafiq dan Lara" jelas Dato' Khalish tentang rahsianya selama ini. Datin Dayah dan juga Dylan Shah turut tidak tahu tentang ini.

"And that marriage destroyed our family. Ibu aku bunuh diri gara-gara umi kau! Untuk tengok umi kau sengsara kehilangan orang yang dia sayang seperti mana aku sengsara kehilangan orang yang aku sayang, aku patut bunuh kau! Now you know the reason why we wanted to kill you so much" sinis Syafiq. Mengingatkan ibunya yang sengsara akibat pernikahan yang diatur oleh dua buah keluarga itu makin menyemarakkan amarahnya.

"Itu bukan salah umi aku! Kau ingat umi aku hadap sangat nak kahwin dengan lelaki macam ni?" ekor matanya berhenti pada ayahnya dengan senyuman sinis.

"Jangan risau yang mengatur pernikahan ini kitorang dah bunuh semuanya. Yang tinggal hanyalah kau" sampuk Lara yang hanya berdiam diri sahaja daripada tadi.

"A..apa? Ja...jadi korang yang bunuh keluarga umi aku?" bergetar anak matanya memandang mereka bertiga. Di saat ini mereka langsung tidak rasa bersalah dengan perbuatan mereka. Hanya tersenyum kemenangan seolah-olah mereka mendapat piala kemenangan.

"Yes. Jadi malam ni aku akan pastikan kau mati termasuk suami kau yang dah banyak kali rosakkan plan aku" 

"Kau jangan nak libatkan suami aku dalam hal ni!" nafas naik turun menahan amarah. 

"Dia patut terlibat. Sebab dia, aku kena humban ke dalam penjara. Lagipun aku dah lama nak bunuh dia. Gara-gara dia yang bawa lari kau 20 tahun yang lalu dan gara-gara dia yang selalu protect kau sekarang then why should I let him go? At least, kau patut berterima kasih yang korang akan mati serentak" sinis Dato' Khalish. Langkah semakin mendekati Farhana Sofea sebelum dia berhenti betul-betul di depan anaknya itu. 

"Kau memang ayah yang tak guna!" jeritnya lantang. Dirinya begitu kecewa dengan sikap ayahnya yang tamak pentingkan diri sendiri dan sanggup membunuh demi kepuasan hati.

"I am"

"Follow kitorang diam-diam kalau kau taknak makin ramai orang mati disebabkan kau"

"The stupidest thing that I ever did was trust you all. Then why should I follow and trust you all when in the first place all of you want me to die?"





"IF this is how you express your love for me, then I crave it more"

Senyuman nipis dihadiahkan buat mamanya dengan air mata yang kian mengalir.

"Apa yang you buat ni, Tengku Farihah?" bagaikan tersedar dengan tengkingan Tengku Hadif, dia terus melepaskan tangannya dari menggenggam pisau. Anak mata bergetar memandang pisau yang dia tikam pada perut anaknya sendiri.

"You gila ke tikam anak sendiri? Ya Allah...." kepala digeleng-gelengkan dengan kecewa yang amat.

"Raz, cepat bawa Riz ke hospital!"

Tengku Harraz yang turut baru tersedar akibat terkejut yang melampau segera mengambil kain sebelum dilekapkan di sekeliling pisau yang tertikam di perut kembarnya itu bagi mengelakkan darah membuak-buak keluar.

"Tahan sikit, Riz. Aku kena tekan kain ni untuk elak darah dari keluar" tuturnya sayu melihat akan Tengku Harriz yang tidak beralih dari memandang mama mereka dengan pandangan yang sukar dia mahu tafsirkan.

"It's okay, Raz. Luka kat perut aku ni tak sakit pun berbanding hati ni" telunjuk jari ditekan pada dada. Rasanya hatinya itu sudah hancur berkecai yang dimana tidak mungkin akan bercantum lagi.

"Riz..." anak mata Tengku Harraz bergetar hebat. Dapat rasakan kesakitan di dada kembarnya itu sehingga dadanya turut terasa sesak.

"Aku minta maaf... Gara-gara aku, kau jadi macam ni. Ini semua salah aku...salah aku, Riz. Aku minta maaf" air mata lelakinya mula turun dengan lebat. Andai kata dia boleh tukar tempat dengan Tengku Harriz, sudah lama dia lakukan.

"Tak, Raz...Kau tak salah apa-apa pun. Aku....." bunyi siren dari phonenya menyentakkan dia. Bunyi siren ini menandakan ada sesuatu yang berlaku di rumah. Matanya terus membulat.

"Hana!"

"Riz nak pergi mana?" soal Tengku Hadif saat melihat Tengku Harriz keluar daripada dapur.

"Hana dalam bahaya! Riz kena balik"

"No, Riz! Riz sedar tak keadaan Riz sekarang?" tubuh Tengku Harriz ditahan. Bukan dia tidak kesah pasal menantunya namun keadaan Tengku Harriz tidak mengizinkan.

"Riz tahu tapi Hana memerlukan Riz. Riz dah janji dengan Hana, pa...." teringat akan kata-katanya pada Farhana Sofea.

'Whatever happens press this button and I will come to you right away'

"Papa tahu Riz risau tapi biar kami yang pergi sana. Riz kena pergi hospital"

"Riz okay, pa....Riz masih kuat. Kalau Riz lemah sekalipun, Riz akan cuba untuk jadi kuat demi isteri Riz. Please, let me go to my wife. She's needed me"

Tengku Hadif mengeluh perlahan. Kepala ditoleh memandang isterinya yang dari tadi menggelengkan kepala memandang tangannya yang disaluti dengan darah Tengku Harriz.

"Papa ikut"

"Aku pun ikut"

"Pa..Raz..."

"If you want me to let you go to your wife then let us follow you" potong Tengku Harraz yang boleh agak apa yang ingin diperkatakan oleh Tengku Harriz.

"Fine" keluh Tengku Harriz perlahan. Kepala ditundukkan sedikit memandang pisau yang masih melekat di perutnya. Hatinya rintih berdoa agar dia diberi peluang untuk melindungi orang yang di sayang.

"Bravo bravo"

Kesemua mereka menoleh kepala memandang beberapa lelaki yang muncul di ruang tamu. Beberapa lelaki daripada mereka dia agak kenal. Tidak silap mereka adalah orang Syafiq!

"Macam mana kau boleh masuk rumah aku?" tajam Tengku Hadif menikam anak mata mereka.

"Di saat korang bergaduh sesama korang, kami gunakan peluang ini untuk menyelinap masuk" terang salah seorang daripada mereka.

"Mana ketua kau? Mana Syafiq?" rahang diketap menyebut nama itu. Sungguh dia tidak sangka yang Syafiq adalah ketua mereka dan sangat licik bersembunyi ketika dia mencari lelaki itu.

"Yang tu jangan risau. Ketua aku ada dengan isteri kau. Kat rumah korang"

"A...apa?" tangan diggengam.

"Kau jangan berani sentuh dia!" tengkingnya bersama gigi yang diketap.

Tengku Farihah yang bagaikan tersedar dari dunianya akibat tengkingan itu mengangkat kepalanya memandang Tengku Harriz. Diperhati muka Tengku Harriz yang kelihatan begitu bengang namun tidak pula anaknya itu menunjukkan riak wajah itu kepadanya tadi.

"You must wonder why he doesn't hate you or be angry at you after all that you have done to him" perlahan Tengku Hadif berkata namun cukup didengari di telinga Tengku Farihah.

"Sebab dia sayang you Farihah. Sebab you mak dia. Apa pun yang you lakukan pada Riz, perasaan benci takkan wujud dalam hati Riz pada you. But you keep hurting this innocent soul" walaupun mereka sekarang berada dalam keadaan genting, dia cuba ambil peluang untuk membuka mata dan minda isterinya itu.

"I'm really hoping tonight he will not lose anyone or not he will lose herself more. Ya Allah, please don't let this innocent soul keep hurting"

********

Happy New Year guys!

Sorry sangat sangat sebab tak dapat tunaikan untuk completekan cerita ni sebelum 2024. Busy sangat sampai tak sempat nak buka wattpad 😭
Huhu

Jangan lupa vote dan comment!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro