Bab 68

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

********

TENGKU Harriz yang sedang berlawan dengan anak buah Syafiq di dalam rumah mengaduh sakit apabila pihak lawan menumbuk tepat di luka tikaman perutnya.

Melihat Tengku Harriz yang sedikit leka, salah seorang anak buah Syafiq mengambil kesempatan melakukan serangan pada Tengku Harriz. 

Kayu golf yang berdekatan diambil laju sebelum diangkat tinggi untuk memukul kepala Tengku Harriz namun walaupun dalam keadaan dia yang sedikit leka itu, Tengku Harriz berjaya menepis pukulan kayu golf dari pihak lawan. Badannya terdorong sedikit ke belakang. Rasa sakit mencucuk di perut yang dibaluti dengan kain dipegang.

Kain yang berwarna cerah tadi kini bertukar merah dengan darahnya. 

"Riz, kau okay?" laung Tengku Harraz dari jauh. Walaupun dia sedang berlawan tetapi Tengku Harraz sering kali menoleh memandang Tengku Harriz, ingin memastikan kembarnya itu baik-baik sahaja. Dia ingin mendekati Tengku Harriz namun anak buah Syafiq semakin ramai biarpun sudah berpuluh-puluh orang yang sudah ditumpaskan oleh mereka.

"Aku okay. Jangan risau"

"Pa, bawa mama keluar dari sini. Raz dengan Riz akan cover korang" arah Tengku Harraz. Dia begitu risau dengan keselamatan orang tuanya apatah lagi kelihatan keadaan Tengku Harriz semakin merosot setelah berlawan dengan berpuluh-puluh pihak lawan.

Tengku Hadif mengangguk kepala. Nafas turun naik keletihan akibat berlawan. Sudah lama dia tidak berlawan dan umurnya yang meningkat membuatkan dia tidak sepantas yang dulu. Tangan mula menarik Tengku Farihah yang statik berdiri memandang sekeliling. Langkah mereka dituju ke pintu utama. Beberapa pihak lawan ingin menghalang mereka namun dihalang oleh Tengku Harriz dan Tengku Harraz.

"Honey, tunggu abang. Abang akan datang. Abang janji!" dirinya yang letih berlawan tidak diendahkan. Fikirannya dari tadi memikirkan tentang Farhana Sofea. Bagaimana keadaan isterinya sekarang?

"You tunggu apa lagi Farihah? Jom lah!" tangan menarik kasar lengan Tengku Farihah yang tidak mahu bergerak keluar dari rumah mereka.

"Raz?" pandangannya tertumpu pada Tengku Harraz yang sedang berlawan.

Kepala menoleh pula pada Tengku Harriz. Keadaan anaknya yang itu kelihatan tidak baik. Baju sudah lencun dengan darah akibat tikamannya tadi. Mulut seperti ingin berkata sesuatu namun suara tidak pula keluar. Hanya anak mata yang bergetar hebat melihat pada Tengku Harriz.

Seketika anak matanya bersabung dengan anak mata Tengku Harriz. Anaknya itu tersenyum kecil padanya seolah-olah dia tidak pernah melakukan kekejaman pada anaknya itu.

"Riz sayang mama" pergerakan mulut Tengku Harriz tanpa suara itu dibaca olehnya membuatkan air matanya laju mengalir deras. Dada terasa begitu sesak. Apa yang dia dah buat?

"Jom! Kita kena pergi!" lengan Tengku Farihah ditarik kasar.

"Tapi Riz....Riz...." tangisannya terhambur kuat.

Lama Tengku Hadif memandang pada isterinya yang sedang menangis itu sebelum bibir mengukirkan senyuman yang kecil. Bahu isterinya dipaut ke dalam pelukannya. Ciuman dilabuhkan lama di dahi isterinya sehingga air matanya mula menitik.

"For now you kena pergi minta pertolongan"

"Yo...you macam mana?" kepala terangkat memandang suaminya.

"I akan selamatkan anak-anak kita. I janji" ibu jari menyeka air mata Tengku Farihah. Rasa sayang dan cinta masih ada untuk isterinya namun dia cuma terlalu kecewa dengan sikap isterinya.

"Janji?"

"Yeah, I'm promise"

"You kena pergi Secret Hunter sekarang minta pertolongan mereka. Panggil kawan-kawan Riz ke sini" arah Tengku Hadif.

Laju Tengku Farihah mengangguk kepalanya.

"Hadif....." tangan mengenggam kemas tangan Tengku Hadif.

"You takkan ceraikan I kan? You takkan bencikan I kan?" tidak berkelip dia memandang Tengku Hadif dengan anak mata yang bergetar. Gelengan daripada Tengku Hadif cukup membuatkan hatinya berasa lega.

"If and only if you berubah and love Riz the way you love me. Sayangkan anak kembar kita sama rata"

Kepala diangguk bersama senyuman kecil. Kali ini dia tekad ingin berubah untuk Tengku Harriz dan untuk mereka sekeluarga.

"Now, go"

Langkah diatur dengan hati yang berat meninggallkan rumah mereka. Kepala sesekali menoleh ke belakang memandang akan suaminya yang tersenyum kecil padanya.

Kenapa hatinya begitu berat kali ini?


NOMBOR Tengku Harriz ditekan berkali-kali namun masih juga tidak berjawab. Langkahnya berlegar di sekitar ruang bilik rahsia di dalam bilik tidur utama mereka. Sempat dia ambil peluang larikan daripada Syafiq ketika lelaki itu diserang oleh orang-orang Secret Hunter.

Di ruang tamu sudah tentu berlaku pertempuran darah. Dan dia di sini menyorok dari tadi atas arahan Adden yang turut tiba di rumah ini tadi. Namun hatinya tidak tenang dek memikirkan keadaan Tengku Harriz di sana.

"Abang...tolonglah angkat" anak mata semakin bergetar.

Sementara itu, deringan phone yang dari tadi berbunyi tidak mampu Tengku Harriz angkat gara-gara phonenya itu sudah terpelanting jauh darinya.

"Raz, awas!" jerit Tengku Harriz melihat seorang lelaki ingin menyerang kembarnya itu dari belakang bersama pisau yang diangkat tinggi. Sekelip mata pisau itu terhunus dalam ke dada mematikan pergerakan Tengku Harriz yang ingin mara pada Tengku Harraz.

"Pa....pa"

Terkaku Tengku Harraz memandang papanya yang terkena tikaman itu demi melindunginya. Pisau yang ditarik keluar oleh lelaki itu memercikkan darah pada mukanya. Bagaikan baru tersedar, dia memandang tajam musuh yang menikam papanya tadi.

Serangan tidak henti dilakukan pada lelaki itu dengan kemarahan yang kemuncak manakala Tengku Harriz berlari laju ke arah papanya menyambut papanya dari jatuh.

"Pa....." air mata Tengku Harriz mengalir laju melihat darah yang membuak-buak mengalir dari tikaman pisau itu. Tangan cuba membuak ikatan kain pada perutnya namun Tengku Hadif laju menghalang. Kepala menggeleng perlahan dengan rasa yang begitu sakit di dada. Nafasnya begitu sempuk sekarang.

"Pa..papa minta maaf" tangan Tengku Harriz digenggam kemas. Air mata perlahan-lahan menitik turun. Terasa nyawanya sudah di hujung tanduk.

"Pa please....please jangan tinggalkan, Riz. Not you, pa....not you" esakannya semakin bergema memenuhi ruang dikala Tengku Hadif sedang mengucap dengan nafas yang tersekat-sekat.

"Raz, tolong..."

"Raz!" jeritnya lantang mematikan tumbukan Tengku Harraz pada lelaki tadi yang nyawanya sudah di hujung tanduk akibat tumbukan Tengku Harraz yang tidak henti.

"Ya Allah, please....I'm begging you, don't take him from me. Not papa too, ya Allah..."

Langkah Tengku Harraz lemah longlai menghampiri papanya dan Tengku Harriz yang sedang menangis teresak-esak. Kepala Tengku Harriz yang mendongak memandangnya bersama air mata yang mengalir benar-benar meruntuhkan jiwanya. 

"Raz, papa...." seakan budak kecil dia lihat Tengku Harriz mengadu padanya. Tubuh dijatuhkan perlahan di sebelah Tengku Harriz sebeum tangan papanya dicapai. Diletakkan jarinya di pergelangan tangan papanya, merasakan denyutan nadi yang semakin lemah.

"J..jom ke hospital" Tengku Harraz yang ingin bangun mengangkat Tengku Hadif dihalang oleh Tengku Hadif. Kepala digeleng perlahan. Dia tidak rasa dia sempat dibawa ke hospital kerana nyawanya sudah di hujung tanduk.

"Papa minta maaf Raz, Riz.....This time, you will lose me. I'm sorry I can't always be with you..." tersenyum lemah Tengku Hadif memandang kedua-dua anak kembarnya. Saat ini, fikirannya menerawang tentang Tengku Farihah. Isterinya yang sudah melahirkan sepasang kembar yang dia sangat sayang.

Tengku Harriz dan Tengku Harraz hilang kata dan hanya menghemburkan esakan yang tidak henti. 

"Raz...."

"Y..ya pa?"

"Tolong jagakan mama dan Riz untuk papa. Jaga satu-satunya adik Raz dengan baik. Jangan biarkan adik Raz semakin hilang dirinya" pesan Tengku Hadif dengan menggenggam kemas kedua-dua tangan Tengku Harraz dan Tengku Harriz. Mata dilirikkan pada Tengku Harriz. Sungguh dia begitu risau untuk meninggalkan anaknya yang itu. Risau jikalau kematiannya akan membuatkan Tengku Harriz semakin hilang akan dirinya.

"Raz janji, pa...Raz janji. Raz akan jaga mama dengan Riz sebaik mungkin"

Tengku Harriz menggeleng kepala perlahan. Bagaimana untuk dia tidak semakin hilang akan dirinya jika satu persatu orang yang dia sayang tinggalkan dia akhirnya?

"Riz kuat....papa tahu Riz kuat"

"Pa...Riz sayang papa. Jangan buat Riz macam ni. Riz mohon....."

Kaki Tengku Farihah serta merta terhenti di muka pintu saat melihat Tengku Hadif terbaring lemah dengan darah yang bergelinangan. Rumah yang dulunya dipenuhi dengan hela tawa suami dan anak sekarang dipenuhi dengan darah.

"Ha...Hadif..."

Razul dan Firash yang berada di belakang Tengku Farihah turut tergamam. Semua musuh sudah ditumpaskan oleh mereka sebelum sempat dia dan Firsah datang. Kelihatan kali ini mereka terlambat memberi pertolongan pada Tengku Harriz memandangkan dia dan Firash menuju ke rumah Tengku Harriz terlebih dahulu setelah menerima signal kecemasan dari rumah itu.

"Hadif!"

Langkah laju menuju pada Tengku Hadif. Dilabuhkan punggungnya di sebelah suaminya dengan esakan yang semakin kuat. Patut hatinya begitu berat mahu meninggalkan rumah ini tadi.

"Y...you jangan tinggalkan I. I merayu. I janji I akan berubah. Please Hadif, don't leave me...." tangan Tengku Hadif dibawa ke pipinya bersama air matanya yang semakin mengalir. 

Pisau yang dipenuhi dengan darah yang berada di tepi suaminya itu dipandang sekilas. Pisau yang sama dia gunakan untuk tikam anaknya sendiri tadi. Ya Allah adakah ini kifarah untuknya?

"Janji dengan I yang you...you akan berubah?" muka berkerut menahan sakit. Sekali sekala dia bawa mengucap.

"I janji. Tapi please jangan tinggalkan I" rayunya.

"I sayang you, Farihah dan papa sayangkan korang berdua" nafasnya semakin sempuk.

"Jaga diri" mata mula terpejam rapat. Tangan longlai jatuh ke sisi.

"Pa?" Tengku Harriz menggoyangkan tubuh papanya.

Terketar-ketar Tengku Harraz cuba merasakan denyutan nadi papanya. Yang tadi terasa nadi lemah kini tiada lagi denyutan nadi. Kepala digeleng perlahan bersama air mata yang mengalir laju. Bibir diketap memandang mamanya meraung kehilangan suami yang tercinta. 

Dia menoleh pula memandang Tengku Harriz yang diam kali ini merenung lama wajah papa mereka dengan bibir yang diketap. Tubuh kembarnya itu perlahan-lahan ditarik ke dalam pelukannya. Diusap belakang badan itu bagi menyalurkan kekuatan yang masih ada pada Tengku Harriz. Walaupun sekarang dia ingin meraung sekuat hati namun dia perlu kuat untuk mamanya dan kembarnya.

"Riz?" kepala mendongak memandang Tengku Harriz yang mula berdiri dengan muka yang beku. Tangan kelihatan berurat. Tanpa sepatah kata, Tengku Harriz beredar menuju ke pintu rumah meninggalkan dia yang terpinga-pinga.

"Ri...Riz" dia turut bangun ingin mengejar langkah Tengku Harriz. Hatinya begitu risau melihat kembarnya itu.

"Kau teman mama kau. Biar aku dengan Rash yang follow Riz" usai berkata, Razul berlari mengejar langkah Tengku Harriz begitu juga Firash. 

"Kau nak ke mana? Adden, Iq, Black dengan yang yang lain cuba selamatkan Hana. Kau kena pergi dapatkan rawatan, Riz" bahu Tengku Harriz yang sedang naik superbike miliknya itu dipaut kasar apabila lelaki itu hanya mengabaikan kata-katanya namun alangkah terkejutnya dia saat terpandang akan anak mata Tengku Harriz.

Wajah itu sangat beku namun lebih mengejutkan apabila anak mata coklat Tengku Harriz berubah gelap buat kali pertamanya. Saat Adham mengambil alih badan itu, anak mata coklat mereka masih sama. Namun kali ini anak mata coklat itu berubah gelap dengan tatapan yang begitu tajam.

"I..itu Am ke?" gagap Firash bertanya memandang Tengku Harriz yang mula keluar dari perkarangan rumah. Pandangan tajam Tengku Harriz tadi begitu menakutkan.

Razul menggelengkan kepalanya.

"Aku tak rasa itu, Am. Rash kau pergi follow Riz. Aku akan dapatkan ayah aku just incase Riz hilang control nanti"

Firash mengangguk kepalanya sebelum dia turut memecut laju superbikenya mengejar Tengku Harriz yang sudah pecut ke hadapan menggunakan superbike Razul. 

Tiba di perkarangan rumahnya, Tengku Harriz terus turun dari superbike menuju ke dalam rumah. Dia mengeluarkan pistol yang dicuri secara senyap dari Razul ketika kawan baiknya itu memaut bahunya. Tangan mengenggam kemas pistol sehingga menampakkan tangannya yang berurat.

"Riz!" Adden menghampiri Tengku Harriz sebaik sahaja ternampak kawannya itu. Dahi berkerut melihat sepasang anak mata coklat gelap Tengku Harriz.

"Mana Hana?" soalan yang dituju padanya oleh Tengku Harriz agak dingin sehingga membuatkan dia terdiam seketika.

"Kat bilik rahsia. Tapi tingkat atas kena conquer dengan Syafiq" bagitahunya walaupun terasa aneh dengan Tengku Harriz. Firash yang menghampiri mereka dipandang.

"Riz, kau nak ke mana?" mata membulat memandang Tengku Harriz yang memanjat tangga. Langkah diatur ingin menghalang Tengku Harriz namun Firash memaut lengannya.

"Aku rasa Riz out of control"

"Am?"

"Tak. Himself. He's gonna explode"

Firash memandang Tengku Harriz. Jika Adham yang mengambil alih pasti lelaki itu tidak akan risau akan Farhana Sofea yang dalam bahaya.

"Lagi satu, uncle Hadif meninggal" ucapnya perlahan dengan hati yang sayu memandang pada Tengku Harriz.

"Whatever it takes we need to save Hana or not we will lose our friend as well" ujar Adden dengan  mata yang tertancap pada Tengku Harriz. Dia yakin hanya Farhana Sofea yang mampu menjadi penawar kepada semua racun berbisa yang ada dalam diri Tengku Harriz.

"Wow, looks who is here" suara Syafiq yang bergema satu rumah mengalih perhatian mereka.

"You're survive, Harriz"

Tengku Harriz tersenyum sinis tidak mengendahkan beberapa laser merah di badannya. Anak mata tajam memandang Syafiq yang turut ada beberapa laser merah di badannya.

"Kenapa? Kau ingat aku akan mati di tangan anak buah kau ke?" sinis Tengku Harriz. Dengan berani dia memanjat tangga lagi biarpun laser merah disuluh padanya.

Syafiq turut tersenyum sinis. Pandangan Tengku Harriz padanya benar-benar lain sekarang. Anak mata itu seakan-akan memberi amaran padanya.

"Kau sentuh keluarga aku jadi jangan harap kau akan keluar dari sini alive, Fiq. I will not let it happen as I will drag you to the hell together with me" usai memberi amaran pada Syafiq, Tengku Harriz terus melakukan serangan.

Tembakan padanya dielak dengan mudah kerana dia saat dia bercakap dengan Syafiq, matanya tajam mengesan posisi pihak lawan.

"Naik atas sekarang!" arah Adden pada anak buahnya. Tembakan berbalas tembakan bergema di rumah itu.

Farhana Sofea yang mundar-mandir semakin tidak tenang melihat kejadian di ruang tamu dari cctv. Dia yang tadi tenang seketika melihat Tengku Harriz datang kembali susah hati apabila lelaki itu berlawan dengan luka di perut.

Bang

Seketika Farhana Sofea terkaku memandang apa yang terjadi dari rakaman cctv. Darah percikan yang mengena muka Syafiq dibiarkan sahaja. Anak mata memandang Lara yang perlahan-lahan mula rebah.

"Lara!"

"This is for Daim that you killed" tepat tembakan Tengku Harriz pada kepala Lara. Saat Syafiq sedang  bergelut dengan Adden, dia cuba mengambil peluang untuk menyerang Lara. Biarkan lelaki itu rasa, apa yang dia rasa sekarang!

"A...anak daddy" Dato' Khalis mula menuju pada Lara yang rebah di hadapan Syafiq.

Bang

Lagi sekali tembakan dilepaskan oleh Tengku Harriz tepat pada kepala Dato' Khalish dan lagi sekali darah memercik pada muka Syafiq. Syafiq bagaikan terkaku di situ.

"And this is for my father, whom you killed. Now we're fair, right?" Tengku Harriz ketawa halus tanpa perasaan setelah membunuh dua musuhnya tepat di kepala.

Adden dan Iqbal saling berpandangan. Air liur ditelan kelat oleh mereka. Tidak pernah mereka melihat Tengku Harriz begitu, tanpa perasaan setelah membunuh. Muka itu sangat beku dan anak mata coklatnya sangat tajam dan gelap.

"Kau!"

"Kenapa? Kau boleh bunuh keluarga aku, aku tak boleh bunuh keluarga kau?"

Syafiq mengetap bibirnya kuat. Dua orang yang dia sayang sekelip mata pergi meninggalkannya. Anak mata yang memandang daddynya dan Lara kembali diangkat memandang Tengku Harriz. Benar lelaki itu bagaikan dirasuk sekarang. Sangat lain dari Tengku Harriz yang dia kenal.

Pistol yang dipegang oleh Tengku Harriz diseret di penghadang besi dengan helaian ketawa yang halus. Seronok melihat muka lelaki itu bengang memandang dua orang ahli keluarganya meninggal di depan mata.

"Sekarang, kau rasa kan apa yang aku rasa?" soalannya itu berjaya membuatkan Syafiq bertambah bengang namun tidak pada Adden dan yang lain. Soalan dari Tengku Harriz itu kedengaran rintihan dari hati yang dahagakan kebahagiaan.

"We need to stop Riz. He will lose himself more" ujar  Iqbal diangguk setuju oleh Adden dan yang lain.

"You created a monster and you need to be responsible for it. I'm no longer Tengku Harriz Akhtar that you all know"

*********

2 chapters left !

Jangan lupa vote dan comment!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro